I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Saturday, July 11, 2009

*Install CINTA KASIH*

Install CINTA KASIH!

Customer Service (CS) : Ya, ada yang boleh saya bantu?


Pelanggan (P) : Baik, setelah saya pertimbangkan, saya ingin menginstall cinta kasih. Bolehkan anda membantu saya menyelesaikan prosesnya?


CS : Ya, saya dapat membantu anda. Anda bersedia melakukannya?


P : Baik, saya kurang mengerti tentang teknik-tekniknya tetapi saya bersedia untuk menginstallnya sekarang. Apa yang harus saya lakukan dahulu?

CS : Langkah pertama adalah membuka HATI anda. Tahukan anda di mana HATI anda?

P : Ya, tapi ada banyak program yang sedang aktif. Apakah saya tetap boleh menginstallnya sementara program-program tersebut aktif?

CS : Program apa saja yang sedang aktif?


P : Sebentar, saya lihat dulu. Program yang sedang aktif ialah SAKITHATI.EXE, TAKYAKIN.EXE, DENDAM.EXE, dan BENCI.COM.


CS : Tidak apa-apa. CINTA-KASIH akan menghapus SAKITHATI.EXE daripada sistem operasi anda. Program tersebut akan tetap ada dalam memori anda, tetapi tidak lama kerana akan tertimpa program lain. CINTA-KASIH akan menimpa TAKYAKIN.EXE dengan modul yang disebut PERCAYADIRI.EXE. Tetapi anda harus mematikan BENCI.COM dan DENDAM.EXE. Program tersebut akan menyebabkan CINTA-KASIH tidak terinstall secara sempurna. Dapatkah anda mematikannya?


P : Saya tidak tahu cara mematikannya. Dapatkan anda membantu saya?

CS : Dengan senang hati. Gunakan Start Menu dan aktifkan MEMAAFKAN.EXE. Aktifkan program ini sesering mungkin sampai BENCI.COM dan DENDAM.EXE terhapus.

P : Okey, sudah. CINTA-KASIH mulai diinstall secara automatik. Apakah ini wajar?

CS : Ya, anda akan menerima isyarat bahawa CINTA-KASIH akan terus diinstall kembali dalam HATI anda. Apakah anda melihat isyarat tersebut?

P : Ya. Apakah sudah selesai diinstall?


CS : Ya, tapi ingat bahawa anda hanya punya program dasarnya saja. Anda perlu mulai hubungkan HATI yang lain untuk mengupgradenya.

P : Oops. Saya mendapat isyarat error. Apa yang harus saya lakukan?


CS : Apa isyaratnya?


P : ‘ERROR 412 – PROGRAM NOT RUN ON INTERNAL COMPONENT’ – apa ertinya?

CS : Jangan khuatir, itu masalah biasa. Ertinya, program CINTA-KASIH diset untuk aktif di HATI eksternal tetapi belum dapat aktif dalam HATI internal anda. Ini adalah salah satu kerumitan pemprograman. Tetapi dalam istilah non-teknik ini bererti anda harus men-‘CINTA-KASIH’-i mesin anda sendiri sebelum men-‘CINTA-KASIH’-i orang lain.

P : Lalu, apa yang harus saya lakukan?

CS : Dapatkan anda klik pulldown direktori yang disebut ‘PASRAH’?

P : Ya, sudah.


CS : Bagus. Pilih fail-fail berikut dan salin ke direktori ‘MYHEART’ MEMAAFKAN-DIRI-SENDIRI.DOC dan MENYEDARI-KEKURANGAN.TXT. Sistem ini akan menimpa fail-fail konflik dan mulai memperbaiki program-program yang salah. Anda juga perlu mengosongkan Recycle Bin untuk memastikan program-program yang salah tidak muncul kembali.

P : Sudah. Hei! HATI saya terisi fail-fail baru. SENYUM.MPG aktif di monitor saya dan menandakan bahawa DAMAI.EXE dan KEPUASAN.COM disalin ke HATI. Apakah ini wajar?

CS : Kadang-kadang. Orang lain mungkin perlu waktu untuk mendownloadnya. Jadi CINTA-KASIH telah terinstall dan aktif. Anda harus mampu menanganinya dari sini. Ada satu lagi hal yang penting.


P : Apa?

CS : CINTA-KASIH adalah freeware. Pastikan untuk memberikannya kepada orang lain yang anda temui. Mereka akan share ke orang lain dan seterusnya sehingga anda akan menerimanya kembali.

2 comments:

asura said...

menariknya perbualan ni..ptot x ak mntk software die kat ko..hehe

BeLLezA said...

Ye patut-patut. sangat patut. penting tu...hee