I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Saturday, February 13, 2010

Etika Ketika Berblog...perlu ke?

Truth is a deep kindness that teaches us to be content in our everyday life and share with the people the same happiness.
~Kahlil Gibran
Salam

Tetiba teringat pulak. Sebenarnya dah lama nak kongsi tapi syik lupa je nak tulis pasal ni. Disebabkan dulu de belajar pasal blog2 ni sume masa kelas 'bentuk2 penulisan' so tau lah ckit2 apa yang patut and tak patut buat masa ber-blog-ing ni. Dan lecturer de bagi satu link ni suh tengok and baca apa yang orang ni tulis pasal etika masa kita ber-blogging. Antaranya.........

* Sekiranya kau menulis tentang sesuatu yang berkaitan dengan fakta, PASTIkan ianya betul dan disokong oleh beberapa sumber atau bukti yang kukuh.

* Jikalau kau mengambil gambar, idea atau kandungan entri dari blog lain, JANGAN lupa memberikan kredit dengan meletakkan ‘links’ atau sumber dari mana ia diambil, sekurang-kurangnya penulis asal entri tersebut tidak menaruh perasaan marah atau terkilan dengan perbuatan kau. Tidak salah sebenarnya mengambil, aku pun begitu juga, tapi jangan lupa meletakkan kredit sebagai tanda terima kasih..

* Tulislah dengan bahasa yang indah, indah di sini bukan bermaksud bahasa berkias, berbunga atau yang seangkatan dengannya, tapi bahasa yang tidak kasar, tidak menyinggung perasaan dan melukakan hati dan perasaan orang lain..Ohh..

* Jangan sesekali kau menyuruh orang lain/pembaca bersetuju dengan pandangan kau, kerana siapa kau untuk menyuruh mereka berbuat demikian..Setiap orang mempunyai hak dan pandangan masing-masing..

* Sekiranya kau tersilap atau tersalah ketika menulis entri, jangan berasa segan untuk meminta maaf dan membetulkannya, kau tahu kan tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini melainkan Nabi Muhammad s.a.w? Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan..

* Kalau kau memberikan ulasan tentang sesuatu, jangan sesekali bias atau bersikap berat sebelah, tapi ianya berlainan sekiranya kau memberikan pendapat kau, tak faham? Andaikan sekiranya kau menulis mengenai wordpress, walaupun ianya bagus, jangan memperlekehkan cms yang lain, kau cuma dapat memberikan pendapat kau sahaja, ingat ya, pendapat kau boleh menjurus ke arah positif dan negatif..Janganlah kau ingin menaikkan sesuatu, tetapi pada masa yang sama, kau menjatuhkan pihak yang lain..

* Jangan sesekali meyentuh soal perkauman, isu-isu yang dapat menjadikan kau buruan ISA dan isu-isu lucah..Teruskan sekiranya kau mahu disaman..hehe

Okeyh disebabkan sy juga nak menjaga etika2 ketika berblog, supaya tak dianggap tukang plagiat ke apa kan, hehe......dengan ini diumumkan saya amik 'Etika Ketika Berblog' ni daripada http://www.infomalaya.com/etika-ketika-berblog-perlukah/ dan ianya ditulis oleh Bat

Maknanya sy tidak memplagiat ya. Sy dah bg kredit pada penulis sebenar. Ada lagi pasal blogging yg nak dikongsi, tapi next post lah ya. Nanti taktau pulak nak cerita apa lagi. Hehe.

7 comments:

HonEyBuNNy said...

ohhh...kena baca neg etika berblog..;-)

AnAk iBu said...

dah buat daaa taggg. heeee~
khas utk sue..

SuRAizA~ said...

HonEyBuNNy
haa baca2 jgn x baca hehe

Nanay
Yes! Thanks Nanay!!

♥ Cik Cha said...

perlu kot..
tkt kang melanggar pape praturan ke..
tapii.. namaO r skema sgt.. hiks

SuRAizA~ said...

haa tu la
betul2
perlu kan
tapi tamau la tuleh skema sgt
klu tuk tjuan akademik tu xpe la heeee

aryadevi said...

ya begitu Suraiza, tapi mengambil artikel orang lain kemudian diposting ke blog kita boleh juga, asal seizin dan mencantumkan sumbernya..

SuRAizA~ said...

aryadevi
yep btul tu =)