I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, November 19, 2009

Caca marba (betul ke spelling ni??)

Yeahhh!!!
Akhirnya berjaya jugak menghabiskan semester ini dengan jayanya!! Heheh. Sem yang penuh macam-macam cerita suka duka derita dan kecewa. Chewah! Hihihi. Ye laa.. Betul.. Seriously, sem ni yang banyak sangat problem kalau nak banding ngan sem-sem lepas. Bukan problem apa, cuma banyak sangat tekanan perasaan..tekanan hati..tekanan jantung,..jiwa raga.. Pendek kata, sume lah yg menekan. Hehe. Biasalah sejak-sejak dah takde orang lagi nak bagi semangat tu naik tinggi melambung kan... Aduh! SURAIZA, perlu ker??! Ehhehehhe sorry...


Warning: Entry yg agak panjang. Kalau rasa-rasa taknak baca or boring or whatever…..anda dipersilakan untuk tidak membacanya...takpe2 tak kecik hati pun..hehe.tapi kalau sudi jugak nak menghabiskan masa kat sini, owh anda mmg dialu-alukan!


Hmm hari pertama cuti - Duduk bertapa dalam bilik dari pagi sampai malam (actually ada la jugak turun dapur bila perut dah jerit-jerit..gaya dengar je perut dia jerit-jerit kan hihi). No no I’m not merajuk ke apa macam perangai dulu-dulu tu suka duk dalam bilik sambil nangis-nangis. Ayoo apa ni??? Hahhahhahahah. Bukan-bukan! Haih. Sebenarnya berpura-pura kemas bilik (tapi ni memang aktiviti wajib tiap kali abes sem). Sebab banyak sangat barang bawak balik sampai taktau nak sumbat kat mana dah. Hehhe.

Bila dah mula memang susah sangat nak stop cik suraiza ni pun. Kalau tak, susah sangat nak mula. Bila dah mula, tak reti pulak nak berhenti. Hmm.. Bila dah kemas-kemas tu kan, terjumpa la harta karun zaman sekolah dulu-dulu (boleh la kalau nak kata harta karun, sebab kira bernilai jugakla bagi saya n sebab tu jugak still simpan lagi harta tu). Kalau tak, wat pe la nak simpan lagi. Buat menyemak je la kat rumah kan, jadi tempat kumpul habuk. Lebih baik buang ke, bakar ke, tanam ker...kan..kan...kan..hehehhe.

Bukan harta zaman sekolah je, ni harta zaman asasi law kat UITM pun ada jugak ni (gaya dah lama je zmn asasi tu erk heee). Alaaaa korang!!! Mish korang sangat-sangat la bila terjumpa daun ni. Seriously, tak sangka kita ada simpan lagi. Kenangan terindah ni. Uwaaaa jom la kita buat reunion!!! Sob..sob...



thanks for the memories!~
Haa ni lah harta zaman sekolah dulu yang terjumpa masa tengah kemas-kemas tu.





Yang ni assignment masa form3. Tulis tangan k.. Tak main la print out cam assignment sekarang. Air tangan tu yg bawak berkat ye kawan-kawan. Hehe. Dapat A ok.. Saya ulang, A! Hahah. Seronok je buat assignment dulu-dulu. Siap lukis, warna sendiri lagi.. Gunting gambar pas tu tampal je. Kan senang. Kalau assignment sekarang, boleh nangis dalam tempoh nak siapkan assignment tu. Susah..susah.. Tapi dulu cikgu ada cakap kalau fikir susah je, memang susah la jadinya. So, ayuh bersama-sama kita berfikir dengan mudah... Supaya benda susah jadi senang. Kan?? (cakap memang mudah, bila nak buat....tu yg susah..hee) :p Owh akhirnya! Jumaat lepas keluar dengan Asma (actually bukan dia aje..her bf pn ade) Sebab memang dah lama tak jumpa dia betul-betul. ‘Betul-betul’ here means kitorang dah lama tak jumpa and gossiping...cop..cop…myb the word “borak-borak” would be better kut eheh. Raya hari tu ada la jumpa jugak tapi sempat bersalam dan berpelukan hanya untuk seketika sahaja. Ahaks! Okeyh bila dah lama tak “stori-mori” tu kan, memang tak pandang orang lain dah (kesian bf dia dipinggirkan hikhik). Hmm macam-macam nama kawan kat sekolah dulu yg keluar (memang ada ramai kawan sebab banyak sekolah.kalau baca entry yg lepas-lepas mesti macam penah baca ayat yang sama kan?hehehe). Orang tu kat sana la. Orang tu kat sini la. Wah wah baru disedari ramai sungguh kawan-kawanku rupanya. Sebenarnya, sy senang nak ingat nama orang, tapi kalau muka...tak boleh diharap langsung. So bila As sebut nama orang tu, nama orang ni, memang tak ingat rupa pun...heheh


Eh! Ha! Hari tu. Baru je nak keluar (masa nak pergi Mid). Nampak org ramai sangat-sangat dekat satu kedai perabot area Ampang Waterfront. Nampak polis. Nampak wartawan. Okeyh cameraman pun ada. Erm forensic jugak…n tah sapa-sapa lagi tah yg ada kat situ. Mestilah dah terbayang, ada rompakan or pembunuhan ke ape kan. Abah pun memperlahankan kenderaannya. Chewah. Hikhik. Memang sume orang pun slow jek, sj nak bagi jalan tu sesak kan. Hee. Takde lah bukan nak nyibuk ke atau..nak jg tepi kain org ke kan. Nak tau la apa yg jadi. Tapi still tak sure jugak apa yg dah jadi kat situ sebenarnya. Sebab ada yg kata kena rompak la, ada org kena bunuh la..bla..bla... Akhirnya berjaya jugak dipastikan “sesuatu” bila kitorang tengok berita malam tu. Hihi (mmg berita jugak yg membantu nampaknye nih) Baru tau rupanya ada orang mengamuk after bergaduh dgn girlfriend dia sebab jeles then dia lepaskan tembakan and ada tebusan. Bukan kat kedai perabot bawah tu, tapi kat salun tingkat atas. Ish..ish..ish.. Apa la nak jadi. Bunga bukan sekuntum yee.. Heeee... Esok 14Nov-terpampang kat muka depan Harian Metro.

2012 best! Yeee 2012 mmg best. Pergi tengok dgn my one and only adik. Sebab mmg dia jer yg sebuk ajak org g tgok citer tu since study week lagi. Mid Valley! Dah macam pegi pasar je gayanya. Orang g pasar tiap2 hari, dia pegi mid macam pegi pasar. Boring! Dah mak cik tu nak g Mid jugak. Ikutkan hati ni nak g Times Square pulak, tak pun klcc pun ok jugak kan… Kaklong tader sbb pergi ber‘tarikh’ dgn bf dia. Haha. Gasakla kalau korang tak paham pun. Melaka pulak tu. Perlu ke nak melangkaui sempadan negeri? Okey la. Org kalau dah tgh bercinta bukan takat sempadan negeri je yg akan dilangkah, lagi2 kalau takde apa2 halangan pun. Setakat duit tol je apa lah sangat. Kan? Ahahahhah. Lautan api pun sanggup dia naik bot laju, tak pun feri, atau pun mendayung sampan sbb mmg dia tatau berenang pun. Kikikiki. Upppssss macam dah terlebih kata je ni. Kalau la kaklong baca, uwaaaaaa abes r kena flying kick dia nih. Hihiihi.

Erm cerita 2012 tu kan ada yg kata patut tgok ada jugak yg kata tak patut tgok. Tapi ikut suka hati masing2 lah nak tgok tak nak kan. Kalau ikut kata hati cik suraiza ni, dia nak tgok sangat2 citer tu. Dan mmg tak rasa rugi pun. At least, boleh insaf jugak la. Mmg la kita tau apa yg ditunjukkan dlm filem tu tak lah sehebat apa yg akan berlaku betul2 nanti, realitinya lagi dahsyat daripada tu. Tapi sekurang-kurangnya apa yg ditayangkan dlm citer tu mampu buat jantung ni nk meletup. Takut!! Serius. Tak penah tgok something yg boleh rasa nak pergi lari kat mak ngan abah sebab rasa sgt takut. Rasa mcm nk nangis pn ada. Teringat kat sume ”benda2 jahat” yg penah buat sebelum ni. Heee. Ye laa...bygkan kalau tiba-tiba semua tu jadi dlm sekelip mata kita tak mampu nak buat apa even nak bertaubat pun dah tak sempat. So mulai sekarang...marilah sama2 kita renungkan dan selamat beramal! :)


Tahniah kpd yg dah berjaya sampai ke tahap ini. Anda mmg hebat!..AHahAa.. tengok tajuk pn dah tau kan. Mmg tunggang-langgang je citer dlm entry ni. Ikut suka suki hati je nak cakap apa. And sorry kalau mata anda semakin kurang jelas atau rabun atau kena tambah power spec sebab it’s not my fault. Dengan muka innocent, “kan tadi dah warning”. Hihihi.

5 comments:

Fatin Faseeha Azmi said...

yay berjaya sampai ke bawah!!

hehe

mase form 3 kalau kite wat assgment macam kat ukm gune type2 takde gunting2 sure dpt C kan:)

Anonymous said...

yes..dan saya nur zakiah zainuddin tlh brjye mghbiskan bcaan entry anda 4 ds time..huhu..kasi hadiah cket...tk jumpe koleksi zman sekolah rendah ke suraiza??haha

ezatiey said...

sue mmg sgt mempunyai byk bende yg nk dicerita.. hehe.. nice entry =)

ezatiey said...

sue caca marba tu ape? hehe

BeLLezA said...

fatin: tahniah!!!hehhe..a'ah betul kan..klu dolu2 kite buat asgment taip2 je mcm skrg msti dpt c sbb x cantik n x menarik lgsug kan..haha

zakiah: darling ku!!!! wah2 berjaya juga kmu ke cni yek..hehe..tahniah2!!! bjya abeskan..haha..eh ada la zmn skola rendah pun...bku autograph ms kite drjah 6!!! hahhahahahaha

mcr comey: tq cayang! nice entry kan kan. upss perasan lah pulak..hakhak..urm caca marba tu "macam-macam ada" eh yeke? tah! hahahha