I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, September 1, 2009

Puasa Umah Atuk!

Sabtu, 29 Ogos


Tak sangka ada yang rindu nak baca entri saya. Terima kasih sangat2 Jezz. Dia antara rakan blogger yang sangat rajin meng’comment’ setiap entri yang saya poskan. Thanks Jezz! Erm dia cakap saya sangat jarang meng’update’ blog. Yee laa saya pun baru perasan yang saya memang dah sangat jarang menulis kat sini sekarang. Dulu2 tak kan? (bajet cam dah lama je memblogging erk? Heheheh). Tak de la, kalau ikut dua bulan yang lepas, memang lebih daripada 10 entri yang saya poskan kat sini. Tapi bulan ni, memang kurang daripada 10. Sebabnya, saya kekurangan masa. Saya betul2 tak de masa nak tulis kat sini sekerap dulu. Betul2 sebuk. Saya tak sempat nak meng’upate’ blog walaupun macam2 yang saya nak ceritakan dan kongsikan dengan semua kat sini. Sangat banyak. Mungkin kalau nak tulis duduk bersila depan laptop 7 hari 7 malam pun tak habis cerita kot. Hiihhiiihi.


*Pukul 1.30 pm..tengah tunggu pak cik, nak ikut dia balik kampong bukak puasa dengan atuk wan.


Ikut pak cik balik ni pun, tanpa pengetahuan sesiapa kat kampong tu. Tak plan pun. Teringat pak cik nak balik. Terus call dia cakap nak ikut. Hahahah (sy tak bape suka planning sebenarnya). Bila sampai je, semua terkejut. Terutama sekali dikma(adik sedara). Masa tu, atuk ada kat luar rumah. Terus dia jerit panggil dikma “Ma, kakngah balik ni.” Hikhik. Dikma dah lari kat kereta. Siap tolong bawakkan barang lagi. Hai excited betul tengok dia. Seronoknya… Lepas salam atuk, terus masuk rumah cari wan. Kat dapur rupanya. Tengah masak-masak untuk berbuka puasa. Ye lah saya sampai pun dah pukul 6. Haih excited betul la balik kali ni. Nape tah. Hehe.


Wan masak sambal sotong (favourite dikma. favourite sy gak eheh), kari daging, ikan pekasam, ikan goreng, ada tempoyak, jantung pisang, kerabu mangga, nasi ulam, siap buat kuih putri mandi lagi tu. Tau ke kuih pe. Hikhik. Wan cakap patutla tergerak hati nak buat banyak kuih tu. Rupanya, ada orang nak balik. Heheh. Yeey kakngah balik! (cam kakngah makan banyak je wan erk..hihi).

Ni lah kuih "puteri mandi"


p/s – Boleh pulak g main buai kat belakang rumah petang tu. Tak de kerja betul. Hehe.


Ahad, 30 Ogos


Pagi Ahad ikut wan pergi pasar pagi kat Jerantut. Beli barang-barang nak masak untuk bukak puasa nanti. Ikan patin wajib beli la kan (gulai tempoyak ikan patin adalah menu wajib keyh). Lepas tu, temankan dikma beli baju raya, kasut raya, etc. Wan belanja shopping raya (ceh soping raya u! hahahha. bajet cam belum soping raya lagi la nih. hikhik). Pas tu, dapat tudung free pulak. Bukan 1, tapi 2 (ha yang ni pak cik pulak belanja hihi). Ada jugak beli baju raya untuk atuk. Atuk tak ikut sebab tak berapa sihat. Terpaksa guna tongkat sekarang. Dulu tak. Baru lagi. Kesian atuk.


Erm sangat sedih masa nak balik KL. Kenapa? Sebab sedih la. Raya lagi 3 minggu. So, lagi 3 minggu la pulak baru balik sana.....


Isnin, 31 Ogos


Tinggal sorang kat rumah. Mereka yang lain keluar. Erm.. Kenapa tiba-tiba nak teringat peristiwa setahun lepas nih? 31 haribulan. Rasa macam baru lagi. Tak sangka dah setahun dah. Haih. Menci betul la (benci!benci!) Dah dah sudah! Lupakan semuanya!!!!!


Yeee…ini yang sepatutnya diingati.
1 Malaysia! Malaysia United.
Selamat Hari Merdeka!!! Yang ke-52 tahun.
Tanggal 31. Bulan lapan lima puluh tujuh. Merdeka! Merdeka!


Sambutan merdeka tahun ni sangat sederhana. Bagus la kan. Bulan2 puasa ni. Dengan H1N1 yang masih belum reda lagi tu. Kena lah berjaga2 erk. “Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan.” Hee. Thanks Nurul (dapat SMS daripada dia malam tadi wish happy merdeka).


Petang pulak pergi membeli barang-barang untuk buat kuih raya @ biskut raya. Alamak excited la pulak nak raya. Hehehe. (Padahal ada 3 minggu lagi kuliah. Siap sehari sebelum raya tu pun cam ada kuliah je lagi dah berangan nak raya erk cik suraiza ni heeee). Lepas tu, pergi ber’soping’ tudung lagi. Adoi la bape banyak nak beli pun tatau. Hihiii.


Hari ni Mak Usu and family berbuka puasa kat rumah. Sangat meriah. Sebab Tiha dengan Dira pun puasa jugak. Kecik lagi dah belajar puasa. Bagus2. Cuma Icha je belum pandai nak puasa lagi. Sebelum berbuka tadi, Tiha and Dira punya la tak bermaya. Lembik je tengok. Lepas bukak puasa je, hamboi2 kemain lagi mereka. Bermain, menjerit tak ingat dunia. Hahah.


Selasa, 1 September


Petang.
Pulang ke UKM~ Lama kan cuti? Hehhe.


Uwwwwaaaaaaaa monyet yang kejam!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (tak tau r monyet ke beruk ke kera kira spesies cam tu la). Saya telah diserang! Masa balik kuliah Dr. Aru tadi. Kat tangga depan rumah pengetua. Uwaaa takut gila. Orang tak kacau dia nak kacau orang pulak. Dah la besar. Yang lain semua lari ke arah hutan belakang blok lelaki, dia pulak lari ke kita. Nasib baik terasa nak keluarkan payung tadi. Boleh buat senjata. Ketuk sekali. Melawan pulak tu. Menyeringai je tunjuk taring. Apa lagi bila dia makin berani nak serang lagi, saya jerit la sekuat hati. Cuak tak yah cerita la. Nasib baik ada orang tolong. Dia dengar saya jerit cam tarzan kot tu yang keluar tu. Hahahah. Tu pun dia hampir diserang jugak oleh makhluk hutan tu. Tapi serius la nasib baik dia keluar time tu. TQ2!!! Huhu. Takut gila!!!


Lepas tu, cepat-cepat la pergi dari situ lepas keadaan macam dah selamat and orang tu pun kata ok. Dalam keadaan yang masih terkejut dan menggeletar sempat lagi call mak. Sebab dah tak tau nak call siapa. Nak cakap kat siapa lagi kalau bukan mak. Sambil leleh2 gak la air mata. Hehe. Bukan apa, terkejut tak hilang lagi. Ya Allah nasib baik ada orang tu. Huhu. Thank you ALLAH!


5 comments:

jai@jezz said...

semua yang nenek kamu masak semua saya bantai makan.. sedapp wooo ikan pekasam.. ishk.. terliur dah ni.. lambat nyer nak raya.. x sabor nak balik kg.. huhuhuhu.. :)

BeLLezA said...

ow yeke..
ingt tak tau ikan pekasam..mkn pe nye..hihi sedap kan..ni pun dah teringat2 nih..hehe..kampung kat ner?

jai@jezz said...

ikan perkasam kalau kene lak ngan nasi panas2x.. fuuuhhhh.!!!!!! memang bertambah2x la pinggan.. :)

JS said...

ciannyer...kena kejar bruk..tp cam chomel la su..haha

eliza_nabilah said...

alolo..kene kejor ngan beruk lak aii..siannye..ko ngn beruk, aku time praktikal kne kaco ngn org gile ag..uii..mmg ley bhnti jantung punye la..hehe..tp bile pkr balik, msti gelak2....