I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, July 20, 2009

Keluar Sekejap. Lama Tak Jumpa Dia!


Lapar-lapar...ahahaa

Mengenang, terkenang, dikenang...ehe..



Sabtu~18 julai ...
What a fantastic, wonderful, beautiful, touching day~ truly a wonderful day.

Tepat pukul 04:21:52 pm, saya terima satu SMS daripada Zatul, kawan saya ketika sama-sama belajar di UiTM dulu. Mesejnya berbunyi begini .::Sue, kt ne tuh? Jom kuar nk::.
Tiba-tiba je dak Zatul ni ajak keluar. Biar betul. Hehe. Cam tak caya pulak. Yelah dulu pernah plan nak jumpa, tapi tak jumpa2 jugak. Memang dah lama tak jumpa walaupun sama-sama masuk UKM lepas habis asasi dulu. Dah masuk Tahun2 pun. Kira setahun jugak lah tak jumpa walaupun belajar kat tempat yang sama selama setahun ni. Ish..ish..ish..

Lepas call my mom bagitau nak keluar dengan Zatul, and lepas my mom cakap ok, jangan balik lambat sangat, then kitaorang pun siap2 terus keluar petang tu jugak walaupun jam dah tunjuk pukul6. Sebenarnya plan pukul5.30 tapi dak Suraiza ni kan ada masalah dengan bas, maka berlaku lah sedikit masalah di situ (boleh buat dek je masa bas lalu depan mata). Hahahaha. So terlambat lah sikit. *frown* Takpe.. Janji sampai gak Mid Valley tu. Hrmm apa lagi bila dah jumpa tu kan. Mula la start sesi beramah-mesra tahap tak ingat. Sok-sek-sok-sek. Hehe. Si A couple dengan Si B. Si C couple dengan Si D. Si Z pulak nak kahwin dah?!! Amboi3 pandai na simpan rahsia ye korang. Ish2. Apa2 pun tahniah la kepada mereka yang berkenaan yee. Hee. *happy*

Apa yang pasti, saya dapat sesuatu daripada perjumpaan tu. *nice feeling* Sekurang-kurangnya saya tahu saya masih ada kawan-kawan yang faham. Ada kawan-kawan yang nak dengar kisah saya. Ada kawan-kawan yang sudi membantu termasuk ‘A’ walaupun mungkin agak terlambat menghulurkan pertolongan. *syukur* Ada juga seorang kawan yang alami nasib yang sama. Malah saya rasa lagi teruk daripada apa yang saya alami. Inilah yang dinamakan hidup. Ada pasang surutnya. Saya masih lagi sedang belajar untuk terima hakikat. Saya yakin dengan ketentuan Dia kerana saya pasti itu yang terbaik. *confident*

Sangat seronok sebab kitaorang plan last minute, terus je jadi. Keluar terus tanpa ada masalah yang menyebabkan plan tu tak menjadi. Saya tak suka plan awal-awal, tapi last2 langsung tak jadi. Sebab, kalau ikut perangai ‘tah pa pe’ saya ni, apa yang di’plan’kan tu mesti jadi and seboleh-bolehnya saya akan buat ia menjadi. Itu prinsip saya. Sebab bila tak jadi or cancel last minute, saya akan jadi bengang and marah secara automatik (agak teruk jugak perangai saya ni). Perkara macam ni dah banyak kali terjadi dalam hidup saya, maka saya sama sekali takkan lupa. Lagi satu, kalau nak cancel pun jangan lah di saat-saat akhir. Sebab perkara macam tu akan sangat-sangat menyusahkan orang. Dan saya sangat2 tak suka bila apa-apa yang dirancangkan bersama (janji temu, outing, library, discussion, etc.) tiba2 tak jadi tanpa ada usaha dari mereka yang membuat janji untuk merealisasikannya! Huh.


Minum2 jangan tak minum~



P/s – Thanks Zatul sebab bayarkan tambang teksi. Heeee. *gracias* Apa2 pun hari ni memang hari yang indah! (*^_^*)*~


-gambar saya yang telah dipost sebelum ni telah saya padamkan atas sebab2 tertentu =)-

0 comments: