I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, June 14, 2010

cerita dalam tren vs cerita luar tren. jeng.jeng.jeng.

Assalamualaikum

Lama dah eh sue tak tulis blog..? Bak kata kak soffya la..hee. Sue busy la kakak. Ceh busy mengalahkan PM Malaysia mungkin hahahha. Seronoknya kalau ada orang nak baca entry kita kan? =)) Thanks kak soffya ♥

Jumaat:::11062010:::3.30pm.
Pergi ambik stock baru and lepas tu pergi Damansara. So naik tren je la. Owh sebut tren karang ada yang konpius pulak. Sebab banyak kan tren. Saya naik Star LRT. Yelaa kat Ampang ni mana la nak ada Putra ke, komuter ke, mahupun monorail ke kan heehe.   

Nak dijadikan cerita, baru duduk 5 minit tren dah sampai. Tapi buat bodo je la kan takde nak rebut2 macam nak naik tren kat KL Sentral ke, Mid Valley ke. Heee sebab time tu memang tak ramai orang pun. Dalam satu gerabak tu ada 2-3-4 orang je. Memang boleh buat macam tren sendiri pun kan. Hahhaha merepek suda. Sebenarnya ada cerita lain tapi mukadimah punya lah panjang. Nak buat macam mana, anda dah ter-berada di blog ni kan, layan je laaa... :-p

Lepas je tren tu dah berhenti lama, baru la rasa nak masuk. Dah kata Ampang tu stesen terakhir kan, 20 minit jugak la dia tak jalan-jalan. So buat apa nak masuk awal2 kan. Hmm nak dijadikan cerita, elok-elok duk berangan sorang2 dalam tren tu, sebab orang lain sume duk jauh2..al-maklum la dah jadi tren sendiri hikhik tiba-tiba boleh pulak ada sorang lelaki ni tegur saya. Dia cakap, "kenapa muka sedih je?" Gulpp! Kussemangat! Terkezut monkey den dibuatnye. Adeh. Otomatik duduk tegak terus sebab terkejut punya pasal. Rasanya dia perasan kut dengan muka pelik+terkejut cik sue ni kan. Terus dia cakap lagi, "kenapa sedih je muka tu?" and senyum pulak lepas tu. E'eh suka hati la nak sedih ke nak nanges ke meraung ke hape.. Sengih2 pulak die. Dah la terkejut tak hilang lagi. Mau tak terkejut, tetiba muka beliau terjengul sebalik pintu tren tu. Tapi lepas tu boleh pulak saya tergelak. Hahhaha. Takde, yang dia p sengih2 cam kerang busuk tu nape. Pastu dia gelak pulak. Adeh. Serius tak kenal kut. Tapi sebab dia punya uniform tu ada tulis rapid, so saya agak dia yang bawak tren tu tadi kut. Tah. Tak perasan pulak. Ingatkan kawan lama  ke boyfriend lama ke kan boleh la jejak kasih ke apa hehehheh. Tapi yela...next time bagi salam dulu. Bagi salam macam nak masuk rumah tu. Yang bezanya time tu nak masuk tren..heee (tapi dia tak masuk pun, kat luar tren tu je. kepala je yang masuk haha)

Haa kat pintu ni la lelaki tu berdiri...betul...tak tipu punya (sempat amik gambar pintu je u'oll haahah)

Hmm kesimpulannya...memang tak reti nak sorok. Apa yang dirasa tu la yang ditunjuk. Kalau sedih, sedih la rupa cik sue ni. Kalau gembira, terpancar la aura gembira tu..ekekeke. Kalau tak puas hati pun orang lain boleh tau. Kalau marah pulak, diam tak cakap-cakap hatta sepatah perkataan pun. So siapa-siapa pun boleh tau kalau saya tengah marah. Tak reti nak berlakon dan berpura-pura. Patut la kelas drama time asasi dulu dapat b. Heheh.


p/s-saya bukan hipokrit dan saya tak suka orang hipokrit

2 comments:

soffya cik bulan said...

aihh, igtkn bdk lari dari rumah...

soffya cik bulan said...

uihh...igtkn bdk lari dari rumah...

eh, kak soffya mn tue...ada jgk yg rindu ye..hohoho

miss U~