I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, August 27, 2009

Alhamdulillah.!

Assalamualaikum


Rasa macam dah lama tak datang sini (Sebenarnya baru 5hari lepas saya ada pos entri kan? heeeee)..


Urm.. Minggu pertama Ramadhan. Minggu pertama puasa yang penuh dengan dugaan. Dugaan yang sangat2 menguji tahap kesabaran saya. Sekejap tension, sekejap rasa nak marah, sekejap lagi rasa nak jerit, tiba-tiba je meleleh air mata. Lepas tu karang boleh gelak pulak tiba2. Haih keadaan diri yang sungguh pelik minggu ni. Perubahan yang sungguh drastik (Tapi untuk minggu ni je la ok i'm not gila! Heh) Kenapa? Ye soalan tu yang perlu dijawab. Kenapa saya agak tertekan (pembetulan..sangat tertekan).. Semua ni terjadi kerana minggu ni minggu yang sungguh menekan. Sangat banyak kerja yang perlu dibereskan. Sangat banyak!!!


Ok ok biar saya cerita satu2 k macam mana boleh berlaku keadaan yang menekan lagi tertekan ni. Sebenarnya, untuk minggu ni sahaja ada dua pembentangan yang perlu dibentangkan. Kedua-duanya presentation untuk subjek major pulak tu. Kedua-duanya sama penting. Kebetulan, kena present hari Rabu dan Khamis. Dan assignment untuk presentation hari Rabu kena hantar sehari sebelum tu. Maknanya hari Selasa. Makanya, sepanjang minggu ni tak boleh tidur dengan nyenyak selagi semua kerja tu tak diselesaikan. Ini bukan masalah buat kerja last minute atau apa, tapi ini masalah yang tak dijangka. Sepatutnya, setiap tugasan tu tak dibentangkan pada minggu yang sama, tapi bila kelas tutorial yang sepatutnya start minggu ke6 ditunda minggu ke7. Jadi, memang akan ada masalah la kan. Sebab bahan2 untuk tugasan memang dah ada cuma perlu diatur apa yang sepatutnya dan perlu dimasukkan dalam tugasan tu yang mengambil masa.


Minggu2 yang lepas memang duduk bertapa dan bersenang-lenang(bersusah-payah sebenarnya) di library semata2 untuk siapkan assignment yang nak dihantar hari Selasa tu. Sampai lah Selasa, masih belum mampu untuk disiapkan lagi. Sebenarnya, bahagian saya memang dah buat, dah siap. Sengaja saya siapkan awal sebab lepas tu nak fikir pasal presentation hari Khamis pulak. Tapi disebabkan seorang ahli kumpulan saya ni tak siap2kan lagi part dia, assignment tu pun tak dapatlah nak disiapkan lagi pada masa yang ditetapkan. Betapa tensionnya saya bila dia bagi assignment tu suruh edit mana yang patut. Sekurang2nya kalau disiapkan awal, bolehlah edit awal2. Ni dah di saat2 akhir pun...haish.. Sabar2. Bayangkan la fikiran ni asyik memikirkan assignment tu je, sampai terbuat perkara yang sungguh pelik hari Rabu sebelum present petang tu. Tak payah la cerita erk. Buat malu je. (hanya saya dan Ika je yang tau sebab dia pun jadi pelik jugak hari tu haha)


Erm akibatnya, persediaan untuk presentation hari Khamis kiteorang terpaksa buat hari Rabu malam Khamis tu jugak. Tidur ke tak tidur terpaksa tolak tepi dulu buat masa sekarang. Ika yang duduk Kolej Za'ba yang kat hujung dunia UKM ni pun sanggup mai tidur kat Kolej Ibu Zain cik ija ni semata-mata nak siapkan apa2 yang patut untuk esok. Dah lama ajak dia tidur sini, tapi tak jumpa cara macam mana nak datang ibu zain malam2. Hahahah boleh pulak erk?. Tapi, demi kepentingan presentation esok, petang tu cari ikhtiar jugak cam ne nak setelkan masalah ni. Masa kat surau FSSK time nak solat asar, terjumpa pulak Fatimah, Shud, and Huda. Then, mulut ni pun ringan je la nak tanya sapa2 ada motor tak yang boleh tolong ambik Ika kat Za'ba and hantar ke Ibu Zain. Dan tak sia-sia tanya diaorang...sebab Fatimah boleh tolong amik and hantarkan (mintak motor dapat kereta hihi). Bagus betul. Malam tu dah la hujan. Nasib baik ada Fatimah and Shud. Thanks sangat3 korang+++!!!


Hmm hasil kerja keras malam tu buat slideshow and everything (buat perbincangan secara kritikal. ceh kritikal la sangat hikhik) pasal "Hegemonic Stability Theory" tu, memang berbaloi sangat2. Sekurang2nya presentation tadi membuahkan hasil. Sangat2 mengejutkan. Dan sangat2 menggembirakan hati yang sejak 2menjak ni asyik berduka-lara je. Alhamdulillah. Kata-kata "Pembentangan yang sangat menarik" dah cukup buat saya gembira riang tak terkira. Heheh. Seronoookkkkkk sangat!!!

p/s-terima kasih kpd semua yang membantu tak kira secara langsung atau tidak langsung ;p


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.
BUKANKAH KAMI TELAH MELAPANGKAN DADAMU?
DAN TELAH KAMI RINGANKAN BEBANMU YANG BERAT?
YANG TELAH MEMBERATKAN BELAKANGMU?
DAN KAMI MULIAKAN NAMAMU.
SESUNGGUHNYA DISAMPING KESUKARAN DATANGLAH KESENANGAN.
SESUNGGUHNYA DISAMPING KESUKARAN DATANGLAH KESENANGAN.
APABILA ENGKAU TELAH SELESAI (MENGERJAKAN SESUATU PEKERJAAN) MAKA BERSUSAH PAYAHLAH (MENGERJAKAN LAIN PEKERJAAN).
DAN KEPADA TUHANMU BERHARAPLAH.


~al-Insyirah

2 comments:

jai.jezz ^.~ said...

jarang betul la kamu mengupdate blog.. windu nak baca.. :P

BeLLezA said...

hehe windu ker?hehe
lately,bz ckit la..huhu