I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Sunday, September 27, 2009

Raya oh Raya~

Assalamualaikum semua.

Waaaaaa rindunya!!! Lama tak datang sini sejak balik raya hari tu. Bukan apa. Sebok. Dengan nak buat kuih raya la, shopping raya la, sebok nak balik rumah atuk la, nak pergi hospital lagi, itu ini bla bla... Oh ya! Mana nak buat assignmentnya laaa (Ceh ceh takde maknanya nak buat kerja time2 cuti raya macam ni heheh)

28 Ramadhan 1430H~
Sempat buat kuih raya. Tahun ni takde cuti sebelum raya. So tak sempat nak buat kuih raya lagi. Jadi, terpaksa lah buat di saat2 akhir nak raya ni.


29 Ramadhan~
Petang -sehari sebelum raya pergi Damansara. Tengok sepupu @ kakak sedara masuk hospital. Isk..isk..kesian dia. 2,3 hari lagi nak raya ni boleh masuk hospital pulak. Hmm malam baru kitorang bertolak balik umah atuk kat Pahang. Orang kat sana dah banyak kali call tanya bila nak sampai. Raya tahun ni memang tak sempat nak tolong atuk dengan wan bakar lemang, masak rendang dgn kuah kacang, rebus ketupat. Balik2 je semua dah siap. Huhu. Sorry wan.. Tahun depan insyaAllah tak jadi mcm ni lg. Heee..

1 Syawal~
Pagi raya – Pergi sembahyang raya (solat sunat aidilfitri) dengan ira, mayah, dan wan kat surau. Dkt je dengan rumah. Jalan kaki je. Atuk, abah, dan yg lain2 pergi masjid. Mak dgn kaklong ada kat rumah. Biasalah kat sini, kalau pagi2 raya tu mmg ramai lah budak2 dtg beraya. Kita belum mandi lagi diaorang dah tercongok bagi salam depan pintu. Hahaha.

Raya tahun ni raya paling best kot. Hehe. Meriah sebab semua balik raya rumah atuk. Oppsss kakteh! Sorry. Bukan kakngah terlupa kakteh takde tahun ni. Ingat... Tapi tu lah, dah kakteh raya kat Jepun sana, nak buat cam mana. Heheh. Tahun depan balik keyh~ Bukan senang semua dapat berkumpul macam ni. Yang paling tak sangka, dapat duit raya lagi tu. Ingat dah besar2 macam ni tak dapat duit raya dah. So, apa lagi…. Bila semua dah ada…. Boleh la kumpul duit raya banyak3+++!!! Hahahah. Lagi best sebab ada Balkis~ Comel sangat2 si Balkis ni. Lompat sana lompat sini. Siap ada orang nak kat dia lagi tuh. Tu lar sape suruh comel sangat kan dah ada yg berkenan. Haha.


Seronok jugak sebab dapat beraya rumah saudara-mara yang dah lama tak jumpa. Memang akan jumpa setahun sekali je, tu pun bila raya. Malam pulak, apa lagi… Main bunga api laaa… Tak main ar bakar2 mercun ni. Tak baik untuk kesihatan, bahaya pulak tuh. Heheh. (tapi tak jugak, abang sedara sekali dgn pakcik pun bakar mercun gak hihihi nasib tak kena bebel dgn wan hahaha). Tu lah kata, raya tahun ni memang best!

Hmm pas tu kan, macam biasalah dak Arip ngan dak Farok mesti datang. Tak sah kalau tak datang beraya tiap2 tahun budak berdua tu. Haha. Tahun ni dapat jugak jumpa Dayah dengan Asma. Dah lama nak jumpa, tapi tak jumpa2 jugak. Last2 raya kali ni jumpa jugak kita eh. Seronok sangat2 dapat jumpa korang!

3 Syawal~
Pagi – Balik KL. Petang – Gerak balik Gopeng pulak. Ingat nak singgah Ipoh dulu, baru balik Gopeng. Tapi dah tak sempat. Sampai pun dah lewat malam. Makteh pun dah banyak kali SMS tanya bila nak sampai. Akhirnya, dapat jugak jumpa diorang yg dah lama sangat2 tak jumpa. Tu lah masing2 duduk jauh. Ada yang kat Kedah la sana sini jauh-jauh. Jumpa pun setahun sekali. Seronok betul. Sampai boleh terkeluar pertanyaan “sape ni?”. Hahaaha tengok sepupu sendiri pun boleh tak kenal. Yelah, semua dah lain. Mana nak kenal lagi.

Kali ni balik Gopeng pun seronok jugak. Memang penuh la rumah kat kampong tu. Tidur pun bersepah2 je semua orang. Haha. Ramai sungguh sedara-mara. Yang tak dikenali pun ada jugak. Hehhe.

Oh ya, duit raya pun dapat banyak jugak balik Gopeng nih. Heheh. Pakcik makcik bagi, atok yg datang dari Brunei pun bagi jugak. Agaknya cucu comel dia ni nampak macam budak2 lagi kot tu yg dia bagi tu (hahahhaha perasan!)

4 Syawal~
Pagi – ziarah kubur arwah atuk dan oyang. Haa lepas tu baru lah pergi hospital tengok Pakcik Rafee. Ya Allah kesian betul tengok dia. Tak boleh nak bergerak, tak boleh nak bercakap pun. Mata je yg mampu nak berkelip. Sedih betul tengok dia macam tu. Tapi yg pasti, dia masih boleh kenal orang yg datang melawat dia. Alhamdulillah. Ni pun dah cukup bagus.
Hmm taktau lah bila lagi dapat balik tengok dia lepas ni...

5 Syawal~
My cousin accident. Luka lebam jugak sana sini. Nasib baik tak teruk sangat. Haih macam-macam. Bahaya lah bawak motor ni. Oleh itu, hati-hatilah selalu…

6 Syawal~
Terima tetamu yang diundang. Cewah. Hakhak. Tak kesah lah diundang ke tak. Dah nama pun hari raya, memang boleh datang pun kan. Hmm..kaklong la paling sebok sekali. Subuh-subuh lagi dah bangun masak. Ketang-ketung-ketang-ketung kat dapur tu. Macam-macam dia nak masak. Last2 adik dia yg sorang ni jugak jadi tukang masak. Ye la bila ‘abang long’ dah sampai (ceh ceh sejak bila lak jadi abang long ni belum lagi la heheh) dia dah sebok2 kat depan lak. Sape yg tolong kaklong…kakngah jugak.. Sape yg buat puding…kakngah jugak… Duit raya?.. (tibe je) Hihi..



p/s – kepada yg hantar sms raya hari tu, terima kasih yee.. berjaya jugak balas semuanya.. Selamat Hari Raya!

Tuesday, September 15, 2009

.::Salam Aidilfitri::.

Assalamualaikum.

Entri kali ni saya nak ucapkan…


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua
Maaf Zahir dan Batin.
~Mohon AMPUN DAN MAAF kalau saya ada terbuat salah dan silap tak kisah lah secara sengaja mahupun tidak kepada sesiapa yang mengenali.
Zero-zero ok.. :)


Kepada kawan2 IR jangan lupa cuti seminggu je.
Jangan lebih-lebih pulak erk (*^_^*)~
(Terutama sekali Wienda yg akan terbang balik Indonesia esok pagi.
Kita ada presentation naik cuti nih. Jgn lupa laks~he)

Terima kasih kpd Afifee utk kad raya ni~
Thanks juge kpd SilentThinker~

Sunday, September 13, 2009

..Dugaan lagi..

Jumaat; 3 pagi.


Dapat call.
Suara hujung talian sebelah sana dah menangis-nangis.
Mesti ada yang tak kena…
Dapat berita…


Berita buruk.
Berita sedih dan
Berita yang sangat-sangat mengejutkan…


Pakcik Rafi accident.
Kat kampong.
Keadaan dia kritikal.


Lepas subuh, abah, pakcik makcik yang semuanya ada kat KL bertolak balik Perak. Tak sempat dah nak singgah kampong kat Gopeng, terus ke Hospital Ipoh. Taktau la nak kata apa dah. He’s in a coma. Langsung tak sedar. Muka penuh dgn kesan calar n lebam. Lagi seminggu nak raya ni. Ya Allah memang bulan puasa kali ni, bulan yang penuh dengan ujian yang benar-benar menduga. Atok kata, pakcik saya tu bawak motor n kena langgar dengan kereta. Hampir jadi mangsa langgar lari. Nasib baik polis sampai cepat masa tu.


Atas permintaan nenek, insyaAllah raya kedua atau ketiga kitorang semua akan balik Perak. Semua akan kumpul kat sana tahun ni.


p/s-minta sama-sama kita doakan pakcik sy smga dia cepat sembuh n sdr dari koma...

Thursday, September 10, 2009

.::Hand of Hope::.

Artikel daripada www.iLuvislam.com
 
Hand Of Hope~

Copyright © 1999 Michael Clancy
A picture began circulating in November(1999). It should be 'The Picture of the Year,' or perhaps, 'Picture of the Decade.' It won't be. In fact,unless you obtained a copy of the US paper which published it, you probably would never have seen it.


The picture is that of a 21-week-old unborn baby named Samuel Alexander Armas, who is being operated on by surgeon named Joseph Bruner.The baby was diagnosed with spina bifida and would not survive if removed from his mother's womb. Little Samuel's mother, Julie Armas, is an obstetrics nurse in Atlanta . She knew of Dr. Bruner's remarkable surgical procedure. Practicing at Vanderbilt University Medical Center in Nashville , he performs these special operations while the baby is still in the womb.During the procedure, the doctor removes the uterus via C-section and makes a small incision to operate on the baby. As Dr.Bruner completed the surgery on Samuel, the little guy reached his tiny, but fully developed hand through the incision and firmly grasped the surgeon's finger.


Dr.Bruner was reported as saying that when his finger was grasped, it was the most emotional moment of his life, and that for an instant during the procedure he was just frozen, totally immobile.


The photograph captures this amazing event with perfect clarity. The editors titled the picture, 'Hand of Hope.' The text explaining the picture begins, 'The tiny hand of 21-week- old fetus Samuel Alexander Armas emerges from the mother's uterus to grasp the finger of Dr. Joseph Bruner as if thanking the doctor for the gift of life.


'Little Samuel's mother said they 'wept for days' when they saw the picture. She said, 'The photo reminds us pregnancy isn't about disability or an illness, it's about a little person.' Samuel was born in perfect health, the operation 100 percent successful.



"Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?. Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?. Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?. Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan. Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati?" Al- Qiaamah 36-40

Artikel yang sangat-sangat best, menarik, dan menakjubkan.. Sungguh tak sangka. Menyentuh hati betul la artikel ni.
Kepada yang memberi,
~Thanks for sharing.

Dah Jawab!!!!!

Saya telah menerima award dan sekaligus telah ditag oleh AFIFEE~
Makanya dengan ini…saya dengan ‘paksa-rela’ akan menjawab semuanya....heehhhe

1. Nyatakan 6 faktor menarik tentang pemberi award ini.
Pertama : dia orang pertama memberi award
Kedua : dia minta kad raya…plus duit raya sekali??! (faktor menarik gak ke nih? haha)
Ketiga : dia ingat jugak nak tag dak suraiza ni rupanya
Keempat : dia suka big apple & dunkin donut (cop2 ada kena-mengena gak ke dgn faktor menarik nih?? Heheh)
Kelima : blog dia kemas, tak serabut..
Keenam : yes! akhirnya smpai jugak kat faktor yg last nih, 2jam fikir. hehe. erm dia menarik.. dari segi apa, tatau r pulak..hahahha


2. Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta @ hobi diri sendiri.

Pertama : Shopping (hobi nih dah jadi habit ke apa tatau lar hihi)
Kedua : Cengeng..tau nangis je keje (fakta)
Ketiga : Sayang yg satu sampai mati (fakta)
Keempat : SMS orang, online, novel (hobi)
Kelima : Buat kek coklat (hobi baru)
Keenam : Rindu Omei (sangat fakta)
Ketujuh : Mood berubah ikut angin monsoon yang bertiup kencang hahah (fakta2!)
Kelapan : Tak suka jawab call (fakta tapi lama-lama dah jadi hobi kot heheh)
Kesembilan : Kalau sedih2 biasanya akan cari DIA. Sebab takde yang lain boleh bantu selain DIA yg maha kuasa. (fakta dan hobi sejak dulu)


3. Pilih 10 rakan penerima award and describe tentang mereka.
Satu : Anis (kawan baik yang terbaik!)
Dua : Zati MCR (kawan baik yg ku sayang)
Tiga : Zati Hazwani (ex rumet yg disayangi juga)
Empat : Aton (yg belajar kat Korea skrg)
Lima : Wanie (yang comel!)
Enam : Najwa Hazirah (rakan blogger)
Tujuh : Jeje (kawan 1 kelas komputer dulu)
Lapan : Putri (rakan blogger)
Sembilan : Aien (rakan blogger)
Sepuluh : Kepada sesiapa shj yg sudi di tag! (to all my followers)

Apa kes tah??

Semalam...mood pelik dan tak faham diri sendiri melanda.


Haih..Mengada plus menggatal sangat tangan ni nak pos jugak. Pos je lar. Sampai tak sampai kat orang tu tawakal je la. Huuhu.


Tapi tu lah, bila difikir-fikirkan balik....
Adakah perlu?
Macam tak..
Tapi bila difikir-fikirkan balik daripada side lain, adalah perlu...heheh
Entah.
Tu la kata, mood tak faham diri sendiri dah mai…
Layan je lar..


Erm, sempat jugak kirim kad raya untuk mak abah kat rumah sekali. Biar betul erk? Padahal balik tiap-tiap hari. Hahahhaha. Biar la. Tak penah lagi bagi kad raya untuk mak dengan abah. Sebab setakat ni belum pernah berjauhan lagi la. Tiba-tiba teringin lak nak kasi kad raya kat diaorang. Mana tau dapat duit raya lebih kan nanti. Heheheheh.

Extra kad raya nih. Sape nak? Bg alamat. Nanti kita poskan..heehe

Posto! Posto! Uppss kad raya!

Salam Ramadhan semua.

Assalamualaikum wbt.

Hmm pejam celik pejam celik dah hampir 20 hari kita puasa rupanya. Sekejap je. Cepat betul masa berlalu. Tu lah sebuk sangat dengan macam-macam benda. Sedar tak sedar dah nak dekat 3 minggu puasa ~Bulan Ramadhan yang penuh dengan dugaan dan macam-macam kenangan.

Hari tu buka puasa dengan Zatul kat Mid Valley. Bila dah jumpa tu kan, banyak la pulak cerita yang keluar hehe. Entah macam mana, saya hampir-hampir terbuat sesuatu yang tak sepatutnya saya lakukan. Tindakan yang mungkin banyak dipengaruhi oleh Zatul jugak nih. Hikhik.

Tapi,.. tak jadi jugak nak buat. Dah ambil, hampir-hampir nak bayar, dah ada kat kaunter. Boleh pulak tak jadi. Ish. Ish. Sebab bila difikir-fikirkan balik, adakah perlu saya berbuat demikian? Sebab situasi saya dan Zatul lain. Mungkin Zatul masih boleh buat ‘perkara’ tu. Tapi saya? Entah lah. Saya sendiri pun tak pasti. Kalau ikut hati, memang nak. Tapi kalau ikut akal, ish TAK BOLEH! Haih masalah betul kalau betul-betul berada dalam dilema ni.

Sebenarnya kisah lama tak boleh lah kalau nak diungkit lagi… Kan? Tapi, kisah lama tu…kisah yang tergantung. Mungkin seseorang perlukan penjelasan. Dan seseorang diperlukan bagi memberikan penjelasan tu. Cuma saya tak tahu bagaimana caranya untuk lakukan itu. Saya tak tahu apa cara yang sesuai untuk pastikan maksud saya difahami bukan disalaherti (dah lama pendam nih).

Dan masa keluar berbuka puasa dengan Zatul hari tu, saya dah jumpa cara yang sesuai untuk saya jelaskan sesuatu yang mungkin kurang jelas sebelum ni. Tapi, saya masih teragak-agak. Saya tak pasti. Saya betul-betul tak tau sama ada perlu atau tidak berikan penjelasan yang sewajarnya.


Hmm minta maaf pada semua kalau entri kali ni buat kalian tertanya-tanya apa maksud dan tujuan saya tulis macam ni. Entah lah. Yang pasti saya betul-betul dalam dilema. Perlu atau tidak? Kad raya tu? Macam mana sekarang? Ermm..... (perlukan masa untuk berfikir)


Haaa alang-alang dah keluar hari tu, beli la jugak kad raya. Nak kirim kat kampong – untuk atok wan, tok nenek, pak cik, mak cik kat Jerantut, Pahang dan Gopeng, Perak. Mak teh kat Kedah. Tok kat Seremban. Tok kat Brunei. Mak cik dan pak cik yang dekat-dekat pun nak kena bagi jugak nih (kat Putrajaya, Selayang, Ampang, Hulu Langat, dan lain-lain yang berada di sekitar KL heee).

Untuk adik-adik sedaraku yang tiga beradik tu, (Teeha, Deera, and Icha) ku layangkan kad raya ‘upin-ipin’ untuk mereka. Hahahha. Suka sangat dengan kartun tu. Jalan-jalan dekat Jusco jumpa pulak kad raya upin ipin. Teringat kat diaorang. Apa lagi, terus je beli. Hmm..untuk kAwan-kawan? Untuk korang? Alaa kita SMS je la raya nanti k. Jimat sikit kan. Heheheh.


p/s-masih lagi terkenang-kenangkan omei cayang..huhu

Wednesday, September 9, 2009

Mengubat Hati

Kalau tengah sedih, mesti dengar lagu ni...
Tajuk dia “Tika Dini Hari” -Devotees. Lagu ni sangat-sangat bermakna sebab kata-kata dan lirik dia sangat memberi kesan. Jom-jom kita hayati kata-kata dalam lagu ni



Oh Tuhanku..
Tiada indah di malam yang ini
Melainkan dengan bermunajat kepadaMu
Tiada indah suatu hari yang kulalui
Kecuali dengan patuh kepadaMu

Oh Tuhanku..
Tiada indah hidup di dunia
Melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
Kecuali dengan keampunanMu

Ya ALLAH Tuhanku
Yang merubahkanku
Tetapkanlah hatiku..
Moga sentiasa dalam agamaMu
Jua.. Taat akan perintahMu

Tuhan..
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti yang pernah Kau berikan
Kepada umat yang terdahulu dari kami

Tuhan..
Jangan pikulkan kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah dosa-dosa
Rahmatilah kami



Tuesday, September 8, 2009

Tomey sakit!!


Sayang Omei...

Omei masa sihat~

7September

Huhhuhu
Sangat sedih
Tomey sakit
My cayang. My Darling. Sakittt!!!!
Dah tak boleh bangun
Dah tak boleh makan
Dah tak boleh bergerak
Kesian sangat-sangat-sangat tengok dia

Abah dengan kaklong bawak dia pergi klinik haiwan. Tapi bukan yang klinik yang kitaorang biasa bawak dia tu. Mak beria-ia suruh orang pergi sekali.. Masalahnya memang orang taknak pergi. Tak sanggup nak tengok. Lepas tu nanti dengar dia jerit-jerit. Uwaaaa mau banjir klinik tu nanti. Sebabnya, memang itu yang terjadi. Sampai doktor tu suruh kaklong keluar tak bagi dia tengok apa yang diaorang tengah buat kat Tomey. Sebab dia dah nangis-nangis time tu. Haaa itu sebab utama saya memang takkan pergi ikut abah bawak Tomey pergi klinik. Even tengok dia terlantar sakit kat rumah ni pun dah meleleh-leleh air mataku. Haih memang tak boleh nak ditahan-tahan. Tu pun, masa kaklong call sambil nangis-nangis cakap doctor tengah check Tomey and boleh dengar suara Tomey, orang yang kat rumah ni pulak dah teresak-esak. Huwaaaaaa sedih betul.

Tomey bukan sekadar seekor kucing kat rumah ni. Yeee hakikatnya, dia memang kucing. Tapi kami satu keluarga dah anggap dia salah satu anggota keluarga kami. Dia adik kecil yang kami mula sayang sejak abah ambil dia kat belakang rumah tepi longkang sebelum hujan lebat. Yang pasti, tuan kepada ibu kucing yang lahirkan Tomey tu lah yang tinggalkan tomey kat situ. Kejam sungguh. Kami yang jaga dia sejak umur dia satu hari. Dia minum susu yang abah beli kat kedai haiwan depan rumah. Susu yang memang khas untuk anak kucing macam Tomey. Siap dengan botol susunya lagi. Ingat lagi suara anak kucing yang sangat kuat dan bising masa mula-mula ambil dia dulu. Dia sangat aktif. Kejap-kejap hilang alau keluarkan dia daripada kotak.

Bila dah besar, dia jadi kucing yang sangat-sangat manja. Tak biasa keluar rumah. Kalau keluar pun, duduk depan pagar tengok burung atau kereta dan motor lalu-lalang depan rumah. Bila kami buat kerja, duduk menaip depan laptop atau sedang menulis, tomey datang duduk atas laptop. Takpun, dia lompat atas meja duduk atas kertas bila kami sedang menulis atau baca surat khabar. Bila tengah seronok tengok tv, dia datang entah dari mana panjat sofa duduk atas riba. Bila time tidur, dia tau nak naik atas tidur dalam bilik. Haih tomey..tomey..

Tapi hari ni...
Tomey dah lain. Sakit dia macam dah teruk. Ingatkan semalam hari terakhir dia dengan kami. Tapi pagi tadi, dia bernafas lagi walaupun dah tak mampu nak bergerak. Mak ambik keputusan nak bawak jugak dia pergi klinik. Tapi mak sendiri pun tak sanggup nak pergi sekali. Macam tu jugak saya. Mak cakap, mak dengar kaklong call nangis-nangis tadi pun dah buat mak lemah. Haih. Apatah lagi saya. Mak kata, mak lagi rela kalau tomey pergi je daripada kami tengok dia terseksa sakit macam tu. Nak makan pun dah tak boleh. Macam mana nak hidup kalau macam tu.



Omei dah sihat sikit petang semalam...

Tomey kena tahan ward. Doktor kata dia dah tak nampak kita walaupun mata dia terbuka. Kesiannya tomey. Doktor tu cakap lagi dia dah teruk. Dah tak de harapan lagi. Kami tahu. Tapi, selagi boleh mak kata kita kena ikhtiar untuk tolong dia.

8September

Tomey dah takde…..
Sedihnya.
Sedih sangat.
Pukul 11 pagi, doctor call.
Petang semalam sebelum berbuka, pergi tengok dia. Dia nampak macam dah sihat. Dah boleh makan sendiri. Tapi tak jugak. Kena suap macam baby. Kalau tak bukan nak makan pun. Huhu. Tapi sekurang-kurangnya keadaan dia nampak lebih baik daripada sebelumnya. Sangat seronok masa pergi tengok dia kat klinik semalam. Dah boleh duduk comel-comel macam dulu. Walaupun berselirat wayar kat kiri kanan tangan dia. Kesian sangat. Mak pun tak pernah nangis kalau kucing lain mati. Tapi hari ni… Mak nangis. Uwaaaaa!!!!!!! Hari yang sangat sedih.

Nak tanam dia dah ni...huhu...sedihnya...

Btw, thanks to Dr Sumitra and Dr Jonathan from Ara Ampang Animal Centre for helping our Omei. Oh ya, kepada pembantu-pembantu kat klinik tu jugak sebab tolong bukak pintu and terus bawak Omei masuk emergency room, tolong jaga, tolong suapkan makan, dan tolong tengok-tengokkan Omei masa dia kat sana..
Sayang Omei sampai bila-bila!!!

Tuesday, September 1, 2009

Puasa Umah Atuk!

Sabtu, 29 Ogos


Tak sangka ada yang rindu nak baca entri saya. Terima kasih sangat2 Jezz. Dia antara rakan blogger yang sangat rajin meng’comment’ setiap entri yang saya poskan. Thanks Jezz! Erm dia cakap saya sangat jarang meng’update’ blog. Yee laa saya pun baru perasan yang saya memang dah sangat jarang menulis kat sini sekarang. Dulu2 tak kan? (bajet cam dah lama je memblogging erk? Heheheh). Tak de la, kalau ikut dua bulan yang lepas, memang lebih daripada 10 entri yang saya poskan kat sini. Tapi bulan ni, memang kurang daripada 10. Sebabnya, saya kekurangan masa. Saya betul2 tak de masa nak tulis kat sini sekerap dulu. Betul2 sebuk. Saya tak sempat nak meng’upate’ blog walaupun macam2 yang saya nak ceritakan dan kongsikan dengan semua kat sini. Sangat banyak. Mungkin kalau nak tulis duduk bersila depan laptop 7 hari 7 malam pun tak habis cerita kot. Hiihhiiihi.


*Pukul 1.30 pm..tengah tunggu pak cik, nak ikut dia balik kampong bukak puasa dengan atuk wan.


Ikut pak cik balik ni pun, tanpa pengetahuan sesiapa kat kampong tu. Tak plan pun. Teringat pak cik nak balik. Terus call dia cakap nak ikut. Hahahah (sy tak bape suka planning sebenarnya). Bila sampai je, semua terkejut. Terutama sekali dikma(adik sedara). Masa tu, atuk ada kat luar rumah. Terus dia jerit panggil dikma “Ma, kakngah balik ni.” Hikhik. Dikma dah lari kat kereta. Siap tolong bawakkan barang lagi. Hai excited betul tengok dia. Seronoknya… Lepas salam atuk, terus masuk rumah cari wan. Kat dapur rupanya. Tengah masak-masak untuk berbuka puasa. Ye lah saya sampai pun dah pukul 6. Haih excited betul la balik kali ni. Nape tah. Hehe.


Wan masak sambal sotong (favourite dikma. favourite sy gak eheh), kari daging, ikan pekasam, ikan goreng, ada tempoyak, jantung pisang, kerabu mangga, nasi ulam, siap buat kuih putri mandi lagi tu. Tau ke kuih pe. Hikhik. Wan cakap patutla tergerak hati nak buat banyak kuih tu. Rupanya, ada orang nak balik. Heheh. Yeey kakngah balik! (cam kakngah makan banyak je wan erk..hihi).

Ni lah kuih "puteri mandi"


p/s – Boleh pulak g main buai kat belakang rumah petang tu. Tak de kerja betul. Hehe.


Ahad, 30 Ogos


Pagi Ahad ikut wan pergi pasar pagi kat Jerantut. Beli barang-barang nak masak untuk bukak puasa nanti. Ikan patin wajib beli la kan (gulai tempoyak ikan patin adalah menu wajib keyh). Lepas tu, temankan dikma beli baju raya, kasut raya, etc. Wan belanja shopping raya (ceh soping raya u! hahahha. bajet cam belum soping raya lagi la nih. hikhik). Pas tu, dapat tudung free pulak. Bukan 1, tapi 2 (ha yang ni pak cik pulak belanja hihi). Ada jugak beli baju raya untuk atuk. Atuk tak ikut sebab tak berapa sihat. Terpaksa guna tongkat sekarang. Dulu tak. Baru lagi. Kesian atuk.


Erm sangat sedih masa nak balik KL. Kenapa? Sebab sedih la. Raya lagi 3 minggu. So, lagi 3 minggu la pulak baru balik sana.....


Isnin, 31 Ogos


Tinggal sorang kat rumah. Mereka yang lain keluar. Erm.. Kenapa tiba-tiba nak teringat peristiwa setahun lepas nih? 31 haribulan. Rasa macam baru lagi. Tak sangka dah setahun dah. Haih. Menci betul la (benci!benci!) Dah dah sudah! Lupakan semuanya!!!!!


Yeee…ini yang sepatutnya diingati.
1 Malaysia! Malaysia United.
Selamat Hari Merdeka!!! Yang ke-52 tahun.
Tanggal 31. Bulan lapan lima puluh tujuh. Merdeka! Merdeka!


Sambutan merdeka tahun ni sangat sederhana. Bagus la kan. Bulan2 puasa ni. Dengan H1N1 yang masih belum reda lagi tu. Kena lah berjaga2 erk. “Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan.” Hee. Thanks Nurul (dapat SMS daripada dia malam tadi wish happy merdeka).


Petang pulak pergi membeli barang-barang untuk buat kuih raya @ biskut raya. Alamak excited la pulak nak raya. Hehehe. (Padahal ada 3 minggu lagi kuliah. Siap sehari sebelum raya tu pun cam ada kuliah je lagi dah berangan nak raya erk cik suraiza ni heeee). Lepas tu, pergi ber’soping’ tudung lagi. Adoi la bape banyak nak beli pun tatau. Hihiii.


Hari ni Mak Usu and family berbuka puasa kat rumah. Sangat meriah. Sebab Tiha dengan Dira pun puasa jugak. Kecik lagi dah belajar puasa. Bagus2. Cuma Icha je belum pandai nak puasa lagi. Sebelum berbuka tadi, Tiha and Dira punya la tak bermaya. Lembik je tengok. Lepas bukak puasa je, hamboi2 kemain lagi mereka. Bermain, menjerit tak ingat dunia. Hahah.


Selasa, 1 September


Petang.
Pulang ke UKM~ Lama kan cuti? Hehhe.


Uwwwwaaaaaaaa monyet yang kejam!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (tak tau r monyet ke beruk ke kera kira spesies cam tu la). Saya telah diserang! Masa balik kuliah Dr. Aru tadi. Kat tangga depan rumah pengetua. Uwaaa takut gila. Orang tak kacau dia nak kacau orang pulak. Dah la besar. Yang lain semua lari ke arah hutan belakang blok lelaki, dia pulak lari ke kita. Nasib baik terasa nak keluarkan payung tadi. Boleh buat senjata. Ketuk sekali. Melawan pulak tu. Menyeringai je tunjuk taring. Apa lagi bila dia makin berani nak serang lagi, saya jerit la sekuat hati. Cuak tak yah cerita la. Nasib baik ada orang tolong. Dia dengar saya jerit cam tarzan kot tu yang keluar tu. Hahahah. Tu pun dia hampir diserang jugak oleh makhluk hutan tu. Tapi serius la nasib baik dia keluar time tu. TQ2!!! Huhu. Takut gila!!!


Lepas tu, cepat-cepat la pergi dari situ lepas keadaan macam dah selamat and orang tu pun kata ok. Dalam keadaan yang masih terkejut dan menggeletar sempat lagi call mak. Sebab dah tak tau nak call siapa. Nak cakap kat siapa lagi kalau bukan mak. Sambil leleh2 gak la air mata. Hehe. Bukan apa, terkejut tak hilang lagi. Ya Allah nasib baik ada orang tu. Huhu. Thank you ALLAH!