I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Wednesday, July 1, 2009

CeRiteRa KaMi!~

Kalau dah ada kat rumah, cuti panjang pulak tu, pastu tak tau pulak nak buat apa.. asyik tidur makan tidur makan je kejenya.. kenalah buat sesuatu spya tak tertekan dgn keboringan yg melampau ni. So apa lg, ‘jangan lupa lirik’ la jawabnya! Hmm disebabkan mak sgt suka menyanyi, menyanyi, dan menyanyi… maka wujudlah kat rumah ni satu set home theater yang boleh membuat jiran2 terkejut bila sesi karoke bermula. Ahhhaahha. (alah sebenarnya jiran2 pun layan karoke jugak laa…so takde masalah pencemaran bunyi lah kat cni yek) Agak dah lama jugak lah kiteorg 1 family biasa karaoke kat rumah. Sejak kecik2 dulu lagi. Since duk kat Pahang sampai la duk kat Ampang.


Ha baru2 ni mak ada cerita, cikgu mak sllu suruh mak nyanyi sebelum balik sekolah dulu2. Sebelum balik tu semua student kena berdiri. Cikgu mak tu akan ckp, “Sblm sume orang boleh balik, mari kita dengar Cik Siti nyanyi dulu.” Ha apa lagi mak pun nyanyi la. Maklum la kalau suara dah best kan. Hikhik. So, dulu2 mak terpaksa la ‘adakan’ 1 buku yang boleh mak simpan lagu2 utk dia nyanyi kat class before balik. Kalau tak, alamat tak balik la kawan2 dia 1 class tu. Hee. Mak ckp dulu2 mak suka nyanyi lagu J. Kamisah. Erm anak mak ni tak kenal la siapa tu. Nama macam pernah dengar. (takpe2 konon kakngah tau la ni hehe). Sebab mak cakap lagu dia semua best. That’s y kalau mak dnga lagu tu mesti teringat zaman dia sekolah dulu2. (ni dah kali ke-5 perkataan ‘dulu2’ digunakan dlm story nih eheh) Alamak da terlebey suda ni!


Dah2 jom sambung balik cerita karoke td. Hmm.. Bila difikir2kan balik, no wonder la anak2 mak yg 3org ni pun suka sangat karoke kat umah. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan. Eceh. Biasa kalau tengah bengang ke apa, rasa nak ngamuk ke sampai rasa cam nak tarik ekor kucing kalau dia lalu kat depan muka, rasa nak nangis ke, hah mesti kena cari mic bukak lagu kuat2 berdentam dentum sampai tak dengar pape dah. Sebab…itu adalah salah 1 cara utk lupakan apa yg dibengangkan tu. Seterusnya melupakan terus siapa yang mencipta angkara dan mewujudkan kebengangan tuh. Heheh. Tapi, kalau tengah happy seronok gumbira sangat pun lagi best kalau nak karoke. Lagi2 bila semua dah ada depan tv and pegang mic. Kalau abah, mesti lagu pop yeh yeh 60-an dia tu la. Kira ok lagi la lagu2 macam tu drpd lagu2 klasik yang penuh klasik yg abah selalu dengar kat radio Klasik.fm tu. Serius ni kakngah cakap. Heeee… Abah and mak pun selalu je nyanyi lagu P. Ramlee dgn Saloma kalau karoke. Kira lagu ‘mesti nyanyi’ la ni. Yang lagu duet tu la cam lagu ni – Semalam Ku Bermimpi, Hancur Badan Kandung Tanah, Saat yg Bahagia, Dimana Suara Burung Kenari, Dalam Air Kuterbayang Wajah, dan lain2.. Hee sedap la lagu2 ni sume. Sebab kiteorg dibesarkan dgn lagu2 macam ni so dah jadi lagu ‘mesti nyanyi’ kiteorg jugak ni. Tapi takde lah semuanya lagu2 macam tu. Lagu2 latest lagi terkini pun kiteorg layan jugak. Dah bertimbun vcd karoke kat rumah ni sampai dah takde tempat nak letak koleksi lagu2 ni semua. Apa2 pun, kiteorg memang suka tengok Jangan Lupa Lirik. Tapi lepas tu dah jadi macam iklan rancangan tu pulak, bengang je kiteorg sbb lagu senang pun boleh bagi lirik salah ker. HikHiKHik~


p/s : sewaktu entry ini dipos, mak tgh nyanyi lagu jgn tinggal daku*

0 comments: