I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, May 24, 2010

sebOk itu best.tapi bukan penyebOk.

..:::Life is really about moving on:::..
*ye laaa.nak move on la ni.rasanya bukan nak,tapi memang dah pun*


Assalamualaikum

Rasa tak best pulak tengah-tengah cuti ni pun susah sangat nak update blog. banyak pulak benda nak kena buat. ada cerita pun sampai dah terlupa nak ceritakan macam mana. mula-mula ingatkan tak lah susah sangat buat bisnes online ni. lagi pun dulu masa mula,kecik-kecik aje. tapi sekarang ni bila dah berkongsi, daripada berdua sampailah sekarang ni dah bertiga yang bersama-sama mengusahakan blogshop tu...makin banyak la pulak kerjanya kan. yelah mane tak banyak,dulu beli setakat 20-30 helai je. sorang-sorang la katakan. bajet pun tak berapa nak banyak. hehe. ni dah ratus-ratus helai. ha? tak banyak? banyak la ni,ratus-ratus helai.........boleh pengsan photographer. hahahaha

Dah la tu, kalau boleh amik gambar setiap shawl tu macam tu je takpe jugak..masalahnya ramai yang taknak gambar shawl sahaja. semua nak gambar yang beserta sekali dengan pemakainya. adeh. bayangkan ratus-ratus helai nak kena pakai. rasanya orang yang nak kena pakai tu pun boleh pengsan jugak kut. hahhaha. yang peliknya, shawl corak sama tapi colour lain-lain pun orang nak tengok kita pakai jugak colour yang dia nak walaupun kita dah pakai satu colour daripada corak yang sama. adoi....sabar je laaa...... memang nak kena pakai semua lah kan. kalau ada yang tak faham or tak penah baca entry-entry saya sebelum ni boleh la terus ke ♥ Gojes ShawL CoLLectioN ♥ (hehehe sempat lagi ni nak promote)


................................Uppss...sorry...ada yg isi order form tadi. so pergi reply jap (err suraiza perlu ke nak cakap kat sini hahaha) Tu la dulu asyik duk mintak sebok je. skang sebok tu dah datang bergolek depan mata. seronok kan cik sue ni bila dah betul-betul sebok. sebab dah takde masa nak pikir perkara tu lagi. seronok sebab dah ok sangat3 sekarang. seronok sebab kalau ingat pun, dah takde rasa apa2 lagi. seronok sebab mungkin akan ada pengganti ahahahahha. stop it!!! sudah sudah habes sume cerita rumahtangga-batu keluar kang. hakhak


Kawan-kawan yang support,
terima kasih banyak-banyak-banyak-banyak-banyak.
Cukup tak *banyak* tu?
Alaaa cukup la ye hikhikhik

dia saya dah buang
tinggal awak, awak, awak, dengan awak je
stay with me ok?
(^_^)

5 comments:

AnAk iBu said...

waahh.. selalu nmpak kat fb kak sue jual shawl...hehe..penat tengok kena jdik model haa..
nnti bila balek mesia nk jupe kaksue ah. nak mintak shawl free..!! ;p hahahaha. kaksue belaja kat ukm kan. dolu nanay buat persediaan kat situ ah, kat kolej keris mas yg sunyi toh. ngahahah~

SuRAizA~ said...

hahha buleh!
cepat2 la balik
kaksu bg yg cantik2 punya hahaha
laa yeke..tapi kaksu duk kolej lain
tak duk la kat keris mas tu
jauh beno ngn fac..

soffya cik bulan said...

he..gud luck syg...sm2 lah kita mengusahakan business kita...keep it up okeh

ali said...

wah jadi tokey + model + pengurus...
tahniah...bast kan berniaga....
nnt lelame terbiase la tu...

AnAk iBu said...

hooo.
okeh!! nnti bulan 7 nanay balik..
nnti nanay dtg eh. nak jupe kak sue ah. ngahaha~