I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, April 12, 2010

Siapa punya angkara la ni agaknya

How can I find a way to express
Something that cannot be thought or guessed
Something more than just words
This love is neither seen nor heard
This love is neither seen nor heard
 Love is the rope Given by Allah
It will save you from over flaw
Grasp it then He will draw you near
~The Way of Love (Hadad Alwi)


Assalamualaikum

Tengah hari tadi dah lepas satu paper...ada lagi enam...ENAM lagi ya..ini bukan main-main atau tipu-tipu..serius ni..takde gelak-gelak pun. Tapi memang sangat lega bila dah lepas yang satu neh. Tertekan betul. Sebab notes cam berterabur lagi bersepah-sepah, pastu nak kena translate lah pulak. Tunggang terbalik jugak nak paham kan satu-satu, nak hapal lagi...ok tak best. Nak INGAT lagi..hmm keputusannya nanti kita tunggu dan lihat je la ya..

Balik je exam tadi dapat berita yang agak mengejutkan. Berita kematian seorang saudara. Saya tak berapa rapat sangat dengan arwah ni. Kira dia macam pakcik saya tapi umur baya2 saya jugak (sebab mak kata umur dia dalam 20 tahun). Arwah ni anak kepada atok saudara saya merangkap sepupu kepada ayah saya. Meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya pukul 10 malam tadi. Dan dengar cerita, meninggal  pukul 3pagi tadi. Al-fatihah.

Cuba tengok gambar kat bawah ni

 


Ni gambar yg diambil sendiri masa program ko-k kat Mersing hari tu (lama dah, bulan 3 tahun lepas). Baby ni sebenarnya orang jumpa dalam tempat pembuangan sampah @ tempat orang bakar sampah kat tepi pantai tu. Kesian sangat3. First time tengok dengan mata sendiri ni. Nasib baik la ada orang nampak baby tu. Tu pun dah merah2 badan n muka dia kena gigit semut. Hish memang laaa.... Kut ya pun tak sayang, jangan la buang merata. Banyak lagi tempat lain boleh letak. Takde la terseksa baby tu. Masa gambar ni diambik, ambulance dah ada cuma kena tunggu polis datang baru boleh bawak pergi hospital. Dan dengar cerita, baby ni dijaga kat rumah kebajikan. Agaknya dah besar dah baby ni skrg, dah setahun lebih dah kan umur dia. At least bayi ni bertuah sebab tak jadi macam baby dalam gambar ni




Keratan akhbar yg saya ambik kat http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm


Berita hari ni ada lagi pasal orang buang bayi.  Kenapa?? Kenapa mesti tempat buang sampah?? Ni manusia BUKAN SAMPAH!!!! Taktau la kenapa sedih sangat tengok gambar ni. Kenapa nak buang manusia kat tempat buang sampah?! Siapa yang buat macam ni memang GILA! Sorry. Memang layak la nak digelar macam tu. Serius kucing kat rumah tu pun tahu marah la orang amik anak dia. Ni manusia boleh buang2 macam tu je. Akal ada bukan nak guna untuk fikir!      

3 comments:

Nabiel said...

xpaham la manusia zaman skrng nie~
huhuhu~
skrng mkin mnjadi2!!
terok btui..

beLLa said...

sedih bila tgk kes bayi kne buang nih..
mken mnjadi2 taw. isk.
my mom nk menitis airmata tgk..;(

HonEyBuNNy said...

arghhh..ila geram n marah...pg td bgn tido baca paper...tgk ada org buang bayi lagi...sakit ati tgk.....cian bayi xberdosa tu