I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, December 22, 2009

Hati dah kembali normal

Assalamualaikum 

Banyak cerita tp knpa rs mcm dh blank je ni..adoi..ni yg tensen kalau lambat sgt nk transfer ape yg bermain dlm kpla masuk dlm blog. 
Tahun baru, semua dh jd baru. Mmg sngaja. Sbb utama-nk mula idup baru dgn azam dan semangat baru. Oleh itu takkan pndg blkg lagi. No more turning back yeh Suraiza.
And tak sia-sia tidur Damansara. Semuanya membantu. Hatiku dah kembali normal. 130% Thanks kakde & kak demak. Kakngah rasa, kakngah boleh hidup dgn cara lain utk buat diri sendiri gembira. Thanks Anis. Akhirnya dpt jugak ber’ym’ dgn kamu and lepaskan rindu. Hehe. Seronok sangat malam tu. Oh ya, kakteh jugak. Excited sungguh dpt ber’skype’ dgn kakteh. 
Pagi td pegi kelas dengan semangatnya. Dgn yakin diri. Dan dgn semangat waja. Hehe. Alih-alih bila dah sampai...class CANCEL! Or maybe lecture belum start lagi kut this week. Entahla. Tapi memang bengang jugak la. Dah la rushing dari rumah. Keluar pukul 9.35 sampai tepat pukul 10.00 pagi dari Ampang ke Bangi. Kira laju gak la ni. Nasib baik jalan tak jam. Takut lambat punya pasal. Pas tu bila dah sampai, Shud bgtau ada org baru tampal notis kat pintu, no lecture for today. Adoi..sabaq..sabaq ye cik sue sayang (memujuk diri sendiri).. Tu la padahnya tak dengar cakap mak. Mak dh kata takde kelas kut hari ni lecturer tak masuk, tapi degil nak pegi jugak. Sebab tengok kat facebook sume coursemate cam rajin je nak masuk lecture hari ni. Heheh. Yeke korang? Yee especially Ainaa. Haha. 
Dah lah hari tu masa daftar sesuatu telah berlaku membuatkan diriku ini ingin sahaja tidak pulang ke ukm dlm masa terdekat ni. Ahahhahahaha. Dah la jadi bahan gelak sume yg ada kt situ (lobi izish). Ira pun sama, bukan nak tolong. Dia pun sama g bantai gelak tahap tak ingat. Nasib baik adik, kalau org lain mau kena debik. Huwaaaaa!!!!!! Malunya.... Mengong mengong jgn ar ingat lagi tolong..sob..sob..
Disebabkan takde kelas pagi td, oleh itu suraiza shaari dgn suka-sukinya akan menganggap khamis nnt pun takde kelas. Kira nak assume all lectures tak start lagi minggu ni. Myb next week takpun tahun depan terus kut baru start. Hahahah melampau la tu tanggapan cik sue ni. Taknak g class cakap je la terus-terang tak payah la nak sorok-sorok kan. Hehe.
Wan dgn atuk ada kat rumah. Tu yang malas je nak balik ukm kalau dah ramai-ramai kat rumah ni. Karang balik ukm, mula la berangan fikiran melayang ingat benda bukan-bukan kalau dah sunyi+sepi+boring tu kan. Better duk kat rumah selagi belum start kuliah. 
 
Seronok dapat teman kakde hari tu. Tidur rumah kakde (my cousin yg comel tu, kakde klu bca ni msti kembang kempis hidung dia ni hakhak) and kak demak minggu lepas kat Damansara. Sebab ada streamyx. Eh eh bukanla. Bukan sebab tu. Tapi serious seronok sangat. Dapat teman kakde pegi sime darby hospital, sama-sama bengang bila parking org amik, tengok kakde masak eheh, pegi makan kat sunway, amik-amik gambar, and yg paling best dapat jugak makan nasi ayam lemon kat Pak Li Kopitiam. Hehe. Teringat pulak kawan-kawan asasi dulu. Sempat mesej bgtau Zatul teringat gile kat dorang sume time tu. Haih.

Yang paling tak boleh lupa, masa malam angin kuat tu. Yang langsir rumah kakde kat tingkat 12 tu macam nak tercabut. Yang masa kakde tengah kemas-kemas dapur dgn tak pakai spec tu. And tiba-tiba kakde nampak lembaga putih berdiri kat depan tv sambil mengadap sliding door tu. Dek kerana terkejut, kakde pun menjerit. Rupanya...kakngah lah lembaga tu yang baru keluar dari bilik sambil pakai telekong nak pergi tutup sliding door tu sebab angin kuat sangat. Hehehe. Sorry kakde. Hahahha lawak la bila ingat balik. Hmm sampai bila-bila kakngah ingat ni. Haha. 
 
Sempena 1 Muharam hari tu kan, kira semua benda nak di baru kan. Termasuk la laptop yg kena serangan virus tanpa sempat mempertahankan dirinya yg serba naif ni. Hahah. Laptop pun dah berubah wajah, dh guna Window 7 skarang. So, tuan punya laptop pun kena jadi baru jugak la cam ni. Buang yg keruh, kena amik yg jernih je, bersihkan hati, bulatkan tekad. Nak kena susun balik hidup ni. Biar teratur dan sistematik sikit. Mana yg penting letak kat tangga paling atas. Mana-mana yg tak penting campak dalam tong sampah biar lori sampah datang amik dan takkan dapat jumpa dah apa yg tak penting tu sampai bila-bila sebab dah dilupuskan kat tempat pelupusan sampah. 
Apa je lah yg cik sue ni merapek..hee
Takde, cuma rasa macam biar la hidup ni lebih bermakna. Lebih-lebih banyak lagi maknanya dari dulu. InsyaAllah.
Dan hatiku dah kembali normal!! (*^_^*)~
*two thumbs up*
Beshnye lagu cinta madinah..tibe je.hehe

3 comments:

Muhamad Arif said...

nyaris2 ak tertukar unta ngan ko..haha

BeLLezA said...

hahahah
bnyk la kau arip.
ak yg chumel ni pn kau x bley bezakan dgn unta..hahaha

nis~ said...

wah wah sue chan da pandei men skype nih..=P