I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, December 29, 2009

♥ ♥Gracias Anis ♥ ♥



Rahmat Ujian


Mestica :: Layar Keinsafan
http://Islamic2u.webs.com


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu


Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran


Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya


Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi


Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu


Thank you so much for this nasyeed..!
It will help me a lot i guess..huhu
Thank you ANIS!!!
Sue ♥ you forever and always!! (*^_^*)~




Sunday, December 27, 2009

Kenapa entah

Assalamualaikum

Kenapa tah tibe-tibe je rasa macam x best. Ape yg tak best tu tak tau la. Mcm tersentap lak tetibe. Ape kes tah cik sue ni tetibe je jadi gini. Bukan nak cakap sy sgt sensitive. Tapi mmg pun. Huhu. Tak leh orang salah cakap ckit mula laa hati ni nak terasa je keje die. Tolong la jangan nak gedik-gedik sgt cik sue oi. Ckit-ckit nak sedih. Ckit-ckit nak nangis. Menghabehkan boreh yo.. Kalau tidak sedih tak bolehkah cik sue???

Tapi..tapi..
Tadi baca blog Fatin. Fatin cakap...

ha pagi td aku dengar ceramah pagi. ada satu ayat best:
adalah salah utk kita kata 'jangan cepat terasa'

kerana ayat sebenar adalah : 'jaga tutur kata'

Haaa...meaning that, it wasn’t my fault even if I feel that way. People didn't even know they hv done or say something wrong. Saya pun. May be penah terbuat salah ke ape kat org tapi x sedar. Maaf ye. Dah dah tak mau sedih-sedih lagi. Agaknye die tak sengaja kut. Biasela. Dah cakap-cakap tu, kadang-kadang terlepas jugak benda-benda tak sepatutnya.

Ha lupa pulak nk bgtau awal-awal tadi...Asyik membebel tah pape je kan hehe.Sy dah tukar lagu lagi. Tak sampai sehari pun tukar lagu MENYESAL kpd lagu KEMBALI PULANG. Dah tukar pulak lagu MENYESAL balik. Huhu. Sebab utama: menyesal tukar lagu sbb ANIS KATA DIE SGT SUKE DGN LAGU MENYESAL SIAP LETAK KLIP VIDEO LAGU TU KAT BLOG DIE LAGI TU HEHE ♥ Nanti-nanti bile sume org dh boring dengar lagu tu, sue tukar lagu lain pulak okay? (*o*) Oleh itu diharapkan jgn lah sesiape terkeliru dgn isu tukar-tukar lagu kat blog ni ye. Haaha

*masih blm pulang ke ukm..bila nak balik ni..tlog sdr diri sok kuliah dh mula ^^,


Saturday, December 26, 2009

tUKar dA..(sila tukar channel klu takmau dengar)

Salam

Okeyh merujuk kpd tajuk entry kali ni, agak2 ape ye yg dah ditukar??
Hahaha. Msti xtau klu x masuk blog and tak tunggu sehingga 1minit berlalu. Dan jugak kalau meng-silent-kan volume di lappy masing-masing. Aha mula dah nak merepek ni. Baiklah sy akan berterus-terang. Sy dah tukar lagu "MENYESAL" yg amat disukai oleh semua mereka yg mengunjungi blog ini lately kpd lagu KEMBALI PULANG...ok..kpd korang-korang yg memang sgt mencintai lagu tersebut sila lah jgn pergi...nanti-nanti cik sue tukar balik letak lagu kesukaan ramai tu kat sini semula okay?Lagipun best jugak lagu kangen band ni...kan..kan...? =)

Lagu MENYESAL tu kan ost cite tasbih cinta kat tv3 tu..tapi taktau pulak ramai sungguh peminat lagu tu. Sampai muncul seseorang yg sy aggap peminat misteri haha. Sebab die singgah kat shoutbox cik sue dengan menggunakan nick "Pencari Lagu Ini". Then bila tny siapakah gerangan beliau tak dijawab pulak. Dia kata:

"sy ialah insan yg tlh jtuh cinta dgn lagu blog awk ni.. rasanye biar la awk knl sy ngn name "pencari lagu ini" je.."

HAha misteri tak?

Dan tak kurang jugak kawan-kawan kat facebook. Bila semuanya dah menjenguk blog, mesti kata lagu tu best. Sampai dah penat tangan ni menaip tajuk lagu dgn penyanyi lagu tu bila tak sudah-sudah org tanya. Siap mintak anta lagi tu. Ello cik abang, kalau nak download sendiri laaa ok..huhu. Itu pun nak mintak org ke...


Semalam ada la sorang hamba Allah ni add sy kat ym. Bila dah cerita-cerita tu, biasa lah mmg akan sampai kat bab yg satu ni. Tak tau la kenapa, tapi memang suka sangat org ckp pasal ni. Sebenarnya saya dah boring. Serious taktau nak jawab apa kalau orang tanya. Tapi rasanya semalam saya dah bagi jawapan yg tepat kut. Sebab lepas bagi je jawapan tu, terus diam tak balas-balas dah hamba Allah tu. Huhu. Saya kata rugi. Rugi masa, rugi duit. Hati rugi, cinta pun rugi. Tak kesah pun kalau hamba Allah tu tak setuju sebab itu pendapat saya je. Ikut lah pendapat masing-masing. Mana yg baik ikut, mana yg tak baik jangan ikut. Mudah.

Mr. X : nak org mintak ke
Cik Sue : *diam*
Mr. X : Buzz!
Mr. X : nak sy mintak ke
Cik Sue : mintak ape
Mr. X : mintak couple
Cik Sue : tak suka kapel (serious tak sangka jawapan ni keluar)

Hehe suka hati la nk cakap ape pun. Tak tau la betul ke tak statement yg dibuat diri sendiri tu. Tapi buat masa skrg macam betul je. Eheh. Ikut pengalaman namanya tuh. Lain la kalau memang dah jmp yg betul-betul and yg benar-benar TERBAIK agaknya. Entah.

Oh ya, hamba Allah tu pun sempat jugak kata lagu MENYESAL tu best ahahahahha. Kan dah cakap tadi sume pun mmg kata best.

Hm malam pulak...ade la sorang 'adik' (yg mmg sy pggil die adik sbb die pggil sy kakak siti suraiza hee) muncul di kotak ym sy. Sy tny siapa. Pastu die kata sy tak knl die. Die dapat id ym tu pun lepas godek-godek blog sy nih. Mmg sesuka hati die je nk godek2 blog org kn.. haha.
Pas tu die kata la nk tny sumting. Die nak tau mne sy dpt du'a yg kat bwh profile pic sy tu. Sy kata la dr kawan. Kenapa? Then die kata, die nk yg versi bahasa arab pny. Laa mne ade yg tu mmg dapat bhsa mlyu la dik oi. Haaha. Kalau nak, kamu translate la sndri yek. Hee. My bestie, Zakiah yg bg message tu..dah terang lagi bersuluh sy dh tulis nama ZAKIAH bawah kata-kata tu.

Ok smpai cni dulu..kira ni antr entri2 terakhir bln ni merangkap antr entri terakhir tahun ni jugak..tapi bkn yg terakhir ok..antr yg terakhir je.

*kpd Nurul, jangan sedih-sedih tau. sume masalah ada jalan penyelesaiannya. ingt, Allah tgok usaha kite bkn hasilnya smta2. okeyh? cayang kamu!!

Tuesday, December 22, 2009

Hati dah kembali normal

Assalamualaikum 

Banyak cerita tp knpa rs mcm dh blank je ni..adoi..ni yg tensen kalau lambat sgt nk transfer ape yg bermain dlm kpla masuk dlm blog. 
Tahun baru, semua dh jd baru. Mmg sngaja. Sbb utama-nk mula idup baru dgn azam dan semangat baru. Oleh itu takkan pndg blkg lagi. No more turning back yeh Suraiza.
And tak sia-sia tidur Damansara. Semuanya membantu. Hatiku dah kembali normal. 130% Thanks kakde & kak demak. Kakngah rasa, kakngah boleh hidup dgn cara lain utk buat diri sendiri gembira. Thanks Anis. Akhirnya dpt jugak ber’ym’ dgn kamu and lepaskan rindu. Hehe. Seronok sangat malam tu. Oh ya, kakteh jugak. Excited sungguh dpt ber’skype’ dgn kakteh. 
Pagi td pegi kelas dengan semangatnya. Dgn yakin diri. Dan dgn semangat waja. Hehe. Alih-alih bila dah sampai...class CANCEL! Or maybe lecture belum start lagi kut this week. Entahla. Tapi memang bengang jugak la. Dah la rushing dari rumah. Keluar pukul 9.35 sampai tepat pukul 10.00 pagi dari Ampang ke Bangi. Kira laju gak la ni. Nasib baik jalan tak jam. Takut lambat punya pasal. Pas tu bila dah sampai, Shud bgtau ada org baru tampal notis kat pintu, no lecture for today. Adoi..sabaq..sabaq ye cik sue sayang (memujuk diri sendiri).. Tu la padahnya tak dengar cakap mak. Mak dh kata takde kelas kut hari ni lecturer tak masuk, tapi degil nak pegi jugak. Sebab tengok kat facebook sume coursemate cam rajin je nak masuk lecture hari ni. Heheh. Yeke korang? Yee especially Ainaa. Haha. 
Dah lah hari tu masa daftar sesuatu telah berlaku membuatkan diriku ini ingin sahaja tidak pulang ke ukm dlm masa terdekat ni. Ahahhahahaha. Dah la jadi bahan gelak sume yg ada kt situ (lobi izish). Ira pun sama, bukan nak tolong. Dia pun sama g bantai gelak tahap tak ingat. Nasib baik adik, kalau org lain mau kena debik. Huwaaaaa!!!!!! Malunya.... Mengong mengong jgn ar ingat lagi tolong..sob..sob..
Disebabkan takde kelas pagi td, oleh itu suraiza shaari dgn suka-sukinya akan menganggap khamis nnt pun takde kelas. Kira nak assume all lectures tak start lagi minggu ni. Myb next week takpun tahun depan terus kut baru start. Hahahah melampau la tu tanggapan cik sue ni. Taknak g class cakap je la terus-terang tak payah la nak sorok-sorok kan. Hehe.
Wan dgn atuk ada kat rumah. Tu yang malas je nak balik ukm kalau dah ramai-ramai kat rumah ni. Karang balik ukm, mula la berangan fikiran melayang ingat benda bukan-bukan kalau dah sunyi+sepi+boring tu kan. Better duk kat rumah selagi belum start kuliah. 
 
Seronok dapat teman kakde hari tu. Tidur rumah kakde (my cousin yg comel tu, kakde klu bca ni msti kembang kempis hidung dia ni hakhak) and kak demak minggu lepas kat Damansara. Sebab ada streamyx. Eh eh bukanla. Bukan sebab tu. Tapi serious seronok sangat. Dapat teman kakde pegi sime darby hospital, sama-sama bengang bila parking org amik, tengok kakde masak eheh, pegi makan kat sunway, amik-amik gambar, and yg paling best dapat jugak makan nasi ayam lemon kat Pak Li Kopitiam. Hehe. Teringat pulak kawan-kawan asasi dulu. Sempat mesej bgtau Zatul teringat gile kat dorang sume time tu. Haih.

Yang paling tak boleh lupa, masa malam angin kuat tu. Yang langsir rumah kakde kat tingkat 12 tu macam nak tercabut. Yang masa kakde tengah kemas-kemas dapur dgn tak pakai spec tu. And tiba-tiba kakde nampak lembaga putih berdiri kat depan tv sambil mengadap sliding door tu. Dek kerana terkejut, kakde pun menjerit. Rupanya...kakngah lah lembaga tu yang baru keluar dari bilik sambil pakai telekong nak pergi tutup sliding door tu sebab angin kuat sangat. Hehehe. Sorry kakde. Hahahha lawak la bila ingat balik. Hmm sampai bila-bila kakngah ingat ni. Haha. 
 
Sempena 1 Muharam hari tu kan, kira semua benda nak di baru kan. Termasuk la laptop yg kena serangan virus tanpa sempat mempertahankan dirinya yg serba naif ni. Hahah. Laptop pun dah berubah wajah, dh guna Window 7 skarang. So, tuan punya laptop pun kena jadi baru jugak la cam ni. Buang yg keruh, kena amik yg jernih je, bersihkan hati, bulatkan tekad. Nak kena susun balik hidup ni. Biar teratur dan sistematik sikit. Mana yg penting letak kat tangga paling atas. Mana-mana yg tak penting campak dalam tong sampah biar lori sampah datang amik dan takkan dapat jumpa dah apa yg tak penting tu sampai bila-bila sebab dah dilupuskan kat tempat pelupusan sampah. 
Apa je lah yg cik sue ni merapek..hee
Takde, cuma rasa macam biar la hidup ni lebih bermakna. Lebih-lebih banyak lagi maknanya dari dulu. InsyaAllah.
Dan hatiku dah kembali normal!! (*^_^*)~
*two thumbs up*
Beshnye lagu cinta madinah..tibe je.hehe

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum


SALAM MAAL HIJRAH 1431


Selamat menyambut tahun baru

sy dah ada AZAM baru

dan jugak SEMANGAT baru


Semoga tahun 1431 H ni menjadi satu permulaan yg membawa perubahan yg lebih baik kpd diri sendiri dan kpd semua..insyaAllah


Ingat lagi tak?

Ade lg tak yg ingat pasal accident seminggu sblum raya 3 bulan lepas..
Accident kat Ipoh tu..
And pakcik sy yg coma tu..
Dan kereta yg langgar die tu..


Hmm kalau dh tak ingat, sila la rujuk balik entry sy yg lepas-lepas ok..
Ni la gambar kereta yg langgar die dari belakang tu…



Sekian..
Ni je nak tunjuk
Salam


Wednesday, December 16, 2009

Bertunang?

13 December 2009


Erin anta SMS…
Ade satu benda yg nak di kabar kan katanya..


Die kata..
Erin nak bertunang minggu depan!
“Jemput dtg rumah”
Uit?
Biar betul cik erin ni? (seakan-akan tak percaya pulak hehe)
Terkejut jugak.
Mmg berita mengejut nih.
Pandai tul Erin ni simpan rahsia..
Btw, tahniah ye!!!
I’m happy for u!


p/s – kepada Siti Khairin, selamat bertunang pada 20 December ni..gembira sangat-sangat..aik apsal kite yg over excited lak nih ahahahahhaha =)

Thursday, December 10, 2009

Check it out! –sebab mesti baca!

Sy beli buku ni masa pergi MPH hari tu.
Konflik Palestin-Israel: Peluru vs Batu
Tulisan Maszlee Malik, pensyarah UIAM
Lama dah, masa keluar dgn Ira hari tu.
Seriously, buku ni termasuk dlm kategori mesti baca”.
Sebab memang kena baca pun. Semuanya. Dari asal-usul, pucuk pangkal tercetusnya konflik, pasal yahudi, kristian, Islam, hak orang Islam, semua ada dlm buku ni. Penting jugak utk kita tau apa yg sebenarnya berlaku kat Palestin sana. Macam yg tertulis kat belakang buku ni.

Perjuangan untuk memerdekakan keseluruhan bumi Palestin daripada penjajahan rejim Zionis Israel bukanlah satu perjuangan yang mudah dan singkat. Rasulullah s.a.w telah menyatakan dalam salah satu hadis bahawa perjuangan ini akan berlanjutan hingga menjelangnya hari kiamat.

Ada yang beranggapan, ia adalah urusan orang Palestin, orang Arab atau mereka yang terlibat sahaja. Semua tanggapan ini salah. Bumi yang suci ini adalah milik kaum muslimin. Masjidilaqsa merupakan masjid ketiga suci bagi umat Islam di timur dan barat.

Realiti masyarakat kita pada hari ini jelas menunjukkan isu ini sering disalahfahamkan. Malah, kefahaman dan keprihatinan masyarakat sering bersifat jauh dari fakta dan realiti. Diharapkan usaha kerdil ini dapat membuahkan hasil dalam mendidik minda masyarakat agar lebih berilmu, bermaklumat dan memahami apa yang sebenarnya berlaku di bumi Palestin.

Semoga dengan selesainya pembacaan terhadap coretan ringkas ini, anda akan lebih menghayati peperangan yang sentiasa berat sebelah ini.”

Memang. Memang sangat berat sebelah. Tak adil. Dan yang pelik, kenapa dunia tak boleh nak buat apa-apa utk jadi lebih adil pada Palestin. Masa baca buku ni..panasnya hati.. Sebab dah terang-terang tak payah nak suluh-suluh lagi…memang Palestin tu hak orang Islam dari dulu lagi. Mmg dorang berhak nak pertahankan hak dorang. Masa tengok berita hari tu, sampai pengsan sorang perempuan ni bila rumah dia kena ceroboh dgn tentera Israel. Bukan takat ceroboh je. Siap robohkan lagi tu. Sampai suami dia nak ambik baju n barang-barang pun dorang tak bagi. What the h***?!! Upss what the fish mcm better je kut. Huh. Kesian sgt. Suami and mak dia yg dh tua tu pulak terpaksa papah dia. Yg plig sedihnya, mak dia ckp kat kamera...bia sume org satu dunia tengok sape yg jahat skang. Dorang dah tak de tempat tinggal lagi dah. Ape, ingat senang ke nak beli rumah. Lagi pun tu tanah tumpah darah dorang bumi Palestin tu. Kenapa dorang pulak yg kena halau dari tanah sendiri? Kan ke ketidakadilan namanya tu.

Dan...
Baru-baru ni pegi Popular ngan Dikma..
Sebab ada sale..
Harga buku less sampai 70%!!!
Mesti la gile kan nak pegi. Hahah.
Alang-alang my adik buchuk tu ada kat rumah pulak.
Boleh la bawak dia g jalan-jalan walaupun Ampang Point tu tak lah jauh mana pun kan..hee
Dan macam biasa..
Rm50 melayang lagi..
Beli buku yg harganya dh turun sampai Rm1..3..5..je pun..
Wlupun harga buku tu dh jd semurah itu, tapi kalau dh beli banyak, banyak jugak la $$ yg melayang.

Dan..mmg tak sah laa kalau tak beli NOVEL kan..hihi
Yg paling sukacita, NOVEL yg dibeli hari tu mmg BEST! Dgn itu *thumbs up*
Tajuknya – Kemilau Mutiara Raudhah, written by Saidatul Saffaa
It’s the best novel ever! *two thumbs up*
Heheh

Apa yg buat sy beli jugak novel ni…sebab harga dia murah lepas less 25%..hahah.. Takla! Bukan sebab tu ok. Tapi sebab lain. Sebab kat kulit blkg buku tu ada cakap ni,

Sebuah KISAH CINTA INDAH TITIPAN DARIPADA-NYA, tersusun tertib dalam Kemilau Mutiara Raudhah hasil kreatif seorang pelajar perubatan Saidatul Saffaa.”

Hmm..sebab ni la..nak sangat-sangat tau macam mana KISAH CINTA INDAH TITIPAN DARIPADA-NYA dlm novel ni. Memang menarik perhatian betul.

Dan tak sangka sy berjaya habiskan novel ni dlm masa 1 hari. Heh. Tak penah buat lg la sebelum ni rasanya. Novel setebal 616 ms ni boleh baca 1 hari je ke.. Diri sendiri pun tak mau percaya. Hahaha.

Dan lagi...yg paling-paling-paling tak sangka, cerita dlm novel ni terselit jugak kisah di bumi Palestin, al-Quds, dan Masjidilaqsa. Ya Allah mmg tak sangka betul nih. Sbb kat belakang novel ni, takde pulak dia cakap pasal Palestin atau apa-apa je yg sewaktu dengannya. Bila dah baca, baru tau. Meh sy bgtau pesanan penulis dlm novel dia ni – “..keep boycotting Israel’s goods and keep praying we’ll be there somedays.”

biar setinggi mana langit digapai, sedalam mana bumi digali, takkan kau temui cinta hakiki, kerana cinta itu letaknya di hati seorang abdi

kerana pasir, terbentuknya mutiara.
kerana tanah, lahirnya manusia.

Ini sebuah kisah kembara di atas bumi Tuhan.
Kembara hati dalam jiwa hamba.
Kembara daripada hina kepada mulia.
Ini kisah kembara hidup. Kembara dia mencari mutiara cinta di laut dalam, dan kembara mereka menemui cinta Dia di langit nan tinggi.

Kata Raudhah, dia punya sejarah jahiliah tersendiri.
Katanya pula, Raudhah ibarat bidadari yang turun dari langit untuk menyebarkan keindahannya.

Lalu kata mereka,
langit kawannya bumi
laut pasangannya pantai
siang temannya malam
petang sahabatnya pagi
isteri pula pendampingnya suami

Bukankah kita diciptakan berbeza untuk saling melengkapi, lantas nikmat Tuhan yang mana lagi mahu didustakan?

Comel sangat++!!!!!


Jom kita tengok sape yg posing kat bawah tu..

Sampai skrg tak jumpa jwpn kpd soalan “Kenapa kucing suka menghalang pandangan dgn duduk atas laptop semasa org sdg sibuk dia lagi nak nyibuk?”


Tak cukup dgn atam, putih, ni dah kembang pulak. Erm my mom calls him Kembang. Hakhak. Boleh la. Macam comel je nama tu.


He’s cute! Sangat! Sekarang dia sgt suka bermanja-manja dgn kakngah dia ni. Orang jalan dia kejar. Orang ngadap laptop, dia pun nak ngadap juge. Dia “u-u” kakngah jgk yg cebok kan. Heeee. Orang mentelaah novel, dia nak nyibuk gak. Isk comey kakngah ni la..... Tapi yg best, org makan dia tak kacau pun. Tak macam kucing lain tu. Ceh dah dpt kucing baru, kucing lain semakin terpinggir. Ahahahha.

Tengok tu…
Lappy kakngah jugak dia nak buat bantal…
Adoi..nasib baik kamu comel sayangku~

Kena baca nih *utk yg tgh sedih*

Assalamualaikum

Yeahh I’m back!!!
Gaya dah lama je tak update blog erk..hahah

Alhamdulillah
Berjaya jugak menghabiskan apa yg nak di “story-mory” kan hari tu.
Takde la best pun..
But it is important..yup really important to me..
Yg tersimpan dlm draft..
Yg akan dipos sekejap lagi…
(yg sudah berjaya dipos bila korang baca je entry ni heeee)

SMS drpd Zatul:
25 Nov, 09:38:41pm
Tidaklah seorang mukmin ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit, dan keletihan hingga tertusuk duri sekalipun melainkan dengan semua itu ALLAH SWT AKAN MENGHAPUSKAN DOSA-DOSANYA. Al-Mutanabbi dalam syairnya – jgn biarkan masamu berlalu tanpa pengorbanan sepanjang roh masih setia menemani jasad.. Kegembiraan tak selamanya menemani hari-harimu, terkadang datangnya kesedihan tidak boleh kamu tolak..

Sy balas…(upss sent item dh delete laa hee)
Then Zatul reply balik,

25 Nov, 10:10:13pm
Its ok my dear..kdg2 kte ad mslh tp xtaw mcm mane nk tenangkan dri..at least by referring to those words lega sket..sue kuat!he..

Esoknya..
Zatul mesej lg..

26 Nov, 11:28:20pm
Jgn bersedih kerana anda masih memiliki AGAMA yg anda yakini kebenarannya, mempunyai RUMAH sbg tempat tinggal, ROTI utk dimakan, AIR utk diminum, PAKAIAN utk dipakai, KELUARGA yg anda kasihi...TERSENYUMLAH..
Ar-Rahman 13: Maka nikmat Rabb kamu yg manakah yg kamu dustakan..


SMS drpd Zakiah:
27 Nov, 10:52am
Semoga berjaya menjadi gadis mulia semulia diri Maryam..
Semoga berjaya menjadi wanita faqihah sebijak minda Aisyah..
Semoga berjaya menjadi perempuan tabah sekukuh hati Asiah..
Semoga berjaya menjadi srikandi kebanggaan sehebat jiwa Sumayyah..
Semoga berjaya menjadi hiasan indah seanggun akhlak Rabiatul Adawiyah..
Semoga berjaya menjadi isteri solehah setulus kasih Khadijah..
Semoga berjaya menjadi perempuan dan kekasih idaman setiap kalbu kecintaan Tuhanmu...
Salam Aidil Adha..


SMS Zuera and Call Qida
27 Nov, Hari Raya Eiduladha
Petang sampai sebelum start Nur Kasih. Hee.
Petang sampai malam, berSMS dgn dorang berdua. Malam pulak, call Qida.
Yg pasti b4 start nur kasih yek! Eheh

Yeee…mereka berdua dah berjaya buat sy jadi org lain kut. Heh. Agaknya. Lepas je cakap dgn Qida, dah rasa satu beban besar hilang. Rasa ringan kepala. Rasa tenang je hati. Dah boleh bergembira. Sampai my sis and cousin berlari masuk bilik bila dengar sy gelak tahap tak ingat. Hahhah. Dorang tanya kenapa. Tapi sy senyum je. Yg pasti Zuera and Qida dah bantu sy lepaskan ‘sumtin’ yg sy tanggung selama beberapa bulan ni yg memang dah tak tertanggung lagi je gayanya.

Hmm sebenarnya, apa yg nak di “highlight” kan kt cni ialah mcm mana cik suraiza ni boleh rasa sangat senang hati to start her new life. Dengan bantuan mereka secara langsung maupun tidak langsung. Thanks korang! After 5 months, I am ready and I’m going to let it go.. InsyaAllah.. I just want my life back! Macam dulu-dulu..masa kecik-kecik..eheh.. Oleh yg demikian, chaiyok2 Suraiza!!! Bak kata Zatul, SUE KUAT! Yes! I know I am!



To:
Zatul, thanks for those beautiful words..sedarkan org yg tak penah nak sedar-sedar diri ni..
Zakiah, thanks utk doa..wlupun sedar yg diri ni tak langsung setanding bidadari-bidadari syurga mcm dlm message tu..
Zuera, thanks utk kata-kata yg banyak bagi harapan..wlupun skrg Su tak nak berharap lg..
Qida, thanks sbb pinjamkan telinga and kongsi cerita..Su tau kita mmg kembar. Kalau tak, kita takkan fikir benda yg sama kan? Lagi pun.....never gonna happen!
And somebody..I know you won’t read this, but I will hope that you do…I’m so sorry we hurt each other..


Thursday, December 3, 2009

Datang Menjenguk!

Assalamualaikum...


Achum!
Achum!

Sok-sek-sok-sek (tisu kat hidung)
ey yew mst sume dh taknak baca ni kan?? Ahhahaha takde pape laa...hakhak

Hish dah berhabuk berdebu sakan blog ni....smpai terbersin cik kak ni masa bukak td..haha..dah smgu tak tengok blog, mau tak bersawang..bersepah...sampai labah2 pun dh rajin nak buat sarang...huhu

takde ape nk ckp dlm entry ni...sje nk melawat blog ni je dh lama tak jenguk die..

tapi ade sumtin' nk cerita sbnrnya. cuma blm siap tulis, taip, letak kaler, tukar font lagi....tersimpan baik je dlm draft...heheeh..
nnt dah siap bru i post ok!


p/s - Rindu Anis, Zakiah, MCR Zati Comey ehehhe, owh Aten juge lme tak jmpe kan...erm Qida, Zuera, and Zatul jugak!!!!!!!!! rindu sgt3+++ kat kOrang!!!!!


lots of love,