I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, July 24, 2009

Seribu satu rasa!

Assalamualaikum…

Potong papan dengan gergaji,
Ranting kayu hinggap kedidi,
Entri sebelum ni saya dah janji,
Nak cerita apa dah jadi.

Hehehee… Dah lama tak berpantun nih. Macam tak sedap je bunyi tapi belasah la. Nak berpantun gak. Hee. Dulu-dulu saya wakil sekolah untuk pesta pantun. Mesti ramai tak tau. Kan..Kan.. Tak pe, meh sini saya bagi tau. Saya mula ceburkan diri dalam bidang ni (ceh apsal ayat tak leh blah ni ahaha) masa saya di tingkatan 1. Masa tu masih belajar di Pahang. *teringat zaman dulu2* Bila saya dah berpindah ke Ampang dan sekolah kat Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas, saya sambung semula aktiviti berpantun saya kat situ. Mula belajar dengan seorang guru pantun yang dah pun bersara semasa saya di tingkatan 4, kalau tak salah saya. Nasib baik sempat ambil ilmu berpantun daripada Cikgu Ramlah tersayang. Heh.

Dan dengan ilmu yang ada, 4 orang gadis ayu (hee ayu la sangat hahaha) berjuang mempertahankan kejuaraan SMK Taman Kosas yang sentiasa Johan setiap tahun. Ramai je sekolah lain yang cuak kalau berhadapan dengan sekolah kami kalau masuk bab berpantun ni. *konon la* Ehehe.

Disebabkan kami selalu sangat sampai ke peringkat daerah, *gembira* mesti setiap tahun saya akan berjumpa@berjual beli pantun dengan sepupu saya. *best* Sebab dia juga akan mewakili sekolah dia, High School Kajang. Tapi biasanya, kami akan berada di pihak yang sama bukan pihak lawan bila masuk separuh akhir atau peringkat akhir. Hehehe cam ne tu. Mungkin sebab kebetulan SMKTK stands for SMK Taman Kosas dan SMK Tinggi Kajang.

Saya juga pernah diminta oleh seorang guru, Cikgu Rossita untuk kembali mengajar pantun di sekolah selepas saya tamat SPM disebabkan tiada sesiapa yang boleh mengajar adik-adik yang akan mewakili sekolah untuk pesta pantun yang akan datang. *Seronok* Boleh dikatakan hampir setiap hari saya meluangkan masa (sebenarnya memang sengaja meluang2kan masa yang ada) pergi ke sekolah untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka. Setakat yang saya mampu. Apa-apa nasihat, tunjuk ajar, kemahiran berfikir dengan pantas, (sangat perlu sebab kena beli pantun dalam masa 1 minit sahaja) dan semua yang Cikgu Ramlah bagi kepada saya, semuanya saya bagi semula kepada mereka, adik-adik yang bakal mempertahankan kejuaraan SMKTK. Yeaahhhh!!!!!

Dan saya juga ada semasa pertandingan tu. Kalau tak silap saya di SMK Tasik Permai. Bukan apa, sekadar memberi semangat dan sokongan (sebenarnya dah kena pujuk-pujuk oleh mereka yang berkenaan ajak ikut jugak sebab diaorang takut haha ada pulak takut). *kenangan* Erm.. Macam-macam pengalaman menarik yang saya dapat sepanjang belajar mahupun mengajar pantun nih. Sangat2 menarik yang tak mungkin dilupakan! *smile*


Ooppsss!
Sorry.. Sebenarnya nak cerita pasal lain, ter’membebel’ pasal lain pulak. Heheheheeee..
Dah berpantun awal2 tadi.. Story pasal pantun lah yang keluar. Hihi..

Okey.. Okey.. Sebenarnya beberapa hari yang lepas berlaku insiden ‘menarik yang tak berapa menarik’.. Haha. Camni ceritanya, masa tu baru habis kelas. Kelas pulak kat pusat pengajian bahasa dan linguistik tu. Kena lah tunggu bas nak balik fac. Berdiri lah dekat bustop tu. *terkejut* Tiba-tiba tak semena-mena muncul sesekor beruk. Tiba-tiba je nih. Tadi tak de pun. Dan ramai lah yang mula nak melarikan diri bila beruk tu nampaknya semakin gatal menghampiri mereka yang sedang menunggu bas di situ (termasuk lah cik kak yang sedang menulis entri ni). Semakin jauh jarak kami dengan ‘dia’ semakin rapat pula ‘dia’ menghampiri. Hakhak. Tak malu sungguh. Dalam keadaan yang agak huru-hara tu (bila beruk tu tak sudah-sudah nak dekat2 dengan perempuan-perempuan yang ramai ni) mula lah semua nak lari tak cukup tanah. Sehingga ada seorang hamba Allah ni telah memijak kasut saya. *bengang*

Ya Allah sabar je lah. Tau lah nak lari kot ye pun jangan lah sampai nak pijak kasut orang. Sampai berkaki ayam sebelah kaki saya sekejap sebelum kawan saya, Ika ambilkan kasut saya tu. Hahahahaaa... *ukm..ukm..*

Satu hari yang lain...

Pagi Khamis hari tu… Saya, Ika, Azizah, dan Asma dah plan nak buat discussion untuk assignment Cik Maharam. Tempat yang dituju – library. Tempat yang spesifik – luar ptsl. Waktu – 10 pagi. Saya dah lah lambat 10 minit boleh pulak kena tahan dengan pak cik guard kat depan pusanika sebab tak pakai kad matrik. Ingat-ingat nak lari je, tapi tak lepas pulak. Hahaaaha. Pas tu siap warning lagi tu, kalau tak pakai kad matrik kena bayar denda RM10. Tapi bila cakap je nak pergi library, saya pakai kat sana ye…dia pun kata ok bila saya kata “saya pergi dulu ye pak cik.” Hekhek.

Teringat pulak masa dapat surat saman daripada pak guard kat UiTM dulu atas kesalahan yang sama. Heheehe. Time tu kat menara. Dah la kitaorang ramai (ada jugak lah dalam 10 orang). Kena pulak masuk office die. Dah tu boleh pulak dia bagi ceramah bila tau je kitaorang ni student asasi undang-undang. Kata dia “Undang-undang kena ikut, cam ne nak jadi lawyer kalau undang-undang UiTM pun tak patuh.” Heh panas telinga masing-masing. Hahahaha. Nasib baik pensyarah faham bila kitaorang masuk kelas lambat lepas tu…

Tapi… Kat UKM buat hal lagi.. Haha. Malas la nak pakai kad matrik tu. Kecuali nak masuk library je. Sebab memang kena pakai kalau tak jangan harap boleh masuk. Ehee..


Dah cukuplah tu setakat ni. Tapi banyak lagi ni nak cerita sebenarnya. Nak tulis banyak-banyak karang ada orang yang kat Sabah tu marah. Apa lah, takkan nak tulis sepatah dua kata je. Hahah. Tak best betul. Nasib baik mintak peace no war... Kalau tak dah lama tercetus perang.. Dan nasib baik jugak kau jauh, kalau tak…. Heh.

P/s – Thanks to Epa @ Nur Zarifah because…she loves to read my blog…hee gracias!*

4 comments:

shunsukei said...

heheheh,,,erm nakal jgk awk erk...klw kt tmpt sy,,,erm kt pntu pagar besar dah kne than tau awk,,,xsmpt nk lari,,,:p..xpki kt matrik xleh msk kampus,,,,tp bgs awk erk,,rjin...pg library,,

BeLLezA said...

Belleza cakap...
tak suka pkai kad mtrik..rasa mcm budak 1st year!hehe

aQem said...

haisy,name pon budak tgh blaja,normal lah pki kat matrix(wlpn aku sendiri pon tak penah pakai mahupon bawak waktu kat UM dulu..muahahah!!)anyway,berok tu sgt menarik...patuh,ko ni blaja berpantun ke?mantap Suraiza...aku dulu,kene pakse jadi jurupantun penahlah..adeh!

shunsukei said...

heheh,,,erm mcm 2 yea awk...mkne nye 1st year awk mmg pki la erk?sy ad tgk kt matrik ukm...cntik jgk...klw um nye,,,ala..simple sgt...hihih