I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Saturday, March 27, 2010

Special Entry untuk Miss Izan Salleh

Assalamualaikum

Ehem..ehem..test suara 1 2 3..1 2 3...ekeekeke. Okeyh bukan nak nyanyi ke nak bilang 123 ke apa tapi saja-saja nak test suara sebab nak tulis entry baru. Jap jap!!! Pe kena-mengena test suara dengan entry baru? Memang takde kena-mengena pun. Saja nak gedik. Hahhaahhaa. Kesian pembaca sekalian macam dah bengang je an.. Heh sabo..sabo.. Jangan la bengang lagi. Nanti sape nak baca entry neh. Kalau nak bengang pun, tunggu la sampai abes baca dulu ok. He.He.He.


Mesti sume orang tengah berfikir mengapakah gambar di atas ada di sini kan? Heheh. Jawapannya saya saja letak sebab saya suka. Oleh itu tahniah kepada miss izan salleh kerana telah membuatkan saya suka dengan entry beliau yang bertajuk "i AM beautiful" neh =)

Tuan-tuan puan-puan dan cik-cik pembaca belog sekalian, sila fokus pada point no5 ya..eheh

Dengan ini, saya sangat pasti bahawa beliau lah yang sebok-sebok time MATK hari tu sambil ke hulu ke hilir menyusun student yg nk kena naik stage amik award. Nak ditekankan kat sini, bukan award beautiful blogger ya. Ehhehehheh. Mintak maap sesangat kat cik izan. Serious saya tak tahu itu kamu. Dah gaya lagu estranged lah pulak. Itu kamu! Eheh. Patut la cam familiar je an hikhikhik. Hari tu dress kamu kaler merah jambu kan. Tul tak? Kut salah lagi memang kena tambah lagi satu mata lah gamaknya. Haha. Dah la satu kolej pulak tu tapi kenal dalam dunia blog neh. Sabo je laa. Hhahahha. Nanti2 kalo jumpe tego tau...nanti saya tego balik....heee =) Oh ya, baru perasan sesuatu, kamu kawan yona kan?

Monday, March 22, 2010

First time dapat award sejak berblogging!

Salam


Yay. Tak sangka!


Dah dapat award


Perasan cantik kejap boley? hahha

.BEAUTIFUL BLOGGER AWARD.

Here are the rules to accept the award :
1. Thank & link the person that gave you the award.
2. pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3. Contact the bloggers and let them
know they've won the award.
4. State 7 things about yourself.


*******************************************************
-thank & link the person that gave you the award-
 a lot of thanks to ..:: Cinta Najihah ::.. & AmiEr for this award!

-pass the award onto 15 bloggers you've recently discovered and think they are fantastic-


izan salleh 

-contact the bloggers and let them know they've won the award-
insyaAllah, i will

-state 7 things about yourself-
suka jalan
suka makan
suka tido
suka online
suka sopping
suka kucing
suka pink



ATIQAH SWEET GIVEAWAY*

Salam


Nak join giveaway pulak. Hehhe. Banyak post pulak hari ni kan.
Terjumpa blog giveaway ni kat blog BELLA

"Hai kawan-kawan! jom sertai ATIQAH SWEET GIVEAWAY. hadiahnya satu kotak yang mengandungi 9 biji hand-made chocolate yang dibuat oleh Sweet Brown! Coklatnya sedap tau! Jadi apalagi, jomlah kita sertai ATIQAH SWEET GIVEAWAY di http://pepelungu.blogspot.com..JOM-JOM!" 

Mari-mari!!! (okey yang ni saya tambah)

So, jom ramai2 memeriahkan giveaway Atiqah!~

Syarat-syaratnya adalah...........

1. buat satu entri tentang giveaway ni..tajuknya mestilah "ATIQAH SWEET GIVEAWAY"

2. di dalam entri tersebut, letak gambar di atas.. :-) kalau taknak letak pun takpe.. :-)

3. kemudian, di dalam entri tersebut haruslah ada ayat di bawah:

"Hai kawan-kawan! jom sertai ATIQAH SWEET GIVEAWAY. hadiahnya satu kotak yang mengandungi 9 biji hand-made chocolate yang dibuat oleh Sweet Brown! Coklatnya sedap tau! Jadi apalagi, jomlah kita sertai ATIQAH SWEET GIVEAWAY di http://pepelungu.blogspot.com..JOM-JOM!"

4. kemudian, beritahu nama dan alamat blog @ entri di komen box saya.. :-)


hadiah ini hanya untuk 3 pemenang.. :-)
setiap pemenang akan menerima satu kotak yang mengandungi 9 biji coklat! :-)

tarikh penyertaan 6 MAC 2010 - 9 APRIL 2010

Shaa bagi tag! So sy pun jawab tag tuh...

Assalamualaikum

Telah di-tag so kena jawab tag kalau tak nanti kesian kat orang yang menge-tag kan. Thanks ya. Termasuk gak dalam list penerima tag. Hehe.
Yang menge-tag : shaa
Yang di-tag : suraiza

-siapakah diri anda di rumah?-
anak mak abah, adik kaklong, kakak kpd ira dan semua kucing2 yg ada kat umah tu 

-siapakah diri anda di samping rakan?-
mereka mengenali saya sebagai SITI SURAIZA SHAARI

-5 benda yg anda idamkan tp masih belum tercapai- 
(kalau bukan benda boleh tak??heeee..banyak songe lak an)
1) sebijik kete spya sng nak ulang-alik dari kolej ke fac & dari fac ke kolej 
   (sbnrnya dari ukm ke umah & dari umah ke ukm hahahhah)
2) beg baru. kalau boleh nak lebih dari satu..heheh
3) novel Hlovate yg latest. dah kuar ke belum?
4) sony ericsson c903
5) nak bawak balik sekor kucing. tapi mak tak bagi. takut tak terjaga katanya. baeklaahhh.. kucing kolej pun banyak dah. heee

-siapakah nama pasangan anda?-
owh masih belum diketahui siapakah nama beliau..hehhe

-ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda-
1) seseorang yg sangat3 memahami..ni yg plig penting! sangat!
2) tau hormat orang lain. tak kira sape
3) serius. tak main2. tak cakap kosong.
4) menepati janji
5) tau masa2 penting @ bila dia diperlukan. xpentingkan diri.

-bila tarikh anda couple-
masih belum diketahui tarikhnya =)

-apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda-
insyaAllah takkan ada!

-lagu tema cinta anda-
akan dimainkan masa majlis resepsi perkahwinan nanti..hehehehe

-apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda-
tengokla mne2 yg kurang baik.tapi xnak ubah pape dah kut.nak die yg macam tu.

-tag 10 rakan yg lain-

Alrite..
Siap suda..
So sape2 yang kena tu rajin2kan la diri menjawab tag ya =)

Sunday, March 21, 2010

Suka-Ria-Sedih-Duka-Lara BersAmA~

Assalamualaikum

Yay akhirnya...............


Berjaya jugak meng-klik "New Post" kat belog kesayangan ni hehe. Sorry lama tak update. Yang jerit2 kat shoutmix box tu nanti saya jerit balik k. Tak sempat la nak balas pape termasuk sume comment. Thanks pd yang concern =) Just sempat masuk belog neh and jenguk kejap2 je. Yang mana dah jadi follower tu thanks jugak. Nanti saya follow balik mana yang belum ok?


Hmm cerita memang banyak. Sangat! Tapi taktau pulak nak mula dari mana.Takpe kita mulakan dari mula ya! Heheh


gambar suka-suki.xde gmbr xbest.haha

13 Mac
Lawatan Kebajikan Rumah Orang Tua Sri Kenangan Cheng
Program ko-k yang wajib untuk semua. Ni lah sebabnya saya berbelah bagi nak balik kampung tengok wan. Kalau ikutkan hati dah tak kesah wajib ke tak. Tapi kalau ikut rasional akal, memang serba-salah jugak lah dibuatnya. Tapi disebabkan semua orang pun suruh saya jangan balik (kesian...) suh saya pergi ko-k ni sebab wan dah keluar hospital. Tapi dah keluar hospital pun still tak sihat lagi. Sangat risau. Saya sorang je yang tak balik jenguk wan lagi. Kaklong and ira pun dah jumpa wan siap tolong jaga lagi. Atok bukan sihat sangat jugak. Tapi memang tak de kelapangan lagi ni. Cam ne la nak balik. Tak sabar nak tunggu study week. Kalau takde pape, nanti study week nak balik kampung. Mak yang kata sebab saya tak balik tengok wan lagi. Heee..

Owh ok2. Berbalik semula kepada lawatan tadi tu,........... terlupa pulak. Banyak sangat membebel. Bertolak pukul 7pagi sampai sana pukul 9pagi and siapkan stage sume sebab kitorang ada buat persembahan lah apa kan. So, masa tengah sebok2 tu, tiba-tiba dapat tahu salah seorang penghuni rumah orang tua tu meninggal. Disebabkan pihak pengurusan sibuk menguruskan jenazah, program kitorang pun bermula agak lewat. Tapi tu lah sampai meninggal waris tak datang jenguk. Memang banyak benda yang saya dapat drpd program ni, macam2 cerita. Tengok dorang pun sedih. Ada yang anak hantar ke rumah tu tanpa datang jenguk langsung. Nak kirim duit lagi la xde. Ada jugak sorang makcik ni yang membahasakan dirinya wan langsung dah tak ada siapa-siapa. Suami pun dah meninggal. Anak pun takde. Better takde anak, daripada ade tapi tak sanggup nak jaga mak ayah sendiri. Emo pulak an..hee. Tapi memang betul la, mengikut kata pihak rumah kebajikan tu, yang anta mak or ayah dorang kat sana terdiri daripada mereka yang berpelajaran, berpangkat tinggi, berjawatan.. Bukan yang tak berkemampuan. Tapi still....entah la. At least cuba fikir sok lusa kau tua jugak tah2 ank kau campak kau kat c2 gak kan. Rasa la cam mana. Haih kan dah emo lagi. 



*Teringat wan kat kampung bila makcik tu suh panggil die wan..huhu


14-19 Mac
Minggu yang sangat bz, sangat penat, sangat mengantuk, sangat banyak keje, sangat tension.........! Memang sangat-sangat! 

14 - Pergi Kajang beli sijil2 and barang2 untuk hamper. Sapa-sapa yang taktau lagi kenapa saya nak susah2kan diri g beli benda2 ni sume adalah kerana saya handle cenderamata untuk dinner pesepsi. Keluar pagi balik petang lagi....

15 - Lepas tutorial IPE sempat balik rumah untuk ambik baju dinner, kasut dinner, beg dinner....pendek kata sume barang untuk dinner lah...hehe..sebab memang dah takde masa dah. Hari ni je yang macam free.

16 - Kelas sangat banyak. Terutama sekali kelas Dr Tang. So hari ni tak buat pape yang tak berkaitan dengan akademik. Semuanya akademik belaka, masuk keluar kelas Dr Tang je.

17 - Pagi buat assignment Dr Tang kat PTSL. Petang gerak pergi ambil cenderamata yang saya dengan ika tempah kat Central Market last week. Ala yang harga beribu sampai de krisis hari tu kan. Heheh. Sapa yang baca entry lepas dia tau la...bersama2 dengan tahir selaku driver dan seorang lagi kawan

18 - Dinner kolej @ Malam Anugerah Tahunan Kolej (MATK). Petang tu berlaku krisis lagi. Adoi tak sudah2. Tak habes lagi ke makcik? Malas fikir. Setelkan sendiri.

19 Mac - Dari pagi kat Dataran Canselori. Lepas tu pergi fac balik. Sebab nak pergi ofis, pergi pejabat dekan, mintak cop, mintak sign. Pergi KTHO tumpang bilik Shud. Balik Ibu Zain nak ambik cenderamata dalam bilik. Thanks sangat2 - Efa and Tirah! Ke hulu ke hilir dari pagi sampai malam. Seronok sangat2 Malam Gala PESEPSI berjalan dengan jayanya. Tahniah kepada semua yang terlibat bertungkus-lumus dan bersusah-payah. Siap dapat pujian drpd sensei lagi. Hehehe. 


Untuk gambar event ni semua, boleh lah tengok2 kat album mukabuku saya ya. Kalau nak tengok laa... =)

20 & 21 Mac
Kelas tutorial Dr Tang. 
Ahad - Presentation
Ingat sabtu ahad boleh lah rehat sakan...last2 ada je yang menghalang. cewah. hhahhahaha


Saturday, March 13, 2010

...Saya terima...


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ”
~Riwayat Muslim

Salam

Saya tahu entry yang sebelum ni mungkin akan menyebabkan ada yang akan berkecil hati dengan saya. Saya tahu. Mungkin sama-sama silap. Kadang-kadang kita selalu cakap sebelum berfikir. Sepatutnya berfikir dulu sebelum bercakap. Tapi tu laa... Kalau dah marah, macam-macam boleh keluar. Kalau dah sakit hati, memang dah tak sempat lagi nak berfikir. Saya tak cakap kat orang, tapi kat diri sendiri. Saya tahu ramai orang pun macam ni. Susah nak control. Sebenarnya kalau saya marah, saya lagi suka diam. Diam seribu bahasa. Cakapla apa pun, call la berkali-kali pun, mesej la beribu-ribu kali pun, saya takkan balas dan saya takkan jawab. Dan sebab tu la blog ni yang jadi mangsa tempat meluahkan perasaan. Memang risau jugak takut ada yang berkecil hati. Tapi saya pun perlukan tempat untuk luahkan apa yang terpendam. Memang saya tak suka nak sembur depan-depan, tapi saya perlu keluarkan jugak apa yang saya rasa dan apa yang saya fikir.

Sebenarnya, saya tak suka nak marah lama-lama. Walaupun saya dah tak marah dan dah tak ingat pun pasal perkara yang membuatkan saya marah tu, saya still tak tahu macam mana nak betulkan balik keadaan. Sebab selagi saya tahu saya tak bersalah saya takkan jadi yang pertama untuk mintak maaf or saya takkan mengalah awal-awal. Memang macam ni lah daripada dulu. Sikap yang boleh buat orang salah faham. Dan bila orang dah mula nak berbaik-baik dengan kita, kita buat dek je. Ish kenapalah dengan saya ni. Kadang-kadang rasa bersalah pulak. Saya tak tahu macam mana nak betulkan keadaan, tapi bila dia dah cuba nak betulkan keadaan, saya buat perangai pulak. Feel like stupid! Sangat! Urrggghhhh!!! 

Punca utama yang menyebabkan saya jadi sangat marah: bila orang merendah-rendahkan saya dan apa yang saya buat, termasuklah marah tanpa usul periksa dan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Ya itulah punca sebenar. Kalau dah tak marah pun, terasa hati yang amat sangat tu ada la. Duhai hati, mengapakah terlalu sensitif? 

Dan alhamdulillah........
Saya dan dia dah berbaik jugak akhirnya. Saya pun bukanlah jahat sangat. Still ada otak untuk berfikir yang mana baik yang mana buruk. Soal hati kena campak ke tepi kalau bab-bab macam ni. Tak boleh nak ikutkan sangat hati ni nanti mati. So adalah lebih baik ikut akal yang rasional. Saya tak suka nak ada masalah dengan siapa-siapa dan saya pun tak reti nak cari masalah. Tapi bila ada yang timbulkan masalah dengan saya, biasanya ia akan berpanjangan bagi pihak saya tapi mungkin tidak bagi pihak dia. Sebab tu saya tak suka nak cari masalah. Tapi kali ni, saya memang betul-betul dah ok. Saya dah tak marah. Saya boleh kawan dengan dia macam dulu, macam biasa. Saya pun nak kawan dengan dia, taknak putus kawan sebab benda kecik remeh-temeh macam tu. Benda yang tak penting langsung dalam hidup saya. Dan sangat-sangat bersyukur bila dia datang berbaik-baik dengan saya sebab saya memang takkan pergi untuk berbaik-baik dengan dia walaupun niat tu ada. *sy mmg jahat* Thanks sangat2.

Semalam dapat berita mengejut. Wan (nenek) saya masuk hospital. Mak kata wan teruk. Masuk icu. Dah mula risau + takut sangat. Rasa macam baru je lagi rasa macam ni. Airmata pun dah laju je mengalir macam tak tahu berhenti. Saya memang sangat risau. Maghrib tu lepas solat baca yasin sambil menitis-nitis airmata. Nak balik, nak pergi tengok wan kat hospital. Tapi ada program wajib dan sangat penting hari sabtu nanti. Serba-salah. Mak kata jangan balik dulu. Tengok esok wan macam mana. Sebab kalau ikut hati saya memang nak balik sangat2, nak tengok wan. Tapi saya rasa lebih baik saya ikut cakap mak. Sebelum tu memang sangat serabut memikirkan banyak perkara termasuklah meeting penting malam tu yang saya tak pergi sebab fikiran tah ke mana, program hari sabtu, nak pergi tengok wan kat hospital, assignment, masalah dengan orang, itu ini. Memang nak sangat ada kat 2 tempat dalam 1 masa. Kalau lah boleh.... Tapi tu laa...kalau ikut cakap mak, memang semua pun ok. Lepas je mak kata jangan balik lagi sok pergi kelas dulu, and lepas saya kata ok, terus hilang rasa serabut sume tuh.


Saya memang rapat dengan wan. Dari kecik lagi duk ngan wan. Ingat lagi dulu-dulu masa kecik kalau main sampai nak senja tuh sampai tak reti nak balik, wan datang bawak kayu *ranting kayu la* nak wat rotan suh cucu-cucu dia balik sebab dah nak maghrib. Saya selalu tidur dengan wan atas katil sampai atuk terpaksa tidur atas tilam kat bawah. Huhuu. Jahatnya saya. Biasanya time cuti sekolah dulu-dulu or cuti sem saya mesti nak balik kampung seminggu dua duk umah atuk. Sebab dah terbiasa. Saya sayang sangat kat dorang... Sebab tu kalau ikutkan hati ni, nak terbang je balik jumpa wan. Tapi tadi cousin dah balik tengok wan and dia kata wan dah ok ckit, dah takde wayar2 berselirat lagi. Alhamdulillah.


Apa-apa pun, saya tahu semua yang jadi tu ada hikmahnya. Saya tahu. Dari dulu lagi saya dah tahu. Makin hari, saya macam dah terbiasa dengan semua yang jadi dalam hidup saya. Tak banyak yang gembira. Sangat banyak kisah air mata. Mesti ramai kata hidup saya boring, tak best, sedih, nak nangis je tahu. Tapi memang ni lah hidup saya. Saya terima walau macam mana pun.


Tetap senyum,
=)


Tuesday, March 9, 2010

.ini hidup saya.baru dpt tahu ada orang ambil tahu.

"Never expect things to happen,
struggle and make them happen.
Never expect yourself to be given a good value,
create a value of your own"

Assalamualaikum

Hm nak cerita pasal minggu lepas punya cerita tapi macam dah tak berapa nak ingat sangat. Tapi belum lupa lagi. Cuma kurang ingat je. aHAhaha. Sorry2! Adeh. De yang nak klik kotak kaler merah yang berisi simbol 'x' di sebelah-kanan-atas ni ya. Heheh. Sabar..sabar..


Taktau entah macam mana nama naik dalam kelab PESEPSI. Dah la jadi timbalan exco kerohanian. Wah kerohanian tu. Insaf kejap. Hee ok la bukan kejap, insaf terus. Hehe. Ni mesti keje Ika ngan Lin nih. Takpe2 terima aje la. So bila dah jadi exco ni automatik la jadi ajk pulak untuk dinner 19hb ni. Dan tercampak lah pulak ke bahagian cenderamata. Makanya, sebok laa nak kena cari cenderamata, hadiah, hamper, sijil bagai untuk dinner minggu depan. Minggu depan ok..belum keluar pun lagi ni nak cari barang2 tuk hadiah tu sume. Adui sempat ke? Takpe boleh mintak tolong ika ngan alin. Oh ya dinner kolej 18hb. 20 dan 21hb ada kelas Dr Tang pulak. And 21hb ada presentation! Wah 18, 19, 20, 21 March nih penuh dengan macam2! Boleh ke? Sempat ke? Aishh.. Kena positif kan? =)


*Malam ni : meeting ex-Majlis Tertinggi MGG 2009
*Khamis malam : mesyuarat gabungan pmsp + pesepsi & meeting ko-k
*Jumaat petang : mesyuarat pesepsi/dinner
*Sabtu : ko-k kat rumah seri kenangan cheng, melaka
Ahad : sidang parlimen mahasiswa ppsps & nak keluar beli cenderamata utk dinner


Kesimpulannya,
mgkin tak dapat nak update blog dlm jangka masa yang dinyatakan di atas
'mungkin' yaa...
hehehhe


Monday, March 8, 2010

Sebahagian dari mereka yang dah jawab tag*

Assalamualaikum.


Jom kita tengok wallpaper lappy masing2
yang kena tag dengan cik sue..
..hehehe..


Oh rasanya adalah lebih baik kita tengok
desktop background orang
yang tag cik sue dulu
...kan..kan...
heee


eiraEPY


Okey jom tengok mereka yang dah jawab tag pulak!


.rENEx.




kak soffya


Nanay





kak ryna


Sunday, March 7, 2010

First time dapat hadiah sejak ber-blogging..korang ada?heee

Kan hari tu ada cakap pasal satu contest yg saya dapat 2nd prize tu kan. Ha ni lah hadiahnya. Dua helai selendang + keychain sampai kat rumah hari Khamis lepas. Mak call masa dalam lecture bagitau ada barang sampai ni..aik apsal suara mak cam lagi excited je daripada tuan punya penerima barang yang sepatutnya. Hahaha. Gambar kat atas ni pun telah diambil oleh mak saya then di-mms-kan kepada saya masa hari kejadian. Betapa excitednya my mom menerima hadiah bagi pihak anaknya. Hahahahaa. Hmm.. Terima kasih banyak2 kepada pengirim ya. Saya suka hadiah ni =)

Esoknya pulak mak bagitau ada parcel sampai lagi berserta wang 5RM. Aik? Pelik. Sebab saya memang ada beli barang tapi akan dipos hari Jumaat dan saya akan dapat duit 3RM sahaja bukan 5RM. So macam pelik lah pulak ada orang tersalah hantar barang ke. Takkan hantar hari Jumaat boleh dapat hari Jumaat jugak, memang tak boleh. Kemusykilan ya di situ. Bila call mak and mak memberi deskripsi bagaimanakah corak shawl tersebut, maka memang benarlah ianya kepunyaan saya dan pengirim tak salah alamat. Hehe terkeluar lagi aura bahasa skema dalam ayat tadi. Maafkan saya. Hahahah.

Tapi kenapa dapat 5RM ni. Saya kalau bab-bab duit ni memang ler risau. Sebab takut2 tersalah ke apa kan. Lepas tu saya pun SMS la pengirim shawl ni nak tanya kenapa baki 5rm bukan 3rm. Dia balas and kata masa dia nak pos hari Khamis lepas, dia borak2 ngan orang kat post office tu (kalau tak silap) sampai tak perasan termasukkan 5rm. And dia kata takpe, kira saya ambik je la kan lebih 2RM tu. Heheh. Thanks ya! =)

Siapa-siapa yang nak tengok shawl yang cun boleh la ke blogshop nih ya
Serious berbaloi-baloi! Heeeee…..
Yang ni pulak shawl yg saya beli masa pergi masjid india tadi dengan kaklong+my abanglong-to-be heheh. Tau tak berapa saya dapat beli satu shawl ni? Taktau kan. OK takpe meh sini nak bagi tahu. Saya dapat RM5 SAHAJA sehelai!! Wah memang lepas ni boleh beli n buat bisnes pulak lah kut hahahah 

Friday, March 5, 2010

Suraiza buat tag lagi =)

Assalamualaikum


Disebabkan belum bersedia nak cerita pasal cerita yang dah kata nak cerita hari tu kan hehe, saya akan buat tag drpd eira dulu ok...


Tag tersebut berbunyi...


1. You have to print screen wallpaper that you are using right now



2. Tell us why you like the wallpaper


Sebab wallpaper ni sejak dulu lagi memang akan tolong saya untuk tidak mensia-siakan hidup nih. Tu yang pertama. Kedua, wallpaper ni akan me-motivate-kan diri sendiri supaya berfikiran lebih baik untuk dapatkan hidup yang lebih baik, bermula dari sekarang! Hehehe. Ayat pun dah terlebey motivasi =)) Dan yang ketiga, wallpaper ni bagi semangat. Tengok la kaler merah tu melambangkan semangat la tuh. Hahaha. Kalau tengah2 down memang selalu la wallpaper ni terpampang di skrin lappy kesayangan...sekian


3. Tag 10 people


e.Z.m.@.L.i.Z.@
~d'hearty shafyqa~
Anis Ezzah
aliapeng
.rENEx.
kak ryna
kak soffya
Nanay

iKhRam
en.alierostam


Monday, March 1, 2010

Saya bertuah ada follower seperti anda!


"Ya Allah, inspire us that we may be thankful for the blessings You bestowed upon us and our parents. Kindle within us the desire to do what is upright and pleasing to You. Grant us righteous offspring. Verily, we turn to You in repentance, surrendering ourselves in earnest."


Assalamualaikum


1 Mac 2010
1:13 pm
Dalam bilik bernombor 109
Blok K19C
Kolej Ibu Zain, UKM


Sangat tak sangka dapat banyak comment yang membina,
menaikkan semangat,
dan menguatkan jiwa daripada follower2 sekalian...
waaahhhhh terharu sangat nih!
Nak nanges boleh? heee ok2 tak nanges
Tapi serius sangat terkejut dengan respons pembaca blog nih..
Korang memang baik hati
+ sangat memahami
+ sangat prihatin laaaa...
Padahal kita kenal dalam blog je kan
Tapi macam dah kenal personally pulak
Thanks kpd semua yang tolong saya
Secara langsung mahupun tak langsung
Sengaja atau tidak,
tetap dihargai..
Dengan itu, saya nak bagi banyak3+++


"♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ "
ni kat semua yang baik hati tu


(*^_^*)~