I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Sunday, September 27, 2009

Raya oh Raya~

Assalamualaikum semua.

Waaaaaa rindunya!!! Lama tak datang sini sejak balik raya hari tu. Bukan apa. Sebok. Dengan nak buat kuih raya la, shopping raya la, sebok nak balik rumah atuk la, nak pergi hospital lagi, itu ini bla bla... Oh ya! Mana nak buat assignmentnya laaa (Ceh ceh takde maknanya nak buat kerja time2 cuti raya macam ni heheh)

28 Ramadhan 1430H~
Sempat buat kuih raya. Tahun ni takde cuti sebelum raya. So tak sempat nak buat kuih raya lagi. Jadi, terpaksa lah buat di saat2 akhir nak raya ni.


29 Ramadhan~
Petang -sehari sebelum raya pergi Damansara. Tengok sepupu @ kakak sedara masuk hospital. Isk..isk..kesian dia. 2,3 hari lagi nak raya ni boleh masuk hospital pulak. Hmm malam baru kitorang bertolak balik umah atuk kat Pahang. Orang kat sana dah banyak kali call tanya bila nak sampai. Raya tahun ni memang tak sempat nak tolong atuk dengan wan bakar lemang, masak rendang dgn kuah kacang, rebus ketupat. Balik2 je semua dah siap. Huhu. Sorry wan.. Tahun depan insyaAllah tak jadi mcm ni lg. Heee..

1 Syawal~
Pagi raya – Pergi sembahyang raya (solat sunat aidilfitri) dengan ira, mayah, dan wan kat surau. Dkt je dengan rumah. Jalan kaki je. Atuk, abah, dan yg lain2 pergi masjid. Mak dgn kaklong ada kat rumah. Biasalah kat sini, kalau pagi2 raya tu mmg ramai lah budak2 dtg beraya. Kita belum mandi lagi diaorang dah tercongok bagi salam depan pintu. Hahaha.

Raya tahun ni raya paling best kot. Hehe. Meriah sebab semua balik raya rumah atuk. Oppsss kakteh! Sorry. Bukan kakngah terlupa kakteh takde tahun ni. Ingat... Tapi tu lah, dah kakteh raya kat Jepun sana, nak buat cam mana. Heheh. Tahun depan balik keyh~ Bukan senang semua dapat berkumpul macam ni. Yang paling tak sangka, dapat duit raya lagi tu. Ingat dah besar2 macam ni tak dapat duit raya dah. So, apa lagi…. Bila semua dah ada…. Boleh la kumpul duit raya banyak3+++!!! Hahahah. Lagi best sebab ada Balkis~ Comel sangat2 si Balkis ni. Lompat sana lompat sini. Siap ada orang nak kat dia lagi tuh. Tu lar sape suruh comel sangat kan dah ada yg berkenan. Haha.


Seronok jugak sebab dapat beraya rumah saudara-mara yang dah lama tak jumpa. Memang akan jumpa setahun sekali je, tu pun bila raya. Malam pulak, apa lagi… Main bunga api laaa… Tak main ar bakar2 mercun ni. Tak baik untuk kesihatan, bahaya pulak tuh. Heheh. (tapi tak jugak, abang sedara sekali dgn pakcik pun bakar mercun gak hihihi nasib tak kena bebel dgn wan hahaha). Tu lah kata, raya tahun ni memang best!

Hmm pas tu kan, macam biasalah dak Arip ngan dak Farok mesti datang. Tak sah kalau tak datang beraya tiap2 tahun budak berdua tu. Haha. Tahun ni dapat jugak jumpa Dayah dengan Asma. Dah lama nak jumpa, tapi tak jumpa2 jugak. Last2 raya kali ni jumpa jugak kita eh. Seronok sangat2 dapat jumpa korang!

3 Syawal~
Pagi – Balik KL. Petang – Gerak balik Gopeng pulak. Ingat nak singgah Ipoh dulu, baru balik Gopeng. Tapi dah tak sempat. Sampai pun dah lewat malam. Makteh pun dah banyak kali SMS tanya bila nak sampai. Akhirnya, dapat jugak jumpa diorang yg dah lama sangat2 tak jumpa. Tu lah masing2 duduk jauh. Ada yang kat Kedah la sana sini jauh-jauh. Jumpa pun setahun sekali. Seronok betul. Sampai boleh terkeluar pertanyaan “sape ni?”. Hahaaha tengok sepupu sendiri pun boleh tak kenal. Yelah, semua dah lain. Mana nak kenal lagi.

Kali ni balik Gopeng pun seronok jugak. Memang penuh la rumah kat kampong tu. Tidur pun bersepah2 je semua orang. Haha. Ramai sungguh sedara-mara. Yang tak dikenali pun ada jugak. Hehhe.

Oh ya, duit raya pun dapat banyak jugak balik Gopeng nih. Heheh. Pakcik makcik bagi, atok yg datang dari Brunei pun bagi jugak. Agaknya cucu comel dia ni nampak macam budak2 lagi kot tu yg dia bagi tu (hahahhaha perasan!)

4 Syawal~
Pagi – ziarah kubur arwah atuk dan oyang. Haa lepas tu baru lah pergi hospital tengok Pakcik Rafee. Ya Allah kesian betul tengok dia. Tak boleh nak bergerak, tak boleh nak bercakap pun. Mata je yg mampu nak berkelip. Sedih betul tengok dia macam tu. Tapi yg pasti, dia masih boleh kenal orang yg datang melawat dia. Alhamdulillah. Ni pun dah cukup bagus.
Hmm taktau lah bila lagi dapat balik tengok dia lepas ni...

5 Syawal~
My cousin accident. Luka lebam jugak sana sini. Nasib baik tak teruk sangat. Haih macam-macam. Bahaya lah bawak motor ni. Oleh itu, hati-hatilah selalu…

6 Syawal~
Terima tetamu yang diundang. Cewah. Hakhak. Tak kesah lah diundang ke tak. Dah nama pun hari raya, memang boleh datang pun kan. Hmm..kaklong la paling sebok sekali. Subuh-subuh lagi dah bangun masak. Ketang-ketung-ketang-ketung kat dapur tu. Macam-macam dia nak masak. Last2 adik dia yg sorang ni jugak jadi tukang masak. Ye la bila ‘abang long’ dah sampai (ceh ceh sejak bila lak jadi abang long ni belum lagi la heheh) dia dah sebok2 kat depan lak. Sape yg tolong kaklong…kakngah jugak.. Sape yg buat puding…kakngah jugak… Duit raya?.. (tibe je) Hihi..



p/s – kepada yg hantar sms raya hari tu, terima kasih yee.. berjaya jugak balas semuanya.. Selamat Hari Raya!

4 comments:

teem said...

uwaaa.. nk gk blk ry... hukhuk..
xpe2. next year mmg kteh blk la ry. huhu. nk kuih tart.. nk lemang.. nk nasi impit ngn kuah kacang.. nk laksa.. nk durian.. sume nk.. huhu.. uwaaa.. xpe2.. nt next year kteh blk, kte kne jmpe tau! miss u so muxh dear.. lov ya! ^^v

Ries Lee said...

boleh tahan raye dia..huhu

asura said...

wei..asal xnmpak pon kueh2 raya kat ats 2 mse ak ry umh ko..huhu

BeLLezA said...

kakteh: mish u soo much jgk!!~

ries lee: mmg..srnok..hehe

arip: cop2..mne ad ko rya umah ak..ko rya umah atok ak k..hahahah