I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, April 30, 2010

Semua kena baca! Mana tau nama korang tersenarai dalam wasiat neh..hee

Assalamualaikum

Wahai rakan-rakan blogger ku sekalian
Yang seramai 300 orang kesemuanya

Sila la korang melihat
Apakah isi kandungan wasiat ni sebenarnya~

Jangan terkejut pulak
Ianya bukanlah sebijik kereta 
mahupun sebuah banglo yg korang idam2kan selama ni
Hahahaha
Ianya hanya lah seekor......

Ya..inilah wasiat yang telah diberikan
iaitu ....seekor lembu yg kelihatan sungguh hot ya duk kat tengah panas tu kan mana lah tak hot
ekekekekekeke

Untuk menerima wasiat ini, kenalah menyiapkan segala task kat bawah tu ha 
********************************************************
1) Thank & link the person that gave you the cow
 thanks to
 ROXY ZAI
for giving me this cow
(teringat jugak nak tinggalkan wasiat tuk kite kan..terharunya..sob..sob..)

2) Bagi balik wasiat ni kat 7 blogger yg paling active atau 7 yg paling tak active
dan kepada sesiapa shja yg mahukan lembu ni sila la amik wat macam wasiat sendiri ey heheh

3) Bagitau dorang yg dorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat 
Baik laaaa....sat lagi i pegi blog dorang jerit2 kat shoutbox bgtau dorang dh dapat wasiat  
4) Cerita 3 perkara@apa yg anda selalu buat sambil tengok tv
baca surat kabar, makan, ngadap lappy

5) Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan
rasanya tak penah lagi la makan makanan pelik

6) Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK
setakat ni baru 722 org je 

7) Feveret soalan ni, camne korang berjumpa spouse or pakwe/makwe korang? Kat mana?
  hmmm...taktau.. mane penah jumpa lagi laa...

Thursday, April 29, 2010

Tak perlu mencari yg secantik Balqis.Andai diri tak sehebat Sulaiman

Assalamualaikum

Semalam kemas-kemas bilik, 
entah macam mana boleh terjumpa  pulak kertas ni haa..
Kalau nak tau apa yg ditulis dalam kertas tu....
Sila lah baca entry ni sampai habis ya


Sebuah karya yg sesuai utk semua
Bagi yg bujang, boleh ambil iktibar
Bagi yg belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar
Bagi yg berkeluarga, perlu mengajar

KALAU BERCINTA.....
Untuk suami, renungkanlah pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah...

Pernikahan mengajar kewajipan bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya

Pernikahan mengajar kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH SWT,
kerana memiliki isteri yg tak sehebat mana

Justeru kamu akan tersentak dari alpa
 Kamu bukanlah Rasulullah SAW 
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah!
Kamu cuma suami akhir zaman yg berusaha menjadi soleh..amin

Untuk isteri pula, renungkanlah...
Pernikahan membuka tabir rahsia
Suami yg menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad SAW
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Pun tidak setabah Ayyub
Ataupun segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
 Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman 
yg punya cita-cita membangun keturunan yg soleh

Pernikahan mengajar kewajipan bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami adalah nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yg nakal, kamu adalah penonton kenakalannya

Saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan mengajar kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH SWT
Kerana memiliki suami yg tak segagah mana

Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yg begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar yg begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yg berusaha menjadi solehah..amin

Justeru itu, wahai para suami dan isteri
jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya 


Suami & isteri ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah, 
andai diri tidak semulia Rasulullah SAW 
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis, 
andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf, 
seandainya kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim, 
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah...

p/s - renung2kan dan selamat beramal =)
mode : "denyut kasih medik" alahai... *_*


Wednesday, April 28, 2010

masa.utk.buang.masa,yahuuu!

Assalamualaikum

Hooraayyy!!! Exam dah habes. selamat sudah paper terakhir utk sem ni pagi tadi. owh tahun depan dah tahun 3? lepas tu dah habis belajar? then nak kena pergi keje pulak ke? dah tu takkan nak naik pelamin pulak kut kan belum ada calon. adeh. wah2 cepatnya masa berlalu..berlari ke apa masa ni..rasa baru je gi daftar kat ukm tu semalam. rasa macam baru je kena serang ngan beruk pastu serang beruk tu balik ngan payung. rasa macam baru first time je masuk exam kat dewan ktams..baik lah saya akan stop berangan-angan ingat masa lalu sekarang. nak fikir masa depan pulak. cewah hahahha.

Tadi masa tengah packing barang, sha (my rumet) dah nak keluar setelkan tesis dia. So sebelum dia keluar tu sempatla salam peluk cium nangis2 dulu..huwaaa sedihnya...nanti dah tak duduk satu bilik lagi...lepas tu dah takde lagi nak share cerita sains politik dengan hubungan antarabangsa..dah tak boleh nak sama2 bermesra dengan atam and cuni lagi..macam mane la sue lepas ni..dah dua tahun sebilik dengan sha.. sha nak grad dah next year and nak kawen pun bulan 6 ni. haih cam ne la sue nanti dengan rumet baru. ntah ok ke tak. sekepala ke tak cam sue ngan sha agaknya. risau pulak. nanti mesti sue rindu sha sangat2..

Malam tadi dah bagi hadiah untuk wedding dia nanti. siap balut sendiri lagi tu. excited punya pasal. yela maunya tak excited. first time ni nak bagi hadiah untuk wedding sebab sebelum ni memang tak pernah pun. hahahhaa. mana ada kawan rapat yang kawen lagi sebelum ni. kira ni yang pertama la. sha apa lagi, gembira bukan main. terkejut la dia masa mula2 bagi hadiah tu. belum kawen lagi dah dapat hadiah kan. bukan apa, tah2 tak sampai ke terengganu tu nanti, jauh sangat. hehe. so mak kata bagi sekarang je la. tak salah pun. siap jadi orang pertama bagi wedding gift kat dia. sampai dia pun tak sabar nak bukak and nak bgtau tunang dia. ish3. tapi saya tak bagi la dia bukak lagi. nama pun hadiah kawen, kena tunggu dah kawen la baru boleh bukak kan. hehehe





Tajuk kat atas tu memang takde makna ya. tak hingin la nak buang masa. bukan senang nak dapat masa-masa free macam sekarang ni. hmm nak habeskan baca novel yang beli kat mph hari tu. lepas tu nak pergi buat ic baru (err macam tak perlu je nak cakap kat cni kan hee). lepas tu nak balik kampung jenguk wan dengan atok. then balik sini nak cari kerja. lepas tu kalau ada masa nak mula apa yg patut utk tesis. fuh plan bukan main banyak. tapi tak tau la menjadi ke tak.

Haa jangan lupa malam ni, jangan tido lagi. de tribute tuk arwah achik spin..al-fatihah

Thursday, April 22, 2010

If you think you are unhappy, look at them...

Salam

Malam ni memang gile rajin nak update blog

Kenapa tah

Ni mesti gara-gara hormon tak stabil dan kacau-bilau lagi la ni
Haih tak mengapa

Blog sendiri pun bukan blog orang lain
Dengan itu
Suka hati la nak post banyak ke sikit ke ribu2 ke kan

Hahahhah

Oh berbalik kepada tajuk entry ni,
If you think you are unhappy, look at them...


Please...
Look at them

Being happy is the priority of living
If u want to be sad,
Be sad for something that really worth it


If u think your job is tough, how about him?
If u think your salary is low, how about her?

If u think u don't have many friends, ask yourself if u have one sincere friend
If u think study is a burden, how about her?



When u feel like giving up, think of this man
If u think u suffer in life, do u suffer as much as he does?

If u complaint about your your transport system, how about them?



"That which is beautiful is not always good; but that which is good is always beautiful"




He’ll always be there ♥

"So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there
He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there..."

Assalamualaikum

Pagi tadi memang dah selamat lagi satu subjek. Killer paper ye. Pergghhh memang killer betul laaa...Tinggal lagi dua subjek. So boleh jawab tak pagi tadi? Owh wassalam... (tolong tanya dan tolong jawabkan utk korang) Tak confident pun jawab. Pura-pura confident je supaya Dr Tang tak menaruh syak wasangka. Sambil-sambil dia pusing2 kat meja kitorang tu kan, karang nampak sangat la kebodohan ketidakpandaian student dia sorang ni. Baik tunjuk konon-konon tau sangat la nak jawab kan padahal tah sesat sampai mana dah hahahah. Dah! Dah! Tak nak pikir dah.. Dah jawab pun.. Nak pikir pe lagi... Better siap sedia untuk exam Jumaat ni pulak. Oh ya laa...jumaat ni exam kesihatan. Oleh itu seorang doktor diperlukan untuk bantu saya jawab soalan nanti. DR ANIS EZZAH tolongg!!! Hehehe. 

Sekarang ni dah selalu pulak dengar lagu Spin. Sebab kalau dengar je mesti teringat zaman-zaman sekolah dulu. Walaupun takde apa-apa hubungan  rapat ataupun hubungan saudara dengan arwah tapi still rasa kehilangan..Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman. Ameen..Al-fatihah 

Sangat-sangat-sangat tak sangka...ada sorang kawan ni sanggup beli shawl sebab nak support my bisnes. Lelaki ya kalau perempuan tu biasalah maybe dia pun nak pakai shawl tu kan. Bila tanya nak bagi gf ke, katanya tak. Nak bagi mak. Wah untungnya mak kau...hehehe. Dah la hari tu baru lepas marah dia teruk-teruk. Memang kaw-kaw la dia kena penangan marah tahap melampau macam kepulan debu gunung berapi Eyjafjallajokull kat Iceland tu. Ok ngaku tak gheti nak sebut! Hahaaha. Serius tak pernah marah orang sampai macam tu sekali! Agaknya masa tu memang mood tengah turun naik, hormon pun tengah tak berapa nak stabil. Dan dia pun cakap benda yang salah pada waktu yang salah. Apa lagi, memang kena halau terus lah kan. Tak pernah cakap kat orang suroh berambus bagai. Tapi kau kena! Huaahuahua. Adeh sorry+sorry+sorry sesangat kat kau kalau kau baca ni. Huhuhu. Tapi memang tak sangka la kau mintak maaf secepat itu, ingat nak marah ke gaduh balik ngan aku. Heheh. Btw, thanks. Aku akan tetap rahsiakan siapa kau (malu pulak beli shawl kalau beli kasut bola ratus2 kau tak malu pun kan hakhakhak)

Tadi kan ada la sorang hamba Allah ni...memang tak dikenali..tetiba meng-ym saya melalui kotak ym kat blog ni la..pastu tetiba nak promote pulak dia punya syarikat ke apa tah nak suroh join untuk dapatkan pendapatan lebih. Siap bagi nasihat lagi tu. Lebih kurang cam ni la dia kata, "sue belajar lagi kan, belajar la rajin-rajin.jangan ingat nak bercinta je". Amboi. Amboi. Amboi. Hellooo!!!!! Awak sapa nak cakap macam tu kat saya. Kot ye pun nak buat baik ke apa kan..., kalau tak sebok hal orang tak boleh? Suka hati saya la nak bercinta ke nak belajar ke taknak buat duit lebih ke.. Sebok pulak dia... Plis3 jangan promote apa2 lagi kat saya lepas ni pasal benda2 macam tu. Serius tak berminat langsung! Contohnya kalau sekali klik dapat 10ribu, 2kali klik dapat 20ribu...incik jangan ingat saya bodoh nak percaya benda2 macam tu la.  Kalau betul kenapa incik tak buat sendiri supaya incik menjadi cepat kaya dan lebih kaya daripada orang lain? Saya tak kata Nuffnang ya. Eheh. Sebab sekali klik tak sampai dapat 10ribu atau juta2 pun kan. Hahahha. Biarlah keje susah sikit untuk dapat duit sebab rezeki tak datang bergolek-golek. So...apa yang penting? USAHA!

Sekian sahaja bebelan utk kali ni..siapa-siapa tak suka sila tutup telinga. Ok laaa....sila tutup mata

  gambar takde motif@takde sebab@takde kaitan langsung hahahah


Wednesday, April 21, 2010

ENGAGEMENT ANNIVERSARY AWARD?? Wow korang ada??

Salam

Yay dapat award yang ketiga!


Haa siapa pulak yg bertunang ni kan?


Adakah...........???
Oh tidak!


Tak mungkin lah saya ye kawan-kawan sekalian
Gile pe tunang time2 final exam ni hahahahha


Jangan salah faham bila baca tajuk tu
Bukan saya punya 
ENGAGEMENT ANNIVERSARY


Tapi dapat award daripada tuan punya anniversary tu..hehe


Oleh sebab
diri sendiri pun akan bertunang jugak tak lama lagi
ceh memandai je 'tak lama lagi'
hahahaha


tak....sebab belum bertunang lagi kan
(kalau ada orang nak la kalau takde takpe ekekekeke)


Makanya...
saya dengan
gumbira dan sukacita
menerima award ini daripada 



Award ni E-na bagi sempena ulangtahun pertunangan dia

E-na kata "Harap sudi ambik award ini buat penyeri di rumah masing-masing ye..."


Wah berseri-seri dah blog ni ha! hehehe
Thanks ya!~


Sunday, April 18, 2010

May Allah grant his wife sabr during this hard time

Dari Abu Darda ra bahwasannya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang muslim yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan saudaranya, kecuali malaikat berkata: Dan untuk kamu pula seperti itu” (HR.Muslim)

Assalamualaikum

Since semua orang dah cakap pasal berita tu malam tadi, saya pulak nak cakap pagi ni. Sejak 2menjak nih banyak pulak kematian yg berlaku. Rasanya baru lagi saya post pasal arwah pakcik saya yang meninggal kemalangan. Semalam dapat lagi berita mengejut.


Hm memang terkejut bila tau berita ni. Semalam, lepas maghrib dah ada jugak yang post pasal berita ni kat facebook. Tapi masa tu belum disahkan lagi. Sebab ramai yang tulis "achik spin meninggal dunia??" dengan "betul ke achik spin meninggal, kalau betul takziah untuk family arwah." So memang tak confirm lagi pasal berita ni and saya pun taknak percaya. Mana lah tahu tak betul.

Tapi malam tadi saja try bukak utusan online and memang betul la dia meninggal dunia. Accident pukul 6 petang semalam. Tempat kejadian pun tak jauh dah dari UKM ni. Hmm memang la sedih jugak sebab saya, adik saya, kakak saya, memang minat kat dia since kitorang kecik lagi. Memang suka sangat karoke lagu2 Spin and lagu yg arwah nyanyi dengan Siti Nordiana tu. Elok lagi tersimpan kat rumah kaset+vcd lagu2 dia. Memang membesar dengan lagu2 dia. Serius la memang sedih.

May Allah grant his wife and family 'sabr' during this hard time~
Al-fatihah

Friday, April 16, 2010

9 SITI Yang Patut Dicontohi~

Assalamualaikum 

 Siapakah sembilan orang Siti yang patut dicontohi ni?

Dan sudah pasti la bukan siti suraiza ya..hehehe

Jom kita tengok sama-sama ya sahabat2, rakan2, teman2, dan kawan2 sekalian...  

1) Siti Khadijah 
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’


2) Siti Fatimah 
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali


3) Siti A’ishah
Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama


4) Siti Hajar 
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali)


5) Siti Mariam
Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa


6) Siti Asiah 
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah


7) Siti Aminah 
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia


8) Siti Muti’ah
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja


9) Siti Zubaidah 
 Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahyah Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk ‘Siti Impian’. Adakah kita tergolong antara Siti-Siti ini? Tepuk dada tanya iman. Sama-sama kita tingkatkan ilmu kita untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.


-diambil daripada emel tazkirah oleh Siti Suraiza Shaari =) 




♥ Blog ni memang interesting pun. No wonder laa.. (mood perasan ye di situ haha)

Assalamualaikum

Yay dapat award yang kedua!
Terima kasih kepada encik yg memberi


Tapi..sebelum nak amik, rasanya kena jawab 17 soalan dulu..
Kalau tak silap la
Sebab beliau pun de jawab 17 soalan tu jugak..heee

Soalan-soalannya adalah:

1. Apa yang anda akan buat bila anda tahu kawan anda tikam belakang anda?
Owh kalau dia macam tu, dia bukan kawan saya!
(dh terang2 dia bukan kawan saya kalau dia buat macam tu)

2. 6 orang dihati anda?
1) Mak
2) Abah
3) Kaklong
4) Ira
5) Wan
6) Atok

3. Anda rasa anda kacak comel?
Tak. Kucing saya lagi comel haha

4. Single or taken?
Single

5. Blog yang mana anda suka?
Blog yang tuan empunya blog tu tak sombong

6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?
Mestilaaa...........

7. Lagu yang terakhir anda dengar?
Hurt by Christina Aguilera

8. Last text message
Ntah. Tak ingat

9. Last phone call?
Call my mom malam tadi sebab tension sangat study tak paham apa pun
Dasyat tul paper pagi td
huhuhu

10. Hari terakhir anda menangis?
Malam tadi. Sob..sob..

11. List 5 warna kegemaran anda?
Pink. Purple. Jingga. Brown. Merah.

12. Orang yang terakhir anda ber'YM' ?
"peney_haha"
(skang ni pun tgh ym ngan beliau neh. 
tah pape. asyik tingtong3. 
cam nak masuk umah orang je pdhl ym je pun)

13. Game yang anda paling suka ?
Taktau la. Sebab cam dah lama tak main game

14. Adakah anda peminat MCR?
Yes2! 
Teringat kat one of my frens, 
Zati yg sangat2 fanatik MCR sampai kitorang sume panggil die Zati MCR
Wah rindu pulak kat dia! =)

15. Ape perasaan anda masa jawab tag ini?
Tengah hangin dengan orang yg sdg ber-ym dgn saya ni.
Asyik nak melawan je
Cili mulut tu karang baru tau (wlupun tak ym guna mulut hahahaha)

16. Anda rasa tag ini best?
Ok laa..
nape soalan dia tak cukupkan 20 je
hahaha perli nampak

17. Tag lagi 10 orang.
Nanay
  
 Alamak terlebih satu..mintak 10 bagi 11 pulak kan..
Ala tak kesah
Memang nak bagi kat sume orang pun award neh
Siapa-siapa yg baca n nak amik award ni, sila-sila amik ya....
Jangan malu-malu pulak!


Wednesday, April 14, 2010

Jatuh ♥ Lagi!

 Jatuh cinta lagi
Lagi lagi ku jatuh cinta!!!!


♥ . ♥ . ♥ . ♥ . ♥ . ♥ . ♥ . ♥ . ♥ . ♥. ♥ . ♥ . ♥ . ♥ . ♥ . ♥ . ♥ . ♥ . ♥ . ♥      


Just can't help myself
I fall in love again!!




 Alaaa
cam ne leh TERjatuh cinta time2 exam ni
Tu lah, dah kata 'TER'
Tak boleh nak buat apa lah kan
hihihi


Lah korang kenapa pulak ni....... 
Tak percaya??
Kenapa pulak tak percaya?
Percaya laa..


 Memang jatuh chenta lagi neh...


tapi..tapi..tapi..


jatuh chenta dengan lagu laa
 hehehehe


 Best2
jOm..layan je la dak kecik ni nyanyi




::Declan Galbraith - Tell Me Why::



In my dream, children sing
A song of love for every boy and girl
The sky is blue and fields are green
And laughter is the language of the world
Then i wake and all i see
Is a world full of people in need

Tell me why does it have to be like this?
Tell me why is there something i have missed?
Tell me why cos i don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why?
Everyday i ask myself
What will i have to do to be a man?
Do i have to stand and fight
To prove to everybody who i am?
Is that what my life is for
To waste in a world full of war?

Tell me why does it have to be like this?
Tell me why is there something i have missed?
Tell me why cos i don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why?

Dik nape kecik2 comey dah besar tak ensem? haahaahhhaaa!!



Dah sudah sudah
Jom sambung study!



Tuesday, April 13, 2010

Skrg Dah Tahu~ ♥

 Dance like no one is watching, 
Love like you'll never be hurt, 
Sing like no one is listening, 
Live like it's heaven on earth. 


Salam


Image di atas telah di curi dari oDiN Weblog 
Hehehe
Ok la, tak curi
Dah minta izin nk copy

Rasa cam betul je..eheh
Dah memang betul pun..bukan macam betul
Mak pesan, "angah, skang bukan masa utk bercinta"
Tapi ni pesanan mak time skola dolu-dolu la hehehe

 "A man who TRULY LOVES YOU WILL NEVER LET YOU GO, no matter how hard the situation is "