I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, October 19, 2009

Uppsss Jatuh Longkang!

Adoi..Hahhaaha. Hey mana ada orang jatuh longkang la. Saja je tajuk entry ni takde kena-mengena pun dengan apa yang nak diceritakan. Hehe. Sorry. Tak berniat nak tipu keyh. Tak nak la jatuh longkang. Dah la kotor, busuk pulak tu. Tak cukup dengan tu, penuh pulak jentik-jentik. Dah jadi tempat penternakan nyamuk. Sape nak kan masuk longkang tu kan..orang pun tak nak. Hihihi.


Hmm..nak cerita pasal banyak perkara nih sebenarnya. Macam-macam jadi tapi tak sempat nak tulis kat sini lagi. Sebok. Memang dah bgtau kan dalam entry yang hari tu. Sekarang ni dah ada masa dah. Hehe.


Lagi seminggu nak exam ni. Esok dah start study week. Study week biasanya membawa maksud minggu stress yang penuh dengan tekanan (rasanya stress cam tekanan je..heeee) terhadap fizikal, mental, dan intelek setiap yang bergelar pelajar. Kira orang pun termasuk sekali la. Huhu. Minggu lepas = minggu terakhir kuliah. Pun dah jadi minggu tekanan melampau. Mana taknya. Minggu tu lah nak buat replacement class la (malam-malam pulak tu), kuiz dengan test la, presentation la..dengan assignment yang bertimbun yang nak kena submit minggu tu jugak. Haih..sape tak tension. Assignment dapat last minute lak tu. Dah tu cam ne. Minggu tu jugak lah nak buat semua. Sampai mengalir jugak lah air mata akhirnya disebabkan tahap ‘kebengangan’ dan ‘ketensionan’ tu tak dapat nak dibendung lagi. Oh ya Ika thanks untuk tissue! Hee.


Hmm..hari Isnin minggu lepas ada kuiz untuk kelas Spanish. Okeyh, kuiz tu takde masalah sebab dah study masa hari Sabtu. Malam ada kelas ganti untuk subjek falsafah. Esoknya pulak, sepatutnya ada presentation untuk subjek diplomasi dan dasar luar. So, Isnin malam tak tido nak siapkan assignment. Presentation tu petang. Maknanya pagi ada lagi lah masa untuk siapkan semuanya. Malam tu berjaya jugak siapkan 20m/s untuk assignment pasal ICJ dengan Pedra Branca tu. Kerja bertiga, tapi buat sorang. Ok lah boleh terima lagi sebab assignment ni untuk markah saya jugak. Keesokannya, tak jadi present. Okayyyy…..orang penat-penat buat malam tu ingat nak present. Boleh pulak dia taknak present lagi and yang lagi sorang tu langsung tak datang tutorial. Akhirnya…petang tu jugak air mata mengalir menangisi ‘kebodohan’ diri sendiri. Sepatutnya kena jadi lebih bijak dlm menangani masalah group members yang sebegini. Kan..kan..huhu..takpe..kumpulan ni pun bukan pilih sendiri. Lecturer yang bagi. Kena lah terima jugak nak tak nak.


Rabu – kelas daripada pagi sampai petang tanpa henti. Ada pulak oral test Spanish. Orang pertama pulak tu yang di’test’kan. Fuh nervous sungguh. Sampai sejuk-sejuk menggigil dibuatnya. Karang salah cakap kena gelak pulak dengan Mr. Ladis tu. Tapi memang dia tak marah la kalau kita taktau nak cakap apa. Cuma dia senyum je. Disebabkan dia cakap laju sangat, dan kita ni pun baru la nak bertatih-tatih belajar bahasa Sepanyol tu, terkeluar la pulak perkataan “sorry?” tanpa sengaja. Haha. Takpe kot terkeluar bahasa Inggeris tu. Sepatah je pun. Heheh. Btw, dia kata… “not bad”. Hahahahha. (ok la, maknanya sekarang dah boleh cakap Spanish sikit-sikit. “Yo hablo malayo, ingles, y un poco espaƱol”.. hehe)
Malam tu ada replacement class. Ok, malam tu akhirnya present jugak pasal Pulau Batu Puteh tu. Seronok tak terkira sebab...1st, dapat chocolate cadbury. Dr Aru belanja semua cadbury malam tu. 2nd, sebab Dr Aru kata presentation yang bagus. Of course I take that as a compliment. Hehe. Thanks Dr. Yang ketiga, sebab..berjaya jugak setelkan satu lagi presentation untuk sem ni. Fuh. Lega..


Khamis pulak ada kuiz dan presentation untuk subjek falsafah. Rabu malam tu after class, sempat lah lagi nak study untuk kuiz esok. Walaupun kelas habis lambat and bas pulak pukul11 baru nak datang. Nasib baik dah baca masa weekend hari tu. Power point untuk presentation dah siapkan awal-awal lagi. Kalau tak, kelam-kabut jugak rasanya hari tu.


Jumaat – pergi library. Buat assignment yang terakhir untuk sem ni. Nasib baik submission date study week nanti. Kalau tak, taktau lah boleh siap ke tak. Malam tadi dah setelkan falsafah. Alhamdulillah. Selamat dah yang tu. Taknak fikir lagi.


Sabtu…semalam...yee semalam...berjaya jugak akhirnya keluar dari suasana belajar kat ukm tuh. Berjaya jugak pergi Mid Valley. Seorang diri. Yee seorang..kerana saya memang suka keluar ke mana-mana seorang. Sebab kadang-kadang orang tak suka nak ikut kita. Lagi pun leceh la. Hehe. Lagi senang keluar sorang-sorang. Nak buat apa pun takde orang bising, nak balik la, cepat sikit la, dah penat la….. Berjaya jugak pegi makan kfc. Dah lama betul termimpi-mimpi. Hahahah. Tak berkesempatan kerana kesibukan yang melanda. Dah la tu, banyak pulak dugaannya. Dah la beratur panjang, pas tu line yang mana kita que pun kita taktau. Pelik je tengok. Hehee. Lepas tu tiba-tiba boleh blackout pulak kfc kat mid tu. Haih.. makin lambat la nampaknya. Takpe..sabar..sabar..


Akhirnya, berjaya buat semuanya....!!!!! Haahhhaha.
Sempat pergi MPH, beli novel. Sempat shopping baju, kasut,...heeee….
Sempat survey baju dinner..hahhaha..dinner lambat lagi kottt…saja menggatal nak tengok..tak boleh? Haha. Ingat nak pergi tengok movie,,,…tapi mak pesan jangan tengok wayang sorang-sorang…bahaya..ok kakngah tak g, tak best pun tengok wayang sorang-sorang…huhu

Barang-barang merepek yg dibeli kt MPH~mmg suka suki je nak beli..tak prsan pulak sume pink kaler u! hahahahahaha


Tauuu…minggu depan dah nak exam. Final ok. Diulangi….FINAL! Tau.. Tapi, adalah perlu untuk enjoy sebelum exam. Perlu sangat sebab sebelum ni dah cukup tertekan dengan macam-macam benda. So, sebelum bermati-matian berjuang time final nanti, kena lah menyediakan diri untuk exam tu. Tak boleh la nak terus perang kalau diri sendiri pun dah confirm akan kalah perang. Ahaha.. Apakah?


Haa..tadi kan, sebelum balik ukm terchenta ni,..pergi Putrajaya dulu. Mak usu buat open house. Wah best2! Macam-macam ada!

kesian dira..baru nk buat homework..tu laa..org raya dia pun sebok nak raya..keje skola tak siap lg...


Nak tau tak..tiba-tiba kan orang terfikirkan sesuatu..kenapa kawan baik kita kadang-kadang bukan betul-betul kawan baik kita sebenarnya. Cuma kita je yang anggap dia macam tu. Tapi dia? Entah la... Kadang-kadang kawan yang tak rapat pulak dah macam jadi kawan baik kita. Dia yang ada bila kita susah. Kawan baik tu? Dulu laa ada.. Sekarang dah hilang kot. Hmm.. Bukan nak kata siapa-siapa k, just nak meluahkan rasa hati yang tak faham dengan situasi ni. Takkan lah dulu je kita nak berbaik-baik. Kita kawan bukan ada sebab apa-apa, atau ada kepentingan tertentu, mahupun sebab orang lain. Kita kawan sebab memang kita adalah kawan. Tolong faham tu. Sekarang nak dengar khabar pun susah. Padahal bukan susah pun nak tekan-tekan keypad hp tu anta sms sekali-sekala. Ni kalau dah orang sms pun tak nak balas, taktau la... Maaf sangat-sangat kalau memang ada yang terasa hati. Tapi tu lah hakikatnya. Kamu dah lupa apa yang kamu penah cakap dulu. “Kita kawan sampai bila-bila”.


Oh ya, tentang seseorang.. Awak buat saya tak yakin dengan awak. Secara tiba-tiba! Maaf!


p/s-ingat nak upload gambar kat mid semalam…boleh pulak terdelete semuanya…adoi laa…tak baca bismillah tadi ni…heee…

6 comments:

Afifee said...

Biasa la tu group assginment nih mesti ada je org yg tak buat keja.Kdg2 kita sorg je buat. I pon kadang2 rasa mcam xsuka bila kerja group nih. Kalaw dapat group yang okei xpala..Btw Good Luck okay for ur final examination... ;)

ainaaamira. said...

sue buat sorg ke ri tu? huhuhu. siannye.

BeLLezA said...

afifee: thank u! :)

aina: a'ah t'masuk la pwr point tu skli..tp lps tu 'die' ad edit ckit n tmbh ksmpulan. yg dr aru suh edit n tmbh lg tu die x wat pun..org jgk yg kne buat..huhu

jai@jezz said...

mak aihhh... panjang giler entry ni... taik julig mata dah ni membaca.. x per.. aku sanggup membacanya hahahahha..

BeLLezA said...

jezz..hehehe..
t'bnyk pulak..
tu kira combine sume crite2 last week..pjg la jdnye..he

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila
klik disini. Semoga bermanfaat insyaAllah..Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.