I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Saturday, February 27, 2010

Giveaway From New Zealand*

Assalamualaikum


Tadi jenguk2 blog Kak Nida @ Bumi Albany





Sempena birthday kak nida hari ni,
27 Februari
so dia nak bagi giveaway kepada pembaca2 & blogger2 sume




Syaratnya:


Perlulah@wajib menjadi followers blog Kak Nida


Letakkan blog beliau dalam blog list anda


Kalau rajin buatlah entry dalam blog anda tentang "giveaway" ini, KALAU TAK BUAT PUN TIDAK MENGAPA


Perlulah@wajib meletakkan banner di atas di sidebar blog anda -di'link'kan ke blog Kak Nida


Tinggalkan komen dalam entry ini yang menyatakan anda berminat untuk menyertainya.


Tiga cabutan bertuah akan dilakukan


Tarikh tutup akan diberitahu kelak.



Akhir kata, Selamat Hari Lahir kepada KAk Nida..
Semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia di samping keluarga tercinta ♥


Monday, February 22, 2010

Ada apa dengan nombor...err nombor 200 nih?

Assalamualaikum

Tak ada niat pun nak menyinggung sesiapa. Plis encik jangan terasa pulak ya. Risau betul takut ada yang berkecil hati pulak karang cakap macam tu semalam. Sorry ok. Betul ni takde niat pun nak cakap kat sape-sape.

Sebenarnya nak buat kecoh-kecoh sikit kat sini pasal....200!!! Yay saya dah ada 200 followers. Thanks kepada berd sebab dah berjaya menjadi yang ke 200 tu! Tak lupa jugak kepada semua followers yang follow blog nih k. Terima kasih! Ni je yang mampu. Adiah memang tak mampu la nak bagi belum keje lagi ok. Heheh.

Tak sangka pulak dapat jadi the 2nd winner of the making header contest tu. Memang la sebab ada dua orang je yang join pun kira menang tanpa bertanding lah ni. Heheheh. Tak kisah pun. Dapat gak adiah kan. Haahhaha. Gumbira ni tau tak? Heheh. Tu lah orang kata join je la pape pun. Ada rezeki, dapat lah kan. Dapat shawl free!!! Sape tamau? Lagi2 selalu beli shawl online sampai kering duit dalam beg duit tu kan. Sekali sekala dapat free mestilah best. Heee..

Rasanya entry ni maybe akan jadi entry terakhir bulan februari nih. Sebab.....saya akan sebok dengan assignments + bergelumang dengan buku-buku + test + presentations + bende2 yang sewaktu dengannya lah.

Kalau ada apa2 pesanan sila la jangan segan-segan tuk conteng-conteng shoutbox kat sebelah kanan ni okeyh?

Sekian
Assalamualaikum

Sunday, February 21, 2010

Hari ni yang tah pape (sukahati nk baca ke tak)

Assalamualaikum


Hari ni...ya hari ni..hari ni la kan..ish.ish.ish. tadi la.. sebenarnya dah sangat penat dan dah tak larat nak citer kat sini tapi kan kalau tak tuleh sekarang mau lupa lah pulak nanti kisah sebenar. Tak kan nak wat cerita palsu pulak kan. Memang lah tak boleh. Karang tak pasal-pasal ada lagi yang kata citer ni bukan kisah benar pulak. Kalau rasa-rasa macam tak faham, takpe faham-fahamkan lah mana yang boleh faham. Ok mintak sorry. Memang kepala macam dah tak bape nak betul sangat dah ni. Kalau merapu merepek bagai tu wat-wat tak nampak je la erk.


Hari ahad. Hari minggu. Hari penghujung segala cuti. Mesti lah nak kena p anta balik dak kecik yang tak bape nak kecik tu balik "uitm dihatiku" dia tu kan. Dan memang lah macam biasa bila agak lambat jugak nak balik bertolak ke KL semula. Memang kena tahan la dia tak bagi balik lagi. Dah pukul6.30 petang pun. Dekat nak maghrib dah tu. Kali ni beliau menggunakan alasan untuk bluetooth lagu ke hp abah. Dengan membuka laptop dalam kereta, dia pun send la lagu2 P. Ramlee yang entah bila di-download-kan saya pun tak tau. Masalahnya sekarang, saya perlu dihantar pulang ke ukm juga pada hari yang sama. Bermaksud hari ni la kan. Dah cakap pun dekat makcik tu saya nak kena balik u jugak bukan awak sorang je. Ni dah pukul berapa. Adeh. Takpe..takpe masih boleh bersabar lagi ya tuan-tuan dan puan-puan. Tidak tercetus apa-apa pergaduhan mahupun perang dingin ya tadi. Nasib baik la. Heee......


Lepas tu...dalam pukul 9 lebih dah sampai kat R&R Nilai. Berhenti makan. So memang rasa boleh sampai lah ukm dalam pukul 10 sebab memang dah dekat la nilai dgn ukm ni kan. Tapi..tapi..nak dijadikan cerita (tapi bukan reka cerita la, memang kisah benar ni) tetiba kereta rosak la pulak. Tak tau kenapa tapi enjin tak idup-idup gak walaupun dah di-start berkali-kali. Memang dah rasa nak balik sok je nih. Hehehe. Asalnya memang taknak balik hari ni tapi macam kena paksa je balik hari ni gak. Bukan apa takut tak sempat je esok. Dah la tu macam-macam manusia pulak yang datang tolong. Ok, konon la nak tolong. Tapi seriously rasanya bukan nak tolong betul-betul. Maksudnya kat sini, ada udang sebalik batu. Tengok pun kita boleh tau la orang baik ke tak baik. Risau jugak la. Tah sape-sape je. Tunjuk macam pandai tapi tak boleh start gak kete tuh. Last-last abah kata nak mintak tolong orang tolak je. Yang peliknya orang yang tolong tu macam tak bagi. Konon dia boleh tolong repair-kan lah kut. Ade ke patut. Dia patutnya tolong tolakkan kalau dah tak reti tu tak payah la nak tunjuk reti. Dan memang nampak lah dia ni ada niat lain. Usik sana usik sini jap lagi mintak duit. Abah pun dah pandang orang ni dengan pandangan penuh curiga. Hahahah ayat tak leh blah. Hm lepas tu abah pun apa lagi pegi la mintak tolong kat beberapa orang lelaki yang tengah duduk2 tu. Mintak tolak kete. Dan saya pun diminta turun dari kereta oleh cik puan siti ya. Tidak pasti mengapa. Adakah kerana saya terlalu berat sehingga 3orang pemuda itu tidak akan mampu menolak kenderaan yang dinaiki oleh saya jika saya tidak turun? Hahah sudah keluar aura skema pula ya rakan-rakan.


Dan...memang betul lah kata abah. Kete tu kena tolak. Tak boleh nak repair time tu sebab tak tau tang mana yang rosaknya. Abah kata la. Hehe. Lepas cakap terima kasih kat pemuda2 yang bertiga tu, ditegaskan pemuda ya kat sini sebab memang muda lagi pun mereka tu hehe perjalanan diteruskan ke ukm pulak. Oh yes! Terlajak! Terlepas simpang nak masuk bangi. Hahahha.Gelak gembira. Masa tu je la. Lepas tu dah takde nak gembira2 lagi dah sebab...............abah bersusah-payah jugak nak cari jalan lain untuk ke ukm. Ingat dah tengah malam lewat2 cam ni nak balik rumah je terus. Huwaaaa!!!!! Sampai sesat-sesat nak cari jalan masuk ukm. Patah balik. Last-last jumpa gak pintu gerbang ukm tuh. Ingat pakcik guard dah kunci mangga bagai pagar besi tu kan. Tapi memang berangan la sebab pintu pagar utama tu tak penah tutup.


Akhirnya sampai jugak ukm. Sampai jugak kolej. Masuk bilik jugak akhirnya. Dan sampai nak habeh dah pun mengarang karangan untuk entry kali ni kan. Wah tak sangka. Ingat tadi sampai bilik je terus pengsan tak sedar diri dah. TApi sempat lagi kemas-kemas barang sume tukar cadar la itu ini. Okeyh...dah boleh tidur sekarang. Memang kepala dah pusing-pusing plus mata dah kabur-kabur.


Salam semua~
G'night!


Friday, February 19, 2010

Soping lagi! adeh

Assalamualaikum


Saengil chuka hamnida appa!!!!!
Saranghaeyo!


¡feliz cumpleaƱos Abah!

Memang lah macam dah agak terlambat kitorang celebrate nih tapi tak kesah kan janji kitorang celebrate jugak..heheh


Tadi teman mak soping..
Ok ok saya pun soping jugak..
Oh duit!


Sape nak tengok gaya cik puan siti soping?


Sila hala kan pandangan mata anda kepada gambar di bawah

Taraaaaa!!!!!!!!!

Dari tepi je uols..tak dapat dari depan..
ape2 pun cantik kan my mom..
tengoklah anak die...hahahah
tah pape
lurve u mak!!muah2!

Aktiviti Cucu2 Tok Salam Semasa Cuti **,

Assalamualaikum


...Hmm...
Selalu kita keluar dengan kawan-kawan je kan
Tak pun dengan boyfriend
(kaklong ar nih.upssss! hahaha)
Atau kuar sensorang diri sahaja kerana tiada berteman
Tapi...tapi...
Kali ni kita keluar bersama-sama sepupu-sepapat pulak ya
Lain mak lain ayah tapi...
Sama atuk dan sama nenek..
Yeaahhhh!!!!!!!!!

1st day~
14Feb
Jalan2+Makan2+Soping2+Posing2
@ Sunway Piramid & Putrajaya


girls day out..so no man around
yes2! i like hahaha


sotong masak ape tah ni
pedas bukan main
tapi sodappp.....


Best2!!


Banyaksss..tak habeh makan nih




My Kaklong


(gambar terpaksa dihilangkan atas sebab2 keselamatan)
Yay!Yay!Makan time!
Owh ketidaksabaran ye di situ
Hahahaha


(gambar terpaksa dihilangkan atas sebab2 keselamatan)
Yay shopping time!


(gambar terpaksa dihilangkan atas sebab2 keselamatan)
Depan lif pun OK!
heheh
Belakang dari kiri: Mayah, Kakngah, Kakde
Depan dari kiri: Kakteh, Ira, Kaklong


Menuju ke destinasi seterusnya...tengok cik driver kita
comel kan? *bodek2
hahahhaa


(gambar terpaksa dihilangkan atas sebab2 keselamatan)
Comel kan kitorang?
Baik ngaku...kitorang comel kan
Hekhekhek


...jauh


...semakin hampir


(gambar terpaksa dihilangkan atas sebab2 keselamatan)
Charlies angel versi cucu2 perempuan atok
..kihkih..


********************************************************




2nd day~
15Feb
Berpicnic + BerBBQ
@ Lopo River kat2 ngan area Sungai Congkak





(gambar terpaksa dihilangkan atas sebab2 keselamatan)
suka pose macam gedik kan.....
suka ati la...sendiri yg posing
aahhahahahh


Best-best-best!

Beliau...tanpa nama
Heheh

Makan tebu sampai tak sedar kena candid kan?
heee comey2!


Okeyh cukuplah ya
Untuk lagi2 banyak gambar sila la tengok kt mukabuku saya..
Sekian


Wednesday, February 17, 2010

Bila Cik Rya Hana Masuk Hospital*

Assalamualaikum

Nak cerita pasal entry orang lain boleh tak? Owh saya anggap boleh lah ya since this is my blog so tader saper2 boleh kata tak boleh. HAhahahaA. Apakah? Ok..ok..lupakan. Nak cakap pasal Cik Rya Hana yang masuk hospital as a-doctor-to-be ya bukan as a patient.

Seriously sangat berbangga dengan beliau yang comey2 dan manja2 boleh belajar medic dan akan jadi doctor dlm masa 2thn dari sekarang. Erm 2thn ++ lagi kut. Kan nis? Sebab nis skang dah tahun3...So, sue anggap lagi 2thn lebey la kan nis study..Heee..

Kalau sue la...memang impossible..sebab..hm sue rasa nis pun tau kan. Sue tersangat la tidak suka dgn hospital, klinik, ubat, doctor...tapi kalau dr anis ezzah masih boleh dipertimbangkan laa hekhekhek. Bau klinik yang sungguh tak mesra hidung tu akan memberi kebarangkalian kemuntahan keberulangkalian kepada cik sue ya. Tidak pasti punca sebenar. Cik doktor mesti taw kan.Heheheh.

anis kata, ni la hospital kidney kat syari' jehan
sue nak g hospital ni nanti nis kena bawak sue g cni
tapi bukan nak masuk dalam sue nak amik gambar kat tangga ni je
hahahha

anis dengan doktor..erm doktor apa yeh...
dr ahmad kut..kan anis?

inilah gambar..........errr gambar pe nih?
kalau nak tau sila pegi ke blog dr anis kita ya
eheh

Nis~ kata, "sue..tgk kite attach waktu cuti.best2.hihihi.sue suke duk clinic x?macam mne tu nanti..uppss"

Hahhaa ofkos la sue tak suke! heheh

Untuk gambar yang lebih banyak sila ke bila anis cerita pasal medic
Lagi banyak gambar2 mengerikan...errrr mengerikan ke nis? hehehe. bagi sue la..kalau bagi anis mesti me-interesting-kan =)

Dan sungguh la banyak istilah2 medic yang beliau gunakan. Sila rujuk dictionary medic kalau nak tau pekebendanya ya. Ahahhahhaaahah

p/s-Sue memang suke promot blog orang pown..hee

Happy Birthday NooR AqiDaH

Salam

Dah baca tajuk kan..so mesti dah tau kan entry ni pasal apa..he.he.he. Teruk bebenor la empunya blog nih kan. Tak kan nak suh orang baca tajuk je. Isk2.. Sorry..sorry.. Okeyh just nak buat entry khas for my best friend nih. Nama beliau Noor Aqidah bt Zainal Abidin. Sedap kan nama dia macam strawberi cicah cokelat. Ok stop merapu. Tengah gumbira nih memang la suka merapu. Hahahahaah

Selamat Hari Lahir Qida!
Happy Birthday Qida!
¡feliz cumpleaƱos Qida!


Yang ke21 ok
Dan kena terima hakikat qida dah DUA-PULUH-SATU sekarang ya
Sue 20 lagi
Hahhahaha

May Allah bless u !


Dan sapa2 yang nak tengok puan qida...uuppppsss CIK qida ya belum puan lagi ok hahhaha
sila scroll ke bawah




***************
**************
*************
************
***********
**********
*********
*******
******
*****
****
***
**
*




.Jeng.
.Jeng.
.Jeng.




Taraaa!!!!!!!!!


[picture has been removed]


Qida tak bley marah sue letak gambar ni sebab...
gambar ni qida dah bagi kat sue
so dah jadi harta dan hak milik siti suraiza shaari secara sah hahah


dan jugak...
sue dah tolong publish kan untuk qida
secara eksklusif lagi tu kat blog sue nih..
org lain ade?tader kan..heee
oleh itu qida dengan bf qida kena belanja sue heheh


Tuesday, February 16, 2010

*BLOG*..Perlu ke tak perlu?

Assalamualaikum

Entry yang kedua tentang blog. Xkesah la kalau da tau pun kan apa itu blog, kenapa nak kena ada blog, bla..bla…baca je la ek…layannn………

Mengapa Perlu BLOG?
Oleh Bat
http://www.infomalaya.com/mengapa-perlu-blog/

Sudah lama rasanya tidak menulis dengan serius.. Maafkan aku ya wahai rakan-rakan.. Jadi berbalik pada topik asal kita kali ni, “MENGAPA PERLU BLOG?“..Sila fahami dahulu soalan ini, aku risau jika ada orang yang salah menafsirkannya…

Apa itu BLOG?
Ini untuk pembaca yang baru sahaja, blogger atau pembaca yang sudah arif, bolehlah abaikan bahagian ini, tiada paksaan..hehe..Baiklah, blog merupakan singkatan daripada perkataan weblog atau dalam bahasa melayunya, log web. Ianya bercorak jurnal dan entri(tulisan) disusun dalam turutan kronologi. Iaitu entri terbaru akan sentiasa berada di atas entri yang sebelumnya. Untuk keterangan lebih lanjut, bolehlah melihat sendiri bagaimana Wikipedia menakrifkan apa itu blog.

Mengapa BLOG?
Sebab utama kebanyakan pengguna internet memilih blog ialah:

Senang untuk diuruskan.
Banyak servis yang menawarkan blog secara percuma.
Ringan dan tidak memberatkan server(melainkan kau isi dengan lagu2 mp3, dan yang seangkatan dengannya).
Mempunyai ciri-ciri jurnal online, diari dan juga boleh dijadikan photoblog untuk tatapan rakan taulan serta mak mentua..wahaha
Dan lagi…Tambahkan sendiri ya, letakkan di ruang komen jika sesiapa ada pandangan atau info tambahan, hehe..

Untuk apa BLOG ini?
Ada yang masih tertanya-tanya tujuan blog diwujudkan di dunia internet ini? Sila rujuk pandangan aku tentang hal ini di bawah :

Untuk berkongsi pendapat dalam apa jua bidang/idea/minat/ilmu , berkongsi itu banyak kelebihannya tau..

Untuk menjana pendapatan tambahan/tetap daripadanya..Banyak yang dah buat duit dengan blog, tapi AWAS, mereka yang berjaya dengan blog ni, usaha mereka bukan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja, jadi fikir-fikirkanlah, jangan kau masuk skim taik cepat kaya atau menipu orang sudah..

Sebagai portfolio online bagi mereka yang bergelar designer atau programmer. Tahukah kau, kau dan kau bahawa negara kita mempunyai ramai designer/programmer muda yang berbakat?


Sebagai tempat meluahkan perasaan/coretan hidup/rasa tidak puas hati di dalam hidup. Sememangnya aku akui menulis blog dapat melepaskan tekanan..


Ada kalanya blog juga menjadi tempat untuk insan-insan teraniaya membela nasib mereka dengan berkongsi kisah mereka dengan orang lain..Agak-agaknya di mana tu?


Tapi tak kurang hebatnya blog-blog dijadikan tempat polemik dan propaganda mahu pun debat-debat politik..Kau orang tahu kan di mana nak cari blog-blog ini?


Tapi, adakah kau sedar?
Blog-blog yang terdiri dari pelbagai variasi dan warna kulit ini sememangnya menjadi rencah dan kudapan pengguna-pengguna internet di dunia. Pilihlah mana satu yang berkenan di hati, tiada salahnya jika kau semua tahu membezakan mana yang benar, dan mana yang palsu, bukan? Kadangkala, pendapat yang disuarakan oleh para blogger kesukaan kau, kau dan kau lagi, menjadi ikutan dalam menentukan keputusan dalam sesuatu hal tanpa kau sendiri sedari..Tak percaya? ikut sukalah, terpulanglah…Aku tiada hak untuk menyuruh sesiapa bersetuju dengan aku..Aku cuma menyampaikan, bukan mengharapkan..tau takpa

Akhir kata dari aku
Industri blog di Malaysia sudah semakin meriah sekarang, artis pun dah ada blog sendiri, kau semua bila lagi? Apa? Tak tahu nak guna? Kalau asyik memberi alasan, sampai bila pun kau tak akan tahu, jadi pesan aku, cubalah sendiri dahulu..Orang dulu-dulu pernah berpesan,”Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, bukan?“..

p/s: Selepas ini, aku akan lebih serius dalam berblog di sini, aku sudah lama terlena dibuai mimpi indah..Tengahari tadi baru terjaga..hehe..Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kalau nak tau apa2 lagi berkaitan dengan blog2 ni sume boleh la pergi ke http://www.infomalaya.com/

Dan kalau nak tau apa-apa pasal penulisan boleh ke blog lecturer saya,

Dini's Giveaway~

Salam

Yay !!
Nak join giveaway pulak!



Cik Dini selaku penganjur giveaway ni kata,

"walaupun hadiahnya tak seberapa tapi kalau ada yang sudi nak join, dini alu2kan kan sangat2"

Kalau banyak sambutannya nanti hadiah pun bertambah gak.

Haaa pe lagi jom2 ikut giveaway nih jom!

.::Link::.
.Dini's Giveaway

Oh ya
Hadiahnya macam gambar kat bawah ni


Sunday, February 14, 2010

Korang memang best la!! ♥

Salam

Rasanya tak penah dibuat oleh cik sue ni tuleh entry banyak-banyak kali dalam satu hari..uppss dalam satu malam...Hahahhaha! Tengah ada banyak benda nak cakap ni baik cakap je dulu kat sini kan sebelum terlupa.

Hmm sejak tag-men-tag orang hari tu, dah rasa macam best pulak kena tag and lepas tu tag orang lain pulak. Yela...tak sangka pulak dapat respon positif dari kawan-kawan yang di-tagged tu. Seronok nih. pas ni ley la tag orang lagi ey. Hehehe.

Anis cakap:

uppss di tag o sue syg..

****************************************


Nanay pulak cakap:


post buat Sue tersayang yg tagggg nanay.
thanx dear. terharu terharu.


Nak tau 23 things 'bout Nanay, sila klik link kat bawah ni

tag 23 fasal nanay.

****************************************


Eira pun de cakap sumting gak:


tadi biler aku bukak blog,
aku bace 'gosip' kat page aku nih.
dengan muker ternanti nanti menunggu.
then terbaca 'gosip' sys sue santek niih
OMG~~~
aku kene tag larh
wakaka~
first time kene tag mengetag nih
al maklum larh
den nih ta fofular kat blog nih
(-_-). huhhhh


Sila-sila jenguk blog beliau, sangat sweet ye hehe


kene tag!!


****************************************


Dan Saidatul Azreen a.k.a .rENEx. pun ada meng-comment juga ya hahaha


Dia kata:

Pada awal entry,
salam.aku di tagged!! hehe..di tagged oleh cik SUE ni.nk tgok blog SUE ,korang klik je nama SUE
ni..hee


Dan pada akhir entry pulak,
sue,sy da wat da tag nih..nak hadiah!!heee..peace



Ok jom g blog cik .rENEx. jom!

tag from SUESue


Korang memang best lah!!!


Saturday, February 13, 2010

Etika Ketika Berblog...perlu ke?

Truth is a deep kindness that teaches us to be content in our everyday life and share with the people the same happiness.
~Kahlil Gibran
Salam

Tetiba teringat pulak. Sebenarnya dah lama nak kongsi tapi syik lupa je nak tulis pasal ni. Disebabkan dulu de belajar pasal blog2 ni sume masa kelas 'bentuk2 penulisan' so tau lah ckit2 apa yang patut and tak patut buat masa ber-blog-ing ni. Dan lecturer de bagi satu link ni suh tengok and baca apa yang orang ni tulis pasal etika masa kita ber-blogging. Antaranya.........

* Sekiranya kau menulis tentang sesuatu yang berkaitan dengan fakta, PASTIkan ianya betul dan disokong oleh beberapa sumber atau bukti yang kukuh.

* Jikalau kau mengambil gambar, idea atau kandungan entri dari blog lain, JANGAN lupa memberikan kredit dengan meletakkan ‘links’ atau sumber dari mana ia diambil, sekurang-kurangnya penulis asal entri tersebut tidak menaruh perasaan marah atau terkilan dengan perbuatan kau. Tidak salah sebenarnya mengambil, aku pun begitu juga, tapi jangan lupa meletakkan kredit sebagai tanda terima kasih..

* Tulislah dengan bahasa yang indah, indah di sini bukan bermaksud bahasa berkias, berbunga atau yang seangkatan dengannya, tapi bahasa yang tidak kasar, tidak menyinggung perasaan dan melukakan hati dan perasaan orang lain..Ohh..

* Jangan sesekali kau menyuruh orang lain/pembaca bersetuju dengan pandangan kau, kerana siapa kau untuk menyuruh mereka berbuat demikian..Setiap orang mempunyai hak dan pandangan masing-masing..

* Sekiranya kau tersilap atau tersalah ketika menulis entri, jangan berasa segan untuk meminta maaf dan membetulkannya, kau tahu kan tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini melainkan Nabi Muhammad s.a.w? Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan..

* Kalau kau memberikan ulasan tentang sesuatu, jangan sesekali bias atau bersikap berat sebelah, tapi ianya berlainan sekiranya kau memberikan pendapat kau, tak faham? Andaikan sekiranya kau menulis mengenai wordpress, walaupun ianya bagus, jangan memperlekehkan cms yang lain, kau cuma dapat memberikan pendapat kau sahaja, ingat ya, pendapat kau boleh menjurus ke arah positif dan negatif..Janganlah kau ingin menaikkan sesuatu, tetapi pada masa yang sama, kau menjatuhkan pihak yang lain..

* Jangan sesekali meyentuh soal perkauman, isu-isu yang dapat menjadikan kau buruan ISA dan isu-isu lucah..Teruskan sekiranya kau mahu disaman..hehe

Okeyh disebabkan sy juga nak menjaga etika2 ketika berblog, supaya tak dianggap tukang plagiat ke apa kan, hehe......dengan ini diumumkan saya amik 'Etika Ketika Berblog' ni daripada http://www.infomalaya.com/etika-ketika-berblog-perlukah/ dan ianya ditulis oleh Bat

Maknanya sy tidak memplagiat ya. Sy dah bg kredit pada penulis sebenar. Ada lagi pasal blogging yg nak dikongsi, tapi next post lah ya. Nanti taktau pulak nak cerita apa lagi. Hehe.

Friday, February 12, 2010

Baca Dulu Baru Tahu

Assalamualaikum


Akhirnya berjaya juga menulis entry tentang diri sendiri. Hee... Selalu post entry2 contest je. Rasanya bulan ni je dah banyak join contest. Satu dah tau keputusan. Memang tak menang pun. Hahaha. Yang lain2 belum tau lagi. Takpe2 tak menang pun takpe. Saja2 je join nak memeriahkan contest yg dianjurkan oleh mana2 pihak penganjur tu je. Hehe.


Ok..ok..kembali kepada cerita asal. Hmm semenjak 2menjak ni kan saya perasan dengan perubahan seorang kawan ni. Saya nak cakap dia ni tak baik tak jugak. Jahat lagi la bukan. Tapi dulu dia pernah cakap sesuatu pada orang lain tentang saya. Dan saya telah diperli oleh 'orang lain' tu. Tak pe lah tak kesah sangat pun. Kakak tu tegur untuk kebaikan jugak. Tapi tak suka bila tau ada orang cakap belakang then buat-buat tak tau pulak. Dan sekarang ni dia pulak buat perkara yang tak sepatutnya dia buat lepas dia kata perkara tu tak elok dibuat. Okeyh.,faham semua macam dah pening. Hehe. Sorry. Saya terpaksa cakap macam ni. Karang ada jugak yang terasa hati secara terang-terangan pulak kan. Huhu. Rasanya apa yang dia buat sekarang ni lagi teruk. Saya buat sekali tu je lah dulu. Dan sebelum tu saya memang biasa begitu. Tapi dia lain. Dari tak pernah buat dah selalu sangat sekarang ni nampak dia macam tu. Serius tak faham orang macam ni. Sepatutnya, kalau dah tak suka sesuatu perkara tu, jangan lah buat. Dan kalau ada rasa nak buat, tolong lah jangan ada hati untuk nasihatkan orang. Sangat annoying ok.. Dulu ada orang pesan, orang buat jahat kat kita, kita kena buat baik kat orang tu. Memang bukan senang. Tapi rasanya saya berjaya jugak kut. Sebab tanpa apa2 balasan jahat yg sy buat kat dia, hehe dia macam dah terkena dengan orang lain. Tapi tu lah, dia still tak berubah macam dulu. Ok dah tak mahu cakap lagi pasal beliau. Noktah.


Next story.


Dalam bilik ada lipas!!!!!!! Huwaaaa!!!!!!! Seram2!! Hari tu terjerit terlolong bila encik lipas dengan laju dan pantasnya bergerak ke arah cik sue. Bukan tu je, siap lompat-lompat manja lagi tuh. Ekekkeke. Takpe2 naik cuti ni nanti nak bawak balik 'baygon cockroach control' banyak2. Biar pupus lipas-lipas dalam bilik tu. Rasanya bukan takat lipas je yang pernah dijumpai, encik cicak dan encik semut pelbagai spesies pun ada. HAhahaHA. Eh cop2, kucing pun! Tapi kalau kucing memang tak kesah la kan. Dan memang bertuah la kucing yg masuk ke bilik pencinta kucing macam *kami ni kan. Heee...


*kami = sue dan sha


Yay esok mahu keluar. Nak buat reunion sesama cousin. Lagi pun nak jumpa kakteh. My cousin yg baru balik dari Jepun Rabu lepas. Sudah sangat rindu mahu ketemu beliau ya. Huhuhu. Setahun kut tak jumpa. Mana penah tak jumpa sampai setahun. Haha manja. Esok juge mahu cari shawl and kasut utk dinner. Dress dah ada dah. Hehe semangat tak. Hari tu Dayah cakap saya semangat sangat sebab dah sebok cari baju untuk dinner padahal dinner lambat lagi kut. Tapi memang semangat pun. Hahhaha. Bukan pe, nanti naik cuti ni dah sebuk sangat dengan macam-macam. Assignment, presentation la itu ini. Dah takde masa nak cari-cari lagi. Kalau dah ada semua kan senang. Nanti tak payah la nak susah-susah masa tengah sebuk nanti kan. Hehe. Banyak la alasan. Padahal suka je nak membelanjakan duit tu kan suraiza? Hik3


Wah wah panjang pulak entry ni ek. Dah lama tak tuleh banyak macam ni. Hahahahha.


Nanti2 sambung lagi okeyh
Adios!


*Lucky Draw Dairy Girlz Scorpio

Assalamualaikum

Memang seronok lah pulak kalau nak dapat adiah ni kan
Ececeh belum dapat adiah lagi berangan lebih hahaha


Sekarang ni nak join lucky draw kat blog dairy girlz-scorpio pulak
Sis Eija ni buat lucky draw sempena dah 2tahun beliau memblogging
Lama tuh
Hebat2
Jeles tul
Saya baru setahun jagung je...hahaha


Hmm....
Boleh menang nih
Kalau lucky lah ya


Jom kita ikut lucky draw ni
Mana lah tahu kan.... =)
Tak salah mencuba
(*^_^*)~


Kalau nak join sila la klik link ni
eija


Tarikh tutup
17 FEBRUARI




*Contest Gambar Rindu Paling Kelakar atau Sengal

Assalamualaikum

Yay contest lagi!!

Menang ke tak menang belakang kira janji kita cuba dulu kan..kan..

Disebabkan sy telah di-invite oleh [pyqa] dan telah di-tag oleh [eiraEpy] untuk join contest nih...makanya, sy dengan rela hati mempertaruhkan gambar yang mungkin tidak kelakar tapi agak sengal juga ya..ha.ha.ha.

SYARAT-SYARAT UTAMA :


1) buat en3 khas dengan tajuk CoNteSt GamBAr rINDu pALinG kELakAR aTAu SeNGaL


2) serta kan sekeping gambar yg paling kelakar atau sengal yg tunjukkan korang amat merindui pasangan korang..x kisah la rindu pada hubby, wifey, tunang, b/f atau g/f.. ( sekeping jer..lebih pada sekeping kira batal..huhu..)..wajib gambar sendiri x kisah la edit atau ada aksesori tambahan..yang penting ada muka korang sendiri tau..


contoh gambar aku yg paling merindu dan sengal..hehe..

[the picture has been removed]


3) buat la ayat2 rindu sket..ayat2 yg paling rindu..akan dapat markah tambahan untuk sokong gambar korang..


4) tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 feb 2010 @ tengah malam..



SYARAT-SYARAT TAMBAHAN :



1) jadi follower fikaryna untuk menambah kenalan aku yg hobi suka berkenalan nih..hehe...


2) korang mesti ada blog..kalau x, susahla nak jejak kan..


3) tag sekurang2nya 3 orang utk join contest nih..lagi ramai lagi bagus..pasangan yg dirindui pun bole join utk tambah peluang utk menang..hehe..


4) lepas en3 siap, tinggal jejak kat ruangan komen en3 nih atau shout box ..supaya sng nak list senarai peserta yg join..


5) mesti letak banner contest ( gambar aku la tuh..haha..) di side bar atau di atas blog anda dan juga dalam entri pertandingan. Dan jangan lupa link balik en3 korang kepada fikaryna..



**************************************************


Dan inilah gambar kesengalan suraiza yg memang sungguh la sengalnya sampai ade yg cakap "you are the queen of the m*nk*y" sebab g peluk pokok tuh padahal peluk je mne de gayut ke hape kan..kan.kan..
takpe rindu punya pasal
haahahahhah

(gambar terpaksa dihilangkan atas sebab2 keselamatan. dan contest pun dah habes)


Disebabkan kerinduan sy pada dia dah sampai tahap ketinggian gunung everest tuh (ceh2 sbenarnya tak suka nak cakap pasal ni dlm blog tapi kan sebab syarat dia kan nak kena kata jugak la kan ekekeeke) dan pokok klapak pun jadi mangsa. Tak kesah kan, pokok kelapa pun pokok kelapa laaa...heeee


Jom nyanyi sikit


Underneath pokok klapak
I will wait for you
Oh darling here me lah
Don't tutup pintu

Ececececece......!!


okeyh2 skang nak tag orang lain pulak
.rENEx.
Zati Mcr
Wanie


cepat2 ya..tarikh tutup sok lusa je dah ni!