I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Sunday, August 9, 2009

Penat!

08/08/09


Hari yang sangat3 memenatkan…
Macam2 benda boleh berlaku hanya dalam satu hari..


Hari ni lepas habis kelas balik rumah terus tak naik kolej lagi dah. Tak larat nak mendaki tangga tu lagi. So, terpaksalah bawak beg yang berat tu sekali pergi kelas. Beg jadi sangat3 berat sebab bawak balik laptop yang memang berat tersangat2 berat. Disebabkan banyak kerja nak buat, jadi terpaksa la bawak laptop balik kali ni. Kalau tak jangan harap nak bawak lagi2 bila balik sendiri tak de siapa nak ambik. Huhu.


Lepas tu macam biasa tunggu bas kat bus stop depan FSSK tu. Haih bas cam penuh je. So terpaksa la berdiri dengan beg yang sungguh2 berat tu. Entah macam mana, perkara yang jadi hampir 2 tahun lalu, berlaku lagi hari ini. Tapi tidaklah seteruk kejadian yang sungguh tak disangka2 macam dulu tu. Yang menjadi penyebab kenapa saya sangat membenci bas. Tapi tu lah benci macam mana sekalipun masih perlu naik bas untuk ke mana2 selagi bergelar pelajar universiti.


Erm..daripada kat uitm dulu lagi, memang ada bas yang kalau kita naik rasa macam dalam roller coaster. Lagi2 kalau kita berdiri dalam bas tu sebab seat dah penuh. Dah la laju tahap melampau. Terhuyung-hayang orang yang berdiri dalam bas tu. Boleh lagi bawak masuk penumpang selagi ada ruang walaupun memang dah sesak macam ikan sardin cap ayam dalam tin. Huh! Macam tengah hari tadi, bas tu dah penuh. Sesak. Sesak sangat. Dan saya memang bermasalah dalam keadaan yang sebegini. Entah macam mana, masa kat satu selekoh bas tu tiba2 brek secara mengejut (macam kejadian yang sama 2 tahun lalu). Dan ketika itu jugalah, saya hampir2 jatuh terduduk atas seorang lelaki yang saya agak dia juga seorang pelajar Ukm. Nasib baik.., macam saya cakap, kejadian tengah hari tadi tidaklah seteruk kejadian yang berlaku dulu. Sebab tadi saya ‘hampir’... Kalau sebelum ni dah terjatuh pun. Huhu. Macam tadi, nak dekat 10 kali saya cakap sorry kat orang tu. Memang lah belum jatuh terduduk lagi atas dia, tapi.... Ya Allah malu tak payah cakap la. Memang Tuhan je yang tahu. Sampai merah+sakit tangan memaut palang besi tu nak elak dari terjatuh punya pasal. Huh.


Bila bas tu berhenti, tiba2 lelaki tadi tu bangun. Saya ingat dia nak turun. Rupanya tak. Dia tak turun lagi. Dia nak bagi saya duduk sebenarnya. Sangat terharu. Terima kasih ya awak! Terima kasih banyak2 sebab memang saya rasa saya dah tak mampu nak galas beg berat saya tu dengan keadaan bas yang macam nak terbang je gayanya.


Dalam komuter pulak...
Masih lagi keadaan yang sama. Sesak. Padahal tren tu sebenarnya tren terhad kepada beberapa stesen sahaja. Kalau tidak silap saya, tren ini hanya akan lalu di stesen Kajang, Serdang, Bandar Tasik Selatan, Salak Selatan, Sungai Buloh, terus ke Rawang dan tidak akan lalu di stesen Mid Valley dan KL Sentral jika saya tidak salah dengar. Tapi, bila tren sampai je, semua yang ada kat situ serbu masuk tren sampai bersesak2 dan saya sendiri terhimpit ke pintu sebelah sana tren. Aduh sabar je lah. Nasib baik komuter taklah seteruk keadaan dalam bas. Masih boleh letak beg kat bawah dan boleh menghalakan pandangan ke luar. Taklah sakit kepala dan sakit mata memandang orang ramai yang ada macam2 gaya dalam tren tu. Hee. Saya agak mungkin mereka yang ada kat stesen Ukm tu tak dengar announcement sebelum tu yang cakap tren tu terhad kepada beberapa stesen je sebab saya sangat yakin majoriti yang ada kat situ nak ke Mid Valley. Lagi2 pelajar Ukm erk. Hehe. Maka, sesak lah tren tu jadinya.


Tiba-tiba… Rasa menyesal pulak tak pakai face mask tu. Dah la kes H1N1 tu dah semakin berleluasa kat sini. Risau pulak. Banyak farmasi dah out of stock benda alah tu..haish..bahaya2.


Yes!!! Seekor NYAMUK telah berjaya dibunuh. Hahahhaha!!!


Ok sambung cerita balik. Hari ni saya beli tiket sampai ke Bandar Tasik Selatan je. Memang bukan ke KL Sentral seperti kebiasaannya. Sebab kalau dah ke KL Sentral macam jauh pulak nak balik rumah. Erm disebabkan inilah kali pertama turun kat situ, agak blur jugaklah. Hehe. Dalam tengah pening2 tak tahu nak menuju kearah mana, tiba2 ada seorang makcik menegur dari belakang. Dia tanya ada bas lalu tak kat situ. Alamak saya pun tak tahu sebab saya sendiri pun baru pertama kali turun kat Bandar Tasik Selatan tu.


Yeeaahhh NYAMUK kedua telah berjaya ditampar-tampar!!! Hahahaha.


Erm lepas tu berbual2 lah sekejap dengan makcik tu lepas dia ajak saya duduk sebelah dia sementara dia tengah tunggu bas dan saya tengah tunggu ayah saya datang ambik (baru lepas SMS abah). Makcik tu duduk kat Cheras dan nak ke Bandar Tun Razak. Tak lah jauh. Cuma tak tahu bas ada ke tidak. Dia tanya saya dari mana nak kemana, dah lama ke belajar kat Ukm, ambik course apa, tunggu siapa... Dalam 15 minit lepas tu, ayah saya sampai dan bas pun lalu. Lepas saya salam dengan dia...dan lepas saya menuju kearah kereta ayah saya, saya nampak makcik tu bertanya sesuatu kat sorang peniaga, tapi tak tahulah dia tanya apa dan dia naik atau tidak bas yang baru sampai tu... Hmmm... Saya harap dia sampai ke tempat yang dia nak pergi tu dengan selamatnya (Saya bukan taknak tumpangkan dia, tapi abah ada hal nak cepat jadi tak dapatlah den nak nolong...) Lainlah kalau saya yang drive erk...heh.


Sampai je kat rumah, belum masuk rumah lagi ni.. Tiba2 jiran sebelah rumah panggil. Ajak pergi rumah dia sebab dia buat birthday party anak dia (bape banyak ‘dia’ daaa…hhaha). Petang tu tak buat apa pun, tidur je akhirnya. Sebab sangat penat, penat, dan penat…


p/s – Kenapa cerita SEPI ni sedih sangat..uwaaaaaa sedihnyaaa…! (tu lah sapa suruh tengok tengah2 malam buta. Feel dia lain kalau tengok siang2 hari dengan malam2 hari). Hobi Cik Sue ni memang suka nangis pun. So tak payah la nak salahkan filem tu...ehehh

4 comments:

Anonymous said...

hahaaha
ye ke
x cte pun..huhu spe la lelaki malang tu eh silap lelaki bertuah tu
hihi...

saranghaeyo said...

ye!!!
da bleh pun anta comments gne nick sndiri

JS said...

nak nangis lagi tgk Pondok Buruk :(

BeLLezA said...

to JS : a'ah betul2..dh penah tgok cite tu..mmg sedih

to saranghaeyo : haha bijak2!!

to anonymous : haha ira ke ni? k2 nnt cite erk