I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Wednesday, June 30, 2010

..Bersin dan Menguap..

Assalamualaikum

 


Daripada Abu Hurairah r.a.,


“Apabila Rasulullah s.a.w. bersin, baginda meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya untuk menutupnya sambil memperlahankan bunyi bersin itu.” (HR Abu Daud)




Dari Abu Hurairah r.a.,


Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jika seseorang itu bersin, maka hendaklah dia memberi pujian kepada Allah dengan mengucapkan الْحَمْدُ لِلَّهِ” (Segala puji bagi Allah)


Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin hendaklah mendoakannya dengan menyebut يَرْحَمُكَ اللهُ (semoga Allah memberi rahmat kepadanya)


Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebutkan يَرْحَمُكَ الله maka hendaklah dia mengucapkan يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ (Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu) (HR al-Bukhari)




Diriwayatkan oleh Muslim, Nabi bersabda, "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." (HR Muslim)
Daripada-tazkirah@yahoogroups.com



bila dah dapat dia dan jumpa dia...



6:32pm
30062010
Sambil makan pulut durian..(pulut makan dengan kuah santan deghian) hakhak paham-pahamkan kalau tak paham pun..sambil ambik angin kat balkoni tingkat 12 rumah kd

Assalamualaikum

Semalam; pagi

Masuk longkang belakang rumah. bukan..bukan jatuh la.. sengaja menjatuhkan diri hahhaha. ok ok yang ni pun bukan. sebenarnya terpaksa...diulangi terpaksa! sebab tom (anak kucing) jatuh dalam longkang. nasib baik dengar bunyi dia bising-bising kat belakang rumah.

Keluar je rumah, dah nampak dia dalam longkang tu. Apa lagi, kakak dia ni la yang jadi hero. hehehhe. ingatkan tangan ni dah cukup panjang lah nak capai si tom dalam longkang tu...sekali tak sampai lah pulak. alaaa mencabar betul la cubaan menyelamatkan tom ni. padahal longkang belakang rumah je. apa? ingat longkang belakang rumah tu tak dalam ke..dalam ok..siap macam-macam ramuan lagi kat dalam tu. huwaaa tak boleh nak buat apa masuk jugak la dalam longkang tu sebelum dak kecik tu dihanyutkan ke apa. dah la hari macam nak hujan je.


Bila dah dapat dia, terus letak kat atas. lepas tu la baru perasan kaki belakang sebelah kanan dia tu macam terbengkok je. huwaaa takut gile tengok. patut la dia bising sangat. sakit rupanya. bawak je masuk rumah terus mak mandikan dia. mane taknya, busuk bukan main. bau longkang la katakan. uppsss ya..ya..saya pun pergi mandi jugak la lepas tu. eiy kalau bukan sebab dia, tak ingin laaa nak masuk longkang!! 

Lepas mandi, baru mak letak ubat kat kaki dia. urut-urut sikit. takut jugak. karang tersalah urut kaki dak kecik tu langsung tak boleh jalan pulak dia. tapi petang tu dia dah ok sikit tapi still tak boleh nak jalan elok-elok lagi. kesian dia. tom..tom..lepas ni jangan harap dapat keluar rumah lagi!

Semalam; malam

Abah hantar sampai Damansara. Dengan confident masuk lif and tekan nombor 12. keluar lif terus je pergi tempat yang dituju tanpa rasa tak confident langsung. dan dengan rasa confidentnya lagi mengetuk pintu rumah yang bernombor **-**-**


Tunggu beberapa minit..tak ada siapa pun yang keluar..
Aik.tadi kata ada kat rumah.
Dah rasa lain dah. Pusing belakang.
Eh? Bukan ke? Macam salah je...


Ha'ah laaa....
SALAH RUMAH!
huwaaa malunya! malunya!


Terus pergi lif. tekan lif banyak-banyak kali. cepat la bukak wahai pintu lif.
jangan lah ada orang keluar. masuk lif,terus turun bawah balik.
call kd. "apsal kakngah rasa macam lain je environment kat sini.hee"
Lepas tu, tunggu kd datang. Baru lega bila dah jumpa dia.  


Owh ok............
Rupa-rupanya...
SALAH BLOK!
Maka memang lah rumah yang salah kena ketuk tu


Bayangkan kalau ada orang keluar dan saya tak perasan lagi yang saya dah salah rumah masa tu...
Tengok-tengok terjengul muka orang lain depan pintu...
YaAllah..mau lari tak cukup tanah agaknya heee
(Sebab terkejut dan malu kut haha)


Ok..memang la takde orang keluar..
Tapi malunya....
Malu dengan diri sendiri la hahahahah

Sukanya!

Assalamualaikum


Yay berjaya tukar background!


Penatnye. Kepala pun dah pusing-pusing. Habis semua kena delete and kena edit


Bertambah-tambah rabun mata ni agaknya duk mengadap lappy je


Tak tidur-tidur


Apa pun.....GEMBIRA jugak!!!


Dah rasa macam blog baru pun ada jugak heheh


Cantik tak?
Cantik kan..
kan?... =)

Saturday, June 26, 2010

Cakap lah apa pun.Saya tetap bersyukur

Assalamualaikum

Terima kasih Allah..Alhamdulillah.

Sungguh saya tak sangka. Entry yang saya post semalam dah buat orang marah pada saya. Menyebabkan beliau menulis entry balas di blognya. Oh bukan! Ini bukan entry balas daripada saya. Cuma mahu menenangkan hati sendiri mungkin.

Saya ingat dunia nyata je yang akan buat saya sedih. Tapi sebenarnya saya silap. Dunia maya pun boleh buat kita sedih jugak kan. Kadang-kadang kita tak kenal orang tu,tapi dalam sekelip mata orang tu boleh tinggalkan kesan dalam hidup kita.

Sekali lagi..terima kasih yaAllah.

Semalam.

Seekor lagi mati. Ye kucing yang kami jaga dari kecil. Mungkin termakan racun. Siapa yang tak sedih tengok makhluk yang kita sayang menggelupur depan mata. Menjerit kekejangan sebelum mati. Bukan sekejap. Seksa sangat kita yang melihat. Sampai tersedu-sedu kami menangis. Oh mungkin ada yang boleh tergelak. “Dia menangis sebab kucing mati.” Itu memang perasaan mereka yang tak punya rasa sayang mungkin. Tapi kami lain. Kami rasa macam hilang ahli keluarga sendiri. Cakap lah apa pun. Kami memang sedih. Saya memang sedih.

Lepas tu, saya online. Cuba melupakan sekejap kejadian yang berlaku depan mata. Walaupun masa tu masih berair hidung.

Tapi kamu tahu apa yang saya jumpa bila buka e-mail?

Comment itu. Yang dianggapnya satu teguran. Ye. Saya memang tahu itu teguran ikhlas dari dia. Dia selalu tegur saya dan saya selalu akan jawab setiap teguran dia. Saya pernah delete teguran dia dari kotak comment blog saya. Tapi entah la. Mungkin bagi saya setiap teguran dia tu menyakitkan hati. Itu lah orang kata, rambut sama hitam tapi hati?..hati lain-lain. Mungkin dia rasa itu comment paling sopan yang dia cuba bagi pada saya. Tapi mungkin tidak pada saya. Saya selalu terima teguran dari dia. Agaknya saya yang tersilap tulis atau tersilap kata. Mungkin tulisan saya menjengkelkan pada pandangan mata dan fikiran dia. Sebab tu saya sentiasa ditegur. Entah. Terpulanglah.

Saya suka baca blog dia sebab penulisan dia tak seteruk penulisan saya. Itu pendapat saya. Saya akui yang saya memang jarang sekali tinggalkan comment atau jejak kalau singgah ke blog dia. Saya memang suka meng-invisible-kan diri bila melawat blog orang. Tapi kadang-kadang terpaksa juga. Nak buat macam mana. Sudah trend, blogwalking~

Saya tahu dia takkan baca lagi blog ni. Tapi kalau baca, saya mintak maaf. Kita mungkin tak boleh jadi kawan.

Kami mungkin tak serasi sebab saya mudah sangat berkecil hati. Saya tak mintak nak jadi macam ni.

*****
Dan memang...semalam hari sedih sedunia bagi saya. Mungkin jugak bulan jun bulan paling sedih dalam hidup saya. Saya hilang mereka yang saya sayang dalam satu hari. Saya jugak pernah hilang dia yang saya sangat-sangat sayang dulu. Dalam hati ni...Tuhan je yang tahu.. Takpe. Semua ni memang buat saya sedih..dan saya menangis sekarang..tapi saya tahu Dia sayang saya sebab tu semua ni jadi. Alhamdulillah. 

Thursday, June 24, 2010

Elakkan bertanya soalan kurang pandai

Assalamualaikum

Saya cuma tak faham. Tak faham dengan perangai sesetengah orang. Tahu tak malas itu tak bagus. Walaupun tak tunjuk tapi boleh nampak. Saya tak suka menunjukkan yang saya sedang online. Terutama sekali dekat facebook. Kalau saya online, itu bermakna saya ada hal penting yang perlu diselesaikan dengan kawan-kawan saya. Bukan dengan awak. Bukan untuk buang masa dengan omong kosong. Tapi tiap kali saya online, awak yang entah siapa-siapa tu tiba-tiba je muncul di kotak chat saya. Saya tak cukup rajin owh bukan malas cuma kurang rajin untuk jawab pertanyaan-pertanyaan yang pada fikiran saya tak patut awak tanya. 

Soalan kurang pandai yang pertama
-Awak dah kerja?
"awak kalau malas nak baca info saya baik jangan chat dengan saya la.dah terang lagi bersuluh dengan mentol lampu 100watt tu saya tulis tengah belajar lagi.kalau rasa2 tak reti baca boleh masuk tadika balik"

Soalan kurang pandai yang kedua
-Awak buat apa tu?
"owh saya tengah masak atau tengah mandi mungkin.sambil2 tu bawak laptop letak dalam kuali atau masuk sekali dalam bath tab.mestila saya tengah online dan tengah chat dengan awak."

Soalan kurang pandai yang ketiga
-Awak keje apa?
"ha yang ni memang nak kena debik berkali-kali.kalau awak boleh bagi saya keje yang bergaji RM10,000 ke atas lepas saya habes study ni, saya tak jadi nak debik awak"

Soalan kurang pandai yang keempat
-Awak belajar kat mana?
"saya rasa awak ni memang betul-betul pemalas.awak tau tak,dah merata tempat saya kecohkan saya student UKM.kalau tak kenal saya baik jangan add saya sebab saya memang akan approve tapi lepas ni saya delete awak.buat semak je"

Soalan kurang pandai yang kelima
-Awak,umur awak berapa ye..
"owh awak boleh tunggu kejap tak.saya nak pergi amik sijil surat beranak saya"

Oleh itu,sila la tanya lagi soalan bodoh kurang pandai kat saya lagi lepas ni. Dengan pastinya awak akan dapat jawapan-jawapan macam ni. Macam takde guna je kita isi ruangan kosong yang tertulis name,birthday,college,relationship status,etc. tu semua kalau tak dibaca. Saya isi penuh semua ruangan tu sebab saya taknak buang masa awak bertanya soalan yang tidak perlu pada saya. Ok? Faham tak sekarang?

dan sekarang tidak lagi...

Salam

Saya tahu saya baru je post entry tadi

Tapi dah rasa nak post entry lagi..ada orang kesah ke..takde orang kesah pun cik sue..sila teruskan

Saya dah tak guna networkedblogs yang kat facebook tu..so apa2 entry yang saya pos takkan pernah wujud lagi dekat dinding tembok china mukabuku saya..dan saya sangat suka sebab sekarang tidak lagi..tidak ada lagi orang yang boleh baca apa yang dia tidak sepatutnya baca. Atau mungkin jugak sebab malu..owh itu mungkin...

Esok lusa mungkin dah tak ramai yang baca blog ni atau tahu blog nih wujud. Takpe..ada orang kesah ke..takde..so saya boleh baca sendiri sebab saya tulis bukan untuk siapa-siapa tapi saya tulis untuk saya..

Diary sendiri pun dah tak terkira banyaknya. Sebab diary tu macam buku and berat kalau letak dalam beg and susah jugak nak dibawak ke mana-mana, jadi apa salahnya guna teknologi. lagi pun beg berat masa sekolah dulu menyebabkan saya bongkok sabut..err tak sure lah pulak bongkok sabut ke apa, tapi tak lah seteruk si bongkok notre dame

Oh ya! Sekarang dah tak mau guna signature. Sangat bermasalah. Oh mungkin yang sebelum ni tak bermasalah. Yang sekarang mungkin...sekarang tidak lagi guna signature tiap2 kali nak post entry

Tadi pun dah mula buat pembersihan blog..remove apa yang perlu dan apa yang tidak perlu..Oleh itu,sila jangan risau kalau blog anda tiada dalam bloglist yang terpapar di page saya ni sebab saya masih lagi akan mengunjungi blog anda jika saya masih bergelar follower anda. owh mungkin terlebih perkataan 'anda' di situ

Facebook badge pun sudah di-remove. Konon-konon takkan ada yang kenal lah nanti hahaha

Entah bila..


Assalamualaikum

Saya jumpa blog dia.dia.dan dia.

Blog menarik.

Maksud saya tulisan mereka. 

Betul-betul boleh buat orang jatuh cinta. 

Jatuh cinta dengan blog atau mungkin juga empunya blog.

Bila lah agaknya saya akan jadi macam tu..yang bukan hanya tahu tulis cerita tapi juga mampu mengusik jiwa :-p

Tuesday, June 22, 2010

Tolong jangan baca.Eh buat apa tu?Err baca jugak?!!



21062010

Assalamualaikum

Saya baca blog dia. bukan blog kamu tapi blog dia. saya rasa saya suka blog tu. owh rasa bukan rasa lagi. memang suka. saya kenal penulisnya. mungkin tak berapa kenal. tapi sekarang dah betul-betul kenal mungkin..lepas baca blog tu. entah. mungkin kisah kami sama. betul-betul sama. keadaan dia. situasi dia. tindak-tanduk dia. pemikiran dia. rasa hati dia. semua la. saya rasa kami berkongsi kisah yang sama. 

Boleh menangis kalau baca tulisan dia. owh rasanya orang penyedih macam saya je yang akan menangis kalau baca. anda mungkin tidak. tapi saya tak boleh nak nyatakan siapa dia dan apa link blog dia. sebab.....kisah saya pun ada yang tahu nanti bila baca tulisan dia. dia dah ceritakan segalanya tentang kisah dia yang mungkin juga kisah saya. kami berkongsi pengalaman yang sama. mungkin juga memori yang seakan sama.

Yang saya benar-benar pasti, cerita dia tidak mengisahkan orang yang sama. itu je perbezaannya. sebab apa saya sangat-sangat pasti...sebab saya pernah jumpa dia. saya tahu dia ada blog tapi tak pernah baca. tiba-tiba tadi teringat nak baca dan sangat lah tak sangka...kisah kami sama. sangat sama! teringat pulak hari tu masa keluar sama-sama, dia ada tanya soalan keramat tu. soalan yang dah lama telinga ni tak dengar. owh tiba-tiba ada orang tanya. terkedu. kelu sekejap lidah ni nak menjawab.
     
Kakak…saya gelarkan dia begitu. and she’s a writer. upss harap-harap tak ada siapa yang tahu siapa dia! :-)   

Petang tadi.....

3:20 pm
Hmm tadi my cousin merangkap my biz partner sms guna nombor adik dia.
"kakde punya hp n laptop hilang. apa2 contact umah kakde je.k? 037722****"

Terkejut jugak. macam mana boleh hilang tu. mungkin ada orang pecah kereta or tertinggal kat mana2 agaknya. tak syak apa2 lagi.....

Tapi...
7:24 pm
Dapat call dari nombor housemate kakde. Kakde yg call,
"Kakngah, ada orang masuk rumah kakde"

Hah??!!! yaAllah terkejut bukan main dibuatnya. bukan satu laptop yang hilang, tapi TIGA! dengan hp and duit pun habis kena kebas. termasukla duit biznez yang belum sempat lagi nak simpan dalam bank pun kena curi jugak. kakde cakap tengah hari tadi keluar pergi lunch. rumah memang dah kunci. balik tadi pun pintu rumah still berkunci. masuk dalam je dah bersepah-sepah. semua bilik dia masuk. bersepah macam tongkang pecah. yaAllah sabar je la. nak buat macam mane. benda dah nak jadi. police report pun dah buat. tapi tu la terkilan sesangat. bukan tak kunci. tapi zaman sekarang ni memang apa pun boleh jadi. bak kata kawan kat fb tadi, dunia sekarang dah tak selamat...betul kan...sabar ok kakde? sampai dah takde semangat nak teruskan biznez lagi katanya. owh tak boleh macam tu. kakngah still ada. kita buat sama-sama ok? jangan sedih2 nnt kakngah pun sedih jugak (tau tadi kakde nangis huhu)    

p/s-hati-hati la selalu.mana tau kalau esok lusa hari kita pulak..

Tuesday, June 15, 2010

Segan.Dalam bracket: konon-konon segan



 Salam
Saya kan..
Sebenarnya kan..
Ntah la
Nak cakap pun segan
ekekeke

Tader..tader..
Sebenarnya dah kena tag dgn nenao
utk join contest ni
anda photogenic?


Syarat2nya:
1.terbuka kepada semua peringkat umur
2.gambar sorang2 tau. kalau ade pic org lain, nanti YEYEN aka IZYAN IZZATY REJECT gambar korang tu

3.gambar tu mesti lah se-PHOTOGENIC yg mugkin (bak kata penganjur) and dia tak kesah gambar tu di-edit atau tak
4.ingat..sekeping gambar je tau
5.mestilah menjadi follower YEYEN aka IZYAN IZZATY
6.kena buat entry khas pasal contest ni. pastu, tag minimum 3org
7.letakkan BANNER CONTEST ni kat sidebar blog
8.tarikh tutup : 30 JUNE 2010


ha ni la YEYEN aka IZYAN IZZATY
(ingat gambar ni pun kena letak jugak dalam entry khas yg korang buat utk join contest ni) 
Dan...
ini lah gambar yang saya pertaruhkan dalam contest neh haha

Taktau la PHOTOGENIC kah atau photogediks kah..eheh
************************************************************


(gambar dah delete.tarikh tutup pun dah tutup)


Owh ya...apa yang menarik dalam gambar ni kan..
Hmm...lama nak kena pikir ni hehe


Rasanya..pipi tu kut..hahahaha
tembam sangat kan..
tu mmg original ye..xde cocok2 ke hape hakhak
dari kecik lagi..tak caya nanti saya upload pic kecik2 dulu..heee
pastu..pakai baju merah menyala tu kan, cam menyerlah sangat tak? hik


Sudah2..jom tag-men-tag pulak
mari kita lihat, siapa yang kena!!! :-p


kak soffya 


Tahniah! Anda bertiga berjaya join contest ni sebab sue dah tag korang..hee
Semoga berjaya!

Monday, June 14, 2010

cerita dalam tren vs cerita luar tren. jeng.jeng.jeng.

Assalamualaikum

Lama dah eh sue tak tulis blog..? Bak kata kak soffya la..hee. Sue busy la kakak. Ceh busy mengalahkan PM Malaysia mungkin hahahha. Seronoknya kalau ada orang nak baca entry kita kan? =)) Thanks kak soffya ♥

Jumaat:::11062010:::3.30pm.
Pergi ambik stock baru and lepas tu pergi Damansara. So naik tren je la. Owh sebut tren karang ada yang konpius pulak. Sebab banyak kan tren. Saya naik Star LRT. Yelaa kat Ampang ni mana la nak ada Putra ke, komuter ke, mahupun monorail ke kan heehe.   

Nak dijadikan cerita, baru duduk 5 minit tren dah sampai. Tapi buat bodo je la kan takde nak rebut2 macam nak naik tren kat KL Sentral ke, Mid Valley ke. Heee sebab time tu memang tak ramai orang pun. Dalam satu gerabak tu ada 2-3-4 orang je. Memang boleh buat macam tren sendiri pun kan. Hahhaha merepek suda. Sebenarnya ada cerita lain tapi mukadimah punya lah panjang. Nak buat macam mana, anda dah ter-berada di blog ni kan, layan je laaa... :-p

Lepas je tren tu dah berhenti lama, baru la rasa nak masuk. Dah kata Ampang tu stesen terakhir kan, 20 minit jugak la dia tak jalan-jalan. So buat apa nak masuk awal2 kan. Hmm nak dijadikan cerita, elok-elok duk berangan sorang2 dalam tren tu, sebab orang lain sume duk jauh2..al-maklum la dah jadi tren sendiri hikhik tiba-tiba boleh pulak ada sorang lelaki ni tegur saya. Dia cakap, "kenapa muka sedih je?" Gulpp! Kussemangat! Terkezut monkey den dibuatnye. Adeh. Otomatik duduk tegak terus sebab terkejut punya pasal. Rasanya dia perasan kut dengan muka pelik+terkejut cik sue ni kan. Terus dia cakap lagi, "kenapa sedih je muka tu?" and senyum pulak lepas tu. E'eh suka hati la nak sedih ke nak nanges ke meraung ke hape.. Sengih2 pulak die. Dah la terkejut tak hilang lagi. Mau tak terkejut, tetiba muka beliau terjengul sebalik pintu tren tu. Tapi lepas tu boleh pulak saya tergelak. Hahhaha. Takde, yang dia p sengih2 cam kerang busuk tu nape. Pastu dia gelak pulak. Adeh. Serius tak kenal kut. Tapi sebab dia punya uniform tu ada tulis rapid, so saya agak dia yang bawak tren tu tadi kut. Tah. Tak perasan pulak. Ingatkan kawan lama  ke boyfriend lama ke kan boleh la jejak kasih ke apa hehehheh. Tapi yela...next time bagi salam dulu. Bagi salam macam nak masuk rumah tu. Yang bezanya time tu nak masuk tren..heee (tapi dia tak masuk pun, kat luar tren tu je. kepala je yang masuk haha)

Haa kat pintu ni la lelaki tu berdiri...betul...tak tipu punya (sempat amik gambar pintu je u'oll haahah)

Hmm kesimpulannya...memang tak reti nak sorok. Apa yang dirasa tu la yang ditunjuk. Kalau sedih, sedih la rupa cik sue ni. Kalau gembira, terpancar la aura gembira tu..ekekeke. Kalau tak puas hati pun orang lain boleh tau. Kalau marah pulak, diam tak cakap-cakap hatta sepatah perkataan pun. So siapa-siapa pun boleh tau kalau saya tengah marah. Tak reti nak berlakon dan berpura-pura. Patut la kelas drama time asasi dulu dapat b. Heheh.


p/s-saya bukan hipokrit dan saya tak suka orang hipokrit

Tuesday, June 8, 2010

Happy Award & Glam Blogger Award

Salam

Sebenarnya dah lama kut dapat award ni. Tapi belum sempat nak amik je. Hehe sorry ye pada yang memberi. Bukan sombong ke tak nak amik ke. Tak.... Tapi tak teringat nak amik. Sampai dah berkali-kali pemberi award datang bagi tau saya dah dapat award, baru teringat nak amik. Heee...sorry........ 

Award 1

Award ini telah saya terima daripada Wanie
Thanks ya Wanie =)

Dan macam biasa la kena jawab tag kalau nak amik award ni

1) kenapa kamu suka blogging?
sebab saya suka blogging la

2) adakah kamu bhgia dgn kehidupan kamu skrg??
bahagia sesangat! lagi bahagia dari dulu =))

3) apakah impian kamu 5 tahun akan datang?
banyak..tapi xboleh bgtau kat cni..even yg tersayang pun sy x pernah bgtau hehe

4) siapakah 0rang yang sentiasa kamu inginkan berada di sisi kamu...?
mak abah family and best frens

5) sila beri award ini kepada 5 blogger kesukaan kamu :
aliapeng (memang en. ali ni akan dpt jgk setiap award yg sy dapat haha)
memang dah terang-terang lebih daripada 5..apakan daya dorang ni sume blogger kesukaan..hehe..tapi kan sebenarnya ramai lagi, tapi dah tak mampu nak tag sume.oleh itu kpd yg mahukan award ini boleh ambil juge ye..sume kawan2 blogger sy suka blog anda =)

6) pendapat anda mengenai award ni
saya suka award ni. sebab rasa cam dapat trofi betul2. macam mr. bola2 af je sy tengok hehe

**********************************************************************

Award 2

Award yang kedua ni pulak saya dapat daripada caliph
Thanks ya
Sorry sangat lambat amik


1) Adakah anda happy sekarang?
Ya!


2) Kenapa anda happy?
macam2 sebab boleh buat saya happy n takde sebab pun utk sy sedih skrg


3) Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?
mestila benda yg tak buat sy sedih or sakit hati ke apa hehe


4) Pernahkah anda menerima tag?
Err tidak pernah tidak!


5) Nyatakan warna yang anda suka
Pink n purple..jingga pun suka jugak


6) Beritau 9 orang yg anda mahu tag
Hmm sape2 je la ye yg mahukan diri anda di-tag =)


7) Tuliskan sstu ttg org yg anda tag
mereka blogger seperti saya.eheh


8) Adakah anda happy dengan apa yg ada?
Mestila...klu tak happy tu tak bersyukur namanya...hee


Monday, June 7, 2010

Balik kg lagi!!!

1:58pm
6/6/10

Assalamualaikum

Rasanya semua pun dah tau kan saya balik kampung mana pulak minggu ni. Dalam entry lepas kan dah bagitau minggu ni nak balik Jerantut pulak sebab minggu lepas dah balik Gopeng. So semalam sebelum subuh dah bertolak. Sampai rumah atok awal pagi. Seronok sangat sebab berjaya jugak balik jumpa wan selepas berulang-ulang kali saya cakap benda yang sama tapi tak balik-balik jugak kan =)) Tengah hari tu pulak pergi  makan kenduri. Cousin kepada cousin saya kawen. Tak faham takpe lah. Susah pulak nak explain salasilah keluarga kat sini hehe.

Alhamdulillah wan dah boleh jalan and dah boleh cakap walaupun agak susah nak faham apa yang wan cakap tu tapi saya gembira..sebab wan dah makin elok dan makin sembuh. Tapi tadi masa nak balik sedih jugak. Bukan. Bukan sedih jugak. Tapi sedih sangat. Wan duduk depan pintu rumah semata-mata nak tengok kitorang balik. Serius sedih. Tak sanggup kut. Kalau lah boleh berlama-lama lagi kat sana =( ok airmata dah tumpah..sob..sob..

..Tukar topik..
Saya balik kampung dengan cousin. Tumpang dia balik sebab hari ni kawan dia kawen. So tadi kitorang keluar awal sebab nak pegi kenduri kawen kat Kuala Lipis. Balik tu pulak, singgah beli durian. Kalau tak silap kat area Mempaga. Lepas tu apa lagi, tiga kereta pergi Air Terjun Chamang makan durian. Sebenarnya first time dengar nama tempat tu. "Chamang". Tak pernah tau pulak ada  tempat yang bernama Chamang kat Pahang. Tu yang asyik tercakap Machang je. Hehehe. Maybe kampung kut, kat area Bentong. Ha masa on the way tu jugak, akhirnya saya tau jugak Felda Bilut kat mana. Sebelum ni memang tertanya-tanya kat mana Felda Bilut tu. First time dengar and tau Bilut tu kat Pahang pun masa keluar filem Bilut tu dulu. Hahaha boleh jadi orang Pahang lagi tak. Semua tempat tak tau. Yelaa cam ne nak tau kalau balik je ikut highway. Bukan masuk kampung pun. Biasa lalu Temerloh, Karak je la. Tapi sekarang dah tau dah =))) So boleh jadi orang pahang sejati la kan? Dah tau Benta, Mela, Ulu Tembeling, Raub kat mana haahahaha baru tau ckit dah kecoh :p

Nangka madu. Taktau kenapa nangka ni besar sangat.
First time jugak tengok nangka besar gedabak cam ni..
(semua 1st time cik sue ni heheheh)

3 plastik durian depan mata..apa lagi...
kakak-kakak ni semua cam dah tak sabar je hee






p/s - kpd haz_shameer, kg sy kat felda pdg piol, jerantut. tau ke? org jerantut jugak?

Tuesday, June 1, 2010

♥ jOm siapa nak ikUt g kawen?

"...Apabila cinta memanggilmu... 
Ikutilah ia walau jalannya berliku-liku... 
Dan, apabila sayapnya merangkummu... 
Pasrahlah serta menyerah, 
walau pedang tersembunyi di sela sayap itu melukaimu..."  
(Kahlil Gibran) 


Assalamualaikum


jOm!
ada yg nak ikut tak
g KENDURI kawen
bukan g kawen
typing error kat title entry tu heheh


Semalam...
Orang tu dah tanya,
"kad dah sampai ke belum?"


Hari ni...
Sampai jugak kad undangan tu
Kad walimatul urus rumet tersayang,


Khairunnissa bt Mahemud Afzal
dengan
Tengku Saidin bin Tengku Jusoh




Kat terengganu sana.
Jauh tu...
Memang nak pergi,
tapi mak kata kalau xde kawan nak teman mak tak izinkan.
Oleh yang demikian, siapa nak teman??
Haa jOm..jOm..heee

gambar Sha masa bertunang~