I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Saturday, July 18, 2009

.::Al-Kisah::.


*Aku Kan Terus Pergi -Liya. Saya masih dalam mood lagu ni sejak dua minggu lepas, sebelum mood lagu Ketika Cinta Bertasbih pulak datang. Sampai Isha, my roomate pun dah perasan. “Su selalu dengar lagu ni.” Sha cakap malam tu. Sebenarnya lagu ni tak membawa apa-apa makna pun (ceh konon tak de makna la tu..hee ada la sikit). *no* Dah sudah2. Sebenarnya, nak cakap pasal lain. Jari-jari ni pun memang tak tau nak duduk diam kalau dah laptop depan muka. Heee. Sebenarnya, terharu. Saya tak sangka respon yang kawan-kawan saya bagi bila mula-mula baca blog saya ni sangat mengejutkan. Shud kata, “Sedih. Sabar ye Su.” Erm.. Sedih ke entri-entri yang saya poskan sebelum ni. Mungkin kot.. Tak sangka betapa telitinya kawan saya yang seorang ni membaca hingga boleh memahami apa yang saya ceritakan. Thanks Shud! Sihah pulak kata, “Suka baca blog Su.” Hehe. Saya tak pasti pulak part mana yang dia suka. Por la manera, muchas gracias Sihah! Tak kurang jugak yang kata saya kelakar bila baca entri saya tu. Iye ke?!! Ish..ish..ish.. Tak tau pulak saya. Oh ya, ada berita gembira. Berita gembira untuk saya je la. *yes* Kuliah Organisasi Antarabangsa dah ditukar waktunya, daripada Khamis malam Jumaat ke petang Jumaat esoknya. Yeeaaahhhh!!!!!!! Bagus2! Two thumbs up! Hehee. Tak perlu lagi nak risau-risau lambat masuk kelas sebab bas lambat. Dan tak perlu lagi nak risau-risau, bila malam-malam kena keluar masuk hutan, turun naik tangga sorang-sorang nak pergi fakulti sebab tak nak naik bas takut lambat. Huhuhuu. *syukur* (ayat yang agak berbelit-belit, kalau tak faham buat-buat faham pun ok hahaha). Makanya, tiada lah cuti untuk hari Jumaat. Tak pe, masih boleh curi-curi masa yang sedikit terluang tu untuk balik rumah walaupun sekejap. Hee.

P/s - Sedang dengar lagu Cinta Tak Bersyarat -Element. Sha yang ajar dengar lagu ni. Haha sorry sha

Hari Jumaat.
Ada accident. Lori terbalik tengah jalan. Kat KESAS Highway. Berterabur tembikai merah+kuning tengah jalan tu. Bergolek-golek macam bola. Hehe. Sebab lori yang terbalik tu bawak tembikai. Sabar je la. Jalan jam toksah cakap lah. Tak bergerak langsung. Tapi tak de gambar la. Saya tak sempat nak ambik sebab terkejut tengok kejadian depan mata. Huhuhu. Tapi jalan nampak cantik dengan warna kuning dan merah bersepah atas jalan. Hahaha. (boleh pulak). Tiba-tiba.. “Dah lama tak makan tembikai…” Kihkihkih. Tapi bising-bising sebuk sangat nak makan tembikai, abah beli durian pulak. Hakhak. Nak tembikai dapat durian. Belasah la. Durian lagi best kan. Hehehe. *happy* Fakta – Kaklong tak makan durian. Dulu-dulu kalau beli durian je dia lari masuk bilik tutup pintu. Tapi ada lagi satu yang pelik tapi masih lagi fakta. Kaklong tak makan durian tapi dia makan santan durian (Kuah santan durian yang makan dengan roti tu). Maka, saya rasa ada sedikit kemusykilan di situ. *amazing* Hahahahaha.

Haa tadi masa nak balik rumah lalu dekat Bandar Tasik Selatan. Tiba-tiba teringat nak bukak lagu Cinta Bandar Tasik Selatan tu pulak. Hee. Then bukak lah lagu tu (memang ada dalam hp). Lepas tu boleh pulak abah cakap teringat masa zaman dulu-dulu abah balik Pahang nak jumpa mak bila dengar lagu tu. Ahahaaha. Abah ni, orang nak dengar sebab lalu kat Bandar Tasik Selatan, abah nak feeling2 pulak. Hikhik.

Tiba-tiba teringat pernah baca sesuatu seperti di bawah. So, rasa nak kongsi kat sini. Jom baca...

Dalam satu sesi temu duga pengambilan kerani baru, tuan pengurus selaku penemuduga terkejut bila tengok penampilan seorang calon. Budak muda itu memakai jeans koyak lutut, bersubang, bertindik sana sini, rambut merah campur ungu dan biru. Tuan pengurus tengok atas bawah sambil garu kepala kemudian berkata. “Ai orang macam ni pun ada?!”.
Tapi kalau nak tolak atau suruh keluar dah tak boleh. Apa-apa pun dia kena interview juga pemuda yang kat depan dia ni. Jadi, dia pun cakaplah, “Kalau awak dapat buat ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan yang saya bagi, saya akan ambil awak kerja di sini. Perkataannya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE, dan BLACK!”.
Setelah berfikir sejenak, pemuda itu pun menjawab dengan confidentnya, “ I hear the phone GREEN, GREEN, GREEN…, then I go and PINK up the phone, I say YELLOW…BLUE’s that? WHITE did you say? Aiya…! Wrong number la. Don’t PURPLEy disturb people and don’t call BLACK, okay? Thank you.”

Tuan pengurus yang mendengar terus pengsan!

*Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh pemuda itu ialah…
GREEN – Ring
PINK – Pick
YELLOW – Hello
BLUE – Who
WHITE – What
PURPLEy - Purposely
BLACK - Back

Yang ni pulak mesti ramai dah pernah dengar or baca kat mana-mana kan. Biar saya tulis di entri saya pulak…

Tijah seorang budak kampung tetapi bekerja di Kuala Lumpur mula lupa asal-usul. Bercinta dengan lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yang bermata biru tu. Sampailah satu hari, dia ternampak lelaki Inggeris tadi dengan wanita lain yang lebih cantik daripadanya. Tiga hari tiga malam dia menangis. Pada malam keempat, setelah berfikir panjang Tijah mengambil keputusan untuk memutuskan perhubungannya dengan lelaki mat saleh tersebut. Tijah telah menulis sepucuk surat kepada lelaki itu. Begini bunyi surat yang ditulis oleh Tijah…

John…
I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only. Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she. You always ask for apology back-back. I don’t trust you again. You are really crocodile land.
My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three. So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me. So, I cut this connection to go far from here. I don’t want you to play-play with my liver. I have been crying until no more eye water thinking about you. I don’t want banana to fruit two times.
Safe walk…
Tijah.

Hahahaha

Tapi tak boleh la kalau nak dijadikan contoh karangan bahasa Inggeris untuk UPSR, PMR mahupun SPM k. Hehe.

2 comments:

aQem said...

haha! mane ko dapat citer lawak psl bhs inggeris tu..lawak gile....

BeLLezA said...

Hahahaa
mmg lawak pun
tah.
aku pn tak ingat dpt drp mana.
dah lama dah.
buku ape yer...