I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Sunday, July 5, 2009

SMS* Mengejut!

Haih tak tau la nak handle something bila something yang berlaku tu di luar dugaan kita. Kenapa susah sangat kita nak faham hati orang? Atau sebab orang lagi susah nak faham hati kita? Maka, kita pun susah nak faham hati dia. Aduh! Ayat apakah ini? (Heee sorry tetibe cam terkeluar jer ayat ni…) Agak bengang jugak bila apa yang kita cakap tu disalah-ertikan atau lebih tepat lagi disalah tafsir oleh tuan penerima mesej. Arghhh!!! Hari yg sangat penat! Malam tadi tidur lambat sbb nak packing barang semua. Maklum la cik sue ni kalau nak start sem je kena bawak lori. Cam nak pindah tak nak balik2 dah gayanya. Boleh pulak pukul 4.49 pagi tadi dpt mesej. Hp pulak lupa nak silent. Berbunyi2 la lagu ‘three bears-korean children’s song’ yg sebenarnya comel kiut-miut tu jadi bunyi gendang tarian singa@tarian naga masa tahun baru cina. (sambil terbukak terus bijik mata baca mesej tu sampai tak boleh nak sambung tidur balik dah). Berulang kali pesanan yang dihantar tu dibaca. Sedar2 je dah dengar azan subuh. Pukul 5.46 pagi! (kalau dapat mesej mengejut cam tu memang suka baca banyak kali) Hai dah nasib orang buat kita macam ni. Nak buat apa lagi ek. Terima je la..(merujuk kpd mesej yang diterima tadi). ALLAH kan ada. Untuk kesekian kalinya, saya dah biasa macam ni sehingga dah boleh biasakan diri dengan apa yang berlaku kali ni...


Pagi2 lagi lepas semua dah siap, bertolak pergi Segamat hantar my one and only adik – Ira balik uitm. Tu pun wat muka kelat sebab ikutkan hati dia tak nak balik hari ni. Tapi apakan daya, sok akak dia merangkap tua punya blog ni pulak nak balik UKM. Kak long nanti terus pergi kuliah je pagi Isnin tu. Hmm.. Tomey pun ikut kali ni. (memang kalau pergi jauh2 kena bawak dia kalau tak mak tak senang hati, tak senang duduk). Tomey2, kak ngah jeles tau tak. (pe kes? Ngan kucing pun nak jeles ker??). Lepas je tolong angkat2 barang, kemas2 apa yg patut, kitorang pun gerak balik KL. Sampai umah pun dah lewat (tapi sempat lagi nak update blog ni..heh). Nasib baik barang2 sume dah pack semalam. Kalau tak, Isnin la baru balik UKM. Haha. K lah, mata pun dah berat nak tertutup je ni (malam tadi tidur 3jam je laarrrr…..sebab terganggu dek mesej yang memang mengganggu tu lar...). Penat sangat3x, kepala pun dah pusing2 cam gasing (tapi masih boleh tulis entry tuk blog, hebat tak??? heee). K good night tatatititutu. (sambil terbayang2 katil depan mata…waaaaa heaven!)

CehCeh....

1 comments:

Anonymous said...

wah..wah...xpasal2 temasuk skali bj kurung ira..
hihi..