I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Sunday, July 26, 2009

Don’t call me again..!

Rutin baru setiap minggu bermula sem ni. Setiap Jumaat akan balik rumah. Sabtu pagi balik kampus, untuk pergi kelas ko-k. Habis kelas, balik rumah semula. Heee. *suka**suka* Sabtu baru ni, on the way nak balik rumah after class. Tiba-tiba hp menyanyi-nyanyi lagu Alicia Keys, You Don’t Know My Name. Tengok number, 013……. Ish ni dah kali ketiga ni nombor yang sama call tapi sebelum ni tak pernah berjawab sebab tengok-tengok je dah missed call. Hehe. Pas tu apa lagi, terus jawab.

Dengar suara lelaki di hujung talian sebelah sana. Hmm.. Dengan muka pelik saya pun tanya “Siapa ni?” sebab sebelum tu dia cakap “Ni Cik Suraiza ke?”. Ish tah siapa-siapa tah dia ni. Lepas tu dia kata nama dia NiZ** (bukan nama sebenar) daripada Takaful. Sebuk dia bercerita itu ini pasal faedah Takaful. Saya yang dengar ni tak faham apa pun. Heee kesian cakap sorang-sorang erk.

Bila saya tanya dari mana dapat nombor saya, dia kata dia ada sumber. Ok fine, kalau betul la awak tu cakap benda betul, tak de niat menipu, kenapa tak boleh bagitau sumber apa dan dari mana. Dia kata lagi, rugi kalau simpan duit dalam bank lain dan tak gunakan faedah daripada Takaful. Hmm.. Orang zaman sekarang ni macam-macam cara kalau nak menipu. Saya memang tak tahu sama ada dia bercakap benar atau tidak. Tapi apa salahnya berhati-hati... kan?

Lepas je saya agak-agak *blur* tak tahu nak cakap apa dah, terus hp di rampas oleh abahku. Waduh. Dah lah abah tengah drive. Ayoyo. Tapi sebelum tu memang abah dah bising tanya siapa, bila dengar saya cakap “Siapa ni, dari mana dapat nombor saya ni, untuk apa call ni, bla..bla..bla..” Dapat je dekat abah hp tu, uish macam polis dah abah tanya NiZ** tu macam-macam. Tapi sebelum tu dengan nada yang agak tegas and agak garang, eheh “Ni ayah dia. Siapa ni?”. Lepas tu, abah sambung “Tak berminat la.” Hakhak terus talian dimatikan oleh abahku. Heeeheehe.

p/s – semakin kuat niat di hati nak menukar nombor talipon maxis ni…and no 019 akan
dimatikan. *sedang dalam proses berfikir**belum pasti**buat masa sekarang masih
boleh contact kedua-dua nombor ni*

Oh ya! Ya Allah baru seminggu tak balik rumah dah ada macam-macam cerita. Bukan cerita kosong, tapi cerita gempak + sensasi. (hee mak yang cakap cerita sensasi). Ada orang datang rumah risik2 kakakku yang sorang tu. (my one and only kakak). Kihkih. Abang Afiq kena cepat2 hantar rombongan nih. Karang tak pasal-pasal melepas, putih mata tatau ar...haahhaaaaha.

Malam tu masa ambik kaklong kat Puduraya, kitaorang tumpangkan sorang budak perempuan ni. Kesian tengok dia sorang-sorang je berdiri kat tepi jalan tu. Dah la kaklong kata dia nangis-nangis tanya kaklong nak naik bas kat mana, sambil tu asyik ikut je mana kaklong pergi. Oleh itu, abah pusing balik nak ambik dia. Mula-mula dia kata berhenti kat Bukit Bintang je dia nak naik bas. Tapi bila mak tanya nak balik mana, rumah kat mana… Terus hantar dia balik rumah sebab dia duk kat Ampang jugak, Pandan Indah. Mula-mula dia macam menolak, sebab segan and menyusahkan je katanya. Tapi, takpe kami tak kisah pun. Tapi dalam sibuk-sibuk cerita pasal kaklong (ada orang merisik kabar + praktikal dia), sampai terlupa nak tanya nama that girl. Haha. Cuma tau dia daripada UiTM Negeri Sembilan, balik KL sebab UiTM tutup tiba-tiba. Kesian... Dah lewat malam baru sampai KL.

Sangat best cerita kat tv3 hari tu...KETENTUAN…Menginsafkan sungguh…

P/s – hanya dalam satu hari...

1 comments:

jai.jezz ^.~ said...

huh. selamber jerk kan tumpang org yg x kenal.. huish klu aku lantokk ler..