I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, July 30, 2010

versus ada sesuatu


assalamualaikum

baru habes baca versus. ya baru habes baca pagi ni. lepas subuh terus sambung sebab malam tadi tak sempat nak habeskan. roomate su dah nak tido. jadi macam tak best pulak bukak lampu terang-benderang dalam bilik ni kan walaupun ada je lampu kat meja. tapi memang lampu kat meja ni pun jenis yang terang-benderang jugak la. jadinya, malas lah nak stay up sampai pukul 2 atau 3 pagi macam dulu-dulu tu. kalau ya pun, tunggu lah time2 nak study ke exam ke kan, berbaloi lah jugak. err merepek apa entah.  

nak cerita pasal Hlovate. ok. bukan. su nak cerita pasal cerita-cerita Hlovate. su bukan tahu atau kenal pun Cik atau Encik atau Puan Hlovate tu. tengok, status beliau pun su tak tahu. tapi cerita-cerita yang hlovate tulis memang best. sebab bukan cerita tin kosong yang boleh disepak atau dipijak kat tepi-tepi jalan tu. tapi cerita yang penuh. tak kosong. penuh dengan ilmu. part ni memang su suka. bukan ilmu cinta-jiwang-karat macam novel lain yang berlambak kat mph tu. tapi ada part yg pasal ilmu-ilmu agama tu. 

ye lah su akui la su ni bukan jenis pakai tudung labuh atau jubah atau pakai baju kurung dgn tudung bidang besar setiap kali nak keluar mana-mana [keinginan mmg ada tapi entah bila.doakan ya]. tapi su mmg tertarik kalau cerita tu ada dimasukkan sekali bab-bab hukum agama ni. sekali dgn kata2 semangat n motivasi segala bagai. 

berbalik kpd cerita hlovate td, mmg semua novel2 dia ada semua yg su cakap tu. dulu su penah kata su suka sangat cerita aA+bB. lepas tu bila baca cerita 5 tahun 5 bulan, tetiba rasa macam paling suka cerita ni. pulak dah. then, baca pulak rooftop rant. memang rasa macam suka giler. sebab masa su baca novel tu, elok-elok je time tu su ada krisis dengan dia. sampai su balik kampung duk dengan atok n wan bawak diri punya pasal. and ter-angkut sekali rooftop rant tu. dan memang cerita tu buat su jadi kuat. boleh la kalau nak kata kuat macam 'supergirl'. eceh. hahahaha

dan sekarang ni........bila baca VERSUS, rasa macam dah lekat kat jiwa. rasa macam ada sikit terkena hidung sendiri. rasa macam nak perasan jadi minn edina. rasa macam nak kenal dengan lelaki macam ao. dan macam-macam rasa lagi la. 

"I'm not meant for you.... Aku tak mampu berdiri di sebelah lelaki itu"

**********************
"Baca surah al-Mulk dengan an-Nur banyak-banyak. Mohon perlindungan."

**********************
"Maka... apabila kita dah settle dari sudut solat dan ibadat, kita juga sepatutnya secara langsung dah settle juga dari sudut hidup ikut syariat. sepatutnya kalau kita dah settle dari sudut aurat, secara langsung je kita sepatutnya akan settle juga dari sudut ikhtilat"

-hlovate;versus-

mak pun penah pesan baca surah al-Mulk selalu..

tadi ada terbaca satu blog yang kata versus ni boring. tak macam novel hlovate yg sebelum ni. tapi su tak rasa boring pun. still rasa macam semua novel2 hlovate yang lain yang memang semuanya best tiada yang tidak best melainkan yang best-best belaka. hahahha. kena lah baca sendiri kalau nak tahu. tapi su suka versus! ~change for good is not a crime [.....kena ingat selalu nih]     
  
   

rasanya ni bukan entry pertama yang su cerita pasal hlovate. memang dari dulu lagi dah jatuh cinta separuh giler dengan novel-novel dia. even cerita Schubert's Serenade dalam Gurindam Jiwa tu pun boleh buat su menangis-nangis-berlinang-air-mata. tersedu-sedan dibuatnya gara2 abang shah meninggal. haih..hebat betul lah hlovate ni bila menulis. walaupun cerita tu pendek je. bukan novel satu buku. kalau novel yang 400-500 halaman tu, mau bengkak mata kut. heh. novel pertama hlovate yang su beli aA+bB. lepas tu mula la start cari novel-novel hlovate. dan memang lah sekarang dah ada semua novel hlovate. jap. ada yang baru keluar ke? tak de kut. versus yang latest kan.

ini entry terakhir utk bulan july ni. cukup-cukup je 31 entry kan. konon-konon setiap hari su post entry la. heheh

p/s-sungguh la nak jumpa hlovate sangat *_*

Thursday, July 29, 2010

dalam hati ada taman penuh dengan bunga-bunga warna-warni


salam

tadi kan..
su rasa macam..........
...entah
tapi terfikir sesuatu
mungkinkah.......?

kejap kejap!
itu suratan ke kebetulan?
atau pun memang jodoh?
hahahah

memang lah gila kau ni suraiza!

ok..
su merepek
memang su merepek je

tapi best!
serius tak sangka!

facebook ni memang laa ..heheh


tetiba hati berbunga-bunga-bunga je.............hee 


shawl baru~


assalamualaikum

hari ni pergi restock shawl and tudung and shawl and tudung. heheh. banyak sangat-sangat-sangat. sampai bawak balik ukm separuh and kd bawak balik separuh nak jual kat kawan2 ofis dia. su pulak jual kat kawan2 ukm dia. hahaa. ni pun tengah nak upload gambar kat blogshop and facebook. banyak sangat. ambik gambar pun ala kadar je. dah tak larat nak ambik gambar satu-satu macam dulu. 

jom tengok2 ckit jom





ini stock SHAWL LYCRA pulak tau. sekarang su macam dah giler pulak dengan shawl lycra nih. belum jual lagi dah sapu dulu buat koleksi sendiri heheh. memang lah mahal ckit kalau nak banding dengan shawl biasa...tapi sedap pakai laa..berat..tak jarang...sejuk...berbaloi-baloi ;p

esok kuliah pukul 8 pagi..lepas tu ada talk pulak. Dr. Kuik siap dah hantar email lagi tadi...dengan disertakan sekali perkataan WAJIB untuk kehadiran tu. kalau tak pegi dosa. baik lah pergi sebab nak2 dekat bulan puasa ni, kurang2kan la buat dosa tu eheh

Monday, July 26, 2010

entry entah-hape-hape-entah


assalamualaikum

ni kali pertama rasa macam malas giler nak tulis belog. tapi keinginan untuk menulis tu memang la sentiasa ada. tak penah pulak tak ada. cuma rasa malas dan kurang rajin je. mungkin sebab belum betul-betul nak sihat lagi kut. 

hidung ni makin teruk pulak tersumbatnya. adeh. lepas ni memang kena betul-betul-betul pantang minum ais, makan ais, kunyah ais...dan apa-apa je lah yang sebentuk dan serupa dengan ais. lepas tu kena pantang jugak makan pedas-pedas sebab 2-3hari lepas macam nak giler kau berperang dalam toilet [ jangan gelak la.tak lawak ] lepas tu lagi kena pantang pegi tempat jauh-jauh pastu balik hari. sebab nanti malam tak boleh tido. sebab kepala rasa macam nak pecah punya sakit. haila... sejak-dua-menjak ni asyik nak sakit je kau ni suraiza...

semalam balik gopeng. balik tiba-tiba. bagi orang kampung terkejut sikit. bukan selalu pun nak buat surprise2 macam ni. sampai pakcik-makcik pun pelik. "aik takkan balik sorang je, mak abah mana?" dan "eh kakngah balik dengan siapa ni?

soalan demi soalan masuk gegendang telinga [eceh ayat bajet novel]. tujuan su balik kampung secara mengejut semalam tu tak boleh la nak di-cerita-kan kat sini sebab ianya tersangatlah personal. tersangatlah peribadi. dan tersangatlah so-called-urusan seri paduka baginda. p & c. 

tapi apa yang mengejutkan balik adalah pabila atok telah menarik cucunda beliau ini duduk di sampingnya [lagi sekali ayat bajet novel] amik kau terkejut monkey dan shy2 cat jugak dibuatnya bila diperkenalkan kek semuo tetamu-tetamu yang ado. itu lah siapa suroh nak surprise2 sangat, skang kan sape pulak yang ter-surprise. uhuk

errr tok malu la kakngah cam ni [ini ayat dalam hati je] sebab takkan lah nak cakap depan2 pulak itu tak sayang atok namanya. eheh. siap pegang tangan lagi tu. ni mesti kes beliau tahu kalau tak di-pegang budak ni, mahu lari keliling rumah tak masuk2 dah cucunda beliau ni karang. ekekeke

bukan apa. su risau je. nanti karang kalau lah ada yang berkenan nak di-buek menantu ke calon bini ke kan tak ke payah. ye tak?? har. har. har. perasan tahap tak hengat jangan cerita la. heee. haih sudah2 cik su bawak2 solat isyak dah azan pun ha kat surau ibu zain nih 

ini dia husna. baru 11hari dia tengok dunia.
husna ni bukan baby su.
hallo hallo bila masa pulak su naik pelamin.
ini sepupu su :p
comelnya husna


Saturday, July 24, 2010

gambar zaman tok kaduk


assalamualaikum.

gambar ditangkap semasa era 1950-an 
gambar dulu-dulu
alaa...zaman-zaman baru nak merdeka tu
gambar belum ada kaler eheh

zaman sekarang susah nak tangkap
sebab gambar suka lari-lari
main kejar-kejar kan penat









gambar yang last ni memang comel kan..
sebab ada watak bajet hot so kena tutup idung mancung tu sikit ekekeke

Friday, July 23, 2010

pulang ke rumah setiap hujung minggu bukanlah perkara pelik tapi benar dalam hidup dia


salam

akan pulang ke rumah [ ini bukan tujuan asal ]
tujuan asal tak nak balik pun..

tapi tiba-tiba cik rumate comel saya telah memberitahu berita tergempar setelah beliau pulang dari berjogging petang tadi. ini betul-betul jogging bukan belog-jogging mahupun belog-walking. eceh mentang-mentang lah rumate kau tu jugak seorang pem-belog ya suraiza. diulangi. pem-belog bukan pembelot. 

ukm akan menghilangkan tenaga elektriknya buat beberapa hari. bermula petang esok sehingga lah ke pagi isnin nanti. maka..takkan lah cik su nak bertapa dalam bilik tanpa lampu, kipas, dan semestinya la jaring ukm nih. nak buat apa lah agaknya kalau betul-betul keadaan tersebut berlaku dan cik su tidak kemana-mana. bukankah kurang pandai namanya tu [cik rumate comel saya akan ber-tarikh pada hari-hari yang berkenaan.cik su belum ada tarikh utk ber-tarikh lagi ekekeke.sila abaikan kalau anda kurang faham] 

begitu laa..setiap kali menyimpan niat untuk tidak pulang, pasti akan pulang juga. mana lah tidak diperli-perli oleh mereka-mereka semua. 

wahai rumah, kenapalah dekat sangat dengan ukm heee


bila masa pulak su putus cinta semalam...tahun lepas laaa


assalamualaikum

tiba-tiba rasa..err rasa apa ya..entah. takde rasa pape pun

jangan salah faham ya sahabat2 sayang2 pembaca2 belog sekalian.entry yang sebelum ni memang merapu aje. itu sesi luahan perasaan yang tak berkesudahan [sigh] 

alrite. lets move to the next story

semalam memang sangat rajin pergi kelas spain.konon-konon bersemangat waja sangat la.padahal bukan ada kelas pun.just ada meeting kejap dengan pensyarah spain tu pasal kelas and so on.jumpa pun dalam bilik beliau je.alang-alang dah tido kat kolej orang lepas tu boleh pulak buat macam rumah sendiri terus menumpang je kereta ain untuk ke ppbl.sekali jalan je pun

dan kelas spain sem ni macam best je. "macam" best memang bermakna best ya. sebab; pertama-berkemungkinan tidak akan ada final exam. kedua-hanya datang kelas untuk berkata-kata bukan bertulis-tulis lagi macam level1 and level2 dulu. ketiga-anda datang kelas,anda dapat A. fuyooohhh sape tak mahu.  keempat-tak ada assignment [ ya.su bukan seorang pembuat assignment yang tegar ]

nak tahu tak, boleh pulak ramai giler yang amik spain level 1 sem ni. and lecterur kata "mentang-mentang lah spain menang world cup." oho sebab itukah? tak akademik langsung la amik spain sebab world cup. heee

wait! wait! spain menang wc ke? omaigod! kenapa su tatau 

tata u'oll.
mahu pergi makan.
sebelum beruk datang curik makanan nih [ tadi ada sekor tumbangkan tong sampah tepi toilet ]


Thursday, July 22, 2010

untuk yang [ . . . . . ]


assalamualaikum

yay! sudah terselamat. dah bebas. dah merdeka. aik selama ni kau kena jajah ya suraiza. ahahahha. mungkin boleh jugak kalau nak kata kena jajah. tapi bukan la kena jajah dengan belanda,jepun,ataupun british tu. tapi dijajah dalam erti kata yang lainnya. dijajah hati dan perasaan. dijajah mental dan fikiran. kau apa tahu?

semalam memang lah rasa nak senyum je satu hari. tahu kenapa? penah dengar tak perkataan-perkataan ni?? "Biarlah Rahsia"

maka...biarlah rahsia menjadi rahsia =)

yang itu sudah dicampak ke dalam longkang blok 9b. asalnya mahu dicampak saja kelaut. tapi jangankan laut, pasir pantai pun su tak jumpa kat bangi ni. 

yang itu..sila jangan ganggu lagi. 
engkau yang mula. 
engkau jugak yang akhir-kan.
dan aku..menyesal!

yang ini..yang sekarang..
akan disimpan baik-baik.
untuk yang benar-benar layak.
untuk yang tahu menghargai.
untuk yang cinta bukan sekadar cinta.  




Wednesday, July 21, 2010

ini soal hidup dan mati



aku manusia lemah
selalu terjatuh
berbeda aku darimu
kau berdiri teguh


assalamualaikum


petang ni su takde kat bilik. sampai malam. eh tak. sampai esok pagi. atau mungkin sampai ke-tengah-hari keesokan harinya [ konon-konon ada orang nak datang ketuk pintu bilik lah petang ni takpun malam ni atau pun esok pagi sampai kecoh nak bagitahu kat belog bagai hehe ]

ish mana pulak su balik rumah. amboi mentang-mentang su kaki balik rumah. nak cakap su balik rumah je la ey..

tidak la. bukan nak balik. su nak pergi ketemu seseorang
 

owh ya
cik rumet comel su masih belum diberitahu
nanti karang bising pulak beliau [ sebentar.sejak bila pulak rumet suka bising2 kat kau suraiza hakhak ]


pertemuan yang penting
ini soal hidup dan mati
noktah.

Tuesday, July 20, 2010

si cantik vs si kacak..apa-apa aje la


assalamualaikum

pensyarah pb dalam lecture pagi tadi kata, "siapa cakap perempuan lagi ramai dari lelaki?

owh maknanya lelaki memang lagi ramai lah dari perempuan kan? jadi kenapa kalau masuk bab poligami, salah satu alasannya mesti sebab perempuan lagi ramai dari lelaki. oleh itu lelaki kena amik 2 atau 3 atau 4 perempuan untuk jadi isteri dia. kalau tak nanti perempuan tu sampai tua lah tak kahwen-kahwen sebab tak cukup lelaki dalam dunia ni. ataupun...sunnah nabi. haih bab lain taknak ikut sunnah tapi kalau bab ini, laju je 

bak kata pensyarah tadi, kita cakap berdasarkan bukti. dah memang statistik tunjuk lelaki lagi ramai dari perempuan

topik pasal lelaki-perempuan ni tadi terkeluar bila ada soalan kenapa perempuan ramai kat universiti, tapi lelaki macam hampir-hampir nak pupus aje. sebenarnya bukan lah lelaki tu tak ada dalam universiti ni. cuma bilangan tu je yang kurang. rata-rata universiti mesti perempuan lagi ramai

alasan sorang student dalam kuliah tadi, dia kata perempuan rasa dia kena belajar tinggi-tinggi, ada ijazah, ada kerja bagus untuk masa depan. contohnya kalau lah ditakdirkan jodoh dia tak panjang, tiba-tiba bercerai atau suami meninggal dunia, bukankah nanti masih boleh teruskan hidup? tak perlu nak mintak simpati orang. maksudnya, dia masih ada kerjaya sendiri dan ada wang sendiri. err cop! lelaki, kau tak pikir masa depan ke? eheh

bagi pensyarah tadi pulak, pertama. perempuan dulu tak pernah diberi peluang untuk belajar tinggi-tinggi. macam orang dulu-dulu kata, perempuan kalau belajar tinggi mana pun, last-last nanti ke dapur jugak. ye tak? haa memang la. tu sebab la kena belajar tinggi-tinggi. nanti karang tak tahu pulak mana satu racun mana satu madu. maklum lah sekarang ni kan dah macam-macam bahan kimia ada dalam makanan (ceh gara-gara belajar dgn doktor hukm last sem lah ni). kalau dolu-dolu lain la. semua makanan memang takde racun punya. heee. so bila dah dapat peluang tu, memang takkan disia-siakan laaa..

kedua. perempuan lagi suka dan senang menghafal. sekarang ni kalau nak masuk u atau dah masuk u sekalipun, keupayaan menghafal tu adalah penting. ni pendapat pensyarah tadi ya. dan memang lah su pun rasa betul. sebab lelaki lebih suka dan lebih mudah memahami. kalau perempuan, mungkin lebih suka hafal, ingat. bukannya nak cuba faham. tapi bukan nak kata semua. majoritinya la. jadi...sebab tu perempuan lagi ramai kat universiti. apa-apa pun, bergantung pada bidang masing-masing lah ya. jangan nak debat-debat pulak isu ni. yang sudah tu sudah haha


*bila semua orang pun baik-baik dengan saya,saya pun bahagia.ahahaha
 

su stalker? itu.memang.kerja.gila.orang.gila.macam.dia.


Assalamualaikum

wah wah dah rasa nak kena tulis belog tiap-tiap hari lah pulak sekarang. tak padan dengan kerja dan assignment yang dah beratur tunggu masa nak kena siap tu. sebok jugak nak post entry. sebenarnya kan..segan la. bila ada kawan-kawan yang baca blog, lepas tu nanti dia bagi tahu dia baca. lepas tu kan mula la su fikir balik..."err aku tulis apa semalam? aku tulis apa semalam?" hahahaha. entah-ape-ape-entah. baik kau jangan tulis belog la suraiza kalau dah penyegan sangat

hari tu kan sebok-sebok sangat duk sorok2 rumet baru kan. ala bukan sorok apa. saja. sebab dia pun blogger jugak. kira kebetulan je ni. sebab dulu duduk satu kolej pun tak pernah nak bertentang mata. ni bukan takat bertentang mata je. dah bertentang bagai dah. hahaha. memang tak sangka betul kolej ibu zain ni  kan. ha siapa nak tahu siapakah gerangan rumet baru su boleh la ke sini ye. kitorang dah plan sebenarnya nak sorok identiti rumet masing-masing. so bila dia dah buat satu entry pasal su, su pun nak bagi tahu semua jugak siapa rumet su sekarang. kalau nak baca boleh tengok sini@ahli rumate baru

ini cerita lain. macam tak perlu. tapi biarlah. bukan ada orang kenal pun. su nampak dia tadi. masa dekat fac. su dengan ika. err ika memang dah tahu lama. dan memang lah dia dah lain. makin segak sekarang ni su tengok. suka sangat stalk fb orang sampai dah tahu kami satu kampung. kalau la mak tahu anak dara dia jadi stalker macam ni, haru jadinya. upss...su dah terlepas cakap ke ni. mana boleh cakap kat sini sepatutnya...eceh. tak boleh cakap konon. blah la!!!! hahahah


*mmg dh jd stalker fb beliau paling setia sejak sekian lama. memangla gila kalau dah start sem. tido skang!!! zzzZZzz    


Monday, July 19, 2010

penulis belog ini............


Assalamualaikum

konon-konon taknak balik first weekend. tapi apakan daya, terpaksa balik. eceh. korang nampak kan perkataan 8 huruf yang bernama 'terpaksa' tu. hee

balik la sebab dah demam. konon-konon boleh tahan la. nak balik pun esoknya la lepas kelas konon (sebab jumaat still ada kelas pukul 10 PAGI). tapi..tetiba...panas-panas membahang je muka kaki tangan bagai. kepala pun dah berat tapi bukan migrain macam selalu. hidung pulak dah tutup sebelah pintu. tekak rasa macam nak kena garu. sendi2 dan urat2 saraf dah rasa lain macam (ini mmg petanda nak demam)

sebab dah rasa konon-konon nak pergi kelas esok, cepat2 la tido. tapi bila dah sedar, makin sejuk plus makin denyut2 pulak kepala. mintak tolong cik rumet comel saya beli panadol. lepas tu sms mak. konon-konon nak bagi tahu je. tapi bila mak dah call, dah rasa nak nangis pulak dah. mula la rasa cam kecik-kecik dulu. demam je nangis. nangis je demam. hai haru betul. siap tanya lagi, "angah nak balik tak? abah amik". waaaa!!!!! nakkk!!!!!!! mestila nak....(err terkeluar pulak aura sihat tak demam tu hehe).


lepas telan 1000mg paracetamol yang bersamaan dengan 2biji panadol, rumet telah meng-offer-kan ubat demam pula. tapi malangnya cik su memanglah tak suka makan ubat. rasanya nak telan satu biji panadol tu pun amik masa beberapa jam mungkin eheh. rasanya bukan tak suka, tapi susah nak makan atau senang kata susah nak telan. hailaa..taktahu lah mengapakah. tapi mak kata su macam arwah atok, susah nak makan ubat yang bentuk pil ke, kapsul ke dan yang sewaktu dengannya la. sebab tu la nak telan satu biji panadol tu pun boleh habeh air satu botol. bila sampai rumah, mak dah buat bubur nasi. baru je masak. haih. memang lah kakngah jatuh cinta dengan mak dari dulu sampai sekarang and bila-bila pun!♥


************************** 

semalam makcik and cousin datang rumah. tiba-tiba dia cakap kaklong nampak macam dah gemuk je. kakngah macam biasa la. mesti nampak kurus. eceh. perasan pulak. ye la adik su pun dia kata macam nampak tembam sikit. "kaklong tengah bahagia" (su cakap.bukankah orang selalu cakap macam ni.kalau gemuk je bahagia haha). lepas tu makcik balas "aik kakngah menderita ke?

Zuppp!
Tersentap. 
[ darah naik muka ] 

Diam.
[ berfikir ]

Senyum.
[ berfikir lagi ]

Lepas tu gelak.
[ ngaku tak ikhlas ]

Dalam hati, "mungkin
[ jawapan selepas berfikir ]   


eh..terkeluar pulak lagu 'kushiya aur gum' kat radio neh. ala yg lagu dalam filem 'maan' tu. tatau jugak? tatau sudah la. g main jauh2 hahah


**************************

sebab hari ni kepala sudah kembali kepada keadaan normal, tak pusing2 macam gasing lagi...boleh la keluar shopping. adeh. memanglah takde keje lain manusia comel sorang ni kan, hikhikhik. 


tak la. boleh la pergi buat spec baru. dah tak larat rasanya guna spec lama ni. dah rasa macam lanun je. mata sebelah kiri ni makin melampau2 pulak dah rabunnya. yang kanan ni, kabur-kabur pun still boleh nampak lagi. dan taktahu lah kenapa encik kat kedai spec tu sangat lah peramah orangnya. beliau berasal dari muar. tengok, asal dia pun su tau walaupun su tak tanya. hahaha. boleh pulak tu duk kata kita ni pendiam la apa la.  lepas sebok-sebok dia tanya datang sorang je ke, belajar kat mana, duk kat mana, duk asrama ke, amik course apa, etc., boleh  dia cakap, "ha baru nak cakap banyak, kalau tak tadi i tengok u macam pendiam je


[ eh apahal pulak mamat ni?? aku sekeh jugak karang tak pasal-pasal je. tak jadi ah buat spec kat sini ] .cewah.
sumpah cakap dalam hati je berani la har.har.har.   


sebok.sesuka hati suraiza la nak bercakap ke, mendiamkan diri ke, buat kecoh ke..sibuk betul laaaa! 


tapi..nasib baik beliau cute dan pandai melayan customer walaupun ada jugak ayat2 bz-body tu kan, jadinya tak buatlah spec kat kedai lain ekeke


bukan..bukan..tapi sebab dah dapat student price yang very-da-cheap..rembat je la..tu pun dah call tanya abah dulu. karang beli mahal2 kena tadah telinga mendengar suara macho abah on-the-way nak balik ukm malam ni. earphone pn takkan membantu..hahah

p/s-terima kasih sebanyak berbilion-bilion-lemon untuk mak, abah, dan tak lupa jugak cik rumet comel


*penulis belog ini bukan pen-kecoh
*penulis belog ini bukan sombong
*penulis belog ini pen-diam
*sebab tu dia tak cakap. dia tulis belog. ada faham?

Thursday, July 15, 2010

"gadis dulang".sumpah rasa comel.hahah


assalamualaikum

kelas pukul 8 pagi memang lah tak best. sape suka mandi pepagi buta kan? eceh awak suka ke mandi pepagi buta?..wah wah su tau awak tipu kan? kan? takut kena cop kambing gurun la tu terus ngaku suka mandi pagi hahahha. diulangi tak suka mandi pagi ok bukan tak mandi langsung. ish sape la tu tak mandi langsung. oit suka ke tak suka kalau dah kelas pagi tu, kena sukakan jugak mandi pepagi buta dan lepas tu menggigil-gigil dan berdetap-detup gigi dibuatnya.hehe

dan kelas pagi tadi dah tentulah pukul 8 PAGI

dulu-dulu memanglah suka sangat kalau kelas pukul 8 sebab petang tu nanti boleh la tido-tido dan relax-relax sampai malam..err bukan. bukan sampai malam...sampai senja eheh

lepas tu nanti malam, mula la tido pukul 2,3,4 pagi gara-gara study. eceh konon-konon study la padahal ber-facebooking dan ber-blogging aje kejenye. boleh jugak kalau nak cakap ber-clubbing. hehehe. sampai kul 2,3,4 pagi baru nak tido kan. lebih kurang pegi club ke disco ke berdansa sampai tak sedar diri matahari dah nak naik. ini perenggan merepek. sila abaikan

kelas international conflict pagi tadi macam lain dari yang lain. sebab takde kelas tutorial. best kan? sape kata tak best tu memang lah tipu. hehe. sebab kalau boleh memang taknak ada banyak kelas sem ni. biar la banyak masa terluang. punca utama : nak ada cukup masa untuk buat tesis (konon). lepas tu pulak, tak ada FINAL EXAM! best kan. sape kata best sila tunjuk langit. tapi still ada midterm exam.takpe tak kesah pun =)

tapi kelas tutorial tu nanti akan digantikan dengan satu projek besar. wah besar lah sangat. sebenarnya kitorang satu kelas kena anjurkan satu seminar atau conference yang best (tak best pun akan di-best-kan jugak). perbincangan akan menjurus kepada assymetrical conflict. tak kesah kes kat mana pun tapi kena fokus pada satu isu yang penting. dan ini adalah kerja berkumpulan. sudah semestinya la semua terlibat. kalau tak terlibat, 20% jangan harap nak dapat. dan sila jangan berangan nak dapat a utk subjek ni ya. 

oleh itu lepas je prof keluar, terus buat meeting. tujuan utama : mestila nak bincang apa yang patut dan lantik ajk-ajk semua kan. su pun terfikir la nak pegang cenderamata. ceh mentang-mentang la dulu pernah handle part cenderamata sampai sakit hati, kecik hati, dan terasa hati bagai...masih lagi ada hati rupanya nak amik cenderamata hehe. tapi tadi tak sempat nak sampai kat part cenderamata, dah tersangkut kat protokol. tapi bukan jadi mc (dulu penah cakap 'cm' sampai kena gelak bagai nak gila) sebab su pun bukan reti nak cakap dengan penuh gaya dan sopan yang amat. tapi jadi usher...err penah la dulu jadi usher tapi macam tak mencabar langsung kan. yela kita hanya perlu menggunakan jari telunjuk, owh mungkin kurang sopan. jadinya gunakan ibu jari anda untuk menunjuk jalan dan mengiring mereka yang berkenaan. hahah sumpah tak mencabar langsung. dan memang lah terasa macam nak amik cenderamata, tapi bila efa dah bising2 su jadi usher....tetibe shahir menyampuk, "su amik cenderamata, boleh bagi SHAWL!". dan semua pun gelak. err....ok tak sure lah lawak ke tak. anda rasa?

tapi akhirnya...still diletakkan bawah protokol. tahu tak jadi apa?? tahu tak?? 

"gadis dulang"
peewiiittttt!!!
comel kan? hahahahah aura gedik berleluasa
dan memang dah tentu lah bukan suraiza seorang
mestila sentiasa ditemani oleh kembar beliau, cik zulaika




cik s/u beserta encik pengerusi program yg amat disegani ekekeke


upss encik pengerusi pun gila camera ya

ha ni la kembar su..
comel kan?
tengok la kembar dia lagi lah comel sampai semua orang pun terpegun
huh?! stoppp!!!


*sakit tekak & batuk2
*hidung sok-sek-sok-sek
*bersin beberapa kali sampaikan cik rumet comel pun ter-ber-jangkit sama
*tapi masih mempunyai hati untuk minum ais
*kejadian berlaku masa lunch dgn ika kat pusanika td
*what-the-fish??!

Wednesday, July 14, 2010

satu-ribu-satu makna~



TERPALING

Bila satu suara manusia pun tak ada
bunyi kereta mengetuk gegendang telinga
dengan kafein yang meracun kepala
maka terbang aku pada hikayat lama


aku nampak dia
menunggu aku di tepi tangga
memandang aku dari atas bangunan kota
memandang aku dari tingkap kaca
dengan telefon di telinga
dan berkata kita akan terpisah kerana masa
kerana kita perlu belajar
tentang hidup dan cita-cita
tentang kita yang perlu membina kita


Kata dia... paling sayang
paling cinta...
paling indah pada mata...
dan dia akan terpaling setia...
Maka kataku aku yakin Tuhan sudah ikatkan jiwa
mana mungkin Tuhan guntingkan talinya
...dan aku manusia terpaling silap


dan akhirnya...
terasa yang pergi itu sentiasa ada
sentiasa pada mata
tersangkut namanya pada hati
lantas hingga sekarang dia tidak pergi-pergi...


written by Daisy Biru @ A Dot...
~thanks kak lia ♥

ym dengan pengantin baru



Salam

Akhirnya dapat jugak berhubung dengan pengantin baru ni. ym je sekarang. mudah dan jimat.

nissa piarry: hai su sorry haritu krdit sha habis..
nissa piarry: rindunyer kt atammmm
nissa piarry: gemuk ke dia..
nissa piarry: dia ingt su lg x

sue_ayza: mesti la
sue_ayza: ni ha ad kt dpn pintu
sue_ayza: cuni pn dh besar

nissa piarry: alo2..rindunyerr..
nissa piarry: tau2 je time mkn tghari kn

sue_ayza: siap pandai masuk kut tgkap cm dlu2

nissa piarry: hahaha
nissa piarry: rindunyerrrr
nissa piarry: rumet baru suka kucing x

sue_ayza: tapi bulu atam cm bnyk gugur je

nissa piarry: haha dah tua

sue_ayza: sbb die gaduh dgn zamri
sue_ayza: tah su taksure zamri ke kembar zamri

nissa piarry: hahaha panjang umo btl la zamri n kembar dia tu

sue_ayza: hari tu
sue_ayza: kat mulut zamri ade bulu atam
sue_ayza: jaat gle
sue_ayza: cian atam

nissa piarry: eiii jahattt
nissa piarry: bila la atam nk menang,,

sue_ayza: alaa
sue_ayza: die da memekak kt tingkap lak

nissa piarry: hahaha

sue_ayza: sha duk mne skang?
sue_ayza: blaja ke keje?

nissa piarry: duk kl..
nissa piarry: tgh cari keje su..blaja insyallah bln 11 ni
nissa piarry: dekat je dgn umah su kot

sue_ayza: yeke?

nissa piarry: sha kt oakleaf kondo bkt antrbgsa

sue_ayza: owh..bkt antrbgsa jauh la syg
sue_ayza: hehe

nissa piarry: hikhik jauh ke..
nissa piarry: bosan giler duk umah sorang2 ni
nissa piarry: xde kelas ke hari ni

sue_ayza: g la jalan2
sue_ayza: su takde clas hri ni
sue_ayza: sha tau tak prof ruhanas dh resign

nissa piarry: ha yeke..

sue_ayza: so skrg tgh tggu penyelia baru. risau jgk sbb pnyelia lain dh start mintak proposal. yg kita ni terkontang-kanting je

nissa piarry: haha biasala mula2
nissa piarry: nnti yg terkontang knting ni siap dlu pcaya la
nissa piarry: cm ktorg dlu konon awl giler bab 3 dh siap last2 buat balik gak. ada je x kena huhu

sue_ayza: owh. sha bukan dh dpt keje ke

nissa piarry: sha dpt 2-3 interview..tp masa tu sibuk kawin
nissa piarry: n smbut menantu x dapat balik la
nissa piarry: kena lepas kn jela huhu
nissa piarry: skrg tgh cari jumaat ni ada interview

sue_ayza: ow pastu nnt nk study kat mne? uia ke?

nissa piarry: aah uia
nissa piarry: tp sha rasa x sabar nk belajar balik
nissa piarry: bosaaaaaaaannnnnnnnnnnnn giler kt rumah
nissa piarry: nnti dtg la sni..blh swimming kt sni hehe
nissa piarry: sha g ukm raptai kono 4hb 8ni
nissa piarry: konvo

sue_ayza: ala nnt dh ad baby x bosan dh heee

nissa piarry: hehehe..su dah bersedia nk jd aunty ke. hikhikhik
nissa piarry: blok kita xde perubahan ke..

sue_ayza: hahha klu baby sha,anytime.... hehe
sue_ayza: blok kite dah cam x best je

Lepas tu adalah sedikit kutukan-kutukan yang tak sepatutnya dinyatakan di sini. beberapa ok tak banyak pun. haha.

sue_ayza: sha je la jd felo
sue_ayza: garang ckit
sue_ayza: hahaha

nissa piarry: hahaha
nissa piarry: peraturan pertama..kena sayang kucing
nissa piarry: kalau x buang blok
nissa piarry: hahaha

sue_ayza: setuju 199%!!!!!!!
sue_ayza: hahah
sue_ayza: spe aniaya kucing
sue_ayza: terus buang kolej
sue_ayza: hahah

Sekian..cerita rumet bertemu ex-rumet yang dah lama terpisah. eceh. semuanya berkisar ttg cerita-cerita study, keje, kolej, blok, kucing,konvo, dan rumet baru....=)

Tuesday, July 13, 2010

[tazkirah] kenapa tak r*g*l saya



Oleh  Hilmi Halim
 
Kisah benar ini  berlaku di US.  
Tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US.  Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan  ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia  mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan  tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang  agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak  gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan  bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih  Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan  tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah  memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan  agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik  lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke  rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang  perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong  yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.  Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat  aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia  mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu,  tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu  sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol  tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat  lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to  me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat  apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa  tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw  two young man walking with you. One on your right side and the other one was by  your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak,  awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan  awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah  awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni  rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai  hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia  pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi  pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas  yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah  malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan  diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat  tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang  siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan  memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr  r.a.]


Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan  ku...semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang  bermanfat...sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari  kejahatan syaitan yang direjam…….

Korang yg bergelar wanita...amalkanlah..

moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian...


*email yg sy dpt dari group tazkirah-su

cik rumet baru yang mengujakan~heheh

Salam


cik rumet baru : su!

cik rumet baru kuasa dua : ya!

cik rumet baru : su nak boyfriend tak?

cik rumet baru kuasa dua : hah??!!!


kihkihkih
comel kan rumet baru saya =))
♥♥♥

belajar berjinak-jinak dengan status 'pelajar tahun akhir'


Assalamualaikum.

sebenarnya kan baru su perasan. su tak tulis pun pasal 1st day and 2nd day su balik kat ukm ni jadi apa. haha. perlu ke? hee

hari ni dah hari selasa. maknanya dah hari ketiga jadik budak tahun tiga. tahun akhir. kenapa la susah sangat otak ni nak ingat yang anak dara Pakcik Shaari ni dah jadi student tahun akhir. sampaikan berkali-kali di-remind-kan oleh Dr Kuik tadi. bukan senang nak jadi pelajar tahun akhir ni. bak kata beliau tadi, expectation pensyarah tinggi. so kena bersiap-sedia la apa yang patut. rasa macam nak khatam kan aje semua isu-isu global dan masalah dunia yang wujud sekarang nih. tapi apakan daya otak ni masih lagi dalam mood honeymoon. akibat penangan cuti sem 2bulan 2minggu. otak sampai beku. 

hari ahad
sebelum balik, hantar si potpetpotpet tu kat bukit jalil. sebab dia naik bas kat sana nak balik uitm segamat. bas pukul 2.30 tapi dengan confidentnya keluar pukul 2.10. gaya stadium bukit jalil dengan ampang tu sebelah rumah je kan. tapi memang sampai pun 2.30. ok lebih sikit la sebab jalan nak masuk ke dalam tu dah jem. elok-elok je sampai bas dah gerak. nasib baik la kaklong sempat tahan bas tu tengah-tengah jalan and bas tu berhenti. kalau tak, abah kata nak kejar je bas tu sampai tol sungai besi. kalau tak sempat kejar camne?  mau sampai segamat jugak kut hahah

lepas tu, destinasi yang dituju mestilah ukm. kalau ikutkan hati mau je balik minggu depan. atau minggu-minggu depan lagi. hehe. tapi akal selalu menang. hati ni kadang-kadang tak boleh nak diikutkan sangat. hm yang paling-paling tak sangka.......su dapat bilik yang sama! bilik yang su duduk dari tahun satu sampai la tahun dua...la ni dah tahun tiga pun dapat bilik ni jugak. yaAllah kenapa la tak cakap je masa daftar dua tahun lepas. kan senang. baru lah boleh sesuka hati nak buat macam hak milik sendiri. tinggalkan kenang-kenangan, graffiti ke apa kan heee. katil pun sama. ish pendek kata memang ini bilik siti suraiza shaari yang punya. haha
[sebenarnya dah apply mintak bilik lain tapi xdapat.betul2 taknak duduk bilik ni lagi]

masuk-masuk je bilik...oppss sudah ada penghuni rupanya. tapi bukan sha la. beliau sudah berkahwin dah berbahagia bersama suami tersayang sekarang ni. takkan la nak balik bilik ni lagi kan. tapi..tapi..rumet baru dah ambik katil sha. macam tau-tau je kan. bagusnya rumet baru ni. haha. siapakah gerangan beliau agaknya. mana boleh bagitau lagi. nanti ye. kasi surprise sikit. hikhik. kalau ada yang kenal mesti terkejut punya. taktau la suratan ke kebetulan..tapi memang masa mula-mula jumpa su pun macam was-was jugak. beliaukah? tapi sekali pandang macam lain. dua tiga kali pandang macam sama. hehe. ingatkan dah salah orang sebab tak cakap pape pun pasal alam maya. hahahhaha. nanti kita cerita pasal rumet baru ok

hari isnin plus hari selasa
memang lah...akal selalu betul. minggu pertama ni pun dah start lecture. lagi-lagi kelas Prof Azizan and Dr Kuik. nasib baik balik jugak minggu ni. kalau tak balik kan rugi. terlepas kuliah pertama. pastu nanti sebok la nak wat fotokopi course outline and notes tu semua. pastu rasa menyesal sebab baru start kelas dah ponteng.  dan memang lah sangat tak best kalau keadaan macam tu.

tapi serius sangat risau pasal tesis. Prof Ruhanas dah resign. so sekarang tengah tunggu penyelia baru. sangat-sangat risau sebab kawan-kawan yang bawah pensyarah lain dah start buat proposal. yang kita ni, cam terkontang-kanting je. nanti orang lain dah siap satu,dua,tiga chapter kita baru terkial-kial nak buat proposal. ish tak boleh jadi ni

kelas Dr Kuik pulak nak kena buat dua assignment. satu individu satu lagi group. alahai.......baru 1st day kuliah dah kena pilik tajuk untuk tutorial. siap dengan pop kuiznya lagi. dah la otak ni masih dalam mood cuti-cuti-dan-cuti. tak rasa nak g ptsl pun buat assignment heheh

**********************************************************************
su tak boleh nak lupa. lagi2 bila duk bilik ni jugak.
banyak sangat benda yang tak boleh nak lupa. 
semua tentang dia.
ada dalam ni.
entah.
dah penat cuba.
tapi hati dengan akal tak pernah nak berkompromi, 
mahupun ber-rekonsiliasi.
selalu je perangai gila tu datang.

su tipu semua.
su memang tak boleh.
tapi su cakap su boleh.

Monday, July 12, 2010

Subhanallah

Assalamualaikum....


Cuba lihat pd titik hitam yg berada di tengah2 kalimah ALLAH selama 10 saat, dan kemudiannya alihkan pandangan anda pada dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah..sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaan-Nya ini..


fb-notes post by Nur Zulaika Mustafa




Sunday, July 11, 2010

-superdupersenior-

09072010
Assalamualaikum.

Hari ni Jumaat. Esok Sabtu. Lusa? Lusa balik ukm. Hati terbahagi dua. Satu bahagian kata dah tak sabar nak balik. Satu bahagian lagi kata tak nak balik langsung sebab...(ok sorry tak boleh nak bagitahu kat sini)

Biasa la...kalau dah hari-hari terakhir cuti ni...nak buat apa lagi kalau bukan mengemas-mengemas-dan-mengemas. Rasa macam nak angkut je semua barang sendirian berhad tu. Padahal nanti tiap-tiap minggu pun balik-balik-dan-balik. Lagi-lagi kelas macam dah makin berkurang je bila dah nak masuk tahun akhir ni. Oh ya lah baru sedar dah jadi ‘akak super senior’. Err tak tua..matang mungkin.eheh

Sem ni kena focus tak boleh nak main-main lagi. Tahun penentu dah ni. Kalau tak lepas, mau kena tambah lagi satu tahun mengadap beruk-beruk ukm. Ok tak lawak. Tapi kadang-kadang dah rasa cukup focus pun, result jatuh menggelongsor laju je macam sem lepas. Entah kat mana silap. Satu subjek kantoi habis effect keseluruhan pointer. Sebab tak puas hati punya pasal sanggup semak semula result tu walaupun banyak masalah masa proses nak semak balik tu. Thanks sangat kat ika sebab susah payah tolong pos. Thanks jugak sangat2 kat abah sebab hantar kakngah pergi ukm time semua orang dah start cuti lepas exam short sem

Tiba-tiba teringat Mr MM. Dah hilang kat facebook. No telefon beliau pun sudah dipadam sebab taktahu nak contact dia atas sebab apa. Upss he’s not my ex. My ex was Mr AW (tahu takde orang tanya.tapi saja nak bagitahu sebelum ada orang salah faham.hee) Dulu pernah jugak dorang nak rapat-rapatkan su dengan dia. Itupun sebelum Mr AW masuk line. hikhik. Dan memang Mr Ex tak pernah tahu pun. Tiba-tiba pulak teringat dia-Encik MM. Rindu mungkin.. Ye la memang tengah gedik pun ni. Sila blah kalau menyampah

Ok ok tak mahu lagi cakap pasal kehilangan Mr MM. Nanti karang kalau kecoh-kecoh sangat sampai masuk surat khabar muka depan, kantoi la su penah suka dia kan

Hahah
Sekarang ni kena pening kepala fikir nak ambik *pb apa pulak untuk sem ni. Ika cakap nak sambung bahasa sepanyol sampai level3. Nanti grad dapat sijil. And dapat belajar dengan Puan Hayati lagi. Sebab next year dia nak pergi Spain sambung belajar and buat phd kat sana. Kalau ambik sem depan kena la menghadap Mr Ladis (dia ni orang mexico kalau tak silap su.bukan orang sepanyol.memang tegas betul.tapi kalau belajar dengan dia for sure boleh cakap sepanyol keesokan harinya.heheh.nak faham English dia pun agak susah jugak sebab dah bercampur dengan slanga sepanyol dia tu) Pernah belajar dengan dia masa Spanish level1. Hmm mungkin nak teruskan sampai level3

Belajar terima hakikat-
You are super duper senior suraiza!
Senior tak bererti ke-tua-an tapi ke-MATANG-an heheh
Jangan mudah berkecil hati, sentiasa berbesar hati ok?

*pb-pilihan bebas

Thursday, July 1, 2010

putus cinta.heart broken.dan yg sewaktu dengannya



Assalamualaikum

Utk semua. Tak kesah la pernah mengalaminya atau tidak. Sebagai ubat penenang jiwa.

Artikel yang saya ambil daripada www.iluvislam.com. Bertajuk "Muslimah vs Putus Cinta". Oleh Yukizara Affendi. Editor, Rabiatul Adawiyah.

***********************************************************************

Umum kita sudah mengetahui bahawa berpasangan, bercinta, couple selain daripada hubungan sah suami isteri dan apa sahaja istilah yang seerti dengannya adalah haram di sisi agama kita Islam. Walau bagaimanapun, jika kita lihat pada generasi kita yang bergelar remaja sekarang, ramai yang hanyut dalam arus percintaan. Setelah terngadah baru tersedar bahawa cinta yang terbina itu memakan diri sendiri. Cinta yang terjalin tadi akhirnya sia-sia, punah seribu harapan, impian, dan janji-janji.

Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah.
Kesunyian akan menerpa. Namun ingat wahai muslimah! Jangan pernah berkata yang hati anda kosong hanya kerana 'I have no boyfriend’ sebab Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya.


Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya.

Jangan berasa rendah diri, ingatlah bahawa segala yang diciptakan Tuhan adalah cantik. Jika inginkan jodoh yang baik, perbaikilah diri anda, muhasabahlah diri, hentikan perkara yang dilarang-Nya dan kerjakan segala perintah-Nya selagi pintu taubat masih terbuka luas. Di sini, sekadar ingin mengutarakan pendapat dan berkongsi tips kepada para muslimah, jangan jadikan kegagalan cinta sebagai penamat hidup anda. Teruskanlah berusaha kerana dirimu begitu berharga.


TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:


1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.


2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah -  anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.


3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.


4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.


5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda. 
6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.




Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana.

Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.

“A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever.”

Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH. Wallahua'lam.