I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Wednesday, April 28, 2010

masa.utk.buang.masa,yahuuu!

Assalamualaikum

Hooraayyy!!! Exam dah habes. selamat sudah paper terakhir utk sem ni pagi tadi. owh tahun depan dah tahun 3? lepas tu dah habis belajar? then nak kena pergi keje pulak ke? dah tu takkan nak naik pelamin pulak kut kan belum ada calon. adeh. wah2 cepatnya masa berlalu..berlari ke apa masa ni..rasa baru je gi daftar kat ukm tu semalam. rasa macam baru je kena serang ngan beruk pastu serang beruk tu balik ngan payung. rasa macam baru first time je masuk exam kat dewan ktams..baik lah saya akan stop berangan-angan ingat masa lalu sekarang. nak fikir masa depan pulak. cewah hahahha.

Tadi masa tengah packing barang, sha (my rumet) dah nak keluar setelkan tesis dia. So sebelum dia keluar tu sempatla salam peluk cium nangis2 dulu..huwaaa sedihnya...nanti dah tak duduk satu bilik lagi...lepas tu dah takde lagi nak share cerita sains politik dengan hubungan antarabangsa..dah tak boleh nak sama2 bermesra dengan atam and cuni lagi..macam mane la sue lepas ni..dah dua tahun sebilik dengan sha.. sha nak grad dah next year and nak kawen pun bulan 6 ni. haih cam ne la sue nanti dengan rumet baru. ntah ok ke tak. sekepala ke tak cam sue ngan sha agaknya. risau pulak. nanti mesti sue rindu sha sangat2..

Malam tadi dah bagi hadiah untuk wedding dia nanti. siap balut sendiri lagi tu. excited punya pasal. yela maunya tak excited. first time ni nak bagi hadiah untuk wedding sebab sebelum ni memang tak pernah pun. hahahhaa. mana ada kawan rapat yang kawen lagi sebelum ni. kira ni yang pertama la. sha apa lagi, gembira bukan main. terkejut la dia masa mula2 bagi hadiah tu. belum kawen lagi dah dapat hadiah kan. bukan apa, tah2 tak sampai ke terengganu tu nanti, jauh sangat. hehe. so mak kata bagi sekarang je la. tak salah pun. siap jadi orang pertama bagi wedding gift kat dia. sampai dia pun tak sabar nak bukak and nak bgtau tunang dia. ish3. tapi saya tak bagi la dia bukak lagi. nama pun hadiah kawen, kena tunggu dah kawen la baru boleh bukak kan. hehehe





Tajuk kat atas tu memang takde makna ya. tak hingin la nak buang masa. bukan senang nak dapat masa-masa free macam sekarang ni. hmm nak habeskan baca novel yang beli kat mph hari tu. lepas tu nak pergi buat ic baru (err macam tak perlu je nak cakap kat cni kan hee). lepas tu nak balik kampung jenguk wan dengan atok. then balik sini nak cari kerja. lepas tu kalau ada masa nak mula apa yg patut utk tesis. fuh plan bukan main banyak. tapi tak tau la menjadi ke tak.

Haa jangan lupa malam ni, jangan tido lagi. de tribute tuk arwah achik spin..al-fatihah

4 comments:

ali said...

hahahhaha malu giler...aku harap acancapik tak bace post kali ni...hahahahaha
klo budak ukm tu takpe la...dieorng bukan kenal pon aku...

SuRAizA~ said...

hahhahah
apsal plk nak malu
biasa je ak rasa hehe

Kampungku2u said...

yuhu....bestnya dia exam dah habis hope result ok..ya haha... please email sy: passosette@ymail.com :)

HAZ_SHAMEER said...

ermm teringat masa time habis exam dulu...satu perasaan lega sangat..hehehe...kiteorang lepak ramai2 kat shell makan kat sawah ladang...uhk2 rindunya..

bagus lah cik sue dah abis exmm..xsbr nak tgk cik sue mengomel bebanyak dalam blog hehehe