I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, December 10, 2009

Check it out! –sebab mesti baca!

Sy beli buku ni masa pergi MPH hari tu.
Konflik Palestin-Israel: Peluru vs Batu
Tulisan Maszlee Malik, pensyarah UIAM
Lama dah, masa keluar dgn Ira hari tu.
Seriously, buku ni termasuk dlm kategori mesti baca”.
Sebab memang kena baca pun. Semuanya. Dari asal-usul, pucuk pangkal tercetusnya konflik, pasal yahudi, kristian, Islam, hak orang Islam, semua ada dlm buku ni. Penting jugak utk kita tau apa yg sebenarnya berlaku kat Palestin sana. Macam yg tertulis kat belakang buku ni.

Perjuangan untuk memerdekakan keseluruhan bumi Palestin daripada penjajahan rejim Zionis Israel bukanlah satu perjuangan yang mudah dan singkat. Rasulullah s.a.w telah menyatakan dalam salah satu hadis bahawa perjuangan ini akan berlanjutan hingga menjelangnya hari kiamat.

Ada yang beranggapan, ia adalah urusan orang Palestin, orang Arab atau mereka yang terlibat sahaja. Semua tanggapan ini salah. Bumi yang suci ini adalah milik kaum muslimin. Masjidilaqsa merupakan masjid ketiga suci bagi umat Islam di timur dan barat.

Realiti masyarakat kita pada hari ini jelas menunjukkan isu ini sering disalahfahamkan. Malah, kefahaman dan keprihatinan masyarakat sering bersifat jauh dari fakta dan realiti. Diharapkan usaha kerdil ini dapat membuahkan hasil dalam mendidik minda masyarakat agar lebih berilmu, bermaklumat dan memahami apa yang sebenarnya berlaku di bumi Palestin.

Semoga dengan selesainya pembacaan terhadap coretan ringkas ini, anda akan lebih menghayati peperangan yang sentiasa berat sebelah ini.”

Memang. Memang sangat berat sebelah. Tak adil. Dan yang pelik, kenapa dunia tak boleh nak buat apa-apa utk jadi lebih adil pada Palestin. Masa baca buku ni..panasnya hati.. Sebab dah terang-terang tak payah nak suluh-suluh lagi…memang Palestin tu hak orang Islam dari dulu lagi. Mmg dorang berhak nak pertahankan hak dorang. Masa tengok berita hari tu, sampai pengsan sorang perempuan ni bila rumah dia kena ceroboh dgn tentera Israel. Bukan takat ceroboh je. Siap robohkan lagi tu. Sampai suami dia nak ambik baju n barang-barang pun dorang tak bagi. What the h***?!! Upss what the fish mcm better je kut. Huh. Kesian sgt. Suami and mak dia yg dh tua tu pulak terpaksa papah dia. Yg plig sedihnya, mak dia ckp kat kamera...bia sume org satu dunia tengok sape yg jahat skang. Dorang dah tak de tempat tinggal lagi dah. Ape, ingat senang ke nak beli rumah. Lagi pun tu tanah tumpah darah dorang bumi Palestin tu. Kenapa dorang pulak yg kena halau dari tanah sendiri? Kan ke ketidakadilan namanya tu.

Dan...
Baru-baru ni pegi Popular ngan Dikma..
Sebab ada sale..
Harga buku less sampai 70%!!!
Mesti la gile kan nak pegi. Hahah.
Alang-alang my adik buchuk tu ada kat rumah pulak.
Boleh la bawak dia g jalan-jalan walaupun Ampang Point tu tak lah jauh mana pun kan..hee
Dan macam biasa..
Rm50 melayang lagi..
Beli buku yg harganya dh turun sampai Rm1..3..5..je pun..
Wlupun harga buku tu dh jd semurah itu, tapi kalau dh beli banyak, banyak jugak la $$ yg melayang.

Dan..mmg tak sah laa kalau tak beli NOVEL kan..hihi
Yg paling sukacita, NOVEL yg dibeli hari tu mmg BEST! Dgn itu *thumbs up*
Tajuknya – Kemilau Mutiara Raudhah, written by Saidatul Saffaa
It’s the best novel ever! *two thumbs up*
Heheh

Apa yg buat sy beli jugak novel ni…sebab harga dia murah lepas less 25%..hahah.. Takla! Bukan sebab tu ok. Tapi sebab lain. Sebab kat kulit blkg buku tu ada cakap ni,

Sebuah KISAH CINTA INDAH TITIPAN DARIPADA-NYA, tersusun tertib dalam Kemilau Mutiara Raudhah hasil kreatif seorang pelajar perubatan Saidatul Saffaa.”

Hmm..sebab ni la..nak sangat-sangat tau macam mana KISAH CINTA INDAH TITIPAN DARIPADA-NYA dlm novel ni. Memang menarik perhatian betul.

Dan tak sangka sy berjaya habiskan novel ni dlm masa 1 hari. Heh. Tak penah buat lg la sebelum ni rasanya. Novel setebal 616 ms ni boleh baca 1 hari je ke.. Diri sendiri pun tak mau percaya. Hahaha.

Dan lagi...yg paling-paling-paling tak sangka, cerita dlm novel ni terselit jugak kisah di bumi Palestin, al-Quds, dan Masjidilaqsa. Ya Allah mmg tak sangka betul nih. Sbb kat belakang novel ni, takde pulak dia cakap pasal Palestin atau apa-apa je yg sewaktu dengannya. Bila dah baca, baru tau. Meh sy bgtau pesanan penulis dlm novel dia ni – “..keep boycotting Israel’s goods and keep praying we’ll be there somedays.”

biar setinggi mana langit digapai, sedalam mana bumi digali, takkan kau temui cinta hakiki, kerana cinta itu letaknya di hati seorang abdi

kerana pasir, terbentuknya mutiara.
kerana tanah, lahirnya manusia.

Ini sebuah kisah kembara di atas bumi Tuhan.
Kembara hati dalam jiwa hamba.
Kembara daripada hina kepada mulia.
Ini kisah kembara hidup. Kembara dia mencari mutiara cinta di laut dalam, dan kembara mereka menemui cinta Dia di langit nan tinggi.

Kata Raudhah, dia punya sejarah jahiliah tersendiri.
Katanya pula, Raudhah ibarat bidadari yang turun dari langit untuk menyebarkan keindahannya.

Lalu kata mereka,
langit kawannya bumi
laut pasangannya pantai
siang temannya malam
petang sahabatnya pagi
isteri pula pendampingnya suami

Bukankah kita diciptakan berbeza untuk saling melengkapi, lantas nikmat Tuhan yang mana lagi mahu didustakan?

0 comments: