I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Saturday, June 27, 2009

Memoirs of May..2

17 Mei 2009 – aHaD

2 kali dpt mesej ni drpd Nurul *my best buddy
~"Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan, lirikan atau senyumannya, pada bicara manja yang menggoda, atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau sedang nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu."

18 Mei 2009 – iSNiN

Malam tadi dah habiskan baca novel Rooftop Rant – Hlovate. Wah memang best sangat2. Ending best! Jalan cerita pun best. Suka sangat2!!! It’s about Trisy and Jade. It’s about life. It’s about friendship. It’s about love. And it’s about God’s love. It was really touché. And sweet. And beautiful story.
Sekarang, sambung baca balik novel ‘Thanks For The Memories’ – written by Cecelia Ahern.

19 Mei 2009 – SeLaSa

Haa tadi tengok astro oasis, Dr Fadzilah Kamsah cakap manusia ni memang ada perangai masing-masing mengikut bulan kelahiran. Dia cakap, perangai atau sikap kita dipengaruhi oleh kedudukan planet2, bulan, and matahari masa kita dilahirkan. Ha dia cakap lagi, dia dah buat kajian selama 30 tahun pasal ni. Lagi pun, semuanya memang ketentuan Allah. Hmm... Kepada sesiapa yang lahir dalam bulan2 ganjil macam Januari, Mac, Mei, Julai, September, dan November, biasanya mereka lebih bersikap memendam perasaan, sukar mengekspresikan perasaan, orang kata ‘simpan dalam’ la lebih kurang. Sebaliknya bulan2 yang genap macam Februari, April, Jun, Ogos, Oktober, dan Disember pulak biasanya mereka ni bersikap lebih terbuka, tunjuk perasaan atau apa yang mereka rasakan. Haaa… Ni best ni. Untuk mereka yang keras hati – MEI.. (Haaha kan dah terkena batang hidung sendiri)

23 Mei 2009 – Sabtu

Pagi2 lagi Kak Long dah telefon. Bagitau ada ‘orang’ tu SMS dia. Mintak alamat rumah. Malam tadi ‘orang’ tu ada mesej jugak kata nak tanya something tapi tak tanya pulak dia. Yang pergi tanya Kak Long tu nak buat apa. Ok la. Ingat tak ada apa2 la kan. Rupanya sampai jugak parcel petang tu. Ish2 Awak...Awak... Masa tu kat kenduri rumah Fizah [potong2 bawang, masak2, etc. sampai terbakar2 tangan duk potong cili.ha amik kau.haha.wan cakap ni tangan tak penah masak ke pe ni.heheh]. Kendurinya esok. Erm Kak Long call Dikma. Ye la orang mana nak bawak hp kan. Then bagitau ada hadiah. Hadiah?? [Sumpah terkejut]. Bila difikir2kan balik, akhirnya terjawab la segala teka - teki siapa yang call (no ofis) sebelum2 ni [post ofis rupanya]. Dia salah tulis alamat [haip camane boleh salah pulak. . .??]



Petang balik drpd kenduri F hantar SMS. Ada ke patut suruh orang keluar rumah, duk kat depan umah tok sebab dia nak lalu. Nak tengok katanya. Oit! Gila ke apa dak F bkn nama sbnr ni. aHaha. Nasib baik time tu dah petang sangat2. Dah nak maghrib. Dah masuk rumah. Malam pulak tanya dia pergi ke tak esok kenduri tu. Boleh pulak dia jawab, “Ko nak aku pergi ke?” (soalan pe ni) Adoi lar......

27 Mei 2009 - Rabu

Anjakan Paradigma Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
Tajuk – Hangat2 Tahi Ayam.
Utk pelajar2 IPT - Semangat berkobar2 tetapi tak buat semangat itu berkobar2 dlm jangka masa yang panjang. Kena letak perancangan. Tiap2 hari kita kena buat apa. Kenal pasti orang yang boleh tolong kita. Cari role model. Sebab masa mula2 masuk U dulu sangat semangat utk dapatkan 4 flat tp bila dah 2,3 tahun semangat tu merosot, menunjukkan semangat itu hanya hangat2 tahi ayam. Sepatutnya KITA MAHU ATAU TIDAK, bukan kita boleh atau tidak. Allah dah jadikan kita dengan cukup sempurna.

29 Mei 2009 – Jumaat

Ada ke patut petang semalam dia, F bkn nama sbnr cakap dia nampak su. . .dalam rumah atok kat depan laptop. Ish..ish..ewah..ewah..amboi..amboi... (sambil buat muka tak puas hati)
Haa..Hari ni dah mula rasa tak sabar nak balik rumah.Pelik jugak.
Sebelum ni memang rasa tak menghitung hari pun. Hehe. Ada makna ni agaknya. Tak sabar lah kot nak…
Haahahahaaaa. SUDAH!

30 Mei 2009 – Sabtu

Yeaaahhhhh malam ni pakai inai!!! Petang tadi pergi rumah sebelah @ rumah Wan De ambik inai. Baik betul dia sakit2 pun still nak tolong ambikkan walaupun masa tu dah berusaha untuk pergi serang pokok inai tu sendiri. Hee.. Dah cakap tak pe biar Kak Ngah je yang amik. Tak… Dia jugak yang nak patah2kan inai tu utk kitorang. Btw, terima kasih ye Wan De! Petang tu jugak relaikan inai dari tangkai. And petang tu jugak Dikma tumbuk inai tu pakai lesung batu. Kalau dulu2 wan giling pakai batu giling. Malam tu pas makan, mandi, sembahyang sume, kiteorang seisi rumah pakai inai termasuklah atok pun. Wah seronok betul. Lama dah tak pakai inai.

1 comments:

teem said...

nk pki inai gk... jeles2.. >.< hehe..