I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, September 10, 2009

Posto! Posto! Uppss kad raya!

Salam Ramadhan semua.

Assalamualaikum wbt.

Hmm pejam celik pejam celik dah hampir 20 hari kita puasa rupanya. Sekejap je. Cepat betul masa berlalu. Tu lah sebuk sangat dengan macam-macam benda. Sedar tak sedar dah nak dekat 3 minggu puasa ~Bulan Ramadhan yang penuh dengan dugaan dan macam-macam kenangan.

Hari tu buka puasa dengan Zatul kat Mid Valley. Bila dah jumpa tu kan, banyak la pulak cerita yang keluar hehe. Entah macam mana, saya hampir-hampir terbuat sesuatu yang tak sepatutnya saya lakukan. Tindakan yang mungkin banyak dipengaruhi oleh Zatul jugak nih. Hikhik.

Tapi,.. tak jadi jugak nak buat. Dah ambil, hampir-hampir nak bayar, dah ada kat kaunter. Boleh pulak tak jadi. Ish. Ish. Sebab bila difikir-fikirkan balik, adakah perlu saya berbuat demikian? Sebab situasi saya dan Zatul lain. Mungkin Zatul masih boleh buat ‘perkara’ tu. Tapi saya? Entah lah. Saya sendiri pun tak pasti. Kalau ikut hati, memang nak. Tapi kalau ikut akal, ish TAK BOLEH! Haih masalah betul kalau betul-betul berada dalam dilema ni.

Sebenarnya kisah lama tak boleh lah kalau nak diungkit lagi… Kan? Tapi, kisah lama tu…kisah yang tergantung. Mungkin seseorang perlukan penjelasan. Dan seseorang diperlukan bagi memberikan penjelasan tu. Cuma saya tak tahu bagaimana caranya untuk lakukan itu. Saya tak tahu apa cara yang sesuai untuk pastikan maksud saya difahami bukan disalaherti (dah lama pendam nih).

Dan masa keluar berbuka puasa dengan Zatul hari tu, saya dah jumpa cara yang sesuai untuk saya jelaskan sesuatu yang mungkin kurang jelas sebelum ni. Tapi, saya masih teragak-agak. Saya tak pasti. Saya betul-betul tak tau sama ada perlu atau tidak berikan penjelasan yang sewajarnya.


Hmm minta maaf pada semua kalau entri kali ni buat kalian tertanya-tanya apa maksud dan tujuan saya tulis macam ni. Entah lah. Yang pasti saya betul-betul dalam dilema. Perlu atau tidak? Kad raya tu? Macam mana sekarang? Ermm..... (perlukan masa untuk berfikir)


Haaa alang-alang dah keluar hari tu, beli la jugak kad raya. Nak kirim kat kampong – untuk atok wan, tok nenek, pak cik, mak cik kat Jerantut, Pahang dan Gopeng, Perak. Mak teh kat Kedah. Tok kat Seremban. Tok kat Brunei. Mak cik dan pak cik yang dekat-dekat pun nak kena bagi jugak nih (kat Putrajaya, Selayang, Ampang, Hulu Langat, dan lain-lain yang berada di sekitar KL heee).

Untuk adik-adik sedaraku yang tiga beradik tu, (Teeha, Deera, and Icha) ku layangkan kad raya ‘upin-ipin’ untuk mereka. Hahahha. Suka sangat dengan kartun tu. Jalan-jalan dekat Jusco jumpa pulak kad raya upin ipin. Teringat kat diaorang. Apa lagi, terus je beli. Hmm..untuk kAwan-kawan? Untuk korang? Alaa kita SMS je la raya nanti k. Jimat sikit kan. Heheheh.


p/s-masih lagi terkenang-kenangkan omei cayang..huhu

0 comments: