I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Sunday, March 21, 2010

Suka-Ria-Sedih-Duka-Lara BersAmA~

Assalamualaikum

Yay akhirnya...............


Berjaya jugak meng-klik "New Post" kat belog kesayangan ni hehe. Sorry lama tak update. Yang jerit2 kat shoutmix box tu nanti saya jerit balik k. Tak sempat la nak balas pape termasuk sume comment. Thanks pd yang concern =) Just sempat masuk belog neh and jenguk kejap2 je. Yang mana dah jadi follower tu thanks jugak. Nanti saya follow balik mana yang belum ok?


Hmm cerita memang banyak. Sangat! Tapi taktau pulak nak mula dari mana.Takpe kita mulakan dari mula ya! Heheh


gambar suka-suki.xde gmbr xbest.haha

13 Mac
Lawatan Kebajikan Rumah Orang Tua Sri Kenangan Cheng
Program ko-k yang wajib untuk semua. Ni lah sebabnya saya berbelah bagi nak balik kampung tengok wan. Kalau ikutkan hati dah tak kesah wajib ke tak. Tapi kalau ikut rasional akal, memang serba-salah jugak lah dibuatnya. Tapi disebabkan semua orang pun suruh saya jangan balik (kesian...) suh saya pergi ko-k ni sebab wan dah keluar hospital. Tapi dah keluar hospital pun still tak sihat lagi. Sangat risau. Saya sorang je yang tak balik jenguk wan lagi. Kaklong and ira pun dah jumpa wan siap tolong jaga lagi. Atok bukan sihat sangat jugak. Tapi memang tak de kelapangan lagi ni. Cam ne la nak balik. Tak sabar nak tunggu study week. Kalau takde pape, nanti study week nak balik kampung. Mak yang kata sebab saya tak balik tengok wan lagi. Heee..

Owh ok2. Berbalik semula kepada lawatan tadi tu,........... terlupa pulak. Banyak sangat membebel. Bertolak pukul 7pagi sampai sana pukul 9pagi and siapkan stage sume sebab kitorang ada buat persembahan lah apa kan. So, masa tengah sebok2 tu, tiba-tiba dapat tahu salah seorang penghuni rumah orang tua tu meninggal. Disebabkan pihak pengurusan sibuk menguruskan jenazah, program kitorang pun bermula agak lewat. Tapi tu lah sampai meninggal waris tak datang jenguk. Memang banyak benda yang saya dapat drpd program ni, macam2 cerita. Tengok dorang pun sedih. Ada yang anak hantar ke rumah tu tanpa datang jenguk langsung. Nak kirim duit lagi la xde. Ada jugak sorang makcik ni yang membahasakan dirinya wan langsung dah tak ada siapa-siapa. Suami pun dah meninggal. Anak pun takde. Better takde anak, daripada ade tapi tak sanggup nak jaga mak ayah sendiri. Emo pulak an..hee. Tapi memang betul la, mengikut kata pihak rumah kebajikan tu, yang anta mak or ayah dorang kat sana terdiri daripada mereka yang berpelajaran, berpangkat tinggi, berjawatan.. Bukan yang tak berkemampuan. Tapi still....entah la. At least cuba fikir sok lusa kau tua jugak tah2 ank kau campak kau kat c2 gak kan. Rasa la cam mana. Haih kan dah emo lagi. 



*Teringat wan kat kampung bila makcik tu suh panggil die wan..huhu


14-19 Mac
Minggu yang sangat bz, sangat penat, sangat mengantuk, sangat banyak keje, sangat tension.........! Memang sangat-sangat! 

14 - Pergi Kajang beli sijil2 and barang2 untuk hamper. Sapa-sapa yang taktau lagi kenapa saya nak susah2kan diri g beli benda2 ni sume adalah kerana saya handle cenderamata untuk dinner pesepsi. Keluar pagi balik petang lagi....

15 - Lepas tutorial IPE sempat balik rumah untuk ambik baju dinner, kasut dinner, beg dinner....pendek kata sume barang untuk dinner lah...hehe..sebab memang dah takde masa dah. Hari ni je yang macam free.

16 - Kelas sangat banyak. Terutama sekali kelas Dr Tang. So hari ni tak buat pape yang tak berkaitan dengan akademik. Semuanya akademik belaka, masuk keluar kelas Dr Tang je.

17 - Pagi buat assignment Dr Tang kat PTSL. Petang gerak pergi ambil cenderamata yang saya dengan ika tempah kat Central Market last week. Ala yang harga beribu sampai de krisis hari tu kan. Heheh. Sapa yang baca entry lepas dia tau la...bersama2 dengan tahir selaku driver dan seorang lagi kawan

18 - Dinner kolej @ Malam Anugerah Tahunan Kolej (MATK). Petang tu berlaku krisis lagi. Adoi tak sudah2. Tak habes lagi ke makcik? Malas fikir. Setelkan sendiri.

19 Mac - Dari pagi kat Dataran Canselori. Lepas tu pergi fac balik. Sebab nak pergi ofis, pergi pejabat dekan, mintak cop, mintak sign. Pergi KTHO tumpang bilik Shud. Balik Ibu Zain nak ambik cenderamata dalam bilik. Thanks sangat2 - Efa and Tirah! Ke hulu ke hilir dari pagi sampai malam. Seronok sangat2 Malam Gala PESEPSI berjalan dengan jayanya. Tahniah kepada semua yang terlibat bertungkus-lumus dan bersusah-payah. Siap dapat pujian drpd sensei lagi. Hehehe. 


Untuk gambar event ni semua, boleh lah tengok2 kat album mukabuku saya ya. Kalau nak tengok laa... =)

20 & 21 Mac
Kelas tutorial Dr Tang. 
Ahad - Presentation
Ingat sabtu ahad boleh lah rehat sakan...last2 ada je yang menghalang. cewah. hhahhahaha


4 comments:

.rENEx. said...

lawa la baju sue..
suka2..

;)

ali said...

giler bz....dah pepenat ni bleh ar apply cuti...

shaa bonitaa said...

ape name fesyen bju yg suke pkai time dnner tu? wahh...glemer abess..heee~~

HAZ_SHAMEER said...

ermmm baju tu melihatkan sisi lain diri cik suraiza yang matang...