I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Sunday, April 18, 2010

May Allah grant his wife sabr during this hard time

Dari Abu Darda ra bahwasannya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang muslim yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan saudaranya, kecuali malaikat berkata: Dan untuk kamu pula seperti itu” (HR.Muslim)

Assalamualaikum

Since semua orang dah cakap pasal berita tu malam tadi, saya pulak nak cakap pagi ni. Sejak 2menjak nih banyak pulak kematian yg berlaku. Rasanya baru lagi saya post pasal arwah pakcik saya yang meninggal kemalangan. Semalam dapat lagi berita mengejut.


Hm memang terkejut bila tau berita ni. Semalam, lepas maghrib dah ada jugak yang post pasal berita ni kat facebook. Tapi masa tu belum disahkan lagi. Sebab ramai yang tulis "achik spin meninggal dunia??" dengan "betul ke achik spin meninggal, kalau betul takziah untuk family arwah." So memang tak confirm lagi pasal berita ni and saya pun taknak percaya. Mana lah tahu tak betul.

Tapi malam tadi saja try bukak utusan online and memang betul la dia meninggal dunia. Accident pukul 6 petang semalam. Tempat kejadian pun tak jauh dah dari UKM ni. Hmm memang la sedih jugak sebab saya, adik saya, kakak saya, memang minat kat dia since kitorang kecik lagi. Memang suka sangat karoke lagu2 Spin and lagu yg arwah nyanyi dengan Siti Nordiana tu. Elok lagi tersimpan kat rumah kaset+vcd lagu2 dia. Memang membesar dengan lagu2 dia. Serius la memang sedih.

May Allah grant his wife and family 'sabr' during this hard time~
Al-fatihah

2 comments:

HonEyBuNNy said...

al-Fatihah...

Centado said...

jom
sama sama kita doakan dia