I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, April 22, 2010

He’ll always be there ♥

"So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there
He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there..."

Assalamualaikum

Pagi tadi memang dah selamat lagi satu subjek. Killer paper ye. Pergghhh memang killer betul laaa...Tinggal lagi dua subjek. So boleh jawab tak pagi tadi? Owh wassalam... (tolong tanya dan tolong jawabkan utk korang) Tak confident pun jawab. Pura-pura confident je supaya Dr Tang tak menaruh syak wasangka. Sambil-sambil dia pusing2 kat meja kitorang tu kan, karang nampak sangat la kebodohan ketidakpandaian student dia sorang ni. Baik tunjuk konon-konon tau sangat la nak jawab kan padahal tah sesat sampai mana dah hahahah. Dah! Dah! Tak nak pikir dah.. Dah jawab pun.. Nak pikir pe lagi... Better siap sedia untuk exam Jumaat ni pulak. Oh ya laa...jumaat ni exam kesihatan. Oleh itu seorang doktor diperlukan untuk bantu saya jawab soalan nanti. DR ANIS EZZAH tolongg!!! Hehehe. 

Sekarang ni dah selalu pulak dengar lagu Spin. Sebab kalau dengar je mesti teringat zaman-zaman sekolah dulu. Walaupun takde apa-apa hubungan  rapat ataupun hubungan saudara dengan arwah tapi still rasa kehilangan..Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman. Ameen..Al-fatihah 

Sangat-sangat-sangat tak sangka...ada sorang kawan ni sanggup beli shawl sebab nak support my bisnes. Lelaki ya kalau perempuan tu biasalah maybe dia pun nak pakai shawl tu kan. Bila tanya nak bagi gf ke, katanya tak. Nak bagi mak. Wah untungnya mak kau...hehehe. Dah la hari tu baru lepas marah dia teruk-teruk. Memang kaw-kaw la dia kena penangan marah tahap melampau macam kepulan debu gunung berapi Eyjafjallajokull kat Iceland tu. Ok ngaku tak gheti nak sebut! Hahaaha. Serius tak pernah marah orang sampai macam tu sekali! Agaknya masa tu memang mood tengah turun naik, hormon pun tengah tak berapa nak stabil. Dan dia pun cakap benda yang salah pada waktu yang salah. Apa lagi, memang kena halau terus lah kan. Tak pernah cakap kat orang suroh berambus bagai. Tapi kau kena! Huaahuahua. Adeh sorry+sorry+sorry sesangat kat kau kalau kau baca ni. Huhuhu. Tapi memang tak sangka la kau mintak maaf secepat itu, ingat nak marah ke gaduh balik ngan aku. Heheh. Btw, thanks. Aku akan tetap rahsiakan siapa kau (malu pulak beli shawl kalau beli kasut bola ratus2 kau tak malu pun kan hakhakhak)

Tadi kan ada la sorang hamba Allah ni...memang tak dikenali..tetiba meng-ym saya melalui kotak ym kat blog ni la..pastu tetiba nak promote pulak dia punya syarikat ke apa tah nak suroh join untuk dapatkan pendapatan lebih. Siap bagi nasihat lagi tu. Lebih kurang cam ni la dia kata, "sue belajar lagi kan, belajar la rajin-rajin.jangan ingat nak bercinta je". Amboi. Amboi. Amboi. Hellooo!!!!! Awak sapa nak cakap macam tu kat saya. Kot ye pun nak buat baik ke apa kan..., kalau tak sebok hal orang tak boleh? Suka hati saya la nak bercinta ke nak belajar ke taknak buat duit lebih ke.. Sebok pulak dia... Plis3 jangan promote apa2 lagi kat saya lepas ni pasal benda2 macam tu. Serius tak berminat langsung! Contohnya kalau sekali klik dapat 10ribu, 2kali klik dapat 20ribu...incik jangan ingat saya bodoh nak percaya benda2 macam tu la.  Kalau betul kenapa incik tak buat sendiri supaya incik menjadi cepat kaya dan lebih kaya daripada orang lain? Saya tak kata Nuffnang ya. Eheh. Sebab sekali klik tak sampai dapat 10ribu atau juta2 pun kan. Hahahha. Biarlah keje susah sikit untuk dapat duit sebab rezeki tak datang bergolek-golek. So...apa yang penting? USAHA!

Sekian sahaja bebelan utk kali ni..siapa-siapa tak suka sila tutup telinga. Ok laaa....sila tutup mata

  gambar takde motif@takde sebab@takde kaitan langsung hahahah


2 comments:

ali said...

tak tau nak komen ape..tp nak menyibuk gak...hahahaha...tp ok la..aku ngah mengantuk ni.. bace post ni rase semangat balik nak study...takot2 nnt lepas exam nnt aku buat post mcmni gak...hahahaha....

SuRAizA~ said...

tak boleh
plagiat namanya tu
hahahah