I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, May 31, 2010

balik kg nak jumpa shahir hahah

"The greatest weakness of most humans is their hesitancy to tell others, 
how much they love them
while they're alive."

Assalamualaikum

Apa kabar, apa cerita semua ya? ish rasa macam dah lama sesangat tak gedik-gedik kat sini. Korang pun mesti dah rindu kite kan..Kite pun rindu kat korang gak laaa. Hahahah. Memang suka perasan tak hengat pun suraiza ni. Jumaat,sabtu,ahad....balik kampung. Ada kenduri. Tapi bukan balik Jerantut tapi balik Gopeng. Ingat minggu depan nak balik Jerantut pulak. Sebok-sebok sangat nak balik kampung kan. Balik jugak. Seronok sangat-sangat balik kampung kali ni. Cuti kejap dari aktiviti biasa. Best sangat2!!!


Alaa tajuk entry tu saja je.
Sebab tau satu kampung ngan shahir pulak kan. Hehehe..
Shahir...i fan no 1 u tau (aura gedik keluar dah)
Hahahhaha!!!!!!

jOm tengOk gambar kat kampung jOm
Taknak tengOk,sila pejam mata rapat2
Hahhahahha

tok tam dgn tok teh

makcik & pakcik~

mak usu & daughters =)

masak lemak gulai nangka, sambal udang dengan petai, ayam masak merah + ikan masin..
uishhh sedap.........
bertambah2 nasi hehe

irdina comel sangat!


Ok..
cukup lah ya
dah banyak gambar ni
tatatititutu!



Monday, May 24, 2010

sebOk itu best.tapi bukan penyebOk.

..:::Life is really about moving on:::..
*ye laaa.nak move on la ni.rasanya bukan nak,tapi memang dah pun*


Assalamualaikum

Rasa tak best pulak tengah-tengah cuti ni pun susah sangat nak update blog. banyak pulak benda nak kena buat. ada cerita pun sampai dah terlupa nak ceritakan macam mana. mula-mula ingatkan tak lah susah sangat buat bisnes online ni. lagi pun dulu masa mula,kecik-kecik aje. tapi sekarang ni bila dah berkongsi, daripada berdua sampailah sekarang ni dah bertiga yang bersama-sama mengusahakan blogshop tu...makin banyak la pulak kerjanya kan. yelah mane tak banyak,dulu beli setakat 20-30 helai je. sorang-sorang la katakan. bajet pun tak berapa nak banyak. hehe. ni dah ratus-ratus helai. ha? tak banyak? banyak la ni,ratus-ratus helai.........boleh pengsan photographer. hahahaha

Dah la tu, kalau boleh amik gambar setiap shawl tu macam tu je takpe jugak..masalahnya ramai yang taknak gambar shawl sahaja. semua nak gambar yang beserta sekali dengan pemakainya. adeh. bayangkan ratus-ratus helai nak kena pakai. rasanya orang yang nak kena pakai tu pun boleh pengsan jugak kut. hahhaha. yang peliknya, shawl corak sama tapi colour lain-lain pun orang nak tengok kita pakai jugak colour yang dia nak walaupun kita dah pakai satu colour daripada corak yang sama. adoi....sabar je laaa...... memang nak kena pakai semua lah kan. kalau ada yang tak faham or tak penah baca entry-entry saya sebelum ni boleh la terus ke ♥ Gojes ShawL CoLLectioN ♥ (hehehe sempat lagi ni nak promote)


................................Uppss...sorry...ada yg isi order form tadi. so pergi reply jap (err suraiza perlu ke nak cakap kat sini hahaha) Tu la dulu asyik duk mintak sebok je. skang sebok tu dah datang bergolek depan mata. seronok kan cik sue ni bila dah betul-betul sebok. sebab dah takde masa nak pikir perkara tu lagi. seronok sebab dah ok sangat3 sekarang. seronok sebab kalau ingat pun, dah takde rasa apa2 lagi. seronok sebab mungkin akan ada pengganti ahahahahha. stop it!!! sudah sudah habes sume cerita rumahtangga-batu keluar kang. hakhak


Kawan-kawan yang support,
terima kasih banyak-banyak-banyak-banyak-banyak.
Cukup tak *banyak* tu?
Alaaa cukup la ye hikhikhik

dia saya dah buang
tinggal awak, awak, awak, dengan awak je
stay with me ok?
(^_^)

Saturday, May 22, 2010

Cikgu bagi kad?Errrr bukan kita yg patut bg cikgu ke?heee

Assalamualaikum

Terima kasih

Thank you

Muchas gracias

.::kepada Cikgu Farha::.


Sebab cikgu bagi kad nih
Ingat senang ke nak dapat kad dari cikgu
Secara maya pulak tu

Siapa-siapa yang tak dapat,
sila jeles..hahahahhah

Alaa hari guru dah lepas
Tunggu hari guru tahun depan ya,
sue pulak yg bg kad
hikhikhik

Ini blog Cikgu Farha

Thursday, May 20, 2010

Penting! Siapa yang bergelar blogger tolong baca!

Salam

Korang...
tolong..tolong..tolong...

Please...please..please

Kamu jangan nakal..heee
dush dush!!!
(amik kau..tu la memain lagi dgn kawan2 belog sekalian sape suro)

Haahahaha
Sorry guys

Sebenarnya tadi wat blog-jogging
Lama dah duk rumah makin gemOk je rasa
Makan tidur makan tidur online offline je tau

Lepas tu..
al-kisah terbaca la satu blog nih 
yang buat pasal "blog anda berat ke tak?"
siapa nak baca silakan ke
~ blog farihah@air-ah


Sebenarnya kan, adalah lebih baik blog anda tak berat
hehe


Sebab kan...
kalau berat, susah betul orang nak masuk blog anda terutama saya


Hmm
Ini kerana internet saya tidaklah selaju dan sepantas internet anda semua


Susah tau
Kadang-kadang boleh hang jugak laptop dibuatnya
Apatah lagi nak tinggal jejak ke jerit2 ke kat shoutmix
Memang tak boleh
Tak sempat sebab laptop dah hang
Page lambat loading la itu la ini la huhu


So better check blog korang berat ke tak
Tadi saya dah check
Blog saya yang tersayang ni memang ringan sesangat macam tuan dia
Hahahahah ok memain je
Tuan dia berat 40kilo
Tapi belog dia punya berat cuma..


144.94 KB
Load time - 1.1 seconds
Average Speed per KB  - 0.01 seconds


Bawah 200 KB kira tak berat kan (ikut kata farihah la)


So blog saya tak berat
And tak menyusahkan siapa-siapa yang masuk sini kan?
Okay
Bagus....=))


Boleh klik
website speed test 
kalau nak check size or timbang berat blog masing-masing 




Mana yg terlebih berat tu,
boleh la kurang-kurangkan..
Nanti tak payah la nak tunggu page loading lama-lama
Kan..kan..
(gambar tu simbolik kepada sebuah penantian yang lama hahahahha ada kena-mengena ke eh takpe belasah je janji ada gambar)

Tuesday, May 18, 2010

Bila rasaku ini rasamu..errr tajuk apa nih??

"Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita.Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka."

Assalamualaikum

Rasanya kali ni memang betul-betul dah lama tak cerita kat sini kan.Tapi macam taktau nak cerita apa.Ok ok sebenarnya memang banyak cerita.Tapi macam tak sesuai nak cerita kat sini.Kesian belog.Heheh.Yang pertama sekali,saya sangat3 rindu nak jumpa atok dengan wan and rasa macam nak terbang je balik kampung sekarang.Tapi, lagi sekali masa dan keadaan tak mengizinkan.Sedihnya laaa.Sorry wan kakngah tak dapat nak balik lagi..sob..sob..

Ada orang kata saya suka membebel.Padahal tak pernah cakap pun dengan dia apa lagi nak dengar suara kan.YM je pun.Takpun chatting kat facebook.Dia kata,kalau saya start menaip,habis penuh satu box chatting tu saya membebel.Siap kata "hahaha ni yang best nak dengar ni".Halo halo boleh dengar ke?Owh kalau macam tu pun kira membebel ya.Tak cakap pun.Dah tu siap gelak-gelakkan orang lagi padahal saya tak cakap pun,saya taip je.Lain kan?Hikhikhik


Ha ingat lagi tak pasal kes sorang hamba Allah ni,yang saya cakap dalam entry lepas.Setiap kali saya ignore dia kat facebook,lepas tu dia akan add saya balik.Banyak2 kali pulak tu.Tadi dah block and dah report.So hopefully esok lusa dah takde lagi la gangguan daripada beliau.Sebenarnya kan dia pun ada ym saya.Tapi yang pelik still nak call and add kat facebook.Kalau nak belajar buat blog,saya boleh cerita kat ym je.Kan senang.Masalahnya sekarang,lepas saya cakap kat ym jangan call saya lagi and kitorang boleh bincang kat ym je,dia tak reply sedangkan dia tengah online masa tu.Lepas tu boleh call lagi.Susah lah kan kalau cakap dengan orang tak reti bahasa ni kan.So tadi,terus bagi guideline kat dia macam mana nak start buat blog,websites yang sepatutnya,dll lepas tu terus delete from list and dah block jugak.Dah la awak tu tengah online,kalau betul tak tahu apa-apa boleh la tanya ke apa.Saya bukannya tahu sangat pun,tapi kalau nak tolong sikit-sikit tu boleh la.Lepas je saya cakap terima kasih,bagi salam, terus delete.Bye2 lah ya.Awak yang mintak tolong saya,kalau taknak ditolong takpe la.Yang pasti,tadi saya ym dia jugak sebab nak STOP-kan apa yang patut and boleh tolong dia kalau betul la dia memang nak mintak tolong supaya tak dianggap sombong ke apa.Jadi,sampai di sini sahaja.Harap takkan kenal dengan orang macam ni lagi (saya bukan marah and tak suka dia sebab dia call saya je tapi sebab satu mesej yang dia hantar ke inbox hp saya melalui ym). Mungkin orang lain anggap biasa tapi tak bagi saya.Sebab saya tak suka orang cakap macam tu.


Oh berbalik kepada tajuk entry,bila rasaku ini rasamu.....apakah?Hahahhaha.Tak de apa-apa pun.Saja je.Terlintas je tadi tetiba.Mana tau korang pun ada rasa yang sama.Mungkin jugak ada yang rasa apa ke peliknya budak penulis blog ni.hahahhah.Takpun ada yang rasa,"dia ni betul ke tak?"(di mana kata2 tersebut ditujukan kepada saya) heheheh.Ye lah mungkin dah tak berapa nak betul la ni.Pening dengan karenah manusia yang macam-macam.Uppsss tak boleh cakap kat sini nanti customer lari.hehehe.Sabar aje lah...


Saya suka menangis.Mungkin bukan suka,tapi memang tabiat.Atau memang sifat sejak azali.Rasa kejap lagi nangis la ni...Sebab tengah berkecamuk betul la perasaan sekarang ni..Kenapa.Taktau.




Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan kemenangan. Betul ke? .taktau.taktau.taktau.

Thursday, May 13, 2010

Sorry belog!

Assalamualaikum


Rasanya sudah seperti berkurun lamanya tidak menulis di belog ini..ayat sape ni pinjam jap haahaha. Sebenarnya takde la lama sangat tak conteng-conteng sini tapi rasa macam dah lama je. Baru je 3hari lepas membebel-bebel marahkan orang. Heheh. Siapa rindu saya angkat tangan cepat! Adeh sudah-sudah la tu cik sue oi. perasan. hahhahaha.


Tetiba jadi cam mengada dan menggedik pulak malam ni kan. Siapa setuju JANGAN angkat tangan. Wah ramainya yang angkat tangan. Tau la korang memang tak setuju pun kan..kan..terima kasih! hahahhahah. Haih sebenarnya memang takde ape pun nak cerita, tu yang merapu macam-macam tu.

Tahu tak, sejak dah bukak blogshop yang baru tu and dah sebok promote sana sini...macam tak cukup tangan je nak balas comment orang kat email, inbox facebook mahupun inbox hp. Sampai kadang-kadang belog kesayangan ni pun dah terabai. huhu sorry belog. Jangan kata nak tinggalkan comment, nak ber-blogwalking ke blog korang semua pun macam tak berkesempatan je. Maaf-maaf semua! Tunggu...nanti akan ku jejak juga belog-belog kalian ye. Ayat sape lagi ni, pinjam jugak. hahahaha.


Lepas tu kan, bile dah ade fanpage untuk blogshop tuh kat facebook kan, lagi la... Kena update selalu and kena upload gambar-gambar yang dah masuk dalam blogshop. Siap ada yang bising lagi sebab semua shawl yang die nak semua orang dah booked and dah sold out.

*tulisan terhenti seketika.sebab oshin lompat atas almari dan telah menjatuhkan berpuluh-puluh vcd dan dvd serta telah memecahkan beberapa case cd n kaset yg ada atas meja.sekaligus memeranjatkan orang yg tengah menconteng belog ini dan adiknya.terus mereka berlari ke tempat kejadian.oshin nampaknya seperti merasa bersalah selepas dua beradik tu membebel-bebel cakap nak hantar die pergi spca.tapi confirm mak tak setuju.hahahha.oleh itu, mereka pun menyambung semula kerja masing-masing yg tertangguh sebentar tadi disebabkan oleh kenakalan oshin selepas mengemas apa yang patut hikhikhik*


Saya ingat die tau shawl tu dah sold out sebab dah tulis kat bawah gambar. Lepas tu dia kata, kenapa tak keluarkan gambar-gambar tu kalau dah sold. Tapi mana boleh. Tu lah koleksi shawl yang kitorang dah jual. So mesti lah kena ada kat sana kan. Hmm.. takpe maybe dia tak biasa beli online kut and tak perasan sama ada shawl tu still available or dah dijual.


Owh ya, terima kasih kepada seorang kawan (lelaki ya) yang beli shawl utk mak dia sempena mother's day hari tu. siap suruh bungkus cantik2 lagi. ha siapa kata lelaki tak boleh jadi customer ♥ Gojes ShawL CoLLectioN ♥? he.he.he. seronok pulak. saya pun bg shawl jugak kat mak sempena hari ibu hari tu =))

Sunday, May 9, 2010

Kalau korang, marah tak?

It doesn’t matter how many say it cannot be done or how many people have tried it before; it’s important to realize that whatever you’re doing, it’s your first attempt at it. -Wally Amos

Assalamualaikum

Selamat hari ibu buat semua yang bergelar emak ibu mama ummi mommy ya...Semoga bahagia dunia akhirat hendaknya..amin.. 

♥ SAYANG MAK!!! muah muah (banyak2 kali..hee jeles la tu) hahahha

Tadi kitorang dah celebrate mother's day skli dgn birthday my mom and birthday saya jugak. Nasib belum jadi mak lagi..kwang3.. Lama lagi laaa...tunggu la 10 tahun lagi korang nak dapat anak buah pun kehkehkeh



'Happy Birthday to Kak Ngah n Mak'

Ok..ok..berbalik kepada tajuk entry ni kan...sebenarnya saya sangatlah marah dengan seorang hamba Allah ni. Dah la tak kenal. Curi nombor telefon saya kat tenet. Pastu call orang sesuka hati bila-bila dia suka and sms cakap benda bukan-bukan. Kalau korang, korang marah tak? Takkan suka pulak kan. Tengah tidur pun orang kacau and bila reject call yang membingitkan telinga tu, dia still call lagi..kalau korang, marah tak? Bukan sekali or dua kali, tapi berkali-kali..kalau korang, hangin tak? Lepas off hp, boleh call lagi tu. Nasib baik la masa tu hp dekat dengan abah. Apa lagi, dengan sukacitanya abah menjawab panggilan tersebut. Dan lepas tu...beliau dah tak call dah. Seronok kan..lepas ni kalau ada lagi orang macam tu nak suruh abah tolong-jawabkan-bagi-pihak. Biar tahu sikit nak hormat orang.  

Sebenarnya dia ni ada chat dgn saya kat facebook. Kira kenal kat fb lah. Bila dia mintak num fon terus delete dia dari friendlist. Sebab cara dia cakap tu pun macam pelik. Agak risau jugak la nak kawan dgn orang macam ni. Dia cakap nak belajar buat blog sebab untuk bisnes dia and banyak kali tanya boleh ke nak kawan dengan saya. Kalau nak kawan and nak mintak tolong tunjuk ajar ckit2 tu saya tau la. Tapi kalau dah start mesej cakap macam2 (apa yg saya tak suka), memang nak kena la tu kan. Baru je cakap nak kawan dah lebey2..flying kick nak??

Saturday, May 8, 2010

Nak buat pengumuman. Sila dengar!

Assalamualaikum

Nak buat pengumuman ni...
Sila beri perhatian ye semua
Jangan buat-buat tak dengar pulak
Sila pasang telinga betul-betul

Cop!
Kalau tak nak dengar pun, sila la baca ye entry ni
Ok?
Heee

Ok la daripada tadi cakap banyak,
tapi tak keluar-keluar jugak pengumumannya kan....
Announcement!
Please pay attention

Blogshop saya yg lama,


sudah pun berpindah ke
 ♥ Gojes ShawL CoLLectioN ♥


Oleh itu...
dengan segala hormatnya
saya mempersilakan rakan-rakan blogger sekalian ke blogshop saya yang baru  
sudi-sudikan lah untuk menjenguk ke sana ya =)


Terima kasih!


Jasa baik anda menjenguk dan menjadi follower blogshop tersebut sangat+++ dihargai


Jom cuci mata




Uppsss! Sorry..... (baca dgn gaya gedik ckit ey ekekeke)
Ter-upload gambar ubat batuk cap ibu dan anak pulak..heheh
(nak promo shawl tu sebenarnya hahahahha)
Ibu dan anak pun boleh pakai..heee

Haa yang ni baru betul.......





p/s - Happy Birthday to my mom (8 May)

 

Friday, May 7, 2010

*Bombastic Blog Award*

Assalamualaikum

 Dapat award lagi!!!

Tersangat sebok sampai tak sempat nak ambik award org bagi

Ish..ish..

Sorry kpd yg memberi

Ni nak ambik dah ni

Hehehe

  
Terima kasih kepada:


Wednesday, May 5, 2010

To my followers, please take this! I give it to all of you!

Assalamualaikum




Sempena birthday Siti Suraiza Shaari hari ni dan jugak sempena hampir setahun tertubuhnya “Memoirs of Suraiza, Her Memoirs”...dan sebab dah berjaya mengumpul 317 orang followers serta adanya blogshop sendiri (walaupun baru ada 32 orang follower)...
...dengan sukacitanya tuan punya belog nak menganugerahkan AWARD di bawah ni kepada followerku sekalian. Sudilah kiranya sayang-sayang menerima AWARD yg tak seberapa ni ya. ekekeke


*PENGHARGAAN KEPADA*
Seramai 317 orang semuanya (buat masa sekarang)
*TELAH MENERIMA*


*********************************************************
I'm 21 years old..sudah tua~hahaha
Blog pun dah nak tua jugak hehehe
ni yang lama~
ni yg baru dan terkini.....amik tau!
Terima kasih kepada semua, tak kira lah yg follow mahupun yg comment serta yg sampai sekarang saya taktahu siapakah gerangannya yg tinggal pesan kat belog nih. Terima kasih banyak3+++

Bulan separa di malam hari jadi =)


Jangan bataskan usiamu
Tak ada istilah masih muda atau terlalu tua
UMUR yg masih ada ini adalah energimu yg masih dititipkan oleh-Nya
Jangan matikan energi hidupmu!

Langit adalah batas impianmu.
Jangan pernah bercita-cita terlalu rendah.
Jangan terlalu rendah dalam meminta
Jika engkau dapat menaiki tangga ke langit,
Mengapa hanya bertahan di bumi?

**********************************************************

 Assalamualaikum

Alhamdulillah dengan izinNya,
dah 21tahun saya diberi nafas untuk hidup 

Terima kasih mak
Terima kasih abah

Hidup yang penuh dengan macam-macam cerita suka duka
Tak terasa diri dah semakin dewasa
Yang duka takkan dikenang
Yang suka takkan dilupa

Terima kasih kepada semua yg membahagiakan
Dan terima kasih juga kepada yg menyakitkan atas setiap pengalaman & kenangan 

Semoga takkan mudah tewas dgn ujian yg mendatang
Semoga takkan ada lagi airmata utk sesuatu yg tak patut langsung utk ditangisi
 Semoga lebih matang dalam meniti usia yang semakin bertambah ni

Terima kasih kepada yg menitip doa
Sayang sampai bila-bila (^_^)

*sempat capture gambar bulan yg separuh tu sambil ngadap lappy. bila pandang balik, dah nampak makin dekat pulak. ish sejuknya angin malam. g'night!


Monday, May 3, 2010

Versus!!!!!! Mana nak cari???

Assalamualaikum

Memang dah lama cari novel Hlovate yang baru ni tapi tak jumpa. Hari tu yang jalan-jalan pergi mph mid tu siap jumpa budak lari rumah bagai sebab nak cari novel Hlovate laa...tapi sebab tak jumpa novel Versus nih so novel lain jugak la yang dibeli...patutnya save duit untuk versus..haih



 Please tolong kalau siapa-siapa terjumpa or ter-tau kat mana boleh dapatkan novel ni..macam dah sasau semacam je nak baca versus ni..tadi terjumpa Hlovate punya page kat facebook. Apa lagi terus laa 'like' kan sebab memang like sesangat lah novel karya beliau walaupun sampai sekarang tertanya2 siapakah Hlovate ni. Memang gile suka baca tulisan dia. Tatau laaa....memang BEST gile korang. serius sume memang patut baca...kalau lah dapat jumpa beliau cik hlovate, mahupun puan atau pun encik, nak mintak autograf hehehehe. Kenapalah Hlovate ni punya cerita best sangat. rasa macam nak masuk je dalam cerita tu pegang watak dalam novel-novel yg dia tulis tuh sume. hahahahah memang suka berangan. tak ingat dunia. tapi serius suka sangat semua novel Hlovate!!!


Versus : Bukan mudah untuk berubah...dari tanpa arah ke sejadah, dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan~