I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Saturday, June 26, 2010

Cakap lah apa pun.Saya tetap bersyukur

Assalamualaikum

Terima kasih Allah..Alhamdulillah.

Sungguh saya tak sangka. Entry yang saya post semalam dah buat orang marah pada saya. Menyebabkan beliau menulis entry balas di blognya. Oh bukan! Ini bukan entry balas daripada saya. Cuma mahu menenangkan hati sendiri mungkin.

Saya ingat dunia nyata je yang akan buat saya sedih. Tapi sebenarnya saya silap. Dunia maya pun boleh buat kita sedih jugak kan. Kadang-kadang kita tak kenal orang tu,tapi dalam sekelip mata orang tu boleh tinggalkan kesan dalam hidup kita.

Sekali lagi..terima kasih yaAllah.

Semalam.

Seekor lagi mati. Ye kucing yang kami jaga dari kecil. Mungkin termakan racun. Siapa yang tak sedih tengok makhluk yang kita sayang menggelupur depan mata. Menjerit kekejangan sebelum mati. Bukan sekejap. Seksa sangat kita yang melihat. Sampai tersedu-sedu kami menangis. Oh mungkin ada yang boleh tergelak. “Dia menangis sebab kucing mati.” Itu memang perasaan mereka yang tak punya rasa sayang mungkin. Tapi kami lain. Kami rasa macam hilang ahli keluarga sendiri. Cakap lah apa pun. Kami memang sedih. Saya memang sedih.

Lepas tu, saya online. Cuba melupakan sekejap kejadian yang berlaku depan mata. Walaupun masa tu masih berair hidung.

Tapi kamu tahu apa yang saya jumpa bila buka e-mail?

Comment itu. Yang dianggapnya satu teguran. Ye. Saya memang tahu itu teguran ikhlas dari dia. Dia selalu tegur saya dan saya selalu akan jawab setiap teguran dia. Saya pernah delete teguran dia dari kotak comment blog saya. Tapi entah la. Mungkin bagi saya setiap teguran dia tu menyakitkan hati. Itu lah orang kata, rambut sama hitam tapi hati?..hati lain-lain. Mungkin dia rasa itu comment paling sopan yang dia cuba bagi pada saya. Tapi mungkin tidak pada saya. Saya selalu terima teguran dari dia. Agaknya saya yang tersilap tulis atau tersilap kata. Mungkin tulisan saya menjengkelkan pada pandangan mata dan fikiran dia. Sebab tu saya sentiasa ditegur. Entah. Terpulanglah.

Saya suka baca blog dia sebab penulisan dia tak seteruk penulisan saya. Itu pendapat saya. Saya akui yang saya memang jarang sekali tinggalkan comment atau jejak kalau singgah ke blog dia. Saya memang suka meng-invisible-kan diri bila melawat blog orang. Tapi kadang-kadang terpaksa juga. Nak buat macam mana. Sudah trend, blogwalking~

Saya tahu dia takkan baca lagi blog ni. Tapi kalau baca, saya mintak maaf. Kita mungkin tak boleh jadi kawan.

Kami mungkin tak serasi sebab saya mudah sangat berkecil hati. Saya tak mintak nak jadi macam ni.

*****
Dan memang...semalam hari sedih sedunia bagi saya. Mungkin jugak bulan jun bulan paling sedih dalam hidup saya. Saya hilang mereka yang saya sayang dalam satu hari. Saya jugak pernah hilang dia yang saya sangat-sangat sayang dulu. Dalam hati ni...Tuhan je yang tahu.. Takpe. Semua ni memang buat saya sedih..dan saya menangis sekarang..tapi saya tahu Dia sayang saya sebab tu semua ni jadi. Alhamdulillah. 

5 comments:

HAZ_SHAMEER said...

Assalamualaikum cik sue..

Didalam hidup ini perasaan sedih adalah normal didalam hidup..kita sedih kerana kita adalah manusia yang penuh dengan kasih sayang...kita sedih juga kerana kita adalah manusia yang sensitif...kita sedih juga kerana ketamakan kita ataupun keegoan kita..sedih dan gembira selalu berganti..

Baginda rasullulah pun pernah bersedih kerana kehilangan anaknya ibrahim,kehilangan isteri tercintanya siti khadijah,kehilangan bapa saudaranya abu talib.

Namun kita sebagai manusia biarlah bersedih kerana sesuatu yang bernilai besar disisi ALLAH swt..

Kita jangan pula bersedih kerana sesuatu yang mempunyai nilai yang terlalu kecil di sisi ALLAH swt..

Ermm walau apa2pun hanya ALLAH swt jua yang Maha Mengetahui niat dan erti kesedihan kita..

Maaf cik sue saja2 nak share dengan cik sue dan semua..membebel panjang yek saya.. :)

Ries Lee said...

sabar.
saya dulu pernah backup sorang blogger yg pernah alami nasib yg sama tp lagi teruk dari awak.
sampai dia diaibkan teruk kat blog sorang blogger tu.
akibatnya satu malam dia nangis.

tp sekarang dia dah ok..
orang yg cari pasal dgn dia pun dah beransur hilang dan skrg dah hilang terus...
dan happy dgn keadaan dia sekarang.

lagi sekali sabar k...
masalah awak ni kecil saja..
still dalam keadaan terkawal..
chill k..

btw, takziah utk kucing tu...
maybe komen sy ni mcm lari atau x da kaitan dgn entri awak kot..huhu

Kampungku2u said...

salam.. singgah & komen jap kat sini sbb dah lama x berblog jadi tgin jgk nak komen sini.. sue ni sensitif jugak ya orangnya hehe.. cam mana nak jaga ni hahah.. sila ketawa :) gurau je.. smile... :):)

Apel D. Doragon said...

yey saye keep in touch..

Azliza said...

sabo bebanyak ye...jgn nangis2/sedey lg