I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, April 16, 2010

9 SITI Yang Patut Dicontohi~

Assalamualaikum 

 Siapakah sembilan orang Siti yang patut dicontohi ni?

Dan sudah pasti la bukan siti suraiza ya..hehehe

Jom kita tengok sama-sama ya sahabat2, rakan2, teman2, dan kawan2 sekalian...  

1) Siti Khadijah 
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’


2) Siti Fatimah 
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali


3) Siti A’ishah
Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama


4) Siti Hajar 
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali)


5) Siti Mariam
Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa


6) Siti Asiah 
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah


7) Siti Aminah 
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia


8) Siti Muti’ah
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja


9) Siti Zubaidah 
 Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahyah Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk ‘Siti Impian’. Adakah kita tergolong antara Siti-Siti ini? Tepuk dada tanya iman. Sama-sama kita tingkatkan ilmu kita untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.


-diambil daripada emel tazkirah oleh Siti Suraiza Shaari =) 




6 comments:

.b.e.d.d.y. said...

nak perasan jap. haha

Roxy zai said...

nama sy xda siti tpi nk jadi cth mcm 9 siti ni jgak;)

HAZ_SHAMEER said...

nama ibu saya siti aminah...

mamashasha said...

siti nurhaliza tak tersenarai ke? hehe

soffya cik bulan said...

ala, siti ni pun boleh juga divontohi kan..

siti sifir pun boleh..ada yg bagus2 juga..:

ali said...

nak jd artis jdkan lah siti nurhalizah idola anda

nak jadi blogger jadkan la siti suraiza idola anda...hahahaha


bagus2 bhn bacaan mcm ni ar membangunkan minda..hahaha poyo...

k saje je...lame tk komen..tk tau nak komen ape...