I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, April 1, 2010

Entry 1st April~

Kita adalah apa yang kita kerjakan secara berulang-ulang. Kerana itu, keunggulan bukanlah suatu perbuatan, tetapi merupakan sebuah kebiasaan.
-Aristotle-
Assalamualaikum

Sejak dah ada blog lagi satu tu, rasa macam dah tak sempat je nak tulis entry selalu kat cni cam dulu-dulu. Susah jugak kalau dah ada 2 blog nih. Dua-dua kena update. Minggu depan akan bermula la minggu study week yang menekan lagi tertekan. Minggu-minggu depannya dah final exam pulak. Rasanya nanti start 10April sampai 28April takkan update blog. Oleh itu kepada sesiapa yg nak wat order bolehlah terus contact saya melalui hp ya. Tapi saya mungkin akan post lambat ckit. Tengok pada situasi dan keadaan saya ketika itu. (sama ada masih waras atau tidak) Hehehe. Maklum la tengah FINAL EXAM la katakan. So memang time2 mereng la 10April sampai 28April tu nanti.

Ha nak tau tak?? Cakap la nak. Kalau taknak pun nak bagitau jugak. Dengar cepat pasang telinga tu  baik-baik..hahahaha..saya dapat hadiah!! Saya telah menerima sehelai shawl yang telah dihadiahkan oleh encik aliapeng yang telah menjadi customer pertama di blogshop saya dengan membeli shawl untuk dihadiahkan kepada tuan punya blogshop. HAhahaahhaAaaha!! Ayat ni memang panjang dan memeningkan. Tapi korang faham kan? Saya assume semua faham la ye. Heee.. Maka, dengan itu berbanyak-banyak  terima kasih ingin saya ucapkan kepada beliau. Hehe. Thanks jugak sebab mem-promote-kan blog-blog  saya (sekarang dah ada dua blog ok haha) kepada nur 'adli azhari. Tq nur 'adli azhari dan followers yang follow ya. MArilah beramai2 follow blogshop saya pulak ey =)


Nak promote lagi kat cni...


Kepada sape2 yg mau shawl yg chantek2 spt dlm gambar kat ats ni boleh lah ke



Hari tu masa pergi interview kolej (mmg kolej ibu zain ni je yang suka nak interview student), tak rasa pun boleh dapat stay kolej ni next sem. Sebab sejak pegang status pelajar tahun dua ni, memang tak penah lak nak jadi AJK pelaksana mana-mana prog kolej macam tahun 1 dulu. Dan memang lah ditanya masa interview tu, "awak memang tak pegang apa-apa jawatan atau jadi AJK pelaksana untuk mana-mana prog kolej ya?" Ye lah tengok dalam borang tu pun dah tau, merit pun sikit and jadi peserta & ahli je untuk setiap aktiviti kolej. Oh saya dengan senang hatinya menjawab, "saya memang berminat untuk jadi AJK pelaksana mana2 prog kolej tapi masalahnya sekarang saya tak tahu macam mana. kalau ikutkan, thn1 dulu pn saya ada handle prog. prog kolej yg bergabung dgn ukm. so rasanya memang takde mslh langsung la bagi saya untuk handle mne2 prog lagi." Ceh confident je jawab. Bukan nak berlagak ke apa, tapi saya rasa adalah perlu untuk bagitahu kebenarannya mengapa saya tak terlibat dgn mne2 prog kolej tahun nih. 

Soalan lain yang ditanya, apa pendapat anda tentang UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan di Malaysia? Dan tak tahu la kenapa saya jugak yang pertama disoal dalam sesi temuduga bersama 8 orang pelajar lain termasuk pelajar master dalam bilik temuduga tu. Tahun lepas pun macam tu. ,Takpe..takpe..dengan confidentnya saya menjawab, siap bagi contoh Dr Sheikh Muzafar Shukor lagi tu. Hahahah. Confident la sangat. Padahal tak tau apa, merepek je lebih. Heheh. Tapi merepek2 pun dapat stay kolej jugak. Yang ni memang tak sangka sungguh la. Kalau ikut merit memang kena tendang zaba dah kut. Hahhahaha. Apa2 pun pada kawan2 yg tak dapat stay kolej, yang bengang sangat3 sebab merit tinggi tapi still dikeluarkan dari ibu zain, yang kena pergi ktho, kbh, and zaba tabahkan hati k. Heheheh. Lagi setahun je. Tapi mane yang dapat ktho tu memang bahagia lah kan.

Beberapa minggu lepas, saya ber-ym dengan Saidatul Azreen. 'Ter'tau sesuatu lagi. Memang la tak sangka.  Malu sampai taktau nak letak muka kat mana. Keciknya dunia. Keciknya facebook. Keciknya dunia blog. Reen, rahsia kita ok? Heeheh


Thanks Shud sebab menjadi pembaca blog sue yang setia. Hehe. Oh ya, tak lupa jugak Yan Razik. Thanks tau. Tak sangka betullah kamu pun baca blog nih jugak. Hari tu baru tau. Siap dengan kata-kata memuji bagai. Adeh malu laaa...hikhikhik. Okey2 terima kasih kepada semua jugak. Kang de pulak yg majuk tak cakap terima kasih sebab baca blog ni kan. Hehe. Yang baca secara senyap2@sembunyi2 tu pun. Jangan ingat saya taktau, saya tau laaa...! Hahaha
Ok sampai sini dulu..nanti kalau kerajinan melanda, sok lusa cerita lagi. Tapi kalau kemalasan yang melanda, pas exam nanti baru cerita la nampak gayanya. Hehehe





3 comments:

ali said...

sekali lagi..huhu mali aku..
hahaha lawak pon ade...ko buat aku tersengih sesong kat bilik ni..roomate dah terbongkang kat sebelah ni..sengih sesorng je la..hahaha..good luck exam...

nur 'adli azhari said...

saya pun tersengeh!!
dah tiba masanya saya wat entry utk u pnya collection! wait n see ya!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

Gud luck 4 ur exam