I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, May 13, 2010

Sorry belog!

Assalamualaikum


Rasanya sudah seperti berkurun lamanya tidak menulis di belog ini..ayat sape ni pinjam jap haahaha. Sebenarnya takde la lama sangat tak conteng-conteng sini tapi rasa macam dah lama je. Baru je 3hari lepas membebel-bebel marahkan orang. Heheh. Siapa rindu saya angkat tangan cepat! Adeh sudah-sudah la tu cik sue oi. perasan. hahhahaha.


Tetiba jadi cam mengada dan menggedik pulak malam ni kan. Siapa setuju JANGAN angkat tangan. Wah ramainya yang angkat tangan. Tau la korang memang tak setuju pun kan..kan..terima kasih! hahahhahah. Haih sebenarnya memang takde ape pun nak cerita, tu yang merapu macam-macam tu.

Tahu tak, sejak dah bukak blogshop yang baru tu and dah sebok promote sana sini...macam tak cukup tangan je nak balas comment orang kat email, inbox facebook mahupun inbox hp. Sampai kadang-kadang belog kesayangan ni pun dah terabai. huhu sorry belog. Jangan kata nak tinggalkan comment, nak ber-blogwalking ke blog korang semua pun macam tak berkesempatan je. Maaf-maaf semua! Tunggu...nanti akan ku jejak juga belog-belog kalian ye. Ayat sape lagi ni, pinjam jugak. hahahaha.


Lepas tu kan, bile dah ade fanpage untuk blogshop tuh kat facebook kan, lagi la... Kena update selalu and kena upload gambar-gambar yang dah masuk dalam blogshop. Siap ada yang bising lagi sebab semua shawl yang die nak semua orang dah booked and dah sold out.

*tulisan terhenti seketika.sebab oshin lompat atas almari dan telah menjatuhkan berpuluh-puluh vcd dan dvd serta telah memecahkan beberapa case cd n kaset yg ada atas meja.sekaligus memeranjatkan orang yg tengah menconteng belog ini dan adiknya.terus mereka berlari ke tempat kejadian.oshin nampaknya seperti merasa bersalah selepas dua beradik tu membebel-bebel cakap nak hantar die pergi spca.tapi confirm mak tak setuju.hahahha.oleh itu, mereka pun menyambung semula kerja masing-masing yg tertangguh sebentar tadi disebabkan oleh kenakalan oshin selepas mengemas apa yang patut hikhikhik*


Saya ingat die tau shawl tu dah sold out sebab dah tulis kat bawah gambar. Lepas tu dia kata, kenapa tak keluarkan gambar-gambar tu kalau dah sold. Tapi mana boleh. Tu lah koleksi shawl yang kitorang dah jual. So mesti lah kena ada kat sana kan. Hmm.. takpe maybe dia tak biasa beli online kut and tak perasan sama ada shawl tu still available or dah dijual.


Owh ya, terima kasih kepada seorang kawan (lelaki ya) yang beli shawl utk mak dia sempena mother's day hari tu. siap suruh bungkus cantik2 lagi. ha siapa kata lelaki tak boleh jadi customer ♥ Gojes ShawL CoLLectioN ♥? he.he.he. seronok pulak. saya pun bg shawl jugak kat mak sempena hari ibu hari tu =))

4 comments:

ali said...

wah semakin sibuk...tkpe la sbuk ngn blogshop tu...semoga terus berjaya.

fikaryna said...

wah..dah jadi bisnes woman..bz eh..apa2 pun tahniah n camat berjaya!

HAZ_SHAMEER said...

salam cik suraiza...ermm setiap kali membaca blog cik sue...selalu saya tersenyum sendirian..terima kasih cik sue...selalu bayangkan cik sue entah macam mana membebel yek?

SuRAizA~ said...

ali: thanks ali =))

kak ryna: terima kasih ya kak ryna!! =))

haz_shameer: salam.hehe yeke.wah seronoknya dpt buat org senyum =) hahaha dasat tau klu sy membebel xsggup nk dnga nnt hahah