I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Sunday, February 21, 2010

Hari ni yang tah pape (sukahati nk baca ke tak)

Assalamualaikum


Hari ni...ya hari ni..hari ni la kan..ish.ish.ish. tadi la.. sebenarnya dah sangat penat dan dah tak larat nak citer kat sini tapi kan kalau tak tuleh sekarang mau lupa lah pulak nanti kisah sebenar. Tak kan nak wat cerita palsu pulak kan. Memang lah tak boleh. Karang tak pasal-pasal ada lagi yang kata citer ni bukan kisah benar pulak. Kalau rasa-rasa macam tak faham, takpe faham-fahamkan lah mana yang boleh faham. Ok mintak sorry. Memang kepala macam dah tak bape nak betul sangat dah ni. Kalau merapu merepek bagai tu wat-wat tak nampak je la erk.


Hari ahad. Hari minggu. Hari penghujung segala cuti. Mesti lah nak kena p anta balik dak kecik yang tak bape nak kecik tu balik "uitm dihatiku" dia tu kan. Dan memang lah macam biasa bila agak lambat jugak nak balik bertolak ke KL semula. Memang kena tahan la dia tak bagi balik lagi. Dah pukul6.30 petang pun. Dekat nak maghrib dah tu. Kali ni beliau menggunakan alasan untuk bluetooth lagu ke hp abah. Dengan membuka laptop dalam kereta, dia pun send la lagu2 P. Ramlee yang entah bila di-download-kan saya pun tak tau. Masalahnya sekarang, saya perlu dihantar pulang ke ukm juga pada hari yang sama. Bermaksud hari ni la kan. Dah cakap pun dekat makcik tu saya nak kena balik u jugak bukan awak sorang je. Ni dah pukul berapa. Adeh. Takpe..takpe masih boleh bersabar lagi ya tuan-tuan dan puan-puan. Tidak tercetus apa-apa pergaduhan mahupun perang dingin ya tadi. Nasib baik la. Heee......


Lepas tu...dalam pukul 9 lebih dah sampai kat R&R Nilai. Berhenti makan. So memang rasa boleh sampai lah ukm dalam pukul 10 sebab memang dah dekat la nilai dgn ukm ni kan. Tapi..tapi..nak dijadikan cerita (tapi bukan reka cerita la, memang kisah benar ni) tetiba kereta rosak la pulak. Tak tau kenapa tapi enjin tak idup-idup gak walaupun dah di-start berkali-kali. Memang dah rasa nak balik sok je nih. Hehehe. Asalnya memang taknak balik hari ni tapi macam kena paksa je balik hari ni gak. Bukan apa takut tak sempat je esok. Dah la tu macam-macam manusia pulak yang datang tolong. Ok, konon la nak tolong. Tapi seriously rasanya bukan nak tolong betul-betul. Maksudnya kat sini, ada udang sebalik batu. Tengok pun kita boleh tau la orang baik ke tak baik. Risau jugak la. Tah sape-sape je. Tunjuk macam pandai tapi tak boleh start gak kete tuh. Last-last abah kata nak mintak tolong orang tolak je. Yang peliknya orang yang tolong tu macam tak bagi. Konon dia boleh tolong repair-kan lah kut. Ade ke patut. Dia patutnya tolong tolakkan kalau dah tak reti tu tak payah la nak tunjuk reti. Dan memang nampak lah dia ni ada niat lain. Usik sana usik sini jap lagi mintak duit. Abah pun dah pandang orang ni dengan pandangan penuh curiga. Hahahah ayat tak leh blah. Hm lepas tu abah pun apa lagi pegi la mintak tolong kat beberapa orang lelaki yang tengah duduk2 tu. Mintak tolak kete. Dan saya pun diminta turun dari kereta oleh cik puan siti ya. Tidak pasti mengapa. Adakah kerana saya terlalu berat sehingga 3orang pemuda itu tidak akan mampu menolak kenderaan yang dinaiki oleh saya jika saya tidak turun? Hahah sudah keluar aura skema pula ya rakan-rakan.


Dan...memang betul lah kata abah. Kete tu kena tolak. Tak boleh nak repair time tu sebab tak tau tang mana yang rosaknya. Abah kata la. Hehe. Lepas cakap terima kasih kat pemuda2 yang bertiga tu, ditegaskan pemuda ya kat sini sebab memang muda lagi pun mereka tu hehe perjalanan diteruskan ke ukm pulak. Oh yes! Terlajak! Terlepas simpang nak masuk bangi. Hahahha.Gelak gembira. Masa tu je la. Lepas tu dah takde nak gembira2 lagi dah sebab...............abah bersusah-payah jugak nak cari jalan lain untuk ke ukm. Ingat dah tengah malam lewat2 cam ni nak balik rumah je terus. Huwaaaa!!!!! Sampai sesat-sesat nak cari jalan masuk ukm. Patah balik. Last-last jumpa gak pintu gerbang ukm tuh. Ingat pakcik guard dah kunci mangga bagai pagar besi tu kan. Tapi memang berangan la sebab pintu pagar utama tu tak penah tutup.


Akhirnya sampai jugak ukm. Sampai jugak kolej. Masuk bilik jugak akhirnya. Dan sampai nak habeh dah pun mengarang karangan untuk entry kali ni kan. Wah tak sangka. Ingat tadi sampai bilik je terus pengsan tak sedar diri dah. TApi sempat lagi kemas-kemas barang sume tukar cadar la itu ini. Okeyh...dah boleh tidur sekarang. Memang kepala dah pusing-pusing plus mata dah kabur-kabur.


Salam semua~
G'night!


6 comments:

eiraEPY said...

sekarang nih ta leh trust dgn org kan sys..
mane larh tau die wat smething y mencuriga kan..
seraammmm~~~

ali said...

"Karang tak pasal-pasal ada lagi yang kata citer ni bukan kisah benar pulak"

suke ayat tu....

hahahahaha aku sokong ngan perangai emo ko tu...cume time ko kne trun kereta tu je aku tak setuju sikit...
walaupun tak disuruh ko memng dengan sendirinya patut turun..
menghormati org yg tolak tu...walau pon berat takde beza pon....

HAZ_SHAMEER said...

cik suraiza asal org mana?..saja nak tau..xboleh takpa

SuRAizA~ said...

eira
betul2
sape2 pun tak boleh nak senang2 je pcya skrg ni

ali
huhu ko perli ak ke ape tuh?
hmm yg psl turun kete tu kan, mmg ak tatau pn senanye kena trun ke tak..ni ko bgtau baru ak tau hahah thanks ya krna membagitahu kat ak sbb ak tak penah tau pun heheh

haz
lahir kat pahang..tapi menetap kat ampang..currently in bangi (ukm)

ali said...

sue bukan perli la...saje jer...aku bace ayat tu 1st time tersenyum aku...teringat mcmner gelabahnya aku mase tu...tu yg suke tu..kadang2 kenangan kita jatuh mase kecik tu buat kite tersenyum bile igtkan kan...

HAZ_SHAMEER said...

ermmm samalah lahir kat pahang jugak...