I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, September 8, 2009

Tomey sakit!!


Sayang Omei...

Omei masa sihat~

7September

Huhhuhu
Sangat sedih
Tomey sakit
My cayang. My Darling. Sakittt!!!!
Dah tak boleh bangun
Dah tak boleh makan
Dah tak boleh bergerak
Kesian sangat-sangat-sangat tengok dia

Abah dengan kaklong bawak dia pergi klinik haiwan. Tapi bukan yang klinik yang kitaorang biasa bawak dia tu. Mak beria-ia suruh orang pergi sekali.. Masalahnya memang orang taknak pergi. Tak sanggup nak tengok. Lepas tu nanti dengar dia jerit-jerit. Uwaaaa mau banjir klinik tu nanti. Sebabnya, memang itu yang terjadi. Sampai doktor tu suruh kaklong keluar tak bagi dia tengok apa yang diaorang tengah buat kat Tomey. Sebab dia dah nangis-nangis time tu. Haaa itu sebab utama saya memang takkan pergi ikut abah bawak Tomey pergi klinik. Even tengok dia terlantar sakit kat rumah ni pun dah meleleh-leleh air mataku. Haih memang tak boleh nak ditahan-tahan. Tu pun, masa kaklong call sambil nangis-nangis cakap doctor tengah check Tomey and boleh dengar suara Tomey, orang yang kat rumah ni pulak dah teresak-esak. Huwaaaaaa sedih betul.

Tomey bukan sekadar seekor kucing kat rumah ni. Yeee hakikatnya, dia memang kucing. Tapi kami satu keluarga dah anggap dia salah satu anggota keluarga kami. Dia adik kecil yang kami mula sayang sejak abah ambil dia kat belakang rumah tepi longkang sebelum hujan lebat. Yang pasti, tuan kepada ibu kucing yang lahirkan Tomey tu lah yang tinggalkan tomey kat situ. Kejam sungguh. Kami yang jaga dia sejak umur dia satu hari. Dia minum susu yang abah beli kat kedai haiwan depan rumah. Susu yang memang khas untuk anak kucing macam Tomey. Siap dengan botol susunya lagi. Ingat lagi suara anak kucing yang sangat kuat dan bising masa mula-mula ambil dia dulu. Dia sangat aktif. Kejap-kejap hilang alau keluarkan dia daripada kotak.

Bila dah besar, dia jadi kucing yang sangat-sangat manja. Tak biasa keluar rumah. Kalau keluar pun, duduk depan pagar tengok burung atau kereta dan motor lalu-lalang depan rumah. Bila kami buat kerja, duduk menaip depan laptop atau sedang menulis, tomey datang duduk atas laptop. Takpun, dia lompat atas meja duduk atas kertas bila kami sedang menulis atau baca surat khabar. Bila tengah seronok tengok tv, dia datang entah dari mana panjat sofa duduk atas riba. Bila time tidur, dia tau nak naik atas tidur dalam bilik. Haih tomey..tomey..

Tapi hari ni...
Tomey dah lain. Sakit dia macam dah teruk. Ingatkan semalam hari terakhir dia dengan kami. Tapi pagi tadi, dia bernafas lagi walaupun dah tak mampu nak bergerak. Mak ambik keputusan nak bawak jugak dia pergi klinik. Tapi mak sendiri pun tak sanggup nak pergi sekali. Macam tu jugak saya. Mak cakap, mak dengar kaklong call nangis-nangis tadi pun dah buat mak lemah. Haih. Apatah lagi saya. Mak kata, mak lagi rela kalau tomey pergi je daripada kami tengok dia terseksa sakit macam tu. Nak makan pun dah tak boleh. Macam mana nak hidup kalau macam tu.



Omei dah sihat sikit petang semalam...

Tomey kena tahan ward. Doktor kata dia dah tak nampak kita walaupun mata dia terbuka. Kesiannya tomey. Doktor tu cakap lagi dia dah teruk. Dah tak de harapan lagi. Kami tahu. Tapi, selagi boleh mak kata kita kena ikhtiar untuk tolong dia.

8September

Tomey dah takde…..
Sedihnya.
Sedih sangat.
Pukul 11 pagi, doctor call.
Petang semalam sebelum berbuka, pergi tengok dia. Dia nampak macam dah sihat. Dah boleh makan sendiri. Tapi tak jugak. Kena suap macam baby. Kalau tak bukan nak makan pun. Huhu. Tapi sekurang-kurangnya keadaan dia nampak lebih baik daripada sebelumnya. Sangat seronok masa pergi tengok dia kat klinik semalam. Dah boleh duduk comel-comel macam dulu. Walaupun berselirat wayar kat kiri kanan tangan dia. Kesian sangat. Mak pun tak pernah nangis kalau kucing lain mati. Tapi hari ni… Mak nangis. Uwaaaaa!!!!!!! Hari yang sangat sedih.

Nak tanam dia dah ni...huhu...sedihnya...

Btw, thanks to Dr Sumitra and Dr Jonathan from Ara Ampang Animal Centre for helping our Omei. Oh ya, kepada pembantu-pembantu kat klinik tu jugak sebab tolong bukak pintu and terus bawak Omei masuk emergency room, tolong jaga, tolong suapkan makan, dan tolong tengok-tengokkan Omei masa dia kat sana..
Sayang Omei sampai bila-bila!!!

4 comments:

shunsukei said...

erm sdh jgk sy bce cite awk....:(..Nape tomei te2 skit awk?

jai@jezz said...

Ya Allah syg betul korang ngan omei ni kan.. saya bukan x suka kucing.. suka tapi saya ada semput so x bleh bela binatang kat umah.. huhuhuhu..~

Zati Hazwani said...

ciannya tomey..jgn sedey2 eh sue.

BeLLezA said...

shunsukei : dah ckp kt fb kan nape die mati...

jezz : syg. mmg syg sgt... ssh nak lupa apa yg dh jd..

zati : kecian sgt2..huhu