I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, June 22, 2010

Tolong jangan baca.Eh buat apa tu?Err baca jugak?!!



21062010

Assalamualaikum

Saya baca blog dia. bukan blog kamu tapi blog dia. saya rasa saya suka blog tu. owh rasa bukan rasa lagi. memang suka. saya kenal penulisnya. mungkin tak berapa kenal. tapi sekarang dah betul-betul kenal mungkin..lepas baca blog tu. entah. mungkin kisah kami sama. betul-betul sama. keadaan dia. situasi dia. tindak-tanduk dia. pemikiran dia. rasa hati dia. semua la. saya rasa kami berkongsi kisah yang sama. 

Boleh menangis kalau baca tulisan dia. owh rasanya orang penyedih macam saya je yang akan menangis kalau baca. anda mungkin tidak. tapi saya tak boleh nak nyatakan siapa dia dan apa link blog dia. sebab.....kisah saya pun ada yang tahu nanti bila baca tulisan dia. dia dah ceritakan segalanya tentang kisah dia yang mungkin juga kisah saya. kami berkongsi pengalaman yang sama. mungkin juga memori yang seakan sama.

Yang saya benar-benar pasti, cerita dia tidak mengisahkan orang yang sama. itu je perbezaannya. sebab apa saya sangat-sangat pasti...sebab saya pernah jumpa dia. saya tahu dia ada blog tapi tak pernah baca. tiba-tiba tadi teringat nak baca dan sangat lah tak sangka...kisah kami sama. sangat sama! teringat pulak hari tu masa keluar sama-sama, dia ada tanya soalan keramat tu. soalan yang dah lama telinga ni tak dengar. owh tiba-tiba ada orang tanya. terkedu. kelu sekejap lidah ni nak menjawab.
     
Kakak…saya gelarkan dia begitu. and she’s a writer. upss harap-harap tak ada siapa yang tahu siapa dia! :-)   

Petang tadi.....

3:20 pm
Hmm tadi my cousin merangkap my biz partner sms guna nombor adik dia.
"kakde punya hp n laptop hilang. apa2 contact umah kakde je.k? 037722****"

Terkejut jugak. macam mana boleh hilang tu. mungkin ada orang pecah kereta or tertinggal kat mana2 agaknya. tak syak apa2 lagi.....

Tapi...
7:24 pm
Dapat call dari nombor housemate kakde. Kakde yg call,
"Kakngah, ada orang masuk rumah kakde"

Hah??!!! yaAllah terkejut bukan main dibuatnya. bukan satu laptop yang hilang, tapi TIGA! dengan hp and duit pun habis kena kebas. termasukla duit biznez yang belum sempat lagi nak simpan dalam bank pun kena curi jugak. kakde cakap tengah hari tadi keluar pergi lunch. rumah memang dah kunci. balik tadi pun pintu rumah still berkunci. masuk dalam je dah bersepah-sepah. semua bilik dia masuk. bersepah macam tongkang pecah. yaAllah sabar je la. nak buat macam mane. benda dah nak jadi. police report pun dah buat. tapi tu la terkilan sesangat. bukan tak kunci. tapi zaman sekarang ni memang apa pun boleh jadi. bak kata kawan kat fb tadi, dunia sekarang dah tak selamat...betul kan...sabar ok kakde? sampai dah takde semangat nak teruskan biznez lagi katanya. owh tak boleh macam tu. kakngah still ada. kita buat sama-sama ok? jangan sedih2 nnt kakngah pun sedih jugak (tau tadi kakde nangis huhu)    

p/s-hati-hati la selalu.mana tau kalau esok lusa hari kita pulak..

2 comments:

soffya cik bulan said...

itulah su...dunia ksrg mmg tk slmt dh, sbb mgkn ktia sndiri yg mndedahkan diri kta byk sgt..dn org yg suka ambil ksmptn pn byk..

dik, jgn jadikan pglm lalu satu keperitan hinggan melupakan peluang yg masih banyak...

SuRAizA~ said...

kak soffya,betul mcm akak cakap.dunia skrg mmg dh tak slmat.sue pn tak yakin boleh survive atau tak.macam2 dah jadi.smpai benda baik depan mata pun dh tak nampak..huhu