I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Saturday, August 8, 2009

Bila Dah Boring

Bila kepala dah nampak bulan bintang dan planet2,
Bila mata dah tak larat nak membaca hegemonic stability theory bla..bla..bla..tu lagi,
Bila jari dah rasa nak berhenti pegang pen,
Bila otak dah mula tak larat nak men’translate’,
Bila hati dah takde perasaan nak teruskan apa yang dimulakan tadi…
Bila page facebook dah di’minimize’kan…


Mulalah Cik Sue ni nak mengintai-intai ‘her memoirs’ ni…
Mulalah nak lupakan sekejap pasal assignment.
Mulalah mengada2 nak bercerita kat sini (ada ke orang cakap diri sendiri mengada2 selain Miss Suraiza ahahahhahaa!!!!!!!!!!!)


Ok. Ok. Jom cerita jomm..
Hari Rabu main hujan sebab hujan sangat lebat, lebat, dan lebat.. Dari pagi lagi. Sampai dalam dewan kuliah pun boleh dengar bunyi hujan yang sungguh lebat tu (sebenarnya tak dengar pun, Epa yang dengar pas tu dia risau sebab tingkap bilik dia tak tutup hehe). Habis je kuliah Dr Azizan, dah kena berkejar ke pusat bahasa pulak. Dah lah jauh. Dengan hujan yang sungguh2 lebat, dengan terlupa nak bawak payung, dengan nak naik basnya lagi, dengan kasut baru tu (ehehee)… Aduh dugaan betul. Tapi, nasib baik Ika bawak payung.. Heheehe. Terpaksa la menumpang Ika untuk ke bus stop nak naik bas dan dari bus stop ke pusat bahasa. Tapi biasalah dah hujan lebat. Nama je berpayung. Basah jugak. Bukan sikit2. Sakan mandi hujan. Ahahahaa. Masuk kelas bahasa, menggigil-gigil sampai beku kaki tangan sebab kelas tu punya tahap kesejukan air-cond dia sangat la melampau. Huhuhu…

Minggu ni Atam suka sangat lepak dalam bilik. Kalau tak bukak pintu sebuk mengiyau kat luar pintu tu. Nampak bayang2 dia depan pintu sambil memekak selagi orang tak bukak pintu. Haha. Kejap duk kat katil Sha sekejap lagi dia menyebuk kat katil orang pulak pas tu tiba2 hilang duk atas meja study. Hahahaha. Kalau dah masuk bilik malam2 tak reti pulak nak keluar. Tidur dalam bilik sampai esok pagi. Tu pun orang dah bukak pintu tak nak keluar lagi tu. Haih tak malu betul. Haha. Alamak. Lupa pulak nak perkenalkan sape Atam tu ek. Hehe. Atam ialah seekor kucing yang berwarna hitam tapi ada warna putih sikit2 serta berbulu lembut macam carpet dan sangat manja dan comel. Hahaahaha. Atam juga ialah seekor kucing yang pelik sebab dia makan durian, biskut kacang, dan putu mayam hakhakhak. Tapi dia masih ada ciri-ciri kucing normal k. Hikhik. (banyak betul kucing kat Ibu Zain ni erk).

Atam termenung memikirkan masa depan...hikhik

Hari ni..Jumaat 07/08/09
Lepas habis kuliah Organisasi Antarabangsa tadi, Winda ajak saya dan Ika pergi rumah dia. Dia tak duduk kat kolej tapi duduk luar. Ermm.. Memandangkan hari dah petang and kelas pun habis lambat, saya rasa tak jadi nak pergi. Ika je lah yang ikut Winda. Lagipun, saya memang tengah kehabisan duit sekarang. Haha. Memang kering sungguh purse ni. Yang ada hanyalah 1 keping syiling 50sen, 2keping syiling 20sen, 2keping syiling 10sen, dan 1keping syiling 5sen… Huhuhu. Memang sengaja dan malas nak keluarkan duit. Sebab utama – memang tak boleh pegang duit yang banyak dalam satu2 masa sebab nanti akan habis dalam sekelip mata tanpa ada rasa belas kasihan. Hahhahaaha!!! Oleh itu, sekarang saya sedang belajar untuk berjimat dengan tidak memegang duit yang banyak dalam satu2 masa dan hanya akan keluarkan duit apabila hanya duit sen2 sahaja yang tinggal dalam purse. Hehe. Dengan itu, petang tadi saya dah keluarkan duit sebab esok nak balik rumah. Kalau tak nanti tambang komuter sape nak bayarkan…hikhik. 

Gambar diambil pada pukul 12 am 08/08/09 oleh Suraiza atas meja study hihi


Erm dalam kesibukan nak siapkan assignment yang dah makin bertimbun tu, masih sempat lagi nak jenguk2 and sambung baca novel P.S. I Love You by Cecelia Ahern ni. Sedih..tapi best..best..sgt best!


2 comments:

JS said...

erm..tak penah smpi lagi KIZ..nanti klu p, belanja ek su.. :P

BeLLezA said...

to JS : owh tak penah mai kiz eh..nnt dtg la