I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Saturday, March 13, 2010

...Saya terima...


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ”
~Riwayat Muslim

Salam

Saya tahu entry yang sebelum ni mungkin akan menyebabkan ada yang akan berkecil hati dengan saya. Saya tahu. Mungkin sama-sama silap. Kadang-kadang kita selalu cakap sebelum berfikir. Sepatutnya berfikir dulu sebelum bercakap. Tapi tu laa... Kalau dah marah, macam-macam boleh keluar. Kalau dah sakit hati, memang dah tak sempat lagi nak berfikir. Saya tak cakap kat orang, tapi kat diri sendiri. Saya tahu ramai orang pun macam ni. Susah nak control. Sebenarnya kalau saya marah, saya lagi suka diam. Diam seribu bahasa. Cakapla apa pun, call la berkali-kali pun, mesej la beribu-ribu kali pun, saya takkan balas dan saya takkan jawab. Dan sebab tu la blog ni yang jadi mangsa tempat meluahkan perasaan. Memang risau jugak takut ada yang berkecil hati. Tapi saya pun perlukan tempat untuk luahkan apa yang terpendam. Memang saya tak suka nak sembur depan-depan, tapi saya perlu keluarkan jugak apa yang saya rasa dan apa yang saya fikir.

Sebenarnya, saya tak suka nak marah lama-lama. Walaupun saya dah tak marah dan dah tak ingat pun pasal perkara yang membuatkan saya marah tu, saya still tak tahu macam mana nak betulkan balik keadaan. Sebab selagi saya tahu saya tak bersalah saya takkan jadi yang pertama untuk mintak maaf or saya takkan mengalah awal-awal. Memang macam ni lah daripada dulu. Sikap yang boleh buat orang salah faham. Dan bila orang dah mula nak berbaik-baik dengan kita, kita buat dek je. Ish kenapalah dengan saya ni. Kadang-kadang rasa bersalah pulak. Saya tak tahu macam mana nak betulkan keadaan, tapi bila dia dah cuba nak betulkan keadaan, saya buat perangai pulak. Feel like stupid! Sangat! Urrggghhhh!!! 

Punca utama yang menyebabkan saya jadi sangat marah: bila orang merendah-rendahkan saya dan apa yang saya buat, termasuklah marah tanpa usul periksa dan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Ya itulah punca sebenar. Kalau dah tak marah pun, terasa hati yang amat sangat tu ada la. Duhai hati, mengapakah terlalu sensitif? 

Dan alhamdulillah........
Saya dan dia dah berbaik jugak akhirnya. Saya pun bukanlah jahat sangat. Still ada otak untuk berfikir yang mana baik yang mana buruk. Soal hati kena campak ke tepi kalau bab-bab macam ni. Tak boleh nak ikutkan sangat hati ni nanti mati. So adalah lebih baik ikut akal yang rasional. Saya tak suka nak ada masalah dengan siapa-siapa dan saya pun tak reti nak cari masalah. Tapi bila ada yang timbulkan masalah dengan saya, biasanya ia akan berpanjangan bagi pihak saya tapi mungkin tidak bagi pihak dia. Sebab tu saya tak suka nak cari masalah. Tapi kali ni, saya memang betul-betul dah ok. Saya dah tak marah. Saya boleh kawan dengan dia macam dulu, macam biasa. Saya pun nak kawan dengan dia, taknak putus kawan sebab benda kecik remeh-temeh macam tu. Benda yang tak penting langsung dalam hidup saya. Dan sangat-sangat bersyukur bila dia datang berbaik-baik dengan saya sebab saya memang takkan pergi untuk berbaik-baik dengan dia walaupun niat tu ada. *sy mmg jahat* Thanks sangat2.

Semalam dapat berita mengejut. Wan (nenek) saya masuk hospital. Mak kata wan teruk. Masuk icu. Dah mula risau + takut sangat. Rasa macam baru je lagi rasa macam ni. Airmata pun dah laju je mengalir macam tak tahu berhenti. Saya memang sangat risau. Maghrib tu lepas solat baca yasin sambil menitis-nitis airmata. Nak balik, nak pergi tengok wan kat hospital. Tapi ada program wajib dan sangat penting hari sabtu nanti. Serba-salah. Mak kata jangan balik dulu. Tengok esok wan macam mana. Sebab kalau ikut hati saya memang nak balik sangat2, nak tengok wan. Tapi saya rasa lebih baik saya ikut cakap mak. Sebelum tu memang sangat serabut memikirkan banyak perkara termasuklah meeting penting malam tu yang saya tak pergi sebab fikiran tah ke mana, program hari sabtu, nak pergi tengok wan kat hospital, assignment, masalah dengan orang, itu ini. Memang nak sangat ada kat 2 tempat dalam 1 masa. Kalau lah boleh.... Tapi tu laa...kalau ikut cakap mak, memang semua pun ok. Lepas je mak kata jangan balik lagi sok pergi kelas dulu, and lepas saya kata ok, terus hilang rasa serabut sume tuh.


Saya memang rapat dengan wan. Dari kecik lagi duk ngan wan. Ingat lagi dulu-dulu masa kecik kalau main sampai nak senja tuh sampai tak reti nak balik, wan datang bawak kayu *ranting kayu la* nak wat rotan suh cucu-cucu dia balik sebab dah nak maghrib. Saya selalu tidur dengan wan atas katil sampai atuk terpaksa tidur atas tilam kat bawah. Huhuu. Jahatnya saya. Biasanya time cuti sekolah dulu-dulu or cuti sem saya mesti nak balik kampung seminggu dua duk umah atuk. Sebab dah terbiasa. Saya sayang sangat kat dorang... Sebab tu kalau ikutkan hati ni, nak terbang je balik jumpa wan. Tapi tadi cousin dah balik tengok wan and dia kata wan dah ok ckit, dah takde wayar2 berselirat lagi. Alhamdulillah.


Apa-apa pun, saya tahu semua yang jadi tu ada hikmahnya. Saya tahu. Dari dulu lagi saya dah tahu. Makin hari, saya macam dah terbiasa dengan semua yang jadi dalam hidup saya. Tak banyak yang gembira. Sangat banyak kisah air mata. Mesti ramai kata hidup saya boring, tak best, sedih, nak nangis je tahu. Tapi memang ni lah hidup saya. Saya terima walau macam mana pun.


Tetap senyum,
=)


10 comments:

ali said...

ok la...ape yg kurngnye ngan hidup ko.....
bg aku hidup ko penuh kasih sayang..pada kucing, keluarga, kengkawan...pelajaran....hahahaha
best tu...hahahahahaha

ape pon takziah tuk wan ko..harap cepat sembuh...

n aku 1st komen post ni..hahaha

rya hana~ said...

mase bace blog pasai sue,sue macam nis!sebijik!sensitif+ego sket.hihi.
tulaa nis pun selalu camtu.tp kdg2 bila gado2 ni,leh makin rapat jadinya..biasala kan inikan lidah pun boleh tergigit,lagila bila berkawan..hihi..lumrah manusia ada perasaan marah sedih..kalu x marah bukan manusia tuh kan sue..hehe.tapi kalu ikut nabi s.a.w yang plg afdhal pabila kita rasa marah sebaiknya kita diam .mengambil wudhuk..supaya hati lebih tenang dan sejuk.xapa2,belajar dari kesilapan..sesungguhnya manusia ini akan di uji dengan bermacam2 oleh Allah S.W.T untuk menguji setinggi mana darjatnya di sisi Allah S.W.T..kasihan sue,byk masalah dia..jgn putus asa!sue syg kene kuat!dpt msg kt fone dr anisku x>>?

SuRAizA~ said...

ali
thanks for doa and menjadi yg pertama memberi comment..'i dont hate comments' heheh

nis~
thanks nis! ni yg sue suke sgt klu nis comment ni. sumenye best! yes2 sue dpt msg anis, jgn risau mmg sue duk baca mesej tu la pg ptg siang mlm sjk 2menjak nih. nis bg mesej tu mmg tepat pada masanya.heee..thanks syg!

HAZ_SHAMEER said...

Cik suraiza..

Thanz untuk hadis tu..suka untuk membaca dan belajar untuk mengamalnya.

Cik suraiza...ermm adalah penting untuk kita saling memaafkan supaya kita berasa ketenangan jiwa..InsyaALLAH pada hari ni orang mengharapkan kemaafan kita..Esok lusa kita pasti mengharapkan kemaafan orang..ada waktu2 kita berada dlm prestasi terbaik sebagai hamba Allah dan ada waktu2nya adalah sebaliknya.Dan sebab itulah kita kena saling memaafkan.

InsyaALLAH jika cik suraiza memaafkan dia,bukan sahaja membantu jiwa cik suraiza lebih tenang malah membantu si peminta maaf mengurangkan rasa bersalahnya.Alangkah indahnya hidup ini jika kita semua penuh dengan kasih sayang sesama insan.

Ermm saya doakan untuk kesembuhan wan cik suraiza (saya xpenah sempat merasa kasih sayang kedua2 wan, atuk dan aki uhuk2)

en.alierostam said...

itu la perasa dalam hidup...
anyway..hv a nice day...

Muabbid said...

hidup bersame air mate??mungkin tu lagi baik kot..Allah xkan membebani hambanya melainkan Dia tahu sue mampu menghadapinye..Allah sntiase brsama kita and me too..always be there for u..huhu

rya hana~ said...

hehe.semgtnya dia baca msg nis~^_^~
syg sue juga~~~=P

Kampungku2u said...

Salam komen semoga wan awk tu sentiasa sihat & cepat sembuh ya.. jangan lupa doa banyak2..=) jangan sedih2 lagi..smile =)

HonEyBuNNy said...

ya sis...setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya...

Centado said...

tetap senyum
:D