I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Wednesday, July 15, 2009

Tentang Hari-hari Lepas...




Sabtu & Ahad


Hari Keluarga KIZ (or should I say IZISH – Ibu Zain International Student House hee) tak kesah lah kan apa-apa pun. Erm hari yang best walaupun ngantuk + penat sangat satu hari tu balik terus tidur. (eh tak lah tidur terus sempat lagi basuh baju, jemur kain, kemas bilik, masak air, etc.. hehe). Hari Sabtu malam Ahad, kami warga Blok C terutama Miza (selaku ketua blok), Dayah (merangkap ketua paras 1), Shima (selaku penolong ketua khemah sekaligus merangkap penolong kanan saya ahahaha), Awin, Naz, Liz, Zira, Fiqa, Nisa (merangkap ketua junior), junior2 dan lain-lain (sorry kepada mereka yang tak disebut nama, mungkin ada yang saya terlupa) termasuk warga Blok C lelaki yang dah bersusah-payah menyiapkan banner, topeng, topi, tikar (saya tak tau nak panggil apa anyaman yang diperbuat drpd daun kelapa yang seakan-akan tikar tu hehe), dan tiup belon untuk Hari Keluarga esok. Kak Ana (merangkap felo Blok C perempuan) pun turun skylite jugak. Tema Blok C tahun ni hijau. Diulangi…Hijau! Haha. Selagi tak siap topi untuk perbarisan esok, Miss Dayah ketua paras tak bagi kami balik bilik. (kejam kan??). Terpaksa lah siapkan jugak malam tu sambil dengar bunyi belon-belon yang ditiup tu meletup. Haha. (belon tu tak boleh tiup besar-besar tak tau kenapa). Sampai pukul 2 pagi baru masing-masing balik bilik, tidur.


Pagi Ahad (keesokannya), subuh-subuh lagi Fann dah ketuk-ketuk bilik kiteorang suruh bangun. TQ2!! Ok jom kita cerita pasal hari Ahad pulak. Beratur ikut blok masing-masing. (dah rasa macam hari sukan masa sekolah dulu-dulu.hee). Siap-siapkan diri dengan kostum. (topi and mask yang kiteorang buat malam tadi). Barang-barang untuk hias khemah bagi Kak Ana bawak. Pagi tu, program start dengan ‘senamrobik poco-poco’. Hikhik. Lepas tu, hias khemah. Lepas tu lagi, ada game bola sepak kain pelekat, bola jaring kain batik, layang-layang, tarik tali (tapi rasanya tak de terbatal tiba-tiba haha), lari dalam guni, bawak bola ping pong dalam sudu (teringat lak masa sekolah tadika dulu hehe). Masa hias khemah, adik-adik first year ada yang membantu. Tolong pegang kerusi masa saya tengah memanjat, tolong gunting sellotape, tolong bagi idea nak meriahkan khemah, tolong gunting kertas warna, tolong gantung topi keliling khemah, tolong bagi air, dan banyak lagilah pertolongan-pertolongan lain yang diberikan. Hehehe. Terima kasih kepada yang membantu k. Sebenarnya jeles jugak dengan blok sebelah. Nampak lagi meriah menarik tertarik je. Tapi, siapa sangka... khemah Blok C jugak yang ‘da bomb’, dapat tempat pertama untuk kategori khemah tercantik. Hahaaaha. Walaupun untuk keseluruhan kiteorang dapat tempat kedua@naib johan je, takpe2 tak kesah pun. Banyak lagi program untuk kekalkan kejuaraan tahun lepas. Hee. Apa-apa pun hari tu memang hari yang best. Sebab… Seseorang telah berjaya melupakan seseorang yang lain. Yes! She did it!!! Ahahahaha.


TaK sAngKa…
- Balik dari rumah petang Sabtu semata-mata untuk esok (dah amanah orang, kena la bertanggungjawab kan)
- Boleh jerit2 tengah padang masa blok c menang lawan dengan blok a. Dah lama tak buat kerja macam tu (kali terakhir buat masa dekat UiTM dengan geng T.S.)
- Khemah hijau dapat no1
- Dapat sambut hp Dayah bila dia tiba-tiba campak (rasanya perkataan BALING nampak cam lebih sesuai je) hp dia tu masa tengah game sambil menjerit, “Ijaaaaa!!!!!!!!!”. Kalau tak dapat sambut, memang Dayah kena beli hp baru.
- Kena peluk oleh seseorang dari belakang. Buat terkejut jer. HAHAHA


*Selingan.
Gambar-gambar ni Dayah yang lukis. Betul. Tak tipu. Jangan tak percaya tau. Tolonglah percaya. Kesian Dayah kalau tak percaya dia yang lukis ni. He3.


Hari Isnin.
Dengan senang hatinya masuk kelas Spanish walaupun terlambat setengah jam! Bukan salah kami bertiga (saya, Ika, dan Raudhah) tapi salah bas. Saya ulang, salah BAS! Hahaha. Ye lah, dah nak dekat satu jam kami tunggu, baru bas datang. Nasib baik pensyarah tu faham. Dah la tu, boleh pulak bas tu tak berhenti dekat bus stop depan Pusat Pengajian Bahasa tu. Sampai jalan kaki patah balik kiteorang sebab lepas jerit-jerit suruh berhenti baru bas tu berhenti kat fac kejut. Hish sabar je la. *sigh* Jauh tu nak jalan. Sampai kat kelas je dah termengah-mengah. Cari oksigen. Cari nafas. Haha. (memang takkan suka naik bas sampai bila-bila.huh!). Pulak tu… Baru je nak duduk, dah kena perkenalkan diri + dari fakulti mana + kenapa berminat nak belajar Bahasa Sepanyol… Elok-elok pulak masa tu mereka yang ada, dah pun perkenalkan diri. Dan elok-elok pulak saya yang kena dulu lepas tu. Ok2. Tak pe. Tak pe. I’m okay with that. Senang je nak jawab tu. Ehehehee.. Lepas je cakap “Good afternoon… My name is… I am …. student. I wanna learn Spanish because…bla…bla…bla... Setelah pensyarah tu bertanya, bertanya, dan bertanya, dan setelah saya menjawab, menjawab, dan menjawab kembali, Ika pulak take turn. Hehehe.
Thanks to Ika and Raudhah. ~Sebab teman saya naik bas sampai saya turun bas baru dorang balik Za’ba. Fuh terharu...hee (*^_^*)


P/s – Pertama, cikgu saya dulu dah jadi pensyarah UKM. Wah tak sangka boleh terserempak dalam lecture hall kat KTAMS tadi.. Kedua, saya benci bas!!!!!!!!!!!

Hari Selasa.
Janji dengan Ika nak pergi library@ptsl pukul 11 pagi. Nak buat assignment@independent study untuk Pendidikan Bersepadu yang Puan Khadijah bagi semalam. Terlewat sampai library. Ika dah tunggu sambil baca novel Transgenesis yang dia baru beli tu. Hehe sorry terbocor rahsia pulak. Tak sangka banyak pulak kami dapat buku untuk siapkan assignment tu. Memang boleh kalau nak cakap yang kami dah dapat ‘buku jawapan’ terus. Haha. Masing-masing pinjam 3 buku dan saya akan fotostat untuk Ika, Ika pulak akan fotostat untuk saya. Ok, setel satu assignment. Masa Ika tengah belek-belek salah satu buku ni, boleh pulak terjumpa RM5 dalam buku tu. Hai siapa punya duit lah tu. Nasib baik RM5, kalau RM50, kalau RM100? (Ermm kiteorang ambik la bagi 2. eHehehe). Petang, kuliah Dr. Aru – saya sangat mengantuk, mengantuk, dan mengantuk…




P/s – Sekarang tengah gila dengar lagu Ketika Cinta Bertasbih. (pagi petang siang malam) *wink*wink*

Hari Rabu.
Tiada apa-apa yang menarik. Cuma ada yang tidak menarik je. Ada ke patut kuliah hari Jumaat nak bawak ke malam esok. Uwaaaaa taknak laaaaa!!!!! Tak best. Tak best. (Memang dah rasa macam sem ni sem paling tak best sebab kena naik bas, class malam-malam time tidur, dll). Tapi tadi tiba-tiba rasa macam best pulak. Sebab bila dah tak de kuliah hari Jumaat, esok malam habis je kuliah boleh terbang terus balik rumah… Yay!!!


P/s – Idea mak lah tu tadi suruh balik rumah lepas habis kuliah. Owh hari yang indah!
Eheh.

4 comments:

aQem said...

haha,menarik-menarik,mencabar tol hari2x ko ye...

BeLLezA said...

haha menarik ke?!!
hehe

jai.jezz ^.~ said...

percaya la sgt kau yg lukis gambar tu.. cam tipu jerk ni.. lala~

BeLLezA said...

to jai.jezz
sy rs awk slh fhm ni.
gmbr tu bukan sy yg lukis, tp kwn sy..Dayah tu nama kwn sy bukan sy. ish3