I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, August 27, 2009

Alhamdulillah.!

Assalamualaikum


Rasa macam dah lama tak datang sini (Sebenarnya baru 5hari lepas saya ada pos entri kan? heeeee)..


Urm.. Minggu pertama Ramadhan. Minggu pertama puasa yang penuh dengan dugaan. Dugaan yang sangat2 menguji tahap kesabaran saya. Sekejap tension, sekejap rasa nak marah, sekejap lagi rasa nak jerit, tiba-tiba je meleleh air mata. Lepas tu karang boleh gelak pulak tiba2. Haih keadaan diri yang sungguh pelik minggu ni. Perubahan yang sungguh drastik (Tapi untuk minggu ni je la ok i'm not gila! Heh) Kenapa? Ye soalan tu yang perlu dijawab. Kenapa saya agak tertekan (pembetulan..sangat tertekan).. Semua ni terjadi kerana minggu ni minggu yang sungguh menekan. Sangat banyak kerja yang perlu dibereskan. Sangat banyak!!!


Ok ok biar saya cerita satu2 k macam mana boleh berlaku keadaan yang menekan lagi tertekan ni. Sebenarnya, untuk minggu ni sahaja ada dua pembentangan yang perlu dibentangkan. Kedua-duanya presentation untuk subjek major pulak tu. Kedua-duanya sama penting. Kebetulan, kena present hari Rabu dan Khamis. Dan assignment untuk presentation hari Rabu kena hantar sehari sebelum tu. Maknanya hari Selasa. Makanya, sepanjang minggu ni tak boleh tidur dengan nyenyak selagi semua kerja tu tak diselesaikan. Ini bukan masalah buat kerja last minute atau apa, tapi ini masalah yang tak dijangka. Sepatutnya, setiap tugasan tu tak dibentangkan pada minggu yang sama, tapi bila kelas tutorial yang sepatutnya start minggu ke6 ditunda minggu ke7. Jadi, memang akan ada masalah la kan. Sebab bahan2 untuk tugasan memang dah ada cuma perlu diatur apa yang sepatutnya dan perlu dimasukkan dalam tugasan tu yang mengambil masa.


Minggu2 yang lepas memang duduk bertapa dan bersenang-lenang(bersusah-payah sebenarnya) di library semata2 untuk siapkan assignment yang nak dihantar hari Selasa tu. Sampai lah Selasa, masih belum mampu untuk disiapkan lagi. Sebenarnya, bahagian saya memang dah buat, dah siap. Sengaja saya siapkan awal sebab lepas tu nak fikir pasal presentation hari Khamis pulak. Tapi disebabkan seorang ahli kumpulan saya ni tak siap2kan lagi part dia, assignment tu pun tak dapatlah nak disiapkan lagi pada masa yang ditetapkan. Betapa tensionnya saya bila dia bagi assignment tu suruh edit mana yang patut. Sekurang2nya kalau disiapkan awal, bolehlah edit awal2. Ni dah di saat2 akhir pun...haish.. Sabar2. Bayangkan la fikiran ni asyik memikirkan assignment tu je, sampai terbuat perkara yang sungguh pelik hari Rabu sebelum present petang tu. Tak payah la cerita erk. Buat malu je. (hanya saya dan Ika je yang tau sebab dia pun jadi pelik jugak hari tu haha)


Erm akibatnya, persediaan untuk presentation hari Khamis kiteorang terpaksa buat hari Rabu malam Khamis tu jugak. Tidur ke tak tidur terpaksa tolak tepi dulu buat masa sekarang. Ika yang duduk Kolej Za'ba yang kat hujung dunia UKM ni pun sanggup mai tidur kat Kolej Ibu Zain cik ija ni semata-mata nak siapkan apa2 yang patut untuk esok. Dah lama ajak dia tidur sini, tapi tak jumpa cara macam mana nak datang ibu zain malam2. Hahahah boleh pulak erk?. Tapi, demi kepentingan presentation esok, petang tu cari ikhtiar jugak cam ne nak setelkan masalah ni. Masa kat surau FSSK time nak solat asar, terjumpa pulak Fatimah, Shud, and Huda. Then, mulut ni pun ringan je la nak tanya sapa2 ada motor tak yang boleh tolong ambik Ika kat Za'ba and hantar ke Ibu Zain. Dan tak sia-sia tanya diaorang...sebab Fatimah boleh tolong amik and hantarkan (mintak motor dapat kereta hihi). Bagus betul. Malam tu dah la hujan. Nasib baik ada Fatimah and Shud. Thanks sangat3 korang+++!!!


Hmm hasil kerja keras malam tu buat slideshow and everything (buat perbincangan secara kritikal. ceh kritikal la sangat hikhik) pasal "Hegemonic Stability Theory" tu, memang berbaloi sangat2. Sekurang2nya presentation tadi membuahkan hasil. Sangat2 mengejutkan. Dan sangat2 menggembirakan hati yang sejak 2menjak ni asyik berduka-lara je. Alhamdulillah. Kata-kata "Pembentangan yang sangat menarik" dah cukup buat saya gembira riang tak terkira. Heheh. Seronoookkkkkk sangat!!!

p/s-terima kasih kpd semua yang membantu tak kira secara langsung atau tidak langsung ;p


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.
BUKANKAH KAMI TELAH MELAPANGKAN DADAMU?
DAN TELAH KAMI RINGANKAN BEBANMU YANG BERAT?
YANG TELAH MEMBERATKAN BELAKANGMU?
DAN KAMI MULIAKAN NAMAMU.
SESUNGGUHNYA DISAMPING KESUKARAN DATANGLAH KESENANGAN.
SESUNGGUHNYA DISAMPING KESUKARAN DATANGLAH KESENANGAN.
APABILA ENGKAU TELAH SELESAI (MENGERJAKAN SESUATU PEKERJAAN) MAKA BERSUSAH PAYAHLAH (MENGERJAKAN LAIN PEKERJAAN).
DAN KEPADA TUHANMU BERHARAPLAH.


~al-Insyirah

Saturday, August 22, 2009

Happy Birthday + Selamat Berpuasa + Selamat Membuat Assignment!


18 Ogos~
¡CumpleaƱos felices!
Selamat Hari Lahir!
Happy Birthday to KAK LONG!!!
My satu-satunya kakak dalam dunia nih.

Yang ke22 tahun k. (bila nak kawin nih ahaahhahhaa)
Semoga murah rezeki, berjaya, gembira, bahagia, dan ceria selalu hendaknya..Amiinn..
Love you sis sooooo muchhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hadiah untuk Kak Long~


Ini adalah cupcake yang ditempah khas untuk Kak Long sempena birthday dia. Thanks to Suehaey, my cute friend, my ex-rumet, merangkap orang yang bertanggungjawab membuat cupcake nih. Sangat2 sedap! Serious! Tak tipu punya..hehe. Dia siap hantar kat UKM lagi tu. E eh bukan. Siap hantar kat Kolej Ibu Zain. Erm sebenarnya hantar sampai kat bilik. Haaha. Sampai sesat2 ke Kolej Amin. Eheheh. Terima kasih banyak2 tau. Muchas gracias Sue! (*^_^*)~ Cayang Sue! To Suehaey: Kita dah promote kat kawan2, kad pun semua diaorang dah ambik. Ha apa?? Owh nak suruh kita promote kat sini jugak? Ok2. Hehe


Erm kepada kawan2 blogger sekalian, siapa2 yang berminat untuk tempah cupcake, cake, chocolate, cookies, etc. sila2 lah melawat ke blog Suhaila (http://mebuttersweet.blogspot.com/) Serius tak rugi sebab memang BEST!


p/s - saya tidak menerima sebarang bayaran atas promotion ini k..ikhlas nih...eheheheh

Sebelum terlupa, Selamat Hari Lahir juga kepada my best friends, NURUL AMALINA AZNAN pada 17 Ogos dan ATON yang sambut birthday pada hari yang sama dengan Kak Long iaitu pada 18 Ogos. (tahun jek lain) Hehe. Cayang korang bangat! Jumpa raya nanti keyh! (nurul la, aton raya kat korea erk hihi)..

Erm sepanjang minggu ni – 17, 18, 19, dan 20 Ogos, takde kerja lain melainkan duduk berseronok-seronok + melepak-lepak di library. Hahaha. Seronok la sangat. Takde maknanya seronok. Ni gara2 nak siapkan assignment la ni. Sampai dah 7-8 jam duduk dalam library rasa macam 2-3 jam je. Tengok2 dah pukul6. Ngantuk toksah cakap la. Asyik tersengguk2 je depan laptop. Hikhik. Ada dua presentation minggu depan. Hari Rabu akan present untuk OA (organisasi antarabangsa), Khamis pulak present untuk KSA (kedinamikan sistem antarabangsa). Chaiyok2 SURAIZA!!!!!!!

p/s – masih belum berpeluang baca novel yg baru beli hari tu...huhu busy la..

Haa sebelum terlambat. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak sahabat2 sekalian. Selamat Berpuasa. Selamat Meningkatkan Amal Ibadat di bulan yang mulia ni. Puasa tau. Jangan tak puasa pulak. Hehe. Bak kata seorang kawan, “Let every single breath bring us closer to Rabbi Izzati. If this is our last Ramadhan, ensure that we are not regret..” Keyh selamat berpuasa semua! (jgn lupa my birthday is coming up, 29 Ramadhan k hehehe sempat lagi tuh)

Hari ni Sabtu 22 Ogos, lepas kelas ko-k pagi tadi terus pergi library dengan Jo..ok2 ptsl jadi rumah kedua buat masa sekarang..hihi. Ika dah tunggu, kat tempat biasa, kat meja biasa. Wah hujan pulak turun. Selebat2nya. Hai mengantuk lagi. Haha. Opss Ika kirim salam kat korang...haa jawab jangan tak jawab. Heee

Monday, August 17, 2009

Banyak Cerita Nak Cerita!

Assalamualaikum semua…rakan2 blogger..dan teman2 yang sudi menjengah ke blog ini..Harap2 semuanya sihat, jangan terkena h satu n satu sudah. Ish mintak dijauhkan lah yee..huhu..

Mula2 sekali nak cakap terima kasih kepada korang yang telah menjadi follower dan sudi membaca entri2 yang saya poskan di sini. Terima kasih banyak2 ye. Tak ada apa yang menarik pun, sekadar tulisan dari mata dan hati. Apa yang saya tulis, itulah yang saya perhati, lalui, rasa, dan fikirkan. Terima kasih kerana mengikuti saya di sini. Kesudian korang membaca entri di blog ini amat2 saya hargai.. ;)

Petang… (KHAMIS 13/8)
Pergi pesta konvo dengan Sha + Kak Jah. Jalan2 cari makan. Heee. Dekat je dengan kolej. Beberapa langkah je pun. Hahaha. Sambil2 tu cuba la apa2 yang best kat booth2 yang ada. Termasuklah nari2 + lompat2. Haha. Sha paling suka nih. Mula2 tu tak de orang lagi, memang tak malu pun nak cuba game tu. Tapi, bila kiteorang nak start je, ramai pulak yang tengok. Haih tak boleh jadi ni. Malu2. Hahahahaha. Terus pergi makan lepas tu. Heeee..


Malam… (HARI YANG SAMA)
Sesuatu telah berlaku. Baru nak happy2. Tapi ada pulak seorang hamba Allah ni telah membuatkan saya sedih dan marah. Saya tak pasti apa hak dia nak kata saya macam tu. Sedangkan puncanya dia berkata sedemikian pun saya tak tahu. Apa kata-kata saya yang buat dia marah, sampai sanggup kata macam tu pada saya pun saya kurang pasti. Entahlah. Manusia. Memang sukar nak dijangka sikap masing2. Selalu cakap dulu baru nak fikir. Cubalah sekali-sekala berfikir dulu sebelum nak bercakap tu. Kalau tak, lebih baik kamu diam..
Nasib baik my mom call tiba-tiba.. Terus sejuk hati yang panas tadi tuh..heh.

Erm hari ni (JUMAAT 14/8) ada kelas dari pagi sampai petang. Pagi tadi kelas ganti untuk Bahasa Sepanyol. Petang pulak kelas Organisasi Antarabangsa. Dari PPBL (Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik) teus ke fac @ fakulti sebab nak bincang pasal assignment dengan Ika and Jo. Tak balik kolej dah walaupun petang tu kelas pukul 3. Punyalah lama stay kat fac tu sementara nak tunggu kelas OA. Heh takpe2 tak menjadi masalah pun sebenarnya. Dalam sebok berbincang pasal assignment (Sambil2 tu terpesong jugak dari assignment cite lain yang keluar and Ika dah tau satu rahsia! Uppss! Hehe).

Tiba-tiba ada seorang kakak ni duduk kat meja kiteorang. Dia cakap, “Tumpang duduk sini ye.” Kiteorang pun angguk and senyum je la. Erm tengah2 bercakap tu boleh terdiam. Hehe segan lak. Tapi lepas tu Ika mula balik apa yang kiteorang bincangkan tadi, sedikit kekeliruan tentang negara dunia ketiga. Tiba-tiba akak ni tadi letak buku yang dia tengah baca and mula bertanya pasal perbincangan kiteorang. Dia tanya, “Tengah buat assignment ke?”. Dan dia mula bagi pandangan dia tentang isu-isu WTO, negara dunia ketiga, dan negara2 yang sedang membangun berserta contoh2nya sekali. Wah terpegun sekejap kiteorang dengar dia berkata2. Hebat betul. Haa lepas tu barulah kiteorang nampak dengan jelas apa yang sepatutnya kiteorang bincangkan dalam assignment OA tu.

Ika dengan ringan mulutnya bertanya, “Akak pelajar kat sini ke?”. Dia kata dia tengah buat phd sekarang (politik). Patut la macam pensyarah. Seronok dengar dia cakap. Dia dari Indonesia rupanya. Tapi dengar dia cakap dah macam orang Malaysia je bunyinya. Hehe. Lepas tu, kiteorang dapat nombor telefon akak tu. Yes! Heee.

Hmm tak sabar nak tunggu puasa. Minggu depan, insyaAllah. Dalam masa yang sama, ada 2 presentation yang perlu di’present’kan masa first week puasa tu nanti. Heh chaiyok2 Suraiza!

(SABTU 15/8) Mengkaji semula tentang negara dunia ketiga, WTO, dan hegemonic stability theory. Agak mengelirukan. Kadang-kadang susah nak faham. Terutama sekali HST @ Hegemonic Stability Theory tu. Hmm.. Sambil2 tu baca kisah seorang lelaki yang syahid dan Ainul Mardhiah, bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari syurga. Lepas tu, mula lah dengar lagu Ainul Mardhiah yang UNIC nyanyi tu sampai malam. Hehe.

p/s - WAH SANGAT BEST CERITA AYAT-AYAT CINTA NI..Tengok seratus kali pun takkan boring...hehehe. Tapi baca novel pun ok jugak. Lagi best!

Setelah sekian lama, akhirnya hari ni (AHAD 16/8) saya dah beli novel baru. Hehehe. Saja keluar sekejap nak cari hadiah untuk Kak Long. Birthday dia Selasa ni. Dah alang-alang pergi Ampang Point tu kan, singgah la Kedai Buku Popular tu kejap. Ingat nak survey je novel-novel baru, takde niat pun nak beli. Tapi ternampak lah pulak novel baru Hlovate. So, mesti kena beli jugak walau macam mana pun. Ehehe.

(ISNIN 17/8) Baru 3 hari tak online dah ramai yang jenguk blog dan tinggalkan jejak eh. Hehe. Tq2! Sekarang saya ada kat library @ PTSL. Sepatutnya ada kelas pagi tadi, tapi cancel pulak. Dari rumah terus ke KTAMS. Setengah jam nak tunggu pukul 10. Pukul 10 baru gerak nak masuk dewan kuliah. Tup2 depan pintu ada tampal notis kelas cancel. Ya ALLAH sabar je lah. Kalau tau, tak la kelam-kabut berkejar dari rumah pagi tadi. Ish2 takpe2 sabar2. Hehe. Disebabkan semua kelas dan kuliah dibatalkan hari ni, maka saya akan bertapa di PTSL ni untuk siapkan assignment sampai malam. (ceh konon la sampai malam takde maknanya jap lagi balik la ni ahahahaha).

Sunday, August 9, 2009

Penat!

08/08/09


Hari yang sangat3 memenatkan…
Macam2 benda boleh berlaku hanya dalam satu hari..


Hari ni lepas habis kelas balik rumah terus tak naik kolej lagi dah. Tak larat nak mendaki tangga tu lagi. So, terpaksalah bawak beg yang berat tu sekali pergi kelas. Beg jadi sangat3 berat sebab bawak balik laptop yang memang berat tersangat2 berat. Disebabkan banyak kerja nak buat, jadi terpaksa la bawak laptop balik kali ni. Kalau tak jangan harap nak bawak lagi2 bila balik sendiri tak de siapa nak ambik. Huhu.


Lepas tu macam biasa tunggu bas kat bus stop depan FSSK tu. Haih bas cam penuh je. So terpaksa la berdiri dengan beg yang sungguh2 berat tu. Entah macam mana, perkara yang jadi hampir 2 tahun lalu, berlaku lagi hari ini. Tapi tidaklah seteruk kejadian yang sungguh tak disangka2 macam dulu tu. Yang menjadi penyebab kenapa saya sangat membenci bas. Tapi tu lah benci macam mana sekalipun masih perlu naik bas untuk ke mana2 selagi bergelar pelajar universiti.


Erm..daripada kat uitm dulu lagi, memang ada bas yang kalau kita naik rasa macam dalam roller coaster. Lagi2 kalau kita berdiri dalam bas tu sebab seat dah penuh. Dah la laju tahap melampau. Terhuyung-hayang orang yang berdiri dalam bas tu. Boleh lagi bawak masuk penumpang selagi ada ruang walaupun memang dah sesak macam ikan sardin cap ayam dalam tin. Huh! Macam tengah hari tadi, bas tu dah penuh. Sesak. Sesak sangat. Dan saya memang bermasalah dalam keadaan yang sebegini. Entah macam mana, masa kat satu selekoh bas tu tiba2 brek secara mengejut (macam kejadian yang sama 2 tahun lalu). Dan ketika itu jugalah, saya hampir2 jatuh terduduk atas seorang lelaki yang saya agak dia juga seorang pelajar Ukm. Nasib baik.., macam saya cakap, kejadian tengah hari tadi tidaklah seteruk kejadian yang berlaku dulu. Sebab tadi saya ‘hampir’... Kalau sebelum ni dah terjatuh pun. Huhu. Macam tadi, nak dekat 10 kali saya cakap sorry kat orang tu. Memang lah belum jatuh terduduk lagi atas dia, tapi.... Ya Allah malu tak payah cakap la. Memang Tuhan je yang tahu. Sampai merah+sakit tangan memaut palang besi tu nak elak dari terjatuh punya pasal. Huh.


Bila bas tu berhenti, tiba2 lelaki tadi tu bangun. Saya ingat dia nak turun. Rupanya tak. Dia tak turun lagi. Dia nak bagi saya duduk sebenarnya. Sangat terharu. Terima kasih ya awak! Terima kasih banyak2 sebab memang saya rasa saya dah tak mampu nak galas beg berat saya tu dengan keadaan bas yang macam nak terbang je gayanya.


Dalam komuter pulak...
Masih lagi keadaan yang sama. Sesak. Padahal tren tu sebenarnya tren terhad kepada beberapa stesen sahaja. Kalau tidak silap saya, tren ini hanya akan lalu di stesen Kajang, Serdang, Bandar Tasik Selatan, Salak Selatan, Sungai Buloh, terus ke Rawang dan tidak akan lalu di stesen Mid Valley dan KL Sentral jika saya tidak salah dengar. Tapi, bila tren sampai je, semua yang ada kat situ serbu masuk tren sampai bersesak2 dan saya sendiri terhimpit ke pintu sebelah sana tren. Aduh sabar je lah. Nasib baik komuter taklah seteruk keadaan dalam bas. Masih boleh letak beg kat bawah dan boleh menghalakan pandangan ke luar. Taklah sakit kepala dan sakit mata memandang orang ramai yang ada macam2 gaya dalam tren tu. Hee. Saya agak mungkin mereka yang ada kat stesen Ukm tu tak dengar announcement sebelum tu yang cakap tren tu terhad kepada beberapa stesen je sebab saya sangat yakin majoriti yang ada kat situ nak ke Mid Valley. Lagi2 pelajar Ukm erk. Hehe. Maka, sesak lah tren tu jadinya.


Tiba-tiba… Rasa menyesal pulak tak pakai face mask tu. Dah la kes H1N1 tu dah semakin berleluasa kat sini. Risau pulak. Banyak farmasi dah out of stock benda alah tu..haish..bahaya2.


Yes!!! Seekor NYAMUK telah berjaya dibunuh. Hahahhaha!!!


Ok sambung cerita balik. Hari ni saya beli tiket sampai ke Bandar Tasik Selatan je. Memang bukan ke KL Sentral seperti kebiasaannya. Sebab kalau dah ke KL Sentral macam jauh pulak nak balik rumah. Erm disebabkan inilah kali pertama turun kat situ, agak blur jugaklah. Hehe. Dalam tengah pening2 tak tahu nak menuju kearah mana, tiba2 ada seorang makcik menegur dari belakang. Dia tanya ada bas lalu tak kat situ. Alamak saya pun tak tahu sebab saya sendiri pun baru pertama kali turun kat Bandar Tasik Selatan tu.


Yeeaahhh NYAMUK kedua telah berjaya ditampar-tampar!!! Hahahaha.


Erm lepas tu berbual2 lah sekejap dengan makcik tu lepas dia ajak saya duduk sebelah dia sementara dia tengah tunggu bas dan saya tengah tunggu ayah saya datang ambik (baru lepas SMS abah). Makcik tu duduk kat Cheras dan nak ke Bandar Tun Razak. Tak lah jauh. Cuma tak tahu bas ada ke tidak. Dia tanya saya dari mana nak kemana, dah lama ke belajar kat Ukm, ambik course apa, tunggu siapa... Dalam 15 minit lepas tu, ayah saya sampai dan bas pun lalu. Lepas saya salam dengan dia...dan lepas saya menuju kearah kereta ayah saya, saya nampak makcik tu bertanya sesuatu kat sorang peniaga, tapi tak tahulah dia tanya apa dan dia naik atau tidak bas yang baru sampai tu... Hmmm... Saya harap dia sampai ke tempat yang dia nak pergi tu dengan selamatnya (Saya bukan taknak tumpangkan dia, tapi abah ada hal nak cepat jadi tak dapatlah den nak nolong...) Lainlah kalau saya yang drive erk...heh.


Sampai je kat rumah, belum masuk rumah lagi ni.. Tiba2 jiran sebelah rumah panggil. Ajak pergi rumah dia sebab dia buat birthday party anak dia (bape banyak ‘dia’ daaa…hhaha). Petang tu tak buat apa pun, tidur je akhirnya. Sebab sangat penat, penat, dan penat…


p/s – Kenapa cerita SEPI ni sedih sangat..uwaaaaaa sedihnyaaa…! (tu lah sapa suruh tengok tengah2 malam buta. Feel dia lain kalau tengok siang2 hari dengan malam2 hari). Hobi Cik Sue ni memang suka nangis pun. So tak payah la nak salahkan filem tu...ehehh

Saturday, August 8, 2009

Bila Dah Boring

Bila kepala dah nampak bulan bintang dan planet2,
Bila mata dah tak larat nak membaca hegemonic stability theory bla..bla..bla..tu lagi,
Bila jari dah rasa nak berhenti pegang pen,
Bila otak dah mula tak larat nak men’translate’,
Bila hati dah takde perasaan nak teruskan apa yang dimulakan tadi…
Bila page facebook dah di’minimize’kan…


Mulalah Cik Sue ni nak mengintai-intai ‘her memoirs’ ni…
Mulalah nak lupakan sekejap pasal assignment.
Mulalah mengada2 nak bercerita kat sini (ada ke orang cakap diri sendiri mengada2 selain Miss Suraiza ahahahhahaa!!!!!!!!!!!)


Ok. Ok. Jom cerita jomm..
Hari Rabu main hujan sebab hujan sangat lebat, lebat, dan lebat.. Dari pagi lagi. Sampai dalam dewan kuliah pun boleh dengar bunyi hujan yang sungguh lebat tu (sebenarnya tak dengar pun, Epa yang dengar pas tu dia risau sebab tingkap bilik dia tak tutup hehe). Habis je kuliah Dr Azizan, dah kena berkejar ke pusat bahasa pulak. Dah lah jauh. Dengan hujan yang sungguh2 lebat, dengan terlupa nak bawak payung, dengan nak naik basnya lagi, dengan kasut baru tu (ehehee)… Aduh dugaan betul. Tapi, nasib baik Ika bawak payung.. Heheehe. Terpaksa la menumpang Ika untuk ke bus stop nak naik bas dan dari bus stop ke pusat bahasa. Tapi biasalah dah hujan lebat. Nama je berpayung. Basah jugak. Bukan sikit2. Sakan mandi hujan. Ahahahaa. Masuk kelas bahasa, menggigil-gigil sampai beku kaki tangan sebab kelas tu punya tahap kesejukan air-cond dia sangat la melampau. Huhuhu…

Minggu ni Atam suka sangat lepak dalam bilik. Kalau tak bukak pintu sebuk mengiyau kat luar pintu tu. Nampak bayang2 dia depan pintu sambil memekak selagi orang tak bukak pintu. Haha. Kejap duk kat katil Sha sekejap lagi dia menyebuk kat katil orang pulak pas tu tiba2 hilang duk atas meja study. Hahahaha. Kalau dah masuk bilik malam2 tak reti pulak nak keluar. Tidur dalam bilik sampai esok pagi. Tu pun orang dah bukak pintu tak nak keluar lagi tu. Haih tak malu betul. Haha. Alamak. Lupa pulak nak perkenalkan sape Atam tu ek. Hehe. Atam ialah seekor kucing yang berwarna hitam tapi ada warna putih sikit2 serta berbulu lembut macam carpet dan sangat manja dan comel. Hahaahaha. Atam juga ialah seekor kucing yang pelik sebab dia makan durian, biskut kacang, dan putu mayam hakhakhak. Tapi dia masih ada ciri-ciri kucing normal k. Hikhik. (banyak betul kucing kat Ibu Zain ni erk).

Atam termenung memikirkan masa depan...hikhik

Hari ni..Jumaat 07/08/09
Lepas habis kuliah Organisasi Antarabangsa tadi, Winda ajak saya dan Ika pergi rumah dia. Dia tak duduk kat kolej tapi duduk luar. Ermm.. Memandangkan hari dah petang and kelas pun habis lambat, saya rasa tak jadi nak pergi. Ika je lah yang ikut Winda. Lagipun, saya memang tengah kehabisan duit sekarang. Haha. Memang kering sungguh purse ni. Yang ada hanyalah 1 keping syiling 50sen, 2keping syiling 20sen, 2keping syiling 10sen, dan 1keping syiling 5sen… Huhuhu. Memang sengaja dan malas nak keluarkan duit. Sebab utama – memang tak boleh pegang duit yang banyak dalam satu2 masa sebab nanti akan habis dalam sekelip mata tanpa ada rasa belas kasihan. Hahhahaaha!!! Oleh itu, sekarang saya sedang belajar untuk berjimat dengan tidak memegang duit yang banyak dalam satu2 masa dan hanya akan keluarkan duit apabila hanya duit sen2 sahaja yang tinggal dalam purse. Hehe. Dengan itu, petang tadi saya dah keluarkan duit sebab esok nak balik rumah. Kalau tak nanti tambang komuter sape nak bayarkan…hikhik. 

Gambar diambil pada pukul 12 am 08/08/09 oleh Suraiza atas meja study hihi


Erm dalam kesibukan nak siapkan assignment yang dah makin bertimbun tu, masih sempat lagi nak jenguk2 and sambung baca novel P.S. I Love You by Cecelia Ahern ni. Sedih..tapi best..best..sgt best!


Wednesday, August 5, 2009

Telah di'tag' oleh ANISKU!

Saya telah ditag oleh anisku..hihi


nama2 timangan:
Kak ngah @ angah (kalau kat rumah dan dikalangan familyku sekalian). Sue and Ija (kawan2 @ rakan2 @ sahabat2 yang mengenali). Suesue (anisku, kawan2 rapat kat sekolah, dan seorang dia). Kak Sue (ikin dan adik2 angkat yang lain)~haha ni kira nama timangan gak ker??

anda seorang yang:
Gila novel!!! *wink*

insan yang teristimewa:
MAK ABAH + Kak Long & Ira + Atuk & Wan + Kak Teh + All my best friends tersayang muah2!!!

lagu kesukaan:
Ahmed Bukhatir – Ummi (Sebab boleh menitis air mata kalau dengar lagu ni. Pas tu mula la teringat nak balik jer takde kerja lain...heee)

food kesukaan anda:
Banyak2!!! (nasi ayam, nasi kerabu, nasi beriani, nasi dagang, erm nasi pe lagi yang ada erk?) Haaahaha

sikap yg membuatkan anda stress:
Sikap sendiri atau sikap orang di sekeliling??
Erm saya sangat stress kalau tak dapat apa yang saya nak..sebab apa yang saya nak saya mesti kena dapatkan jugak..hehe (sikap apakah ini??)

3 benda yg mesti ada dalam beg anda:
Alah kenapa mesti 3? Banyak la yang mesti3 kena ada dalam beg Sue. Hehe. Antaranya... Hp, purse, pen, kad matrik, kunci bilik, kunci rumah, pocket tissue, plasters, bekas contact lens, bekas spec, dengan note book kecik size tapak tangan. Hihihi. Keyh kalau nak 3 jugak Sue pilih hp, purse, kad matrik sekali pakej dengan kunci bilik. Alaaa lebih drpd 3 jugak laaa… Hikhik.

warna kesukaan anda:
Hoyey soalan yg best! Sangat2 suka pink & purple serta pink & purple jugak.. Ahahhaaha

kali t’akhir anda menangis dan mengapa:
Erm bila yeh? Rasanya macam dah lama. Sebulan yang lepas kot. Sebab...
Biarlah rahsia... ;)

tag 6 rkan:
Arip, Aton, Fatin, Zati, Wanie, Farha!

Sunday, August 2, 2009

Terkini!

Assalamualaikum...
Wah3 baru balik rumah 2 hari dah rasa macam balik seminggu..hehe. Nama je balik rumah. Sebenarnya tak. Ke hulu ke hilir je sepanjang 2 hari ni. Tadi buat pertama kalinya pergi Puduraya (kira masuk kes 'hari ni dalam sejarah' jugak la hee). Nasib baik Kak long ada dan dia pun memang dah biasa dengan tempat tu. Hantar Ira naik bas balik Segamat (dah cuti seminggu uitm tu, dah2 cukup la tu ek. p balik study laa pulak yek...). Tak sampai 5 minit on the way nak balik and Ira pun dah naik bas, boleh pulak dia SMS cakap kad matrik tertinggal kat rumah. Adus! ....
Boleh pulak tu tinggal kad matrik. Ish3. Nasib baik Kak ngah dia ni bermurah hati nak tolong pos laju kad matrik dia tu esok after class. (ayat mengada2 sungguh). Eheheehhe.

Ni cerita lain lak ni tak de kena-mengena dengan cerita kat atas tu...heeee.
Tadi balik kolej secepat yang mungkin. Ceh tak de la cepat sangat. Pukul 9 gak sampai. Hahaa. Sha mesej suruh balik cepat sebab nak turun cafe sama2 (program Silang Budaya tu la). Tema blok C - India. Haa ni antara gambar2 yang sempat di upload tadi. (saya memang sangat cepat mengupload gambar hihi).

With Ijan~


With Miza~

With Zizah~ (kostum untuk tarian Endang)

With Isha~

Yee..Saya tau saya tidak mengikut tema blok. Hehe. Taktau pulak kena pakai pakaian ala-ala heroin cerita Tamil @ Bollywood tu. Kalau tau.....memang laa...sakan siap kat rumah! Ahhaahahaa!!!!!!!!


Sebenarnya saya tulis entri ni setelah semua kerja2 yang ada telah berjaya dibereskan dengan cemerlang. Eheh. Kerja2 tersebut termasuklah iron baju kurung, iron tudung, susun buku, tengok jadual untuk kelas esok nak bawak buku apa (hee cam budak sekolah je ek), makan, solat, etc. Esok kelas jauh, kena naik bas, kena keluar awal, kena jalan cepat2 hehee.
Okay, selamat malam semua... Tidur dulu...ZzZzZzz