I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Saturday, October 31, 2009

yg terakhir...kut?

Entri..terakhir...

heee biasalah sy kan suka tulis entri terakhir..

tp utk tiap2 bulan la..

bkn entri yg mmg terakhir..

xkan tulis2 lagi..

(alaaa sorry2 sangat klu ada yg tak fhm hihi)

sbb ni lah entri yg terakhir utk bulan oktober ni..

sbb esok dh masuk bulan november..
sbb hari ni 31 Oktober and esok dah 1 November~

hehehehe...


Final exam dah ala-ala sampai ke penghujung je ni..

Alhamdulillah dah habis 5 subjek..

Tinggal lagi 3.....


Ok..nak pergi study subjek diplomasi yang memang sangat banyak utk dibaca tuh...

(heheh ye-ye je)

tah-tah tido..hihi


Selamat menduduki peperiksaan kpd korang!!! Mana-mana yg exam lah eh :)

Lots of


Saturday, October 24, 2009

Thanks korang!!

..Thanks yeh kepada korang..


yee kamu yang sedang membaca...


dan kamu yang sudah mengikut...


serta yang sudi meninggalkan comment...


sorry blm sempat nak comment blog korang kerana keterbatasan waktu..heheh
nnt yeh..
insyaALLAH bila ada masa terluang k..
(*^_^*)~~

Diganggu lembaga..hitam ke putih?

Assalamualaikum semua~


Yay akhirnya berjaya jugak menghabiskan minggu study week kat rumah. Ingatkan tak boleh nak study kalau dah kat rumah tu kan. Maklum la macam-macam dugaan lagi godaan boleh menggugat tahap kerajinanku.. Hehehe.


Walau macam mana pun, tetap ada gangguan jugak lor.. Ingatkan Mr Atam je yang suka kacau orang study. Tu kalau kat kolej la, ada “lembaga hitam”. Ni kat rumah pun ada jugak. Tiap-tiap hari lak tu diganggu oleh “lembaga putih” ni. Eiy geram betul laa!!


Elok-elok tu orang tengah tulis-tulis dia boleh landing baik je atas buku orang ehh…nak kena ni ngan kakngah cik tih ni..




Boleh pulak main-main mata..
Hmm dari mata turun ke hati ke?
Alamakkk!!! Hahahaaa
Aksi menggoda lagi mengada-ngada..ahaks!~

Tuesday, October 20, 2009

1st day of study week

Dugaan yg mendatang di hari pertama study week~

...Mengadap lappy tanpa pedulikan keliling...

Sdg m'cari-cari notes untuk dibaca...

..Tiba-tiba pandanganku kelam dan gelap..

Oh tidddaaakkkkk!!!!!



Apakah yg sedang berlaku ni???



RUPA-RUPANYA...................
(sila scroll ke bawah utk mengetahui apa yg berlaku)







Pandanganku di halang oleh objek hitam seperti di atas~hahahaha


Tengok tu...suka-suki je kan die nih duk atas lappy orang


Ish..ish..bila nak bangun ni...orang nak study la atam oiiiiii........

Suka pulak orang amik gambar die...isk...(tension dah ni)

Monday, October 19, 2009

Uppsss Jatuh Longkang!

Adoi..Hahhaaha. Hey mana ada orang jatuh longkang la. Saja je tajuk entry ni takde kena-mengena pun dengan apa yang nak diceritakan. Hehe. Sorry. Tak berniat nak tipu keyh. Tak nak la jatuh longkang. Dah la kotor, busuk pulak tu. Tak cukup dengan tu, penuh pulak jentik-jentik. Dah jadi tempat penternakan nyamuk. Sape nak kan masuk longkang tu kan..orang pun tak nak. Hihihi.


Hmm..nak cerita pasal banyak perkara nih sebenarnya. Macam-macam jadi tapi tak sempat nak tulis kat sini lagi. Sebok. Memang dah bgtau kan dalam entry yang hari tu. Sekarang ni dah ada masa dah. Hehe.


Lagi seminggu nak exam ni. Esok dah start study week. Study week biasanya membawa maksud minggu stress yang penuh dengan tekanan (rasanya stress cam tekanan je..heeee) terhadap fizikal, mental, dan intelek setiap yang bergelar pelajar. Kira orang pun termasuk sekali la. Huhu. Minggu lepas = minggu terakhir kuliah. Pun dah jadi minggu tekanan melampau. Mana taknya. Minggu tu lah nak buat replacement class la (malam-malam pulak tu), kuiz dengan test la, presentation la..dengan assignment yang bertimbun yang nak kena submit minggu tu jugak. Haih..sape tak tension. Assignment dapat last minute lak tu. Dah tu cam ne. Minggu tu jugak lah nak buat semua. Sampai mengalir jugak lah air mata akhirnya disebabkan tahap ‘kebengangan’ dan ‘ketensionan’ tu tak dapat nak dibendung lagi. Oh ya Ika thanks untuk tissue! Hee.


Hmm..hari Isnin minggu lepas ada kuiz untuk kelas Spanish. Okeyh, kuiz tu takde masalah sebab dah study masa hari Sabtu. Malam ada kelas ganti untuk subjek falsafah. Esoknya pulak, sepatutnya ada presentation untuk subjek diplomasi dan dasar luar. So, Isnin malam tak tido nak siapkan assignment. Presentation tu petang. Maknanya pagi ada lagi lah masa untuk siapkan semuanya. Malam tu berjaya jugak siapkan 20m/s untuk assignment pasal ICJ dengan Pedra Branca tu. Kerja bertiga, tapi buat sorang. Ok lah boleh terima lagi sebab assignment ni untuk markah saya jugak. Keesokannya, tak jadi present. Okayyyy…..orang penat-penat buat malam tu ingat nak present. Boleh pulak dia taknak present lagi and yang lagi sorang tu langsung tak datang tutorial. Akhirnya…petang tu jugak air mata mengalir menangisi ‘kebodohan’ diri sendiri. Sepatutnya kena jadi lebih bijak dlm menangani masalah group members yang sebegini. Kan..kan..huhu..takpe..kumpulan ni pun bukan pilih sendiri. Lecturer yang bagi. Kena lah terima jugak nak tak nak.


Rabu – kelas daripada pagi sampai petang tanpa henti. Ada pulak oral test Spanish. Orang pertama pulak tu yang di’test’kan. Fuh nervous sungguh. Sampai sejuk-sejuk menggigil dibuatnya. Karang salah cakap kena gelak pulak dengan Mr. Ladis tu. Tapi memang dia tak marah la kalau kita taktau nak cakap apa. Cuma dia senyum je. Disebabkan dia cakap laju sangat, dan kita ni pun baru la nak bertatih-tatih belajar bahasa Sepanyol tu, terkeluar la pulak perkataan “sorry?” tanpa sengaja. Haha. Takpe kot terkeluar bahasa Inggeris tu. Sepatah je pun. Heheh. Btw, dia kata… “not bad”. Hahahahha. (ok la, maknanya sekarang dah boleh cakap Spanish sikit-sikit. “Yo hablo malayo, ingles, y un poco espaƱol”.. hehe)
Malam tu ada replacement class. Ok, malam tu akhirnya present jugak pasal Pulau Batu Puteh tu. Seronok tak terkira sebab...1st, dapat chocolate cadbury. Dr Aru belanja semua cadbury malam tu. 2nd, sebab Dr Aru kata presentation yang bagus. Of course I take that as a compliment. Hehe. Thanks Dr. Yang ketiga, sebab..berjaya jugak setelkan satu lagi presentation untuk sem ni. Fuh. Lega..


Khamis pulak ada kuiz dan presentation untuk subjek falsafah. Rabu malam tu after class, sempat lah lagi nak study untuk kuiz esok. Walaupun kelas habis lambat and bas pulak pukul11 baru nak datang. Nasib baik dah baca masa weekend hari tu. Power point untuk presentation dah siapkan awal-awal lagi. Kalau tak, kelam-kabut jugak rasanya hari tu.


Jumaat – pergi library. Buat assignment yang terakhir untuk sem ni. Nasib baik submission date study week nanti. Kalau tak, taktau lah boleh siap ke tak. Malam tadi dah setelkan falsafah. Alhamdulillah. Selamat dah yang tu. Taknak fikir lagi.


Sabtu…semalam...yee semalam...berjaya jugak akhirnya keluar dari suasana belajar kat ukm tuh. Berjaya jugak pergi Mid Valley. Seorang diri. Yee seorang..kerana saya memang suka keluar ke mana-mana seorang. Sebab kadang-kadang orang tak suka nak ikut kita. Lagi pun leceh la. Hehe. Lagi senang keluar sorang-sorang. Nak buat apa pun takde orang bising, nak balik la, cepat sikit la, dah penat la….. Berjaya jugak pegi makan kfc. Dah lama betul termimpi-mimpi. Hahahah. Tak berkesempatan kerana kesibukan yang melanda. Dah la tu, banyak pulak dugaannya. Dah la beratur panjang, pas tu line yang mana kita que pun kita taktau. Pelik je tengok. Hehee. Lepas tu tiba-tiba boleh blackout pulak kfc kat mid tu. Haih.. makin lambat la nampaknya. Takpe..sabar..sabar..


Akhirnya, berjaya buat semuanya....!!!!! Haahhhaha.
Sempat pergi MPH, beli novel. Sempat shopping baju, kasut,...heeee….
Sempat survey baju dinner..hahhaha..dinner lambat lagi kottt…saja menggatal nak tengok..tak boleh? Haha. Ingat nak pergi tengok movie,,,…tapi mak pesan jangan tengok wayang sorang-sorang…bahaya..ok kakngah tak g, tak best pun tengok wayang sorang-sorang…huhu

Barang-barang merepek yg dibeli kt MPH~mmg suka suki je nak beli..tak prsan pulak sume pink kaler u! hahahahahaha


Tauuu…minggu depan dah nak exam. Final ok. Diulangi….FINAL! Tau.. Tapi, adalah perlu untuk enjoy sebelum exam. Perlu sangat sebab sebelum ni dah cukup tertekan dengan macam-macam benda. So, sebelum bermati-matian berjuang time final nanti, kena lah menyediakan diri untuk exam tu. Tak boleh la nak terus perang kalau diri sendiri pun dah confirm akan kalah perang. Ahaha.. Apakah?


Haa..tadi kan, sebelum balik ukm terchenta ni,..pergi Putrajaya dulu. Mak usu buat open house. Wah best2! Macam-macam ada!

kesian dira..baru nk buat homework..tu laa..org raya dia pun sebok nak raya..keje skola tak siap lg...


Nak tau tak..tiba-tiba kan orang terfikirkan sesuatu..kenapa kawan baik kita kadang-kadang bukan betul-betul kawan baik kita sebenarnya. Cuma kita je yang anggap dia macam tu. Tapi dia? Entah la... Kadang-kadang kawan yang tak rapat pulak dah macam jadi kawan baik kita. Dia yang ada bila kita susah. Kawan baik tu? Dulu laa ada.. Sekarang dah hilang kot. Hmm.. Bukan nak kata siapa-siapa k, just nak meluahkan rasa hati yang tak faham dengan situasi ni. Takkan lah dulu je kita nak berbaik-baik. Kita kawan bukan ada sebab apa-apa, atau ada kepentingan tertentu, mahupun sebab orang lain. Kita kawan sebab memang kita adalah kawan. Tolong faham tu. Sekarang nak dengar khabar pun susah. Padahal bukan susah pun nak tekan-tekan keypad hp tu anta sms sekali-sekala. Ni kalau dah orang sms pun tak nak balas, taktau la... Maaf sangat-sangat kalau memang ada yang terasa hati. Tapi tu lah hakikatnya. Kamu dah lupa apa yang kamu penah cakap dulu. “Kita kawan sampai bila-bila”.


Oh ya, tentang seseorang.. Awak buat saya tak yakin dengan awak. Secara tiba-tiba! Maaf!


p/s-ingat nak upload gambar kat mid semalam…boleh pulak terdelete semuanya…adoi laa…tak baca bismillah tadi ni…heee…

Friday, October 16, 2009

Yay berjaya!

Ahahahaha


Berjaya mengubah blog..


..Dah berubah semuanya..


Yay dah tak borink lg bak kata ARIP!! (eiy nasib baik xde dekat, kalau tak lama dah kena dak arip ni hahahhaa)


Sangat suka dengan kaler skrg ni..pink+chocolate..cantik2..heheh prsn sekejap..


erm keyh nak pergi clas ni


tata semua!~

Sunday, October 11, 2009

Kesibukan melanda!

Huh sibuk..sibuk..dan sibuk..
Minggu-minggu terakhir ni la nak ada extra class la, replacement class la, dengan kuiz, test, presentation, submission assignment.....


Adoi tak sabar sungguh nak habiskan minggu ni.
Dah tak larat nak fikir assignment, nak fikir pasal kuiz test la segala bagai..isk..



Sepatutnya waktu-waktu sekarang kena mula fikir pasal final exam pulak..hmmm…..
Minggu kuliah yang terakhir untuk sem ni akan jadi minggu yang tertekan lagi menekan.



Tapi apa-apa pun, all things need to be done by this week. No excuse!


p/s – walau macam mana bz sekali pun, tak boleh biar blog ni tak di update lama-lama~ hee

Monday, October 5, 2009

Rindu Anis~



Rindu kat Anis.
Lama tak dengar citer dia.
Mana hilang tah dak Anis ni


…Apa-apa pun…
Sue nak wish Nis Happy Birthday!!!
Selamat Hari Lahir Anisku!!~
Wish all your dreams come true..
Jd doctor yg baik keyh..
Murah rezeki dan bahagia selalu

Hmm Selamat Hari Raya jugak~
Maaf zahir batin.
Sue sayangggggg Anis…
(*^_^*)~~

Sunday, October 4, 2009

Seiraskah?

..Cuba tengok gambar kat bawah ni betul-betul..

(Maaf. Gambar ini telah di-remove)
Adakah kami serupa??
Hmm..
Saya dapat comment daripada kawan2 kata muka kitorang sama, serupa. Ada yang kata kitorang kembar. Sampai rumet pun boleh tersalah kata. Hahahha. Bila saya suruh dia tengok gambar ni and tanya dia yang mana satu saya,..dia ingat saya adalah kakak saya dan kakak saya adalah saya. Betul ke gambar ni sama?? *thinking*

Agak-agak korang, yang mana satu saya erk?? Hehheh.