I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Sunday, March 7, 2010

First time dapat hadiah sejak ber-blogging..korang ada?heee

Kan hari tu ada cakap pasal satu contest yg saya dapat 2nd prize tu kan. Ha ni lah hadiahnya. Dua helai selendang + keychain sampai kat rumah hari Khamis lepas. Mak call masa dalam lecture bagitau ada barang sampai ni..aik apsal suara mak cam lagi excited je daripada tuan punya penerima barang yang sepatutnya. Hahaha. Gambar kat atas ni pun telah diambil oleh mak saya then di-mms-kan kepada saya masa hari kejadian. Betapa excitednya my mom menerima hadiah bagi pihak anaknya. Hahahahaa. Hmm.. Terima kasih banyak2 kepada pengirim ya. Saya suka hadiah ni =)

Esoknya pulak mak bagitau ada parcel sampai lagi berserta wang 5RM. Aik? Pelik. Sebab saya memang ada beli barang tapi akan dipos hari Jumaat dan saya akan dapat duit 3RM sahaja bukan 5RM. So macam pelik lah pulak ada orang tersalah hantar barang ke. Takkan hantar hari Jumaat boleh dapat hari Jumaat jugak, memang tak boleh. Kemusykilan ya di situ. Bila call mak and mak memberi deskripsi bagaimanakah corak shawl tersebut, maka memang benarlah ianya kepunyaan saya dan pengirim tak salah alamat. Hehe terkeluar lagi aura bahasa skema dalam ayat tadi. Maafkan saya. Hahahah.

Tapi kenapa dapat 5RM ni. Saya kalau bab-bab duit ni memang ler risau. Sebab takut2 tersalah ke apa kan. Lepas tu saya pun SMS la pengirim shawl ni nak tanya kenapa baki 5rm bukan 3rm. Dia balas and kata masa dia nak pos hari Khamis lepas, dia borak2 ngan orang kat post office tu (kalau tak silap) sampai tak perasan termasukkan 5rm. And dia kata takpe, kira saya ambik je la kan lebih 2RM tu. Heheh. Thanks ya! =)

Siapa-siapa yang nak tengok shawl yang cun boleh la ke blogshop nih ya
Serious berbaloi-baloi! Heeeee…..
Yang ni pulak shawl yg saya beli masa pergi masjid india tadi dengan kaklong+my abanglong-to-be heheh. Tau tak berapa saya dapat beli satu shawl ni? Taktau kan. OK takpe meh sini nak bagi tahu. Saya dapat RM5 SAHAJA sehelai!! Wah memang lepas ni boleh beli n buat bisnes pulak lah kut hahahah 

4 comments:

soffya said...

wow...seronok kan menang2 cam ni...huuu....nak ler shawl tu satu.bleh?

ali said...

ye aku sokong ko buat bissnes shawl tu...
model diri sendiri je...
berbekalkan citarasa ko tentang design shawl yg cun2 aku rase ko bleh jual ngan banyaknya..
selamat berjaya..

SuRAizA~ said...

kak soffya
hehehe nak ke
alaa kne msk contest,
bru blh dpt..kne la tggu org wat contest dlu haha

ali
haha tq2
akn difikirkan

ali said...

betoi..ko memng dah bleh buat bisnes....mudah jer...