I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, August 17, 2009

Banyak Cerita Nak Cerita!

Assalamualaikum semua…rakan2 blogger..dan teman2 yang sudi menjengah ke blog ini..Harap2 semuanya sihat, jangan terkena h satu n satu sudah. Ish mintak dijauhkan lah yee..huhu..

Mula2 sekali nak cakap terima kasih kepada korang yang telah menjadi follower dan sudi membaca entri2 yang saya poskan di sini. Terima kasih banyak2 ye. Tak ada apa yang menarik pun, sekadar tulisan dari mata dan hati. Apa yang saya tulis, itulah yang saya perhati, lalui, rasa, dan fikirkan. Terima kasih kerana mengikuti saya di sini. Kesudian korang membaca entri di blog ini amat2 saya hargai.. ;)

Petang… (KHAMIS 13/8)
Pergi pesta konvo dengan Sha + Kak Jah. Jalan2 cari makan. Heee. Dekat je dengan kolej. Beberapa langkah je pun. Hahaha. Sambil2 tu cuba la apa2 yang best kat booth2 yang ada. Termasuklah nari2 + lompat2. Haha. Sha paling suka nih. Mula2 tu tak de orang lagi, memang tak malu pun nak cuba game tu. Tapi, bila kiteorang nak start je, ramai pulak yang tengok. Haih tak boleh jadi ni. Malu2. Hahahahaha. Terus pergi makan lepas tu. Heeee..


Malam… (HARI YANG SAMA)
Sesuatu telah berlaku. Baru nak happy2. Tapi ada pulak seorang hamba Allah ni telah membuatkan saya sedih dan marah. Saya tak pasti apa hak dia nak kata saya macam tu. Sedangkan puncanya dia berkata sedemikian pun saya tak tahu. Apa kata-kata saya yang buat dia marah, sampai sanggup kata macam tu pada saya pun saya kurang pasti. Entahlah. Manusia. Memang sukar nak dijangka sikap masing2. Selalu cakap dulu baru nak fikir. Cubalah sekali-sekala berfikir dulu sebelum nak bercakap tu. Kalau tak, lebih baik kamu diam..
Nasib baik my mom call tiba-tiba.. Terus sejuk hati yang panas tadi tuh..heh.

Erm hari ni (JUMAAT 14/8) ada kelas dari pagi sampai petang. Pagi tadi kelas ganti untuk Bahasa Sepanyol. Petang pulak kelas Organisasi Antarabangsa. Dari PPBL (Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik) teus ke fac @ fakulti sebab nak bincang pasal assignment dengan Ika and Jo. Tak balik kolej dah walaupun petang tu kelas pukul 3. Punyalah lama stay kat fac tu sementara nak tunggu kelas OA. Heh takpe2 tak menjadi masalah pun sebenarnya. Dalam sebok berbincang pasal assignment (Sambil2 tu terpesong jugak dari assignment cite lain yang keluar and Ika dah tau satu rahsia! Uppss! Hehe).

Tiba-tiba ada seorang kakak ni duduk kat meja kiteorang. Dia cakap, “Tumpang duduk sini ye.” Kiteorang pun angguk and senyum je la. Erm tengah2 bercakap tu boleh terdiam. Hehe segan lak. Tapi lepas tu Ika mula balik apa yang kiteorang bincangkan tadi, sedikit kekeliruan tentang negara dunia ketiga. Tiba-tiba akak ni tadi letak buku yang dia tengah baca and mula bertanya pasal perbincangan kiteorang. Dia tanya, “Tengah buat assignment ke?”. Dan dia mula bagi pandangan dia tentang isu-isu WTO, negara dunia ketiga, dan negara2 yang sedang membangun berserta contoh2nya sekali. Wah terpegun sekejap kiteorang dengar dia berkata2. Hebat betul. Haa lepas tu barulah kiteorang nampak dengan jelas apa yang sepatutnya kiteorang bincangkan dalam assignment OA tu.

Ika dengan ringan mulutnya bertanya, “Akak pelajar kat sini ke?”. Dia kata dia tengah buat phd sekarang (politik). Patut la macam pensyarah. Seronok dengar dia cakap. Dia dari Indonesia rupanya. Tapi dengar dia cakap dah macam orang Malaysia je bunyinya. Hehe. Lepas tu, kiteorang dapat nombor telefon akak tu. Yes! Heee.

Hmm tak sabar nak tunggu puasa. Minggu depan, insyaAllah. Dalam masa yang sama, ada 2 presentation yang perlu di’present’kan masa first week puasa tu nanti. Heh chaiyok2 Suraiza!

(SABTU 15/8) Mengkaji semula tentang negara dunia ketiga, WTO, dan hegemonic stability theory. Agak mengelirukan. Kadang-kadang susah nak faham. Terutama sekali HST @ Hegemonic Stability Theory tu. Hmm.. Sambil2 tu baca kisah seorang lelaki yang syahid dan Ainul Mardhiah, bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari syurga. Lepas tu, mula lah dengar lagu Ainul Mardhiah yang UNIC nyanyi tu sampai malam. Hehe.

p/s - WAH SANGAT BEST CERITA AYAT-AYAT CINTA NI..Tengok seratus kali pun takkan boring...hehehe. Tapi baca novel pun ok jugak. Lagi best!

Setelah sekian lama, akhirnya hari ni (AHAD 16/8) saya dah beli novel baru. Hehehe. Saja keluar sekejap nak cari hadiah untuk Kak Long. Birthday dia Selasa ni. Dah alang-alang pergi Ampang Point tu kan, singgah la Kedai Buku Popular tu kejap. Ingat nak survey je novel-novel baru, takde niat pun nak beli. Tapi ternampak lah pulak novel baru Hlovate. So, mesti kena beli jugak walau macam mana pun. Ehehe.

(ISNIN 17/8) Baru 3 hari tak online dah ramai yang jenguk blog dan tinggalkan jejak eh. Hehe. Tq2! Sekarang saya ada kat library @ PTSL. Sepatutnya ada kelas pagi tadi, tapi cancel pulak. Dari rumah terus ke KTAMS. Setengah jam nak tunggu pukul 10. Pukul 10 baru gerak nak masuk dewan kuliah. Tup2 depan pintu ada tampal notis kelas cancel. Ya ALLAH sabar je lah. Kalau tau, tak la kelam-kabut berkejar dari rumah pagi tadi. Ish2 takpe2 sabar2. Hehe. Disebabkan semua kelas dan kuliah dibatalkan hari ni, maka saya akan bertapa di PTSL ni untuk siapkan assignment sampai malam. (ceh konon la sampai malam takde maknanya jap lagi balik la ni ahahahaha).

7 comments:

BeeBee said...

Salam,

Jom lepak kat blog ni layan perasaan....

jai.jezz ^.~ said...

nak tanya satu jerk.. brapa korang beli benda alah yg loncat2x tu yerk.. dah lama aku carik..

shunsukei said...

asslamulaikum awk....awk..sy mnta maaf bnyk2 klw wt awk trsingung hti,,..klw ari2 sy berkata2membuatkn awk marah..sy xde niat ape2pn,,,maafkan sy awk...

BeLLezA said...

to beebee : ok!

to jai.jezz : erm my rumet beli rm60. tp sebenarnya boleh dpt rm45 je

to shunsukei : waalaikumussalam. erm tak de pape lah. dh lupe kan pun.. ;p

shunsukei said...

erm btl nie awk?heheh,,,time kasih,,,adik awk ckp awk bk......klw awk mrah msti sy wt somethinh yg awk xske,,maaf sgt2...

jai.jezz ^.~ said...

haaahhh..??? yew kew..?? xcited nih.. beli kat mana..?? bleh tlg tanya kan tak.. plezz..

BeLLezA said...

to jai.jezz : alamak nak ke? benda alah tu ada jual kat pesta konvo ukm baru ni. dah habes pun pesta konvo semalam. cane eh. hu2. hmm taper2, biasanya kalau ade ape2 prog lagi kat cni, mesti ada jual benda tu.. nnt kite gtau eh..