I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, June 24, 2010

Elakkan bertanya soalan kurang pandai

Assalamualaikum

Saya cuma tak faham. Tak faham dengan perangai sesetengah orang. Tahu tak malas itu tak bagus. Walaupun tak tunjuk tapi boleh nampak. Saya tak suka menunjukkan yang saya sedang online. Terutama sekali dekat facebook. Kalau saya online, itu bermakna saya ada hal penting yang perlu diselesaikan dengan kawan-kawan saya. Bukan dengan awak. Bukan untuk buang masa dengan omong kosong. Tapi tiap kali saya online, awak yang entah siapa-siapa tu tiba-tiba je muncul di kotak chat saya. Saya tak cukup rajin owh bukan malas cuma kurang rajin untuk jawab pertanyaan-pertanyaan yang pada fikiran saya tak patut awak tanya. 

Soalan kurang pandai yang pertama
-Awak dah kerja?
"awak kalau malas nak baca info saya baik jangan chat dengan saya la.dah terang lagi bersuluh dengan mentol lampu 100watt tu saya tulis tengah belajar lagi.kalau rasa2 tak reti baca boleh masuk tadika balik"

Soalan kurang pandai yang kedua
-Awak buat apa tu?
"owh saya tengah masak atau tengah mandi mungkin.sambil2 tu bawak laptop letak dalam kuali atau masuk sekali dalam bath tab.mestila saya tengah online dan tengah chat dengan awak."

Soalan kurang pandai yang ketiga
-Awak keje apa?
"ha yang ni memang nak kena debik berkali-kali.kalau awak boleh bagi saya keje yang bergaji RM10,000 ke atas lepas saya habes study ni, saya tak jadi nak debik awak"

Soalan kurang pandai yang keempat
-Awak belajar kat mana?
"saya rasa awak ni memang betul-betul pemalas.awak tau tak,dah merata tempat saya kecohkan saya student UKM.kalau tak kenal saya baik jangan add saya sebab saya memang akan approve tapi lepas ni saya delete awak.buat semak je"

Soalan kurang pandai yang kelima
-Awak,umur awak berapa ye..
"owh awak boleh tunggu kejap tak.saya nak pergi amik sijil surat beranak saya"

Oleh itu,sila la tanya lagi soalan bodoh kurang pandai kat saya lagi lepas ni. Dengan pastinya awak akan dapat jawapan-jawapan macam ni. Macam takde guna je kita isi ruangan kosong yang tertulis name,birthday,college,relationship status,etc. tu semua kalau tak dibaca. Saya isi penuh semua ruangan tu sebab saya taknak buang masa awak bertanya soalan yang tidak perlu pada saya. Ok? Faham tak sekarang?

6 comments:

YoN said...

dear. i loikeee dis entry much! haha
tah apa2 punya soklan. menyampohhh (=.=')

zEri sAfEerA said...

hehe,,,btol2. x knal, tp add jgk. 2 yg jd mslh. hee :) remove jela org yg begitu ;)

Belleza~ said...

yon:
hahha thanks dear.tu lah dah lama nk ckp psl ni tp tak berkesempatan.tapi hari ni jd lg..apa lg..meletOp trus..hahah..publish trus entry nih

zeri safeera:
betul kan..kena remove je.buat semak!haha

shasha said...

like like like! mmg sgt annoying dgn org yg ska bertanya soklan2 mcm tu..

Belleza~ said...

shasha bee:
sangat!smpai kdg2 taktau nk jwb ape n lepas tu trus sue tak jwb lgsug dah.offline terus..

Kampungku2u said...

Salam :) dah lama rasaya tak jengok tuan umah.. skrg sy nak tanya soklan selain dari soalan di atas... selalu hari minggu free tak? bukan apa nak ajar keluar tgk wayang la ok x hehe... :)