I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, July 3, 2009

“Together-gather Reunion”

Jumaat, 12 Jun. KLCC

Buat pertama kalinya kiteorg buat “together-gather geng reunion”. (ada ke istilah ni??) Dah lama sangat tak jumpa macam ni. Since habes SPM dulu tak pernah lg wat gathering jumpa balik awek bertiga tu.. memang la ada jumpa, tapi berdua dgn yang ni and berdua dgn yang tu. (belum pernah lagi semua ada pada 1 masa and 1 tempat) Ha kenapa istilah geng reunion digunakan… Yelah kiteorg dulu kat sekolah biasa lah yang ni ada geng dia, yang tu pulak ada geng dia jugak. Dah memang macam tu. Tapi kiteorg still berkawan baik dgn kawan2 yang lain. (drpd geng2 yg lain. Heh udah2 la tu cite pasal geng ni) So apa lagi…bila dah jumpa tu, memang tak de mulut yang tau nak diam la jawabnya. Macam2 nak cerita. Rasanya dah 3 tahun kiteorang tak jumpa macam ni. Since Huda and Ryn pergi US after SPM. Sejak Sue2 dah masuk uitm. And since Yana dah masuk matrik kat Pilah.

Mula2 kiteorang g tengok movie – Drag Me To Hell. Memang dahsyat betul. Cik Huda ni, movie belum start lagi dah nak kuar panggung dah. Hehe apa daa… Sakit jiwa + sakit telinga + sakit tekak + sakit jantung kiteorang dibuatnya. Sakit jiwa sbb cite tu kotor (eiy yak!) Sakit telinga + sakit tekak sebab sume pakat dok jerit2 je kejenye (yana tutup telinga sambil tengok manakala dak Sue2 ni tak pandang skrin, pandang Yana sambil bukak telinga hahahahahhahaaa) Sakit jantung sebab asyik terkejut pastu jerit pastu kitorang gelak pas jerit2 tu. Hahaaha.

Hmm.. Banyak pulak dengar cerita pasal kwn2 kiteorg 1 sekolah dulu. (SMK Taman Kosas - promot ckit. Heee) Kawan yang tu…Kawan yang ni. Ada yang da kawen and da ade baby, ada yang sambung belajar over the sea, yang keje, and tak kurang gak yang tak dapat dikesan cam member kiteorg yang sorang ni. (tak dpt contact dia langsung!) Tah hilang p mana la dia ni. Ish..ish..

Tetiba terbukak lah pulak cerita zaman skolah. Kira kiteorang geng yang ada nama jugak lah kat sekolah dolu2. (ceh! yeke?! Hee betuuullll laaa!!!) Geng yang suka mencipta angkara. Suka sangat join apa2 aktiviti yang boleh bawak kitorang kuar drp sekolah. Suka sangat nak berteman kalau nak kuar kemane pun. Penah sekali (eh sekali ke, cam beribu2 kali jer..heee) kiteorg leh kuar berempat selamba jek tak takut cikgu disiplin langsung. Padahal pas klua ade dua je. Tu pun tuk kuar g tandas. 1 tuk laki 1 tuk pompuan. Suka2 hati jer nak kuar secara berjemaah macam tu. Ekeekkeke.



Tibe2 teringat lagi…
Suka sangat kuar class bila ada peluang. Lagi2 time +maths, time teacher Tan Boon Bang@Chen Chow Wan masuk kelas. Tak pun bila time English. Sebab time tu cam borink. (hee teruk. mmg teruk ni) Tak sanggup nak layan mata mengantuk. So kuar je dengan selamba, dengan alasan nak tolong Cikgu Jothy susun buku kat bilik spbt. (masa tu kiteorang join kelab spbt kat sekolah) Ceh konon2 kita semua dapat pelepasan r. Haha. Teruk tul perangai. Tak sangka kita berlima yg nampak cam budak2 baik kat mata cikgu2 ni rupenya suka wat keje2 gitu. (ponteng secara bersopan keyh!) Kihkih. Dah la drpd class kita kat atas langit tu cikgu boleh nampak kita kat bilik spbt bawah tanah tu buat apa. Boleh pulak bawak buku wat ‘homework tak siap’ dalam bilik tu. Haha. Saat yg ditunggu2 – masa sesi fotografi tuk majalah iltizam (majalah sekolah kitorang). Disebabkan kita sume adalah krew iltizam, time2 cam tu sangatlah sebuk. (rasanya sengaja menyibukkan diri nih) Lagi2 bila cik Huda jadi ketua editor. Kita pun sebuk2 lah jd penolong2 kanan merangkap secretary ketua editor ek. Ekekeke.



Pas tu bila class fizik (cikgu rozana kdg2 ditemani cikgu yati) or class kimia (cikgu fizah) kat lab boleh pulak ada budak tu wat keje +maths tanpa rasa bersalah. Tau la dia mmg giler kan +maths tu. Mmg kontra habes la ngan dak Sue2 ni yang mmg pembenci +maths no1! Hehe. Sirez tak suka langsung2. Tiba2 teringat pulak kat Cikgu Chong yang cantik dan comel tu. Cikgu BM masa form3. Ada kenangan antara cikgu tu, cik sue2 dan seseorang. Eheh.


Sudah2 sebelum merapu terlebih, better sambung balik citer kat KLCC td. Alamak panjangnya melalut. Hehe. Sowie2… Erm cam dah panjang je nih, tak pe lah tak yah sambung dah la. (muka innocent*) Kitorang balik dalam kul4 or 5 petang tu. (x engat so x sure) Erm sebenarnya kalau ikutkan hati ni belum laa nak balik lagi. Tapi cik huda ni de hal pulak. Maka, habeslah hari “girls day out” tu (bak kata yana) dengan gumbiranya… Sambil tersenyum sepanjang malam (masa nak tido tu teringat lagi kat dorang) Hehhehehehe!!! Cayang korang bangat!

0 comments: