I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, January 28, 2010

For you, my-husb*nd-to-be

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."


Assalamualaikum


Lagi banyak kita baca, lagi banyak kita tau. Dan lagi banyak pulak benda yang kita nak bagitau. Kali ni pun taknak cerita pasal diri sendiri. Tapi nak kongsi sesuatu yang saya rasakan menarik. Sangat-sangat menarik. Macam entry 2 hari yang lepas, apa yang ada kat bawah ni pun saya ambik dari iluvislam.com. Serius memang best. Gadis-gadis jelita sila la baca ya. Kalau agak-agak cam tak berapa nak jelita tu, jelita kan jugak. Baru boleh baca. Hehehehe. Owh lupa, mungkin ada jugak jejaka-jejaka tampan yang nak baca...Boleh..Sila-sila..Kalau rasa diri tu tak bape nak tampan, tampan-tampan kan lah diri anda dulu. Haahaha. Ok jOm baca... *Tinta Buat Bakal Suamiku*




Assalamualaikum wrt wbt.


Buatmu,


Bakal suamiku.


Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.


Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.


Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;


“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”


Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.


Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?


Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?


Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.


Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?


Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.


Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.


Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.


Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.


Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.




Dariku,



Bakal isterimu




*diambil daripada sepaku.net
TintaBuatBakalSuamiku
www.iluvislam.com
dihantar oleh : akhlak_jelita*
editor:IskethaykaL


Haa best kan.. Boleh nangis ni kalau baca. (",) Tapi tu lah...macam terkena kat diri sendiri je nih. He.he.he. Nak buat macam mana lagi.. Doa je lah untuk yang terbaik lepas ni..


Wednesday, January 27, 2010

.campur.tolak.darab.bahagi

Bukan semua yang menggembirakan baik untuk kita.
Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita.
Dan bukan semua yang mnyedihkan tidak baik untuk kita.
Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

..Salam..


Owh tidak!! Gara-gara entry malam tadi... Ya kerana dia manusia biasa... Tak pasal-pasal saya terlepas cakap pulak. Dah ter-bagitau sorang kawan ni tentang perkara yang tak sepatutnya dia tau. Bukan dia je. Orang lain pun tak boleh tau. Huwaaaa menyesal! Kenapa? Mengapa? Why? Por qué? Tak perlu kut cakap pasal tu lagi. Tapi mmg tak boleh control. Rasa menarik je kalau cakap pasal tu. Heheh. Dah cakap pun, tak boleh nak tarik balik dah.


::Next story::


Owh esok kena g mengundi rupanya. Cam ne leh tak perasan orang kecoh-kecoh pasal pilihanraya kampus skang ni. Haahaha. Sebok org berkempen anta mesej kat hp, fb, sgla bagai. Sampai datang ketuk pintu bilik pun ada. Tu belum kira flyers and sume ketas2 yg dorang selitkan bawah pintu tiap-tiap malam. Sekarang tinggal nak pikir je sape yg perlu dipangkah. Kalau boleh biarlah yang betul-betul layak sahaja. Tapi sampai sekarang belum pasti. Dulu masa 1st year memang lah macam taktau ape2. Ikut je org kata tu ,kita pangkah je lah yg tu. Org kata yg ni kita pangkah je lah yg ni ek. Tapi tidak lagi sekarang. Saya akan pangkah calon yg layak dan tepat shja. Melalui pemerhatian, kajian, dan pengetahuan serba sedikit tentang mereka yg tercalon. Errr terkeluar pulak aura bahasa melayu baku ya. Eheh


::Another Story::


Kelas spanish tadi best. Sebab: ala-ala main game gitu. Hahaha. Masing-masing dapat kad hijau yang ada tulis ayat pendek atau ayat yg 'tergantung'. Kira cam ayat tak abes la. Dan sudah semestinya la dalam bahasa sepanyol. Then kitorang sume kena cari partner masing-masing yang boleh sambung ayat kita tadi. So berkeliaran la sume yg dalam kelas tu cari couple masing-masing untuk dapatkan satu ayat lengkap. Dan lepas tu kena cakap and tulis kat whiteboard. Kalau salah partner, kena berdiri kat depan. Sebab memang akan salah la ayat kita tu nanti.


Kad saya tertulis "la clase de quimica"


Yang membawa maksud... ::chemical class::


Then mula la gerak cari partner yg boleh sambung ayat saya ni..dan terjumpa la dgn pemegang kad yg tertulis "muy tarde esta mañana"


Maksudnya.. ::very late this morning::


Tuan punya kad semangat nak sy jadi partner die..sbb die kata ayat ktorg boleh sambung. Bila digabungkan ayat tu akan jadi macam ni,


"La clase de quimica muy tarde esta mañana"
Macam sodap je bunyi ek..hehehe


Tapi..SALAH!
Haaahahahaha
Memang dah agak. Salah grammar ya. Hee... Sebelum tuleh kat whiteboard sempat agi nk cari partner baru tapi sume cam dah jmpe je partner masing-masing kan. So sume cam taknak tukar. Ok-ok terpaksa la teruskan aje dgn partner tadi. Disebabkan salah, kena r berdiri kat depan kan. Hahahaha gasak la nak wat cam ner.


Pas tu tiba-tiba teringat kat sorang kawan yang tak dapat jumpa partner dia. Terus pergi kat dia and cuba sambungkan ayat kitorang.


Ayat die "yo he terminado"
Maksud: i have finished


Bila di-combine-kan,
"Yo he terminado la clase de quimica"
Maksud: I have finished the chemical class


YAY!!!
Betul!
Berjaya jugak akhirnya!!
Yes! Yes!
He.he.he.


Yang benar,
SuraiSa
(dlm bhsa sepanyol, tiada sebutan utk Z oleh itu sy akan digelar sbg suraiSa bukan suraiZa haha)




Tuesday, January 26, 2010

*Kerana Dia Manusia Biasa*

Assalamualaikum

Wah2 gaya xde benda lain je nak buat ya. Syik nak post entry je. Macam banyak je post bulan ni. Rasanya bukan macam banyak, tapi memang banyak pun. Hehe. Tapi kali ni bukan nak cerita pasal diri sendiri ke atau nak cakap pasal aktiviti hari ni or nak luah perasaan ke apa. Tapi nak share something. Rasa macam seronok je nak kongsi artikel ni. Baca kat iluvislam.com.

Oleh itu, jOm lah kita baca. Baca sampai abes tau. Serius best. Tak tipu punya. Eheh.

Kerana Dia Manusia Biasa
www.iluvislam.com
diedit oleh : everjihad


Email ini dipetik daripada seorang sahabat, dan saya forwardkan untuk manfaat kepada diri saya dan semua.


Semoga bermanfaat baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga. Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa.


Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawapannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan di kepala saya.


Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.


"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.
Saya faham keadaanya ketika ini.


"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."


"Ya.. ya."


Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.
Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.


"Kenapa kamu memilih dia?"


Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.


"Buka aja."


Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih.


"Teruknya dia ni."


Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum.
Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........


************ ********* *******
Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb


************ ********* *********


Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.


"Kenapa kamu memilih dia.....?"


"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.


"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."


"Maksudnya?"


"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.


"Ssttt....."Saya menutup mulutnya.


Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.


"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."


Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.


"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam."


Saya menjawab tanpa menoleh padanya.
Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.


Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, takhta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam.



Monday, January 25, 2010

Owh saya bukan kerja cop duit rupanya...

Salam

Sangat susah.. Kenapa sangat susah.. Taktau.
Sangat tak faham.. Kenapa sangat tak faham.. Entah.
Sangat ikut hati.. Kenapa sangat ikut hati.. Tak pasti.

Minggu ni saja dah berapa banyak duit habes agaknya. Aduhai. Hari tu keluar ingat taknak beli apa-apa tapi niat 'tak nak beli apa-apa' tu akhirnya bertukar kepada 'mesti beli apa-apa' bila dah nampak perkataan S.A.L.E depan mata. Bila dah beli baru nak menyesal. Hish masalah betul. Semalam masa bukak facebook, ternampak la pulak sesuatu yg menarik perhatian. Terus add. And terus je cop cepat2 takut org lain amik. Makanya, 2 shawls telah selamat "di-booked by suraiza". Thanks ika, teman orang bank in duit tadi.


Erm tu belum kira nak beli contact lens lagi tu..yg ni pun dah lama pakai tak ganti lagi..owh mata jangan kenapa-napa ya. Tadi spec jatuh masa nak ambik wudhuk kat surau fssk..nasib baik masih ok. Kalau tak, mau terbang lagi 2-3ratus..Waaaaa tidak tidak!!!


Urghh duit ku mengalir macam air. Not2 warna merah melayang macam angin. Adoi, cik sue anda bukan keje cop duit. Tolong la belajar berjimat. *dah cuba tapi tak boleh..sape2 boleh tolong tak??


Penah jugak terfikir,
Should i give my ATM card to my dad?
Sebab nanti 4sure la xkan guna lebih dari yg sepatutnya
Tapi rasanya dulu penah nak buat, tapi abah xbagi sebab takut nanti susah pulak bila tengah terdesak nak guna duit time tu jugak. Nak korek tang mana lak kan. Heeheh.

p/s-alamak shawl tu nnt sampai kat umah..err agak2 kena bebel tak nanti *_*




Lari.Lari.Dan Lari Lagi.

Lari lari lari aku lari
Lari lari lari dari mimpi
Lari lari aku lari dari sepi
Biar ku sendiri
Biar ku sendiri
Menganggung sepi menghilangkan diri
Menenangkan hati meneruskan mimpi
Menebus kembali
Maruah diri

*lirik lagu ni sekadar hiasan semata

^^LARIAN 1MALAYSIA^^

Sebenarnya kan, masa awal2 tu je nampak cam larian. Lepas tu kan, dah jadi jalan-jalan ambil angin sekitar ukm. Sebab sambil jalan, sambil ambik gambar..baru tau, ukm ni tersangatlah besar ya..isk2..jauh berjalan, luas pemandangan betul tadi..hehe

..Depan stadium..cam semangat je sume *sbb de camera ya kat depan tu, konon2 masuk tv masuk majalah ke..kan. heheh


Kena ikat reben ni...students kaler red or black

.::Lautan manusia::.
Siswi UKM Tahun1 & Tahun2

Haa jom kita g ramai2..tapi ada lagi ke? hehe

Sambil-sambil jalan tu...tatau nak buat apa..snap je laa

Haa jom2 kita p ramai2 jom
*pesta ang pow ukm

Yang ni akan datang..kat pusan pulak..

Komples Rumah Tumbuhan *baru tahu bangunan ni wujud kat UKM hee

Turun.Naik.Turun.Naik.Bukit.

UKM ada sungai??
*ok baru tau jugak wujudnya sungai di ukm nih

::Mereka yg tak sabar nak lari::

::TAMAT::

Saturday, January 23, 2010

♥ En Shaari

"There is an exquisite melody in every heart. If we listen closely, we can hear each other's song. A friend knows the song in your heart and responds with beatiful harmony"


#########################


"In family life, love is the oil that eases friction, the cement that binds closer together, and the music that brings harmony"
-Eva Burrows

Salam

Tadi saya keluar jumpa As dgn Sihah..
Patutnya Rahmah pun ada tapi dia sebuk hari ni so xdpt la jmp die.Sampai dah tak ingat rupa kamu bagaimana wahai cik siti rahmah oi.Bila lah boleh jumpa ni..Kawan-kawan masa kecik-kecik dulu.Seriously sgt seronok dpt keluar tadi and jumpa dorang.Yang lain tu, bila pulak kita nak jumpa ya???


Tadi masa abah anta balik, abah ada cakap sumting. Ya..sesuatu yg sangat menyentuh hati. Susah kut nak dengar abah cakap sesuatu yg macam tu. Takpe abah..kakngah faham. Jangan risau..I'm always a good daughter.he.he.he. =))

Thursday, January 21, 2010

...upload dan upload lagi...

Moment in Time, ~Cynthia Kepp


We talked,
We walked,
for a Moment in Time.


You passed through my life that day and left your mark.
You may never pass my way again,
Or you may stay for a lifetime.


No matter what,
I want to say thank you for the impression you made
that will stay with me for eternity.


I enjoyed the walk,
I enjoyed the talk.
I am blessed for that moment in time.


The first time I saw you I knew you would affect my life,
though your role I did not know.
I asked myself, "Why is he alone?
Why does he sit so quiet, all alone?
Is he sad?
Is he glad to be alone?
Is he alone?
Is he lonely? "
There is so much I want to know.


I asked myself, "Why him?
When so many people pass through my life each day,
why him? "


What attracts me to you?
What makes me want to know more?
I want to know.


Even if my questions are never answered,
There is one thing I want you to know.
I have been blessed by the effect you had on me in that
Moment in Time.

Gambar-gambar kat Sungai Tekala hari tu..baru dapat tadi..kredit utk Nur Zarifah sbb beliau yg ambil gambar ni sume...dah selamat diupload kat facebook juga..4 more pics sila lah jenguk2 mukabuku saya ya.. =)










Wednesday, January 20, 2010

Mood : Nak kawen

"Love does not begin
and
end the way we seem to think it does.
Love is a battle,
love is a war,
love is a growing up"
-James Baldwin

Salam

Hehehehehehe
Hahaahhahaahaha
Hikkkhikhikhikhikhik

Ok saje nak gelak dulu. Betul ke tajuk entry ni? Jap nak tengok lagi sekali. Akal cam tak mampu nak mentafsirkan kebenaran mata yang melihat. Ha.Ha.Ha. Biar betul?! Suraiza Shaari tulis macam tu?? Abah!!! Ni anak abah ke? hekhekhek.. Malu lah pulak..*kalau lah abah baca.kwang3.eheh


Takde..takde tu sume tak benar melainkan yg tidak benar belaka..*ayat mcm tak paham.takpe abaikan* Sebenarnya bukan mood nak kawen tapi mood nak survey baju kawen jer. Ok ada beza ke? Heh. Ada la beza, nak kawen dengan nak tengok baju kawen lain okkkk.....


Sejak beberapa minggu lepas, Sha *my rumet* dah sebok bukak website butik-butik pengantin yg fofular kat Malaysia ni. Maklum lah tak lama lagi dah nak naik pelamin. Lebih kurang 3-4 bulan je lagi. So cik sue pun nak nyebok la jugak. Hihihii. Mana tak nyeboknye kalau bila dia tengok je baju pengantin tu sekali ngan pelamin sume, cik sue jugak yang jadi tukang komen baju tu cantik ke tak, pelamin tu cun ke tak, kaler tu sesuai ke tak....gaya cam pro je bab-bab ni eh.Eheh.Tidak tidak! Sekadar berkongsi pendapat sahaja. Dari sudut pandangan mata cik sue ni lah mana yg ok mana yg nampak macam tak ok..mana yg simple tapi cantik, mana yg serabut tapi tak cantik, mana yg menawan mana yg tak menawan. chewah!


Dah tentu-tentulah cik sue ni terpikat dengan kaler2 feveret die jer..lagi-lagi kaler pink *tau ramai yg tak berkenan kut.gasaklah.sy yg nak pakai kawen nnt, suka hati la.hehehe* pas tu kaler purple *siap dah simpan gambar pelamin tu.ok tau gile awal kut tapi saje takut kaklong jumpa nnt dia nak wat pelamin dia cam tu gak.so xboleh jadi sbb 4 sure die kawen dulu sbb sy tak nak lgkah bendul sbb nanti kena bg die adiah pulak hikhikhik*


Dan sebab tu jugak lah dah macam ter-infeksi pulak dengan sha..suka je nak bukak website tengok baju2 pengantin sume. He.He.He. Takde apa2 makna ya. Saja suka2 nak tengok sampai terbentuk lah satu cita-cita, "Sha, sue jadi wedding planner ok tak?" Hahahahahahaha


Tuesday, January 19, 2010

Nak Ber♥ Dengan...

Salam


Tadi tengah2 taktau nak buat ape *pdhal kerja melambak bertimbun2 saja takde mood nak buat * terbukak lah satu blog ni. (http://yazmy.blog.friendster.com/)


Menangani Musibah
Posted on December 12th, 2008 by yazmy


Baru je ditimpa kesusahan.. Tengah sedih-sedih terbaca pulak artikel kat Utusan Malaysia Online.. Alhamdulillah..


Inna Lillah hi wa inna ilaihi raji’uun


Sesungguhnya kita milik Allah
dan kepadaNya kita kembali
Ya Allah, berikanlah pahala kepadaku
dan gantikanlah dengan yg lebih baik (daripada musibah ini).


HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH
Oleh Mohd. Shauki Abd. Majid (sumber Utusan Malaysia Online)


Apa pun bentuk bencana atau musibah yang melanda, pada hakikatnya ia memiliki peranan yang besar dalam mendidik jiwa kita. Ini kerana sudah semestinya jiwa itu perlu dididik meskipun menerusi penerima bencana.


Hal demikian semata-mata untuk menguatkan hati, keteguhan sikap, terlatih dan sentiasa waspada terhadap persekitaran.


Pada hakikatnya musibah itu merupakan sunatullah, sebagai suatu proses sebab akibat daripada tindakan seseorang. Musibah itu juga merupakan peringatan daripada Allah SWT, sebagai ujian keimanan dan setiap musibah itu tidak selamanya tanda kemurkaan Allah SWT.


Pada saat itu seseorang manusia harus segera menyedari bahawa apa yang paling penting ialah iltija, iaitu mencari perlindungan diri kepada Allah SWT semata-mata, ketika di mana seluruh tempat bergantung tidak berupaya membantunya untuk menghadapi bencana tersebut.


Tidak ada tempat berlindung kecuali berada di bawah naungan-Nya. Tidak ada pertolongan kecuali daripada-Nya. Sehubungan itu, Allah SWT berfirman yang bermaksud:


“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.” (Surah At-Taghabun: 11)


Sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Allah SWT ialah menjadikan kita atau keluarga sebagai tempat sasaran ujian-Nya. Musibah, memang akan selalu mengekori umat manusia di dunia ini kerana ia adalah tempat ujian dan cubaan. Hal demikian ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:


“Dan sesungguhnya akan Kami ujikan kamu dengan sedikit daripada ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan.” (Al-Baqarah: 155)


Ini semua bertujuan memperbaiki ketakwaan dan kesabaran hamba-Nya dan akan memilih siapa yang berjaya menerima ujian tersebut dengan penuh kesabaran. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Mereka yang banyak menerima ujian itu ialah para nabi, siddiqin dan salihin, kemudian mereka yang mengiringi…”


Segala ujian itu seharusnya ditempuh dengan penuh kesabaran kerana ini akan mendekatkan lagi dirinya kepada Allah SWT. Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Bukan bererti orang yang sabar itu akan bergembira apabila ditimpa kesusahan dan ujian tetapi mereka tetap sedih dan dukacita.


Namun, mereka tidak akan bertindak di luar batasan agama. Nabi Muhammad SAW contohnya, pada hari kematian anak kesayangan baginda, Ibrahim, tetap bersedih dan air mata berlinangan, tetapi tidak melakukan sesuatu di luar batas agama melainkan apa yang diredai oleh Tuhan. Maka, orang yang memiliki tahap kesabaran yang tinggi telah benar-benar memurnikan tauhid dan mengikhlaskan doa hanya untuk Allah.


Tabah


Tatkala seseorang Muslim yang tabah menerima musibah, dia mendapat penilaian yang sangat tinggi daripada Allah. Bahkan, itulah saat yang tepat untuk mendapatkan keampunan atas kesalahan dan dosa-dosa yang dilakukannya selama ini. Makin besar musibah yang dihadapinya dan makin kuat kesabaran ia menghadapinya, maka besar pahala yang akan diterimanya.


Demikianlah contoh keperibadian mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam menghadapi ujian daripada Allah SWT. Justeru digalakkan mereka yang ditimpa musibah berkata sebagaimana yang dituntut oleh agama: “Kami hanya bagi (milik) Allah dan kami tetap kembali mengadap-Nya.” (Surah al-Baqarah:156)


Di dalam al-Quran dinyatakan untuk mereka yang berjaya menghadapi ujian itu akan mendapat penghargaan daripada Allah, juga rahmat-Nya dan mereka itu memperoleh petunjuk. Hati mereka sekali-kali tidak akan terlintas atau terbawa-bawa dengan perasaan yang terselit persoalan kenapa Allah memilih diri atau keluarga mereka sebagai tempat ujian-Nya.


Kesabaran yang tinggi amat dituntut dalam Islam. Dengan memiliki jiwa yang sedemikianlah umat Islam akan menjadi umat yang teguh peribadi dan kukuh jati diri, tidak gentar akan segala dugaan atau bencana yang menimpa.


Yakinlah bahawa ada hikmah di sebalik bencana yang menimpa. Rahmat Allah sentiasa terbentang selagi kita yakin dengan jalan menuju ke arah keredaan-Nya.


Allah SWT telah menegaskan bahawa semua yang ada di alam ini adalah milik-Nya, termasuk orang-orang yang kita cintai, harta benda yang ditakuti akan berkurang dan hilang, seperti pangkat, kedudukan dan kerjaya.


Oleh kerana semuanya milik Allah SWT, cepat atau lambat pasti akan kembali kepada pemiliknya yang asli iaitu Allah SWT. Ada pun diri kita hanyalah sekadar pemegang amanah untuk menjaganya atau memeliharanya.


Oleh kerana bencana itu kekuasaan Allah SWT secara mutlak, sedangkan Allah tidak pernah zalim kepada makhluk ciptaan-Nya, maka di sebalik bencana, musibah atau bala terdapat banyak hikmah bagi para hamba-Nya yang beriman.


Kematian yang menyayat hati akibat banjir atau tanah runtuh adalah ketentuan terbaik pada pandangan Allah, penguasa alam semesta.


Tidak ada yang bakal terjadi di alam raya ini kecuali atas izin dan kehendak-Nya. Meskipun, perlu diingat bahawa kehendak-Nya tercermin pada hukum-hukum alam yang diciptakan-Nya.


Apabila seseorang tidak menyesuaikan diri dengan kehendak-Nya yang tercermin dalam hukum-hukum alam itu, dia pasti mengalami kesusahan serta kesukaran. Dia akan mengalami bencana, baik pada dirinya mahupun persekitarannya.


Di sini kita sepatutnya berkata bahawa bencana itu adalah kehendak-Nya jua. Bukankah Dia yang menciptakan hukum-hukum-Nya?


Mengabaikan tanda-tanda kehadiran Allah menjadikan hati gersang dan kacau, dan mengundang jauhnya rahmat Allah dan datangnya bencana. Mengambil kira hakikat rentetan fenomena demi fenomena yang berlaku masa kini, pastinya dapat direnungi kesudahan hasil daripada tangan manusia dan perbuatan yang dapat mengasingkan antara perkara buruk dengan yang baik.


Dah baca.
Dah tau.
Dah faham.
Tapi still rasa sedih & risau *disebabkan oleh bnyk perkara yg mengganggu-gugat semenjak dua tiga menjak ni
Hai cik sue ni bila la nk jumpa cik gembira pulak..
nak ber♥ dgn encik gelak ketawa jugak..
nak pegi dating dgn mr. happy2 selalu..
nak clash dgn mr. sedih2..
nak kawen dgn encik happy ending *ok dah mula merapu ;p



Sunday, January 17, 2010

DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali

Al-'Alamah Ibn Al-Qayyim dalam kitabnya (Zad Al-ma'ad ketika menerangkan cara membendung dukacita apabila ditimpa kepahitan dan penderitaan hidup) mengatakan: 
“Hendaklah dipadamkan api musibah dengan kesejukan teladan yang dicontohkan oleh mereka yang berjaya dalam kehidupan. Ketahuilah bahawa kehidupan ini dipenuhi rintangan dan kekecewaan. Kalau kita perhatikan dunia, maka kita akan dapati ia hanya ujian. Dengan kehilangan orang yang dikasihi atau memperolehi sesuatu yg tidak diingini. Sesungguhnya kegembiraan yang dirasakan di dunia ini hanyalah sebagai suatu mimpi dalam tidur atau seperti bayang-bayang yang akan segera hilang.”

Assalamualaikum

15 Januari 2010-Jumaat-1.45pm-Kedah
Pakcik saya, Mohd Raffee bin Baharin telah kembali ke rahmatullah. Innalilahiwainnailaihirojiun *DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali . Arwah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Yan.

Saya tak pasti kalau anda semua masih ingat lagi atau tidak tentang kemalangan yg membabitkan arwah dua minggu sebelum raya aidilfitri tahun lepas di Ipoh. Sy ada cerita tentang itu dlm entry2 sy yg lepas. Koma selama hampir 14hari akibat kecederaan di kepala. Arwah merupakan adik kepada ayah sy. Dilanggar oleh sebuah kereta semasa berhenti di lampu isyarat, dalam perjalanan dari Gopeng ke Ipoh. Selepas keluar drpd Hospital Ipoh (wlupun sebenarnya masih tak dibenarkan keluar, tetapi tiada apa lg yg boleh dilakukan mengikut kata doctor selepas sebulan arwah berada di hospital. oleh itu mereka-ayah sy dan pakcik-makcik semua ambil keputusan membawa arwah keluar dari hospital), makteh di kedah yg jaga pakcik rapi (gelaran yg kami gunakan) selama hampir 3bulan sebelum arwah menghembuskan nafasnya yg terakhir Jumaat lepas. Jenazah dibawa pulang ke Kg Gunung Mesah Hilir, Gopeng pada petang Jumaat atas permintaan atok dan nenek di kampong.

Kami sekeluarga bertolak pulang ke kampong selepas Isyak pd hari yg sama. Agak lewat berbanding pakcik dan makcik yg lain kerana menunggu adik yg belum sampai dari Johor. Semasa menerima berita tersebut, hanya sy dan mak berada di rumah. Telefon rumah tak berhenti berbunyi. Pada awalnya makteh telefon bagi tahu pakcik rapi dh dibawa ke hospital kerana sudah tidak menyahut apabila namanya dipanggil selepas makan tengahari. Agak terkejut juga sebab apa yg sy tahu pakcik rapi dah boleh makan smsa dlm penjagaan makteh di kedah. Tak lama selepas itu, mak usu pula telefon. Menangis. Pak usu dan ayah saya tak jawab telefon katanya. Memang lah. Sebab masa tu semua tengah solat jumaat. Makteh pulak telefon semula bagi tahu pakcik rapi dah meninggal. Dan lepas tu mak usu telefon lagi bg tahu berita yg sama. Mak menangis. Dan saya pun. Terus mak telefon abah pulak lepas tu. Saya call kaklong dan adik bg tahu perkara yg sama.

Malam tu, tak sampai setengah jam kami keluar rumah dapat lagi berita yg mengejutkan dari mak usu yg dah pun sampai di Perak. Pakngah accident dengan lori! Kat Rawang. YaAllah. Terkejut sangat. Memang dh mengalir2 airmata masa tu tak mampu nak ditahan lagi. Pakngah sekeluarga bertolak pd petang jumaat tu. Jalan jam kat ulu kelang dan rawang menyebabkan kami sampai agak lewat di tempat kejadian. Makngah dan along ari dh dibawa ke hospital dengan ambulance sebab kecederaan yg agak teruk. Noli kata darah memancut2 keluar dari muka makngah. YaAllah… Along ari pulak pengsan dan tulang jarinya terkeluar… Mirul pun pengsan dan tak boleh berjalan bila dah sedar sebab 2-2 kaki dia tak boleh bergerak. Nasib baik noli dgn pakngah tak teruk hanya luka-luka kecil dan calar di tangan dan kaki. Semasa dlm perjalanan ke tempat kejadian, kami call noli dan hanya dengar dia menangis di talian sebelah sana. Dan masa tu memang kami pun dah menangis. Makteh call kami dan ingatkan abah hati-hati bawak kereta. Semua kat sana memang dah risau agaknya. Kami sampai kat kampong kira-kira pukul 2.30 pagi.
Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman.Al-fatihah.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia di dalamnya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu. Begitu juga dgn hidup ini, kita perlu teruskan kehidupan walau pelbagai rintangan dan dugaan menjengah tatkala kegembiraan bertandang, yg pasti Allah sentiasa ada bersama.